Anda di halaman 1dari 18

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT 3183E)

1.0 PENGENALAN PRODUK

Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Rendah bertujuan memberi asas dalam melahirkan individu yang dapat berdikari dan yakin untuk menjalani kehidupan dalam dunia teknologi yang
sentiuasa berubah. Mata pelajaran ini juga dapat mewujudkan individu yang mahir dalam bidang reka cipta, pengurusan diri dan bidang perniagaan dan keusahawanan. Malahan secara tidak
langsung dapat melahirkan individu yang kreatif, inovasi dan inventif serta boleh menghasilkan rekaan yang sesuai dengan perubahan dan perkembanagn teknologi untuk meningkatkan taraf hidup
di samping memberikan sumbangan kearah menentukan hala tuju masa depan.
Berlandaskan hasrat tersebut, saya dan rakan saya telah mereka cipta projek berasaskan kayu dan pvc yang boleh digunakan sebagai rak penyimpanan buku, kertas-kertas lukisan serta
alat-alat pensil. Oleh itu, saya ingin memperkenalkam projek yang telah kami hasilkan yang dikenali sebagai Rak Pelbagai Fungsi.
Rak Pelbagai Fungsi ini mempunyai banyak kelebihan seperti tempat menyimpan alat pensil, lukisan-lukisan dan buku-buku. Reka bentuk rak ini lebih elegan dan bercirikan rekaan moden.
Rak ini direka khas untuk mereka yang berprofesion seperti pelukis, jurutera, arkitek dan pelukis pelan kerana ciri-ciri utama pada rak ini adalah memudahkan penyimpanan gulungan kertas dan
alat melukis. Proses pembuatan rak ini sangat mudah, tidak rumit, hanya melibatkan kos yang rendah dan mampu dibina oleh murid sekolah sebagai projek reka cipta mereka.
Oleh itu, saya amat berharap agar projek ini dapat dimanfaatkan ke dalam Sukatan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah sebagai model bagi topik reka cipta

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 MASALAH

Kebanyakan rak-rak yang terdapat di pasaran mempunyai satu atau dua fungsi sahaja seperti rak perhiasan, rak penyimpanan buku dan rak kunci semata-mata. Malah, adakalanya rak
tersebut terlalu besar untuk diletakkan pada ruang yang kecil atau sempit. Bagi para pelajar atau mereka yang sering menggunakan rak buku biasa dan bagi golongan yang bekerja di pejabat lebih
menginginkan rak yang membolehkan mereka meletakkan kertas ataupun fail-fail. Namun, jarang kita lihat di pasaran rakaan rak yang di khaskan kepada golongan yang berkerjaya seperti pelukis,
jurutera dan arkitek. Golongan -golongan ini sebenarnya memerlukan tempat penyimpanan yang berlainan dari mereka yang bekerja dipejabat kerana kebanyakan kertas-kertas lukisan mereka
berada dalam keadaan yang bergulung. Oleh kerana ketiadaan tempak penyimpanan yang sesai, sering kita lihat kertas-kertas ini diletakkan secara merata-rata yang menyukarkan mereka untuk
mencarinya semula.
Setelah melihat daripada permasalahan ini ,jadi dengan terciptanya “Rak Pelbagai Fungsi ” ini diharapkan ianya dapat membantu mereka yang berkerjaya seperti elukis,jurutera,arkitek dan
pelukis pelan untuk menyimpan barangan mereka dengan tersusun dan kemas. Bagi menyelesaikan masalah ini, saya dan rakan saya telah mendapat idea untuk menyelesaikannya dengan
mereka rak tersebut dalam mengatasi masalah ini. Ruang penyimpanan yang kemas dan dapat memastikan barangan mereka sentiasa selamat.
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT 3183E)

2.2 PENYELESAIAN MASALAH

Di pasaran terdapat pelbagai jenis rak atau kotak bertutup yang kebanyakannya diimport dari luar negara khususnya negara China. Kebanyakkan rak ini dijual dengan harga yang agak mahal
jika hendak dibandingkan dengan kualiti pembuatannya yang rendah dan tidak tahan lama. Reka bentuknya juga terhad dan tidak dapat menampung kuanttiti barang yang banyak dan berat di
samping reka bentuknya yang lebih dikhaskan kepada golongan pelajar dan pekerja pejabat sahaja.
Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah ini, saya dan rakan saya telah mencipta sebuah rak yang lebih berkualiti dan diperbuat daripada kayu paip pvc. Ianya bukan sahaja murah dari segi kos
tetapi mempunyai jangka hayat yang panjang dan mudah untuk diletakkan di tempat yang selamat. Tema reka bentuk saya dan rakan saya ini lebih tertumpu kepada tempat penyimpanan kertas-
kertas lukisan, buku, serta alat-alat pensil. Rupa bentuknya yang ringkas, ringan dan mudah dialih.

