Anda di halaman 1dari 2

MENTALITI KELAS PERTAMA TONGGAK KEJAYAAN 1MALAYSIA

Hadirin hadirat yang bervisi,


Indikator saya yang pertama,di bawah lembayung kata Budaya Ilmu Disemai,
Insan Berkualiti Dicanai. Kita sedar bahawa kalimah iqra, kalam Pencipta
mentamsilkan ilmu sebagai cahaya, pelita hidup manusia. Dengan menguasai ilmu
berguna, mentaliti kita tidak akan terkongkong bagai katak di bawah tempurung
sebaliknya mampu melihat dunia dengan pandangan mata burung. Lantaran itulah,
transformasi ke arah pendidikan global yang kita laksanakan menerusi Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 banyak mengubah persepsi dan
mentaliti rakyat kita dalam membudayakan ilmu. Laporan Daya Saing Global 2012,
Forum Ekonomi Dunia meletakkan kualiti pendidikan kita di tangga ke14 daripada142 buah negara dengan kadar literasi 95.7% dan indeks
kebolehpasaran graduan 88.4%. Angka-angka kejayaan ini membuktikan bahawa
dengan keterbukaan minda rakyat menguasai ilmu berguna, terbentuklah mentaliti
kelas pertama menunjangi keadilan sosial teras gagasan 1Malaysia.
Budaya Inovasi Dijulang,Rakyat Cemerlang, menjadi kata kunci saya yang
kedua. Tun Dr Mahathir Mohamad,Perdana Menteri Malaysia Keempat tidak gentar
dengan kontroversi dan pernah menggemparkan hubungan baik diplomatik Malaysia
British dengan mengamalkan dasar 'Buy British Lasts" sebagai satu tindak balas di
atas sikap London yang mendiskriminasikan kepentingan Malaysia . Beliau
kemudiannya memperkenalkan 'Dasar Pandang Ke Timur' dengan menjadikan
budaya kerja masyarakat Jepun dan Korea sebagai suatu yang harus diteladani dan
dijadikan idola berteraskan inovasi dalam aspek pengurusan masa, disiplin diri dan
etika kerja, lambang mentaliti kelas pertama mereka oleh rakyat demi
meningkatkan produktiviti serta menyemai etika kerja professional. Lantaran
itulah, pelbagai inovasi telah kita perkenalkan. Menerusi Program Transformasi
Ekonomi misalnya, inovasi keusahawanan mampu menganjakkan pemikiran rakyat
daripada mentaliti pengguna kepada budaya pencipta dan daripada mentaliti
subsidi kepada semangat berdikari . Hakikatnya jelas, mentaliti rakyat yang
inovatif inilah yang mampu menunjangi kejayaan 1Malaysia kelak.

Hadirin yang dihormati,

Di bawah kata kunci ketiga iaitu Nilai-Nilai Murni Dihayati, Kesejahteraan


Dinikmati.. Pujangga Melayu selalu berpesan Tegak rumah kerana sendi, runtuh
sendi rumah binasa,Tegak bangsa kerana budi, runtuh budi runtuhlah bangsa.Dalam
kita mengejar mentaliti kelas pertama, nilai-nilai murni adalah pelengkapnya
ibarat isi dengan kuku, irama dengan laguMaka, demi mengubah mentaliti
masyarakat 1Malaysia agar menjiwai nilai-nilai murni, subjek Sivik dan
Kewarganegaraan kita mantapkan, kempen budi bahasa kita jayakan, budaya
integriti kita amalkan bahkan pembinaan sahsiah kita pergiatkan, semuanya atas
kesedaran bahawa apalah gunanya ketinggian akal fikir manusia tanpa keluhuran
budi bahasa.
Hadirin hadirat,

Sebelum saya menoktahkan pidato saya ini ,izinkan saya untuk menyeru kepada
semua masyarakat teruatamanya golongan remaja untuk terus bersama-sama
mencanai minda dan memajukan negara..Bagi membangunkan generasi yang
memiliki metaliti kelas pertama ,berketerampilan,bersahsiah mulia serta
berilmu,kita haruslah melangkah dengan seribu kekuatan dan memastikan yang
dirancang itu dapat dilaksanakan dengan sepenuh komited serta mencapai
matlamat.Mentaliti kelas pertama tonggak kejayaan 1 Malaysia.Ayuh , remajaku
gegarkan dunia ,harumkan nama negara.
saya akhiri pidato saya dengan dua rangkap pantun.
Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara,
Pulanglah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan Negara.
Loceng di sana telah berbunyi,
Sebagai tanda untuk berhenti,
Salah dan silap harap dimaafi,
Semoga kita berjumpa lagi.
Wabilahitaufik wal hidayah, assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai