Anda di halaman 1dari 6

Terima kasih peneraju acara, panel juri teguh saksama dan seluruh warga

dewan berkarisma. Salam Sejahtera dan salam ceria buat semua.


Hayatilah, sebuah pidato cetusan minda ILMU PELITA HIDUP.
Hadirin sekalian,
ILMU sebagai PELITA HIDUP bolehlah ditakrifkan sebagai prakarsa
membudayakan pemahaman teori dan praktikaliti dalam segenap aspek
kehidupan kerana diyakini ilmu mampu menghijrahkan manusia dari gelita
kejahilan kepada cahaya kebenaran.
Maka, marilah sama-sama kita menilai potensi ilmu dalam menerangi
kehidupan manusia.
Hadirin sekalian,
Hayatilah pragmatik pertama, pembudayaan ilmu meningkatkan darjat
manusia.
Kita sedar bahawa ilmu manusia cuma setitis berbanding ilmu Tuhan yang
selautan. Namun bezanya darjat manusia, apabila berilmu pasti dipandang
mulia.
Menyedari hakikat ini, maka Falsafah Pendidikan Kebangsaan memacu
pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang
memfokuskan kepada usaha membangunkan modal insan berilmu
menerusi proses pendidikan berkualiti.
Natijahnya, menurut laporan agensi Program Pembangunan PBB (UNDP)
2011, kadar literasi rakyat kita mencecah 92.7%, kadar pengangguran
menurun 3.1% dan indeks kebolehpasaran graduan pula
mencatatkan 88.4%.Angka-angka kejayaan ini membuktikan bahawa
dengan menguasai ilmu berguna, untung nasib rakyat dapat dibela
sekaligus taraf hidup mereka mampu dijana.
Hadirin sekalian,
Pragmatik kedua, penerokaan ilmu mampu menjana minda bangsa.
Dek kerana budaya ilmulah, rakyat Jepun tidak pernah malu menggunakan
kaedah Kanji dan Katagana, maka kita juga mampu melakar kejayaan
negara dengan mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa wasilah ilmu.
Bahkan, kerajaan turut berkobar-kobar memperkasakan gerakan budaya
membaca. Hasilnya, peningkatan purata 6 buah buku setahun
dalam Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2008-
2011 membuktikan bahawa kita yakin bangsa Malaysia akan berjaya
sekiranya ilmu dikongsi bersama, bertitik-tolak dari budaya membaca.
Benarlah bahawa, nadi ilmu amalan membaca yang membuka minda
bangsa.
Hadirin sekalian,
Pragmatik ketiga, pembudayaan ilmu memantapkan kemandirian
bangsa.
Hikayat Melayu pernah menukilkan kepintaran Tun Perak menangkis
serangan Siam ke atas Melaka dan kecerdikan Hang Nadim menyelamatkan
Singapura dari serangan todak. Bukti jelas bahawa kemandirian sesebuah
bangsa banyak bergantung kepada kebijaksanaan golongan ilmuannya.
Lantaran itulah, sistem pendidikan kita kini ditransformasikan. Namakan
sahaja, dari pelancaran program i-Think dan Permata Pintar; pemerkasaan
pendidikan teknikal dan vokasional; sehinggalah program Brain Gain di
peringkat IPT, semuanya bertujuan untuk melahirkan golongan ilmuan
berpemikiran kritis dan kreatif sekaligus memberi sumbangan bermakna
kepada kesejahteraan negara.
Hadirin sekalian,
Pragmatik keempat, ketinggian ilmu cerminan budi dan sahsiah bangsa
terpuji.
Ibnu Khaldun dalam tamsilnya al-Muqaddimah menegaskan bahawa al-
insan madani bi al-taba’, manusia sentiasa membina tamadun dengan ilmu
dan sahsiahnya. Bahkan pepatah Melayu turut menggesa agar kita
mengikut resmi padi, semakin berisi, semakin tunduk.
Lantaran itulah, modal insan berilmu dan berakhlak kini bukan lagi satu
pilihan tetapi satu keperluan. Menerusi sistem pendidikan, subjek Sivik dan
Kewarganegaraan kita perkasakan, pendidikan agama dan moral kita
mantapkan bahkan kempen budi bahasa kita jayakan. Hal ini kerana kita
sedar bahawa apalah gunanya ketinggian akal fikir manusia tanpa
keluhuran budi bahasa.
Maka hadirin sekalian, bangunlah, siapapun diri anda. Hanya melalui
pembudayaan ilmu dalam kehidupan seharian, kita mampu meningkatkan
martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara. Sesungguhnya
benarlah kalam pencipta, kalimah iqra’ menyemarakkan budaya ilmu
lantaran ilmu adalah cahaya, pelita hidup manusia. Yakinilah
bahawa, ILMU itu PELITA HIDUP.
SEMANGAT 1MALAYSIA TERAS KEJAYAAN

Sejambak kasih, seharum kasturi buat saudara/i peneraju majlis, kombinasi kehakiman
yang berlandaskan neraca keadilan, guru-guru penggerak generasi berwawasan
seterusnya warga dewan sekalian. Salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia

Semangat 1Malaysia Teras Kejayaan. Begitulah tajuk pidato saya pada hari ini.

Semangat bolehlah ditakrifkan sebagai perasaan dan jiwa, 1Malaysia bolehlah


ditakrifkan sebagai rakyat yang berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa
Malaysia. Teras kejayaan pula bermaksud sesuatu yang menjadi asas agar berjaya
untuk kemenangan ataupun hasil yang diperoleh. Aspirasi ini adalah untuk
mewujudkan sebuah negara bangsa yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan

dalam kalangan rakyat.

Warga dewan yang dirahmati Allah sekalian,

Semangat persaudaraan membawa kejayaan negara tercinta. 1Malaysia adalah


lahir daripada semangat setiakawan. Walaupun berbeza asal keturunan, kepercayaan
agama dan akar budaya namun rakyat Malaysia berpegang pada satu prinsip yang

sama iaitu Rukun Negara.

Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People (Dengan Izin).
Dalam hal ini, 1Malaysia, menuntut rakyat berfikir melepasi sempadan kaum dan etnik

masing-masing.
Hubungan kaum dan etnik dipereratkan bagi jangkamasa panjang. Kewujudan
satu bangsa Malaysia membentuk sikap menghormati, ikhlas, saling mempercayai dan

persaudaraan.

Buktinya RIMUP dan e-intergrasi telah mensasarkan murid-murid dari SK, SJK(C) dan
SJK(T) bersama-sama mengikuti satu program bersama. Pelaksanaan RIMUP dalam
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan adalah untuk membina negara bangsa.

Ideologi dengan semangat persaudaraan dalam 1Malaysia pasti


menggerakkan kejayaan negara.

Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

Sidang intelektual sekalian,

Meniti wasilah kedua saya dengan untaian kata, Kemajuan ekonomi dinikmati,
kemakmuran negara dikecapi. 1Malaysia dapat membangunkan ekonomi negara.

Pelancong dan pelabur asing mengenali rakyat Malaysia yang berintegriti tinggi.

Kini, Malaysia menerokai bidang sains angkasa, bioteknologi dan teknologi


nano. Menurut laporan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa, Malaysia
mencatatkan nilai digital 0.57 bermakna kita mendahului kemudahan akses digital

dalam kalangan negara ASEAN.


Justeru, 1Malaysia telah meningkatkan taraf ekonomi negara menjadikan

Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Idea terbilang terakhir saya dengan gagasan bicara, perpaduan dan semangat
nasionalisme, negara aman dan sentosa. Peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969 perlu
dijadikan iktibar. Formula yang dicipta oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun
Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan adalah untuk perpaduan dan semangat
nasionalisme.

Kini 1Malaysia disandarkan dalam memperkukuhkan perpaduan nasional.

Negara ini adalah negara kita. Kita adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu
dinikmati dan dikongsi secara bersama. Segala pembangunan adalah limpahan

daripada perpaduan yang diteruskan dalam 1Malaysia.

Lihatlah apa yang berlaku pada negara-negara yang sedang bergolak seperti
Mesir, Syria dan Libya. Perpaduan sudah tiada. Kemusnahan berlaku di mana-mana.
Rakyat menderita dan sengsara. Mengorbankan banyak nyawa. Sehingga melibatkan

campur tangan negara luar.

Kasihan.... Jangan sampai negara kita menerima nasib seperti mereka. Kami, anak-
anak pasca merdeka dahagakan keamanan untuk kesejahteraan.Saya menyeru tuan-
tuan, puan-puan dan rakan-rakan sekalian berpegang pada konsep 1Malaysia agar

negara ini terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

‘Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.’

Sekian, salam ilmiah menjana sahsiah

Anda mungkin juga menyukai