2.3 IDEA

Idea untuk mencipta rak pelbagai fungsi ini tercetus apabila melihat kebanyakan rak-rak buku yang dihasilkan selalunya mempunyai bentuk dan posisi yang sama. Disamping itu, rekaannya
dilihat bercirikan rekaan yang lama dan tiada unsur moden dalam rekaan tersebut Disini akan menimbulkan perasaan pengguna cepat berasa bosan dan merasa lebih rimas dalam keadaan yang
tidak stabil. Rak ini boleh dialih dan diletakkan dalam mana-mana ruang bilik di dalam rumah mahupun di meja pejabat. Ianya akan lebih menarik sekiranya penggunaan farmoka berwarna dan
bercorak diaplikasikan ke atas rak tersebut.
Idea mereka cipta rak serba guna ini adalah gabungan daripada tiga konsep rak iaitu penyimpanan alat-alat pensil atau pen, penyimpanan buku-buku dan kertas-kertas lukisan ataupun lukisan
pelan-pelan . Ianya merupakan konsep moden kerana rak ini direka dengan menggunakan reka bentuk yang berlainan daripada rak yang selalu kita lihat di pejabat. Pencetusan idea ini untuk
membuat rak serbaguna adalah lebih kepada tempat penyimpanan kertas lukisan dan buku-buku di mana ia lebih senang dan kondusif kegunaannya.
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT 3183E)

3.0 OBJEKTIF PROJEK

Terdapat beberapa objektif apabila menghasilkan projek reka cipta ini, iaitu;

a. Memenuhi dan menyempurnakan tugasan projek kerja kursus berasaskan ilmu (KKBI).

b. Merealisasikan hasrat untuk melahirkan guru yang kreatif, berinovasi serta mampu menghasilkan rekaan mengikut perkembangan semasa dan mampu menyumbang sesuatu kepada
pembangunan teknologi negara.

c. Mengenalpasti dan mengaplikasikan kemahiran dengan menghasilkan projek reka cipta.

d. Menyediakan perancangan untuk membina projek serta membuat dokumentasi.

e. Membuat persembahan atau menyediakan projek untuk tujuan pameran

4.0 FUNGSI DAN KEGUNAAN REKA CIPTA

Reka cipta ini dibangunkan untuk beberapa kegunaan, seperti;

i. Penyimpanan alat tulis


Beberapa bahagian yang direka untuk meletakkan alat tulis bagi memudahkan pengguna untuk mencari menggunakannya apabila diperlukan.

ii. Menyimpan buku-buku


Buku-buku yang dimiliki oleh pengguna boleh disimpan di ruang rak ini bagi memudahkan penggunaannya semula.

iii. Menyimpan kertas-kertas lukisan/pelan


Fungsi utama rekaan rak ini dihasilkan adalah bagi membolehkan penyimpanan kertas-kertas lukisan atau hasil kerja yang belum disiapkan . Kertas-kertas ini boleh di simpan di dalam pvc
yang telah disediakan.

a) Reka bentuk

Penghasilan projek ini mengutamakan reka bentuk yang mempunyai ciri-ciri yang ringkas dan mampu dimiliki oleh pengguna. Projek ini direka bentuk supaya dapat disesuaikan dari segi
penjimatan ruang letak, mudah disimpan serta bersifat mobaliti yang tinggi di mana ia direka supaya mudah alih dari satu tempat ke satu tempat yang lain mengikut kehendak pengguna

b) Keselamatan
Dari segi keselamatan, rak ini tidak membahayakan kanak-kanak dan orang dewasa jika diletakkan di tempat yang sepatutnya.
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT 3183E)

c) Kos
Secara kasarnya, pembinaan kos ini tidak memerlukan kos yang terlalu besar dan banyak, di mana kos bagi menyiapkan seunit projek adalah RM 50.10

4.1 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN REKA CIPTA

KELEBIHAN KEKURANGAN

 Tahan lama dan ringan  Saiz yang kecil


 Kos pembuatan murah  Tempat penyimpanan terhad
 Bahan mudah diperoleh
 Rupa bentuk yang menarik, ringan dan menarik
 Khas digunakan bagi golongan yang berkerja
seperti pelukis, jurutera, arkitek dan pelukis
pelan.

5.0 DESKRIPSI PROJEK


REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT 3183E)

5.1 BAHAGIAN A

MENGENALPASTI MASALAH

Terlalu banyak rak yang ada telah memberi idea pada kami untuk menghasilkan projek reka cipta ini. Ruang yang terhad untuk meletakkan rak yang besar juga memberi masalah kepada
mereka yang memiliki meja atau ruang yang kecil. Permasalahan ini dilihat kepada golongan yang berkerjaya seperti pelukis dan sebagainya. Mereka memerlukan tempat penyimpanan yang khas
kepada kertas-kertas lukisan mereka. Kerana tiadanya tempat penyimpanan ini, kadang kala menyebabkan barang-barang alat tulis serta barang-barang keperluan untuk kerja dibiarkan berselerak
begitu sahaja.
Reka bentuk projek ini terhasil daripada wujudnya masalah tempat untuk menyimpan rak buku serta kertas lukisan dengan selamat dan teratur. Seringkali kita melihat kertas lukisan dan
buku-buku di letakkan merata-rata tempat di dalam rumah atau pun di pejabat-pejabat . Ini akan mendatangkan masalah kepada kita sekiranya bahan yang kita hendak perlukan di letakkan di
tempat yang salah dan hilang.

MASALAH PRODUK YANG SEDIA ADA

Produk sedia ada di pasaran biasanya di perbuat daripada kayu dan bahan yang biasa digunakan. Ia juga tidak menunjukkan satu produk yang menunjukkan kemodenan. Produk yang sedia
ada tidak dapat menjadi tariakan pengguna serta tidak menarik. Selain itu, produk sedia ada hanya dihasilkan lebih dikhaskan kepada golongan pelajar dan pekerja pejabat sahaja. Bagi golongan
pelukis, mereka memerlukan tempat penyimpanan khas untuk kertas lukisan mereka.

MENGUMPUL MAKLUMAT DATA


REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT 3183E)

Saya mengumpul maklumat dan data untuk membuat produk kotak serba guna ini melalui beberapa sumber seperti berikut :

 Melalui pengalaman sendiri

 Melalui kajian dan perbandingan produk sedia ada yang diperbuat daripada plastik atau buluh dengan alatan solek dan bekas mandian untuk mendapatkan idea mereka bentuk, teknologi
dan kemasan.

 Pemerhatian

 Memerhatikan penggunaan alatan solek dan bekas mandian untuk mendapatkan maklumat tentang teknik pembuatan, proses, peralatan dan bahan yang digunakan.

 Lawatan

 Mengadakan lawatan ke pasar raya dan kedai-kedai hardware untuk mendapatkan idea dan maklumat tentang produk pasaran terutamanya bahan dan kemasan.

 Bacaan dan penyelidikan

 Mendapatkan maklumat penggunaan bahan yang sesuai, keperluan, masalah dan fungsi dengan menyoal beberapa orang rakan sekelas sebagai responden.

 Melayari internet

 Mendapatkan maklumat untuk mereka bentuk dan maklumat tentang proses dan peralatan.

 Sumbangsaran

 Mendapatkan perbincangan dengan rakan-rakan, pensyarah bimbingan dan responden.

MENGANALISIS MAKLUMAT

 Kekuatan produk sedia ada

- mudah didapati di pasaran

- terdapat dalam pelbagai bentuk dan warna

- pembuatannya kemas

- lebih ringan

 Kelemahan produk sedia ada

- tidah tahan lama

- tidak dapat menampung beban yang berat


REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT 3183E)

