Anda di halaman 1dari 10

Pidato Satu Bangsa Satu Negara

KATA disusun indah bahasa, Bibir tersenyum manis bicara, Satu bangsa satu negara,
Lambang perpaduan rakyat Malaysia.Terima kasih pengacara majlis, panel hakim
yang sentiasa menegakkan keadilan, para tetamu yang budiman, seterusnya hadirin
yang dihormati.Apakah yang dimaksudkan Satu Bangsa Satu Negara? Satu bermakna
tunggal, bangsa pula dimaksudkan sebagai ras atau keturunan dan negara pula
adalah suatu lingkungan kawasan yang berdaulat dan bersempadan. Justeru, frasa
Satu Bangsa Satu Negara dapatlah disimpulkan sebagai sebuah negara yang hanya
mempunyai satu bangsa sahaja. Tidak dua, tidak tiga.Negara kita Malaysia sedang
menuju ke arah negara maju sebagaimana digariskan oleh pucuk pimpinan negara.
Pada tahun 2020, Malaysia akan muncul berdiri sama tegak dan duduk sama rendah
dengan negara maju yang lain. Antara elemen utama mencapai cita-cita tersebut ialah
perpaduan di antara bangsa yang terdapat di Malaysia. Justeru, pemimpin kita ingin
mewujudkan konsep satu bangsa satu negara.

Sidang hadirin sekalian,

Konsep satu bangsa satu negara bermakna semua bangsa yang terdapat di negara
ini hanya dikenali sebagai bangsa Malaysia. Tanpa mengubah anutan atau
kepercayaan, bangsa Malaysia diharapkan menjadi lambang kepada negara Malaysia
yang bersatu.Apabila ini menjadi kenyataan diharapkan tiada lagi masalah perkauman
yang timbul. Semua warga Malaysia merasakan diri mereka sama tara di bumi bertuah
ini. Lalu, jadilah kita bagai aur dengan tebing bukanlah seperti enau dalam belukar
yang melepaskan pucuk masing-masing.Anasir luar juga tidak boleh menimbulkan
perasaan iri hati antara warga, kerana kita sudah sehati sejiwa, seia sekata,
perumpamaan ada berkata, bukit yang tinggi sama didaki, lurah yang dalam sama
dituruni. Keselamatan negara juga menjadi tanggungjawab bersama.

Sebagai satu bangsa yang bersatu tiada lagi yang terkecuali secara sengaja atau
tidak, dalam mempertahankan negara ini apabila diserang secara fizikal atau ekonomi.
Sejarah telah membuktikan bagaimana kita sebagai warganegara berdiri teguh di
belakang pucuk pimpinan ketika negara dilanda kegawatan ekonomi suatu ketika
dulu.Satu bangsa bukanlah bermakna kita meninggalkan anutan dan kepercayaan
masing-masing. Tetapi ianya hanya satu lambang perpaduan sesama rakyat Malaysia.
Senario ini sama dengan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara
kita.Sidang dewan yang dimuliakan,Bukanlah hanya di Malaysia yang mengamalkan
konsep satu bangsa satu negara. Bahkan, negara rantau Asia yang lain seperti negara
Thailand dan Indonesia turut mengamalkan konsep yang sama.

Percayalah hadirin sekalian tanpa tenaga dan fikiran, seluruh warga Malaysia tidak
akan ke mana-mana. Biar gelora membadai, biar mentari hangus membakar namun
Satu Bangsa Satu Negara tetap dipertahankan.
Bangsa Membaca Bangsa Berjaya

Membaca Gedung Ilmu

Mengapa kita kurang membaca? Itu adalah antara persoalan yang sering ditimbulkan
ketika melihat senario di kalangan masyarakat kita apabila menyentuh tentang budaya
membaca. Adalah penting bagi melahirkan lebih ramai generasi muda yang sukakan
membaca dan menjadikan amalan itu sebagai satu budaya agar tidak ketinggalan
dalam perlumbaan teknologi yang semakin sengit.

Pembangunan Negara

Pembangunan sesebuah negara adalah bergantung kepada rakyatnya yang


berpengetahuan, berfikiran positif, rajin dan berdaya saing. Ilmu pengetahuan dapat
diperoleh melalui amalan membaca. Amalan membaca pula perlu diperlengkapkan
dengan kemahiran memilih bahan bacaan yang berkualiti. Institusi keluarga
berperanan untuk melahirkan individu yang bukan sahaja gemar membaca tetapi
menjadikan membaca sebagai budaya. Usaha membudayakan aktiviti membaca di
kalangan generasi muda merupakan titik tolak dalam membentuk masyarakat
berpengetahuan yang dapat menyumbang kemahiran dan kepakaran kepada
pembangunan sesebuah negara.

Melestarikan Budaya Membaca

Institusi keluarga pada asasnya sama-sama bertanggungjawab untuk membentuk,


menyemai, dan memupuk minat membaca di kalangan ahli keluarga dan seterusnya
melestarikan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia. Peranan ini perlu bagi
memenuhi perkembangan mental kanak-kanak dalam usaha bagi memenuhi
keperluan, cita rasa, aspirasi, karenah dan sikap ingin tahu yang hanya dapat
dipenuhi melalui membaca.

Peranan Perpustakaan Negara Malaysia


Tidak keterlaluan dikatakan bahawa purata dua buah buku dibaca oleh rakyat
Malaysia setahun merupakan nombor yang perlu dikaji dengan lebih mendalam.
Angka itu masih boleh dipersoalkan walaupun negara telah menyaksikan bahawa
penambahan mendadak jumlah pengunjung ke kedai-kedai buku dan pesta buku
antarabangsa. Penganjuran pesta itu dikatakan telah mencapai matlamat apabila
menerima kunjungan lebih 1 juta pengunjung. Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
menggariskan empat strategi untuk mencapai matlamat minat membaca di kalangan
orang ramai. Di antaranya: Pertama, PNM akan bekerjasama dengan jentera kerajaan
di peringkat negeri dan daerah. Manakala kerjasama dengan sektor swasta bersifat
bantuan kewangan seperti penajaan, pembiayaan dan sumbangan dalam aktiviti yang
diadakan.
Kedua, PNM akan membina lebih banyak perpustakaan desa, memperbanyakkan
sudut bacaan di tempat tumpuan umum. Misalnya di kompleks membeli belah dan
perhentian bas supaya orang ramai boleh mengisi masa terluang dengan membaca
buku yang disediakan.

Ketiga, bagi memenuhi keperluan golongan kanak-kanak dan remaja yang lebih
cenderung dengan perkhidmatan atas talian, PNM akan memantapkan aplikasi ICT
dalam perkhidmatannya. Pendekatan konsep siber ini diharap dapat menarik minat
golongan itu untuk mendampingi perpustakaan dan seterusnya menyuburkan budaya
membaca dalam kalangan mereka.

Keempat, memanfaatkan pertubuhan sukarela yang sedia ada bagi menggerakkan


program mari membaca. Sehubungan itu program membaca boleh dilaksanakan
secara tersusun, sistematik dan berterusan.

Kesimpulan

Pada masa ini kita masih bergelut dengan kelembapan budaya membaca di kalangan
rakyat negara ini. Seharusnya amalan ini perlu dipupuk sejak kecil lagi bagi melahirkan
masyarakat membaca. Untuk membudayakan amalan membaca , semua pihak
termasuk kerajaan, swasta dan orang ramai perlu memainkan peranan masing-masing
khususnya dalam mengaplikasikan ilmu yang telah dibaca dalam kehidupan seharian.
MALAYSIA DI PENTAS DUNIA

Teringat ketika tangan ini menyelak sebuah buku atlas di perpustakaan,


mengamati betapa kerdilnya Malaysia yang terpelosok di tenggara dunia. Namun,
jangan disangka cili tidak berapi, kini Malaysia sudah menjadi sebuah negara yang
gah di seantero dunia. Bak kata orang tua-tua duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.
Fikir-fikirkan…

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Jutaan apresiasi kepada pimpinan majlis, saf hakim yang sentiasa cakna
dengan keadilan dan berintegriti, saudara penjaga masa yang semestinya menjunjung
prinsip Al-Asr, barisan warga pendidik budiman, seterusnya generasi pendukung
wacana wawasan negara.

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatu dan salam perdana lakaran 1


Malaysia.

Malaysia Di Pentas Dunia, begitulah murninya mauduk pidato yang akan saya
hidangkan kepada hadirin untuk menjadi santapan minda di pagi yang gemilang ini.
Sebelum, menjelmakan butir-butir bicara bermadah, mohon diizinkan untuk melakukan
pendefinisian terhadap mauduk pidato saya daripada aspek hurufiah mahupun secara
generalisasi. Malaysia merupakan sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara
yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Pentas pula merujuk kepada tempat
berdirinya seseorang melakukan acara. Manakala dunia merujuk kepada kawasan
yang luas di muka bumi ini. Oleh itu, secara holistiknya, Malaysia Di Pentas Dunia
membawa konotasi yang mendalam iaitu, keadaan Negara yang kita cintai ini semakin
dipandang tinggi oleh masyarakat dunia lantaran keberjayaan Malaysia mencipta
nama dan mencorak mutiara berharga dalam semua lapangan sama ada ekonomi,
politik dan social. Maka, pada hari ini, saya akan mengetengahkan fenomena anjakan
paradigma Malaysia setelah 5 darsawarsa pasca merdeka.
Bersaksikan warga dewan yang penuh bervisi,

Di bawah lembayung kata Ekonomi Malaysia terus kukuh dan teguh menjadi
hujah saya yang pertama. Berbicara tentang ekonomi, maka kekuatan Malaysia tidak
boleh disangkal lagi. Kita singkap sedekad yang lalu apabila satu persatu Negara
serantau dunia jatuh tersungkur ekoran kegawatan ekonomi yang melanda dunia.
Hakikatnya, ketika itu juga, Malaysia hampir tersungkur dek pelukan IMF. Namun,
kepintaran pemimpin kita ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, begitu bijak
mengemplementasikan tambatan ringgit untuk mengurangkan beban Negara. Kejituan
ekonomi Negara terus diwarnai dengan pelantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebagai
Gabenor Bank wanita pertama Malaysia dalam meneruskan wadah perjuangan
ekonomi negara. Lantaran dengan kondusi ekonomi Negara yang kukuh dan teguh,
menjelma pujian dari Negara barat mengiktiraf ekonomi Malaysia sebagai ekonomi
gergasi dunia.

Sidang hadirin yang budiman,

Indikator saya yang kedua ialah di bawah kata kunci politik di Malaysia lambang
keamanan dunia. Hari-hari, kita sering mendengar pergolakkan yang wujud di seluruh
dunia. Malah, kekacauan yang melanda diterjemahkan melalui rusuhan berdarah dan
ledakan senjata. Lihat sahaja kepimpinan Husni Mubarak di Mesir yang telah pun
tumbang, getaran pergolakan politik acuan Muammar Gadafi di Libya semakin hari
semakin pudar. Malah, Negara maju seperti Perancis dan Rusia turut menerima
bahangnya. Di Malaysia, dengan konsep demokrasi dan raja berpelembagaan,
Negara mampu mengerakkan politiknya di mata dunia. Ikatan tiga kompenen utama
iaitu UMNO, MIC dan MCA di bawah bumbung Barisan Nasional mampu menjana
kemajuan politik negara. Sukar untuk menjentik kekukuhan Negara yang kini tidak
dapat di nafikan lagi.

Sidang hadirin yang santun budi,

Sains dan teknologi Negara adalah kelas pertama, menjadi inti hujah saya
yang ketiga. Kini, Negara kita semakin ampuh di pentas dunia kerana inovasinya
dalam penciptaan mahupun penyelidikan. Kejayaan pensyarah Universiti Kebangsaan
Malaysia baru-baru ini di Geneva dalam konvensyen sains dan teknologi merupakan
wadah pembuka mata masyarakat dunia. Hasilnya, Negara mampu mengenggam 3
kilauan emas berharga, mengalahkan Negara maju yang lain dalam penghasilan
ciptaan bermutu. Kejayaan demi kejayaan terus terungkai dan menjadi keutuhan
apabila, Dr sheikh Muzafar Sukor Berjaya menjejak kaki ke angkasa. Tetapi, ada yang
cuba memberikan tomahan bahawa itu kejayaan biasa. Namun, sedar atau tidak,
kejayaan itu adalah satu pintu permulaan Negara kita dalam perlumbaan meneroka
sains angkasa. Malah, ianya tidak termampu untuk direalisasikan oleh negara yang
seusia dengan Malaysia. Syabas dan tahniah kepada angkasawan pertama Negara.
Saya tetap teguh di belakang Dr.

Sidang hadirin yang penuh intelektual,

Kata kunci saya yang keempat di bawah lembayung kata Sukan dan Negara
kita semakin ke hadapan. Dulu, ketika berbicara tentang sukan olimpik, maka ligat
minda memikir Negara Amerika Syarikat dan China. Pabila melihat catat pungutan
emas yang berbutir-butir banyaknya, Kita hanya mampu mengigit jari tanpa sekerat
pingat dikalungkan. Namun, dersawarsa ini, kita semakin mendapat perhatian di mata
dunia. Hasilnya, kita mampu menghasilkan atlit tersohor bertaraf bintang nombor satu
dunia. Ligat dengan pukalan silang membenam lawan di gelanggang kaca, itulah Dato
Nicol Ann David pemain skuays nombor 1 dunia. Teknik bertahan dan menyerang di
samping smash lintang yang mengerunkan, itulah Datuk Lee Chong Wei, badminton
di dalam genggaman, memecut laju bagai kipas kudung di arena baledroom, itulah
roketmen Malaysia, Azizul Awang Hasni menjadi sebutan. Dan pelbagai hambatan
kecemerlangan yang muncul digenggam Malaysia. Malah, Sorakan gooolll, terus
meniti di bibir peminat sukan bola sepak negara, pabila pasukan harimau Malaya
bangkit menunjukkan taringnya.

