Anda di halaman 1dari 6

Sajak Anti Dadah

DADAH DURJANA

Dadah
Tika dulu kau bagai penawar
Mengukir sejarah di bidang perubatan
Penyelamat nyawa tika kesakitan

Namun kini
Martabatmu begitu hina
Hadirmu bak najis semata
Kau hanyalah pemusnah
Generasi dunia

Dadah
Kau umpama racun yang mengalir
Dalam pembuluh darah
Bagai jarum yang ditusuk hingga ke tulang
Perit..
Pedih..

Dadah
Kau durjana
Hadirmu membawa derita
Khayalan sementara cuma
Imaginasi dusta di bumi nyata
Membawa kesedihan
Mengundang derita sengsara
Dan mengusung
Kematian..

Nurkilan bersama..Md. Rz & Adik-Beradik..07.


SAJAK DADAH
tik..tik..tik
waktu terus berdetik
ragam manusia satu
demi satu tercipta

kulihat
dua manusia
berkongsi pentas yang sama
tapi
lakonan watak berbeza

satu
jalannya gah rapi sekali
berk0t hitam mendabik dada
aduh (bangga)
persis telah
diukir diwajahnya
'aku lepasan pusat pengajian tinggi'
'aku manusia berkerjaya'

tapi yang di sana pula


aduh (sedih)
mengapa langkah kau susun
longlai tak bermaya
tubuhmu mengapa
dibaluti kain perca
aduh (marah) jijik aku melihatnya
noda-noda merah wajahmu
meyakinkanku
kau penagih dadah
bangkai bernyawa tak berguna
kau bukan lepasan
pusat pengajian tinggi
tapi lepasan pusat serenti

terkesima aku seketika


air mata yang
mengalir lesu di wajahnya
menyedarkan aku kembali
siapalah aku ini
untuk menilai manusia?
sekadar dari zahirnya?
aduh... (sedih)
pasti kau bergelumang derita
menjadi mangsa hiv
menelan peritnya rasa
cerca-cerca manusia
sendiri tanpa kasih keluarga
mimpi indahmu untuk
menggapai cita di jiwa
hanyalah mimpi selamanya

semuanya angkara kau


dadah durjana tak berguna
perosak bangsa perosak negara!

duhai rakanku sekalian


ayuh kalian buka mata
seluas lautan dunia
mahukah kalian merintih
aduh (sesal)
atau tersenyum aduh (gembira)
sepnjang masa kehidupan
yang kita ada
diri sendiri penentu segalanya
salam satu dunia
bahagia tanpa dadah!

YANG JATUH DAN REBAH ITU ADALAH ANAK WATAN MU

Di setiap detik perjalanan


hidupnya tersekat pada rongga nafsu
malam baginya suatu mimpi
siang baginya suatu penyeksaan
merah matanya
lesu tubuhnya bagaikan dimamah kepayahan
bergetar tangannya menggapai
mencari ketenangan yang menghancurkan.

Wahai anak-anak watan!


Mengapa dibiarkan senyum iblis di setiap langkahmu
kemenangannya mengocak ruang fikirmu
Mengapa laluan itu yang menjadi pilihan?
Mengapa ketenangan itu yang menjadi santapan?
Katakan DADAH itu bukan penawar
DADAH itu bukan pemberi ketenangan
DADAH itu bukan santapan keimanan
Ia adalah racun yang tersembunyi
Ia adalah duri yang menusuk pedih.

Wahai anak-anak watan!


Bantu dan bimbinglah mereka
Meski tidak terdaya mengawal diri
dengan tubuh yang lesu dan tangan yang bergetar
sambut dan genggamlah jari-jari itu
tadahkan doa memohon restu keampunan
agar langkah yang sumbang,
masih bisa dihayunkan
sederap penuh sedar.
Jangan dibiarkan bunga-bunga bangsa itu layu dan gugur
dari jambangan yang segar dan bumi yang subur
kerana yang jatuh dan rebah itu adalah anak-anak watanmu
yang masih punya harapan utk hidup beribu tahun
bercitakan kebahagiaan dan kecemerlangan wawasan.

ISZ   (ISMAH HARUN)


SEK.BER.PEN. LABUAN
Hasil Penulisan Puisi Terbaik
Peringkat Negeri Sabah dan Kebangsaan
Anjuran PEMADAM - Kempen Anti-Dadah
APRIL 1993

Dadah Musuh Negara


 Dadah,
 Kau datang mengaku kawan
 Konon membantu meringan beban
 Tetapi, wahai teman
 Kau sebenarnya musuh
 Musuh nombor 1 negara

kau buat mereka alpa


kau buat anak bangsa rebah
 kau musuh negara !
 Tatkala negara membangun
 kau meratah belia negara
 punah, musnah, lemah
 kerana kau... dadah durjana

SAJAK : KITA ISYTIHARKAN PERANG

Terdetik di hati ini


Untuk menyusun bicara
Mengatur kata
Pada menyatakan
Rasa jelik dan jijik
Najis dadah
Ganja, pil estacy membawa padah

Mengapa kita harus dilalaikan


Pada najis dadah musuh durjana
Perkasa Kita Perangi Ia
Seluruh Jiwa Raga

Ayuh kita perkasakan Menara Bangsa


Hiasi ia dengan indah sejuta warna
Sirami ia dengan wangi sejuta bunga
Perangi ia dengan simbahan sejuta cahaya
Dan kita wajib menghargai diri
Yang masih muda
Usah terumpun oleh rona curang gejala
Usah tergoda oleh racun asing budaya

Bangkitlah dari khayal yang melalaikan


Pada najis dadah musuh durjana
Oleh bayang neraka jahanam
Menggamit nafsu hina

Oleh Amirul Aziz Abd. Aziz

Anda mungkin juga menyukai