- kualiti tidak setanding dengan harga yang mahal

RUMUSAN

Daripada maklumat dan data yang diperolehi, reka cipta kotak serba guna ini sangat praktikal yang mana ianya lebih tahan lama, murah dan selamat untuk digunakan bagi menyimpan alatan
yang lebih dikhaskan kepada golongan yang berkerja dalam bidan jurutera, pelukis, arkitek dan sebagainya.
Setelah dinilai dan dibincangkan dengan beberapa orang rakan dan guru- guru kemahiran hidup di sekolah dari segala sudut dan perspektif saya dapati projek mereka cipta “ Rak Pelbagai
Fungsi “ adalah lebih praktikal untuk dibina.
Ini adalah berdasarkan penilaian yang saya buat berdasarkan beberapa aspek tertentu seperti faktor yang paling penting sekali iaitu kosnya yang lebih murah, ianya tidak memerlukan kemahiran
dan teknologi yang terlalu tinggi dan canggih, mudah dibina, mudah digunakan serta diselenggarakan oleh sesiapa sahaja dan sebagainya. Selain itu, kotak ini jika menghadapi masalah ataupun
kerosakan lebih mudah dibaiki kerana tidak menggunakan peralatan yang terlalu canggih dan sukar untuk di baiki.
Di samping itu juga, jika saya membina rak yang biasa dilihat ia tidak akan memberikan apa-apa kelebihan kerana terdapat banyak rak-rak ini berada dalam pasaran pada hari ini. Oleh itu
dengan terciptanya “Rak pelbagai fungsi ini, maka ia akan memberikan kelainan kepada rak-rak yang sedia ada dipasaran selain lebih dikhaskan kepada golongan-golongan yang lebih
memerlukan ruang penyimpanan seperti yang telah direka..

5.2 BAHAGIAN B

 PENCETUSAN IDEA

- Rujuk Lampiran dalam bentuk lakaran bebas (3D)

- Senarai pelbagai idea penyelesaian masalah

Rak
Rak kasut
perhiasan
dan
peralatan
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT 3183E)

 PEMILIHAN IDEA TERBAIK

- Kepelbagaian penggunaan, selamat, fleksibel dan mesra pengguna menyebabkan Rak Pelbagai Fungsi ini dipilih untuk dijadikan bahan projek.

5.3 BAHAGIAN C

 MEMILIH REKA BENTUK PROJEK

Terdapat lima jenis idea mengenai produk yang ingin dihasilkan dan telah dibuat lakaran. Kelima-lima lakaran tersebut boleh dilihat dalam lampiran yang disediakan di akhir dokumentasi.
Setelah perbincangan dibuat, idea mengenai rak serbaguna telah dipilih untuk dibangunkan.

Fungsi menyimpan alat solek, alatan mandian dan tempat meletak


ubat-ubatan.

Rupa bentuk menarik, comel, ringan dan mudah diletakkan di mana-mana


ruangan atau sudut kecil di dalam rumah.

Kaedah pembuatan Mudah disimpan dan kosnya murah

Kemasan menggunakan tepung penyumbat, kertas las dan farmoka

Rujuk lampiran lukisan isometri (3D) dan lukisan unjuran ortografik (2D).
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT 3183E)

Penggunaan bahan Peggunaan jenis kayu yang bermutu, sesuai dan tahan lama

keselamatan keselamatan kepada pengguna kerana prihatin terhadap kesan


sampingan dan alam sekitar.

 MERANCANG PEMBINAAN PROJEK

i. Jadual kerja untuk memastikan projek yang dirancang dapat disiapka n mengikut masa yang ditetapkan.

Bil Aktiviti Minggu

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

1 Perbincangan secara kumpulan √

2 Bantuan nasihat daripada pensyarah bimbingan √ √

3 Membuat rujukan bahan bacaan dan internet √ √

4 Melihat contoh-contoh pelajar terdahulu √

5 Perbincangan dengan rakan untuk dapatkan idea awal √

6 Membuat lakaran awal √

7 Mendapatkan nasihat daripada pensyarah bimbingan √

8 Menambah baikan lakaran awal √

9 Memilih lakaran terbaik √

10 Membuat lakaran terbaik √


REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT 3183E)

11 Membuat lakaran isometrik √

12 Membuat lkaran ortogafik √

13 Mendeminasikan lakaran- proses membuat ukuran √

14 Mengenalpasti bahan dan alatan yang hendak digunakan √

15 Mengukur, menanda, dan memotong bahagian projek √ √

16 Membentuk dan mencantum bahagian projek √

17 Membuat kemasan √

18 Menguji dan menilai projek √

19 Pengiraan kos √ √

20 Membuat persembahan projek √ √

21 Mendapatkan pandangan dan komen rakan-rakan √ √

22 Pendokumentasian √ √

23 Penyerahan projek √

ii. Bahan dan alatan tangan

- Tujuan menyediakan senarai bahan dan alatan tangan ialah untuk menjimatkan masa dan mengelakkan sebarang gangguan semasa projek yang sedang dibina.

pisau penanda
Gerudi

pensel pita penanda


REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT 3183E)

