Anda di halaman 1dari 2

SAJAK DADAH

ANAK WATAN

Di setiap detik perjalanan


hidupnya tersekat pada rongga nafsu
malam baginya suatu mimpi
siang baginya suatu penyeksaan
merah matanya
lesu tubuhnya bagaikan dimamah kepayahan
bergetar tangannya menggapai
mencari ketenangan yang menghancurkan.

Wahai anak-anak watan!


Mengapa dibiarkan senyum iblis di setiap langkahmu
kemenangannya mengocak ruang fikirmu
Mengapa laluan itu yang menjadi pilihan?
Mengapa ketenangan itu yang menjadi santapan?
Katakan DADAH itu bukan penawar
DADAH itu bukan pemberi ketenangan
DADAH itu bukan santapan keimanan
Ia adalah racun yang tersembunyi
Ia adalah duri yang menusuk pedih.

Wahai anak-anak watan!


Bantu dan bimbinglah mereka
Meski tidak terdaya mengawal diri
dengan tubuh yang lesu dan tangan yang bergetar
sambut dan genggamlah jari-jari itu
tadahkan doa memohon restu keampunan
agar langkah yang sumbang,
masih bisa dihayunkan
sederap penuh sedar.
Jangan dibiarkan bunga-bunga bangsa itu layu dan gugur
dari jambangan yang segar dan bumi yang subur
kerana yang jatuh dan rebah itu adalah anak-anak watanmu
yang masih punya harapan utk hidup beribu tahun
bercitakan kebahagiaan dan kecemerlangan wawasan.
BANTERAS DADAH

Dadah ialah bahan kimia


Yang boleh merawat tubuh manusia
Namun jika salah digunakan
Akan membawa derita
Hadirnya akan menyekat kebebasan hidup
Tubuh dimamah kepayahan
Ketenangan hidup akan hancur

Wahai rakan-rakanku,
Bebaskan dadah dari hidupmu
Jangan dibiarkan senyuman iblis di setiap langkahmu,
Yang mengocak diruang fikiranmu
Jangan dijadikan laluan itu sebagai pilihanmu
Jangan dijadikan ia sebagai santapanmu
Katakan dadah itu bukan penawar
Dadah itu bukan pemberi ketenangan
Dadah itu bukan santapan keimanan
Ia adalah racun yang tersembunyi
Ia adalah duri yang menusuk pedih

Wahai insan-insan yang budiman,


Wahai para cendekiawan
Bantu dan bimbinglah anak-anak kita
Bermula dari awal persekolahan
Katakan tidak kepada dadah
Jangan dibiarkan anak-anak ini layu dan gugur
Dari jambangan yang mekar dan subur
Kerana generasi dari sekolahlah
Yang akan membangunkan bumi ini
Anak-anak yang berjaya
Bermula dari sekolah yang bebas daripada dadah

Marilah
Berdoa memohon restu keampunan
Agar langkah yang sumbang
Dapat di banteras
Bagi membangunkan generasi yang berdaulat

Anda mungkin juga menyukai