Anda di halaman 1dari 6

KRITIKAN JURNAL YANG DIPILIH.

Perkembangan ilmu pengetahuan, teknologi dan seni telah mendorong kepada perubahan sistem pendidikan Negara. Elemen penting yang perlu ada dalam menghadapi perubahan ini ialah manusia berkualiti iaitu manusia yang beriman dan bertaqwa terhadap Tuhan Yang Maha Esa, berbudi pekerti yang luhur, berkeperibadian, mandiri, maju, cerdas, kreatif, berketrampilan, berdisiplin, mempunyai etika kerja, profesional, bertanggungjawab, produktif, serta sihat jasmani dan rohani. Pendidikan merupakan hal yang sangat penting dan berkait secara langsung dengan segala aspek kehidupan yang lain dan meliputi setiap individu. Hal ini kerana pendidikan berperanan dan berpengaruh secara langsung terhadap perkembangan manusia dalam seluruh aspek keperibadiannya. Dengan kata lain, pendidikan menentukan model manusia yang akan dihasilkannya. Apabila kurikulum pendidikan menjadi sesuatu yang tidak pasti, mangsa dari ketidakpastian tersebut adalah tidak lain iaitu pihak sekolah, ibu bapa dan murid. Saban tahun ketidakpastian selalu timbul dan tidak pernah memungkinkan kepada sebuah kepastian yang justeru tidak berupaya membuat ketiga-tiga pihak tadi memasuki tahun persekolahan baru dengan tenang dan pasti. Mengapa hal sebegini terjadi? Jawapannya sangat mudah, perkara ini terjadi apabila pendidikan dikendalikan dengan kedangkalan makna. Pendidikan adalah sebuah proses menyeluruh, jadi melihat pendidikan mestilah dengan seluruh aspek. Kurikulum sekolah yang sering berubah apabila memasuki tahun persekolahan baru membuatkan guru-guru sering diliputi dengan pelbagai pertanyaan. Pelbagai persoalan bermain di benak guru-guru. Antaranya adakah subjeksubjek yang akan berubah atau sama seperti tahun lepas? Jika ada perubahan, apakah subjek yang akan berubah? Jika ada, maka bahagian manakah yang perlu disiapkan? Justeru pertanyaan-pertanyaan yang selalu menghantui guru-guru ini jelas menjadikan mereka mangsa pertama atas perubahan ke atas polisi yang tidak berkesinambungan. Setiap perubahan baru yang berlaku pasti membawa kesan baru. Realitinya adalah

polisi baru dalam dunia pendidikan tidak mudah diimplementasikan sebagaimana pada bidang yang lain. Sistem pendidikan di Malaysia sering berubah-ubah mengikut keperluan semasa. Misalnya, apabila kecoh di seluruh negara tentang kadar pengangguran dalam kalangan graduan meningkat secara mendadak, kajian ala-ala `mi segera' dijalankan oleh pihak-pihak berkaitan bagi mencari puncanya. Kesimpulan dari kajian yang dijalankan mendapati bahawa graduan kita menganggur kerana gagal menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Maka, PPSMI (Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) diperkenalkan. Kononnya, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Haru-biru guru-guru di sekolah yang sudah berpuluh tahun mengajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu. Tahun ini, PPSMI dimansuhkan untuk pelajar darjah satu dan tingkatan satu. Guru-guru yang mengajar masih belum hilang pening kepalanya, bertukar pula cara pengajaran dengan alasan untuk memartabatkan bahasa melayu. Sama halnya apabila sesuatu realiti negatif muncul, maka pihak pembuat dasar segera bertindak untuk mengatasi keadaan tersebut. Sepanjang tahun lalu dan tahuntahun sebelumnya, satu per satu mayat bayi ditemui. Di sungai, dalam perangkap sampah, dalam tong sampah, ditanam di dalam kebun, dalam tandas sekolah dan di mana-mana sahaja. Ramai pihak bersidang bagi mencari jalan penyelesaian terbaik. Maka, mata pelajaran Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) atau dengan nama lain, pendidikan seks, diperkenalkan di semua sekolah kebangsaan. Sekali lagi kononnya, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Ironinya kali ini, bukan sekadar guru-guru sahaja yang pening kepala, masyarakat juga ikut tepuk dahi. Pendidikan Seks untuk pelajar darjah satu? Apa yang diajar? Apa terasnya? Apa rasionalnya untuk pelajar darjah satu? Persoalan demi persoalan yang diajukan, masih belum habis terjawab sehingga ke hari ini.

Apabila ramai murid kena langgar, kerajaan memperkenalkan mata pelajaran lalu lintas dan cetak buku aktiviti untuk murid-murid. Apabila timbul kes jenayah seks, kerajaan wujudkan PKRS dan cetak lagi buku. Bila kes pesakit mental meningkat, perkenalkan pula Modul Kesihatan Mental dan cetak buku lagi. Tahniah, Malaysia memang cekap! Tapi dalam konteks apa? Begitulah keadaan kurikulum Pendidikan di Malaysia. Berubah mengikut suasana dan perkembangan dunia. Begitu juga dengan kurikulum PKRS ini.

Negara-negara yang Mengajarkan Pendidikan Seks di Sekolah. Amerika Syarikat (AS): Kanak-kanak berusia antara 7-12 tahun diwajibkan mengikuti kelas Pendidikan Seks, namun kebanyakan sekolah mewajibkan kelas pendidikan seks bermula pada umur 5-6 tahun. Dua bentuk utama pendidikan seks diajar di AS, iaitu bentuk komprehensif dan bentuk larangan. Pendidikan seks secara komprehensif merangkumi segala-galanya tentang kontrasepsi (kaedah mencegah kehamilan) dengan teknik persetubuhan atau menggunakan alat pencegahan tertentu termasuk bahaya seks tanpa kondom. Konsep ini tidak terkecuali dari diajarkan kepada anakanak Malaysia. Sementara pendidikan yang berbentuk larangan pula akan mendedahkan bahawa remaja harus tetap suci sehingga berkahwin dan menjauhi kontrasepsi. Australia: Australia tidak mempunyai kurikulum pendidikan seks yang menyeluruh kerana pihak sekolah diberi kebebasan penuh untuk mengajarkan apa yang mereka inginkan dan pada tahap manakah sesuatu matapelajaran akan diterapkan. Perbezaan pendapat dalam kalangan guru sering terjadi disebabkan bentuk pendidikan yang diberikan adalah berbeza-beza. Eropah: Masyarakat Eropah berfikiran terbuka dalam pendidikan seks, bahkan kurikulum itu juga disokong oleh kerajaan. Di Perancis, pendidikan seks telah menjadi sebahagian kurikulum sekolah dan mereka memperuntukkan antara 30-40 jam waktu kuliah atau aktiviti bagi mata pelajaran pendidikan seks. Mereka juga mengagihkan kondom untuk tahun lapan dan tahun sembilan (peringkat menengah). Sementara di Sweden pula, pendidikan seks juga menjadi sebahagian pendidikan wajib di sekolah,

dan diselitkan ke dalam mata pelajaran seperti Biologi dan Sejarah. Hal yang sama berlaku di Finland di mana pendidikan seksual ini biasanya dimasukkan ke dalam pelajaran Biologi tetapi kemudian digabungkan dengan masalah kesihatan awam. Manakala di Britain, pendidikan seks tidak wajib di sekolah kerana sebahagian ibu bapa menolak matapelajaran ini disebabkan pengaruh negatif yang hinggap pada anak-anak mereka. Di Jerman, pendidikan seks adalah di bawah perintah kerajaan. Kajian menunjukkan bahawa di antara bangsa-bangsa Eropah, remaja Jerman paling mengetahui tentang kontrasepsi. Di Belanda, kerajaannya memberikan subsidi pendidikan seks bagi kaum muda dan memberi mereka kemahiran untuk membuat keputusan sendiri berhubung dengan seksualiti dan kesihatan. Cukuplah sekadar sekilas pandang untuk diketahui, namun cukup bererti untuk direnungi. Jika kita mengimbas kembali sedikit masa dahulu, kerajaan Malaysia pernah bercadang untuk memberi kondom secara percuma kepada penagih dadah agar jenayah dadah dan kes buang bayi dapat dicegah. Disebabkan masih ada suara-suara yang bangkit menolaknya, maka cadangan itu ditangguhkan. Apa yang perlu disedari di sini ialah, melalui pendidikan seks ini anak-anak kecil akan kenal apa itu kondom, dan pastinya mereka tercari-cari dan cuba untuk memakainya. Sekiranya pendidikan seks diteruskan, tidak keterlaluan untuk diramalkan bahawa suatu hari nanti sekolah-sekolah akan dibekalkan dengan kondom untuk dijadikan bahan eksperimen kepada para pelajar, dan akhirnya pada masa itu limpahan kondom akan berubah seperti belon bagi anak-anak kecil yang masih mentah dalam soal dosa dan pahala. Ilmu tanpa amal tidak sah, teori tanpa praktikal tidak sempurna. Justeru, tentu sekali pendidikan seks akan berubah menjadi gelombang zina yang cukup dahsyat, namun ketika itu kesedaran sudah hilang kerana anak-anak zina takkan lahir lagi hasil daripada praktikal pengetahuan pencegahan kehamilan. Bukalah minda dan lihatlah dengan pemikiran yang jernih, tanyakan kepada diri sendiri, apa sebenarnya tujuan di sebalik pendidikan seks ini? Adakah hukum Allah yang cuba ditegakkan? Adakah syariat Islam yang cuba diterapkan? Ternyata, jawapannya tidak, pendidikan seks yang sedang dikurikulumkan ini motifnya bukan sama sekali bertujuan untuk mengelakkan zina atau budaya berpasang-pasangan (coupling), tetapi kerajaan hanya berhasrat untuk membersihkan nama Malaysia dari fenomena kes buang bayi. Setelah anak-anak kecil ini mahir bagaimana mengelakkan kehamilan, malapetaka perzinaan akan

berleluasa bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, tapi tersorok di sebalik dahan pokok di mana ia tumbuh. Saat dan ketika itu tiada manusia yang sedar, apabila remaja wanita sudah 'stand by' dengan kondom di dalam poketnya apabila keluar dengan pasangan, remaja lelaki pula sudah mahir bagaimana "teknik semulajadi" agar kandungan tidak terhasil setelah persetubuhan, maka gembiralah si Yahudi dan si Nasara, bersoraklah si syaitan dan iblis lantaran fikiran umat Islam telah diperdayakan. Apakah kalian tidak memikirkan? Benarlah firman Allah. Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka, [TMQ al-Baqarah (2): 120] Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. [TMQ al-Baqarah (2): 208] Lihatlah fenomena negara-negara barat yang dinyatakan di atas, itu adalah fakta. Sekolah-sekolah mengagihkan kondom kepada pelajar agar mereka tahu menggunakannya. Apakah kita mahu generasi kita juga sebegitu? Pulang ke rumah bukan lagi membawa buku, tapi seplastik kondom untuk ditunjukkan kepada ayah dan ibu. Kesan baik memanglah ada, tetapi buruknya seribu kali ganda. Sejarah kegemilangan pemerintahan Islam yang menguasai satu pertiga dunia, tidak pernah mencatatkan kewujudan pendidikan seks. Namun negara kuffar Barat yang Islam bukannya menjadi agama mereka telah memperkenalkannya. Faktanya sekarang Malaysia sedang mengikuti jejak langkah mereka. Apa yang dibongkarkan ini tidak mungkin terjadi dalam masa sebulan akan datang, tetapi lihatlah dalam masa 10 tahun akan datang. Ketika itu semuanya sudah suram. Apabila ditanya kepada remaja bilakah kali pertama kamu melakukan hubugan seks, tentu mereka akan menjawab segalanya bermula di sekolah rendah. Ketika itu semuanya menerima padah. Ramai yang masih belum melihat bagaimanakah rupa bentuk buku pendidikan seks yang telah diterbitkan oleh kuffar barat, sangat sukar untuk digambarkan di sini. Justeru, isu ini bukanlah isu lapuk, jika ia dikatakan sudah

lapuk, ingatlah apabila keburukan mula dilakukan maka penentangannya tidak akan berakhir sehingga ia berjaya dihapuskan

Anda mungkin juga menyukai