SENARAI BAHAN

Bahan Kuantiti

Papan Lapis ( 4’ x 4’ ) 1 Keping

PVC PVC 3” 6 Batang

PVC PVC 2” 2 Batang

Skru dan Nut Secukupnya

Cat Minyak 2 Tin kecil

Cat Tin 4 Tin

Paku Secukupnya

Engsel 10 keping

SENARAI ALATAN TANGAN

Bil Alatan Gambar

1 Pembaris keluli

2 Sesiku L
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT 3183E)

3 Gergaji tangan

4 Pahat tepi serong dan rata

5 Ganding kayu

6 Pisau penanda

7 Apit G

8 Pita pengukur

9 Kikir parut

10 Tukul warington
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT 3183E)

11 Pencil penanda

12 Tukul kuku kambing

iii. Teknik dan kaedah pembuatan

Proses pembinaan projek melibatkan proses mengukur, menanda dan memotong.

- Menguji kerataan dan kepersegian bahan

 Bahan yang hendah di potong atau di bentuk diuji kerataan dan kepersegiannya

 Alatan yang digunakan ialah sesiku L dan pembaris keluli.

- Menanda

 Kayu ditanda terlebih dahulu sebelum kerja pemotongan di lakukan.

 Alatan yang digunakan ialah sesiku L dan pisau penanda

- Mengukur

 Alat yang digunakan ialah pembaris keluli dan pita mengukur.

 Tujuannya ialah untuk menetukan saiz bahan sebelum dipotong

- Memotong
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT 3183E)

 Bahan yang diukur dan ditanda dipotong dengan gergaji tangan.

- Mencantum
 Bahan kayu di cantum dengan menggunakan glu dan paku

- Kemasan
 Pengikis – di gunakan untuk menyapu tepung penyumbat.
 Kertas las – digunakan untuk meratakan dan melicinkan bahan projek sebelum disapu bahan kemasan. Mempunyai beberapa gred mengikut kekasaran atau kehalusannya. Pemilihan
gred bergantung kepada permukaan projek yang hendak dilicin atau diratakan.
 Famoka – digunakan untuk kemasan pada permukaan kayu supaya mencantikkan.

5.6 BAHAGIAN D

PENGIRAAN KOS

Bahan Kuantiti Kos seunit(RM) Jumlah(RM)

Papan Lapis (4’x4’ ) 1 keping 10.00 10.00

PVC 3” 6 kaki 10.00 10.00

PVC 2” 3 Kaki 3.50 3.50

Skru dan Nut Secukupnya - 5.00

Cat Minyak 2 Tin 2.00 4.00

Cat Tin 4 Tin 6.00 24.00

Engsel 10 keping 0.60 6.00

Rantai besi 1 kaki 2.00 2.00

Jumlah 64.50

Refleksi
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT 3183E)

