Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 40 SK SANTAN

Pengacara Majlis INTAN DZULHAILAH DZULKEFLE

SIRIH BERLIPAT SIRIH PINANG,


SIRIH DARI PULAU MUTIARA,
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG,
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA.
YANG BERUSAHA
TUAN HAJI KAMARUDIN BIN ISMAIL
GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN SANTAN
YANG DIHORMATI
ENCIK FADZLI BIN SALLEH
YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN SANTAN
YANG DIHORMATI
ENCIK
NAIB YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN
SANTAN
YANG DI HORMATI
ENCIK ARIFFIN BIN RAZAK
GURU PENOLONG KANAN TADBIR DAN KURIKULUMSEKOLAH KEBANGSAAN SANTAN
PUAN ZAITON BINTI IBRAHIM
GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SEKOLAH KEBANGSAAN SANTAN
ENCIK MOHD ROSDI BIN ZAINUDEEN
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN SANTAN

GURU CEMERLANG
PUAN ANIDA BINTI KAMARUDDIN

AHLI-AHLI JAWATANKUASA PIBG,, GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN SANTAN


,PARA IBU BAPA DAN SETERUSNYA HADIRIN HADIRAT YANG DIHORMATI SEKALIAN.

Assalamualaikum.w.h.w.

Lenggang bertapak seni memandang


Silat sendeng menyusun jari
Salam Sembah selamat datang
Sudilah Tuan ke majlis kami
Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah rahmatnya ,kita
diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Mesyuarat Agung Tahunan
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SK Santan kali ke 40 bagi Tahun 2014.Semoga dengan
kehadiran tuan-tuan dan puan-puan dapat menceriakan lagi majlis kita pada petang ini.
Tidak lupa menzahirkan rasa bangga kepada semua ibu bapa yang berkesempatan
hadir pada petang ini.Pastinya pertemuan pada hari ini bertujuan bertukar pandangan
dan pemikiran membina ke arah membantu pihak sekolah dalam meningkatkan potensi
anak-anak kita khususnya dalam bidang akademik dan juga kokurikulum serta sahsiah
bagi anak-anak dan seterusnya.menjulang nama SK Santan bagi tahun 2014 . Tanpa
kehadiran dan sokongan dari tuan-puan sakalian,siapalah kami di SK Santan ini.Kami
selalu mengharapkan sokongan padu dari tuan-tuan dan puan-puan sakalian dalam
apa jua sekali aktiviti murid-murid di sekolah ini.
BACAAN DOA

Bagi memberkati dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan

memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmatnya. Untuk itu, majlis
dengan hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Ahmad Idham Bin Zakaria bagi
memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Idham Bin Zakaria atas
bacaan doa itu tadi.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Berat Sama di pikul
Ringan sama dijinjing
Kita umpama aur dengan tebing
itulah yang ibaratkan
Ibubapa dan guru saling perlu memerlukan.
Pelbagai usaha telah dan akan dicernakan
Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi Jika kita bersatu hati.

Majlis pada petang ini dimulakan dengan dengan mempersilakan Yang Dihormati En
Fadzli Bin Salleh Yang Dipertua PIBG SK Santan untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Demikian tadi ucapan yg disampaikan oleh En Fadzli Bin Salleh Yang Dipertua
PIBG SK Santan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

UCAPAN PERASMIAN

Majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang Berusaha Tn Haji

Kamaruddin bin Ismail Guru Besar Sekolah Kebnagsaan Santan bagi menyampaikan
ucaptama dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG
Kali ke 40 SK Santan bagi tahun 2014
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
Dengan Bismillah kita mulai,
Alhamdulillah wassola tannabi,
Dengan takdir Ilahi Rabbi,
Selesai sudah upacara merasmi.

Majlis ini dengan rasa terhutang budi dan kasih merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih Tn Haji Kamaruddin bin Ismail Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Santan kerana sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan majlis pada hari ini.
Seterusnya dengan segala hormatnya saya akan menyerahkan majlis kepada Yang
Dipertua PIBG SK santan Encik Fadzli Bin Salleh untuk mengendalikan Mesyuarat
agung Kali ke 40..Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..

Anda mungkin juga menyukai