Sidang pendengar yang setia

Di penghujung kalam, kita perlu sedar, kematangan Negara semakin


menyerlah dek semangat waja yang ditunjukkan oleh pemimpin negara dan
disepadukan dengan keazaman rakyatnya tercinta. Suka saya mengajak seisi dewan
sekalian, untuk sama-sama menabur bakti, menghulurkan secebis kekuatan untuk
merealisasikan hasrat Negara. Beringatlah, jangan pisang berbuah dua kali, apabila
kita terlalu mudah diperbodohkan oleh penjajah yang silih berganti, menjadikan kita
sebagai kuli di Negara sendiri. Tanamkan tekad di dalam hati, bulatkan azam penuh
bermisi, jadikan Negara Malaysia, Negara tersohor di mata dunia.

Saya akhiri pidato saya dengan Wabilahitaufik wal hidayah, assalammualaikum w.t.w.

SEMANGAT 1MALAYSIA TERAS KEJAYAAN

Sejambak kasih, seharum kasturi buat saudara/i peneraju majlis, kombinasi


kehakiman yang berlandaskan neraca keadilan, guru-guru penggerak generasi
berwawasan seterusnya warga dewan sekalian. Assalamualaikum wm..wbt...

Semangat 1Malaysia Teras Kejayaan. Begitulah tajuk pidato saya pada hari ini.

Semangat bolehlah ditakrifkan sebagai perasaan dan jiwa, 1Malaysia bolehlah


ditakrifkan sebagai rakyat yang berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa
Malaysia. Teras kejayaan pula bermaksud sesuatu yang menjadi asas agar berjaya
untuk kemenangan ataupun hasil yang diperoleh. Aspirasi ini adalah untuk
mewujudkan sebuah negara bangsa yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan
dalam kalangan rakyat.

Warga dewan yang dirahmati Allah sekalian,

Semangat persaudaraan membawa kejayaan negara tercinta. 1Malaysia


adalah lahir daripada semangat setiakawan. Walaupun berbeza asal keturunan,
kepercayaan agama dan akar budaya namun rakyat Malaysia berpegang pada satu
prinsip yang sama iaitu Rukun Negara.

Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People
(Dengan Izin). Dalam hal ini, 1Malaysia, menuntut rakyat berfikir melepasi sempadan
kaum dan etnik masing-masing.

Hubungan kaum dan etnik dipereratkan bagi jangkamasa panjang. Kewujudan


satu bangsa Malaysia membentuk sikap menghormati, ikhlas, saling mempercayai dan
persaudaraan.
Buktinya RIMUP dan e-intergrasi telah mensasarkan murid-murid dari SK, SJK(C) dan
SJK(T) bersama-sama mengikuti satu program bersama. Pelaksanaan RIMUP dalam
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan adalah untuk membina negara bangsa.

Ideologi dengan semangat persaudaraan dalam 1Malaysia pasti


menggerakkan kejayaan negara.

Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

Sidang intelektual sekalian,

Meniti wasilah kedua saya dengan untaian kata, Kemajuan ekonomi dinikmati,
kemakmuran negara dikecapi. 1Malaysia dapat membangunkan ekonomi negara.
Pelancong dan pelabur asing mengenali rakyat Malaysia yang berintegriti tinggi.

Kini, Malaysia menerokai bidang sains angkasa, bioteknologi dan teknologi


nano. Menurut laporan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa, Malaysia
mencatatkan nilai digital 0.57 bermakna kita mendahului kemudahan akses digital
dalam kalangan negara ASEAN.

Justeru, 1Malaysia telah meningkatkan taraf ekonomi negara menjadikan


Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Idea terbilang terakhir saya dengan gagasan bicara, perpaduan dan


semangat nasionalisme, negara aman dan sentosa. Peristiwa berdarah pada 13
Mei 1969 perlu dijadikan iktibar. Formula yang dicipta oleh Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj, Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan adalah untuk perpaduan dan
semangat nasionalisme.

Kini 1Malaysia disandarkan dalam memperkukuhkan perpaduan nasional.


Negara ini adalah negara kita. Kita adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu
dinikmati dan dikongsi secara bersama. Segala pembangunan adalah limpahan
daripada perpaduan yang diteruskan dalam 1Malaysia.
Lihatlah apa yang berlaku pada negara-negara yang sedang bergolak seperti
Mesir, Syria dan Libya. Perpaduan sudah tiada. Kemusnahan berlaku di mana-mana.
Rakyat menderita dan sengsara. Mengorbankan banyak nyawa. Sehingga melibatkan
campur tangan negara luar.

Kasihan.... Jangan sampai negara kita menerima nasib seperti mereka. Kami,
anak-anak pasca merdeka dahagakan keamanan untuk kesejahteraan.Saya menyeru
tuan-tuan, puan-puan dan rakan-rakan sekalian berpegang pada konsep 1Malaysia
agar negara ini terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

‘Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.’

Sekian, salam ilmiah menjana sahsiah.

Anda mungkin juga menyukai