Pertama sekali, saya ingin melafazkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya dan rakan-rakan didalam kumpulan berjaya menyiapkan Kerja
Khusus Pendek ini . Ketika melaksanakan tugasan ini terdapat banyak kekangan masa yang perlu kami hadapi contohnya pertindihan tarikh serahan tugasan dengan tugasan subjek
yang lain dan pelaksanaan “ mikro teaching” dan beberapa program lagi . Selain itu, pada semester ini kami terlibat dengan beberapa penganjuran yang menyebabkan kami tidak
dapat menumpukan sepenuh fokus keatas tugasasn ini, walaubagaimanapun dengan izinya kami dapat menyiapkan dan menghantar kerja khusus ini pada tarikh yang telah
ditetapkan.
Setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Nasrul Bin Samsuar selaku pensyarah saya yang terlalu banyak membantu,
membimbing dan juga sebagai pemudahcara saya sepanjang proses menyiapkan kerja kursus projek ini. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin
saya dapat menghasilkan satu kerja kursus yang baik dan sempurna hendaknya.
Tajuk tugasan kerja kursus Reka Bentuk dan Teknologi pada semester ini ialah “Reka Cipta Rak Meja”. Tajuk ini amat menarik dibicarakan kerana tajuk ini dapat memberi
peluang dan ruang kepada saya untuk mempelajari cara-cara mereka cipta sesebuah rekaan., di samping menimba ilmu pengetahuan yang lain untuk di jadikan bekalan kepada
saya sewaktu menjadi guru kelak. Tugasan ini betul-betul memberi manfaat kepada saya sebagai guru pelatih untuk diaplikasikan dalam kerjaya saya suatu hari nanti. Melalui
tugasan ini, kami dapat menghasilkan sendiri rekaan yang kami cuba ketengahkan berdasarkan kepada permasalah-permasalahan yang telah kami lihat. Dari permasalahan tersebut
kami telah melakar beberapa idea bagi menyelesaikan kepada permasalahan yang telah dikenalpasti.
Akhir sekali, apa yang saya perolehi daripada melakukan tugasan ini ialah kemahiran-kemahiran yang perlu ada pada seorang guru. Umumnya diketahui, sebagai guru yang
mengajar dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi ini, terdapat pelbagai kemahiran-kemahiran yang perlu ada pada diri guru tersebut. Melalui kemahiran yang ada inilah ia
akan memudahkan sesi pengajaran yang akan dijalankan. Dalam penghasilan kerja khusus ini, banyak kemahiran yang telah saya pelajari seperti membuat tanggam, membuat
sambungan antara papan dan PVC dan berbagai-bagai lagi. Melalui kemahiran yang telah saya perolehi ini, sekaligus dapat meningkatkan kemahiran atau strategi mengajar saya
dalam mendepani kehidupan seharian saya sebagai seorang guru yang semakin hari semakin mencabar.
Berbalik kepada perasaan dan situasi semasa menyiapkan kerja kursus ini. Semasa menyiapkan kerja kursus ini, permasalahan utama yang saya hadapi ialah saya terpaksa
membuat kerja kursus pada masa yang sangat sibut. Ini kerana terdapat pertindihan dengan tugasan kursus yang lain selain terlibat dengan beberapa program yang dianjurkan di
kampus. Masalah yang saya hadapi di atas bukan menjadi penghalang untuk saya menyiapkan kerja kursus ini pada masa yang telah ditetapkan. Saya jadikan masalah yang saya
hadapi ini sebagai ujian yang diberikan oleh Allah yang perlu saya harungi dengan hati terbuka dan tenang.
Untuk tugasan ini, saya telah berpasangan dengan saudara Ramli Bin Ahmad bagi menyiapkan rekaan rak meja kami. Semasa pada peringkat penjanaan idea, kami telah
bersama-sama menghasilkan banyak lakaran idea yang menyebabkan kesukaran untuk kami memilih rekaan yang kami hasilkan. Hasil daripada perbincangan kami berdua, kami
telah bersepakat untuk memilih rak yang direka khas bagi golongan atau profesion seperti jurutera, arkitek dan pelukis pelan. Pemilihan ini dibuat oleh kerana kami melihat tiada lagi
rak yang direka khas kepada golongan ini dipesaran. Selain itu, reka bentuk rak ini amat ringkas dan menarik. Rekaannya tidak seperti rak-rak yang biasa kita lihat di pejabat, tetapi
rekaannya nampak lebih elegan dan moden.
Ketika penghasilan rak ini, tidak terdapat banyak masalah yang kami hadapi. Keseluruhannya perjalanan penghasilan rak kami ini berjalan dengan lancar. Dari segi kos
pembuatannya amat berpatutan . Ini kerana kami tidak menggunakan bahan-bahan yang mahal seperti besi, aluminium dan lain-lain. Kami hanya menggunakan papan lapis dan paip
pVC sahaja. Dari segi kerja pembuatan , kami tidak mempunyai masalah kerana kami sudah agak biasa dengan bidang pertukangan.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu kumpulan kami dalam menyiapkan tugasan ini dalam jangka masa yang
ditetapkan. Terima kasih yang paling utama kami berikan kepada pensyarah pembimbing kami , Encik Nasrul Bin Samsuar yang banyak membantu dan tidak pernah jemu
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT 3183E)

memberikan ilmu kepada kami. Sesungguhnya ilmu yang beliau berikan banyak memberikan menfaat kepada kami dalam kehidupan seharian malah sebagai bekalan kami untuk
menghadapi pelajar kelak.

Sekian , Terima Kasih.


REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT 3183E)

RUJUKAN

Fakhiruddin Hj. Muhammad, Syed Mahathir Syed Ibrahim (2003). Kerja Kayu dan Logam. Selangor : PCP Sdn. Bhd.

Faizah Ismail, Mohd Rahim Mohd Sharif & Rahimah Ibrahim (2007). Kemahiran Hidup Tahun 6. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hishamuddin Samad, Nor Aslina Mamat. (2006). Masteri Memori Melalui Peta Minda Kemahiran Bersepadu (Teras) PMR. Selangor : PNI Neuron Sdn Bhd.

Rosli Ibrahim, & Salomah Ahmad. (2005). Kemahiran Hidup Tahun 4, 5, 6. Kuala Lumpur : Sasbadi Sdn. Bhd.
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT 3183E)

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai