Anda di halaman 1dari 2

Budaya bodek lambang kejatuhan bangsa.

Saya terpanggil untuk memperkatakan sesuatu tentang ‘budaya bodek’ yang berlegar dan berlaku
meluas dari kalangan orang melayu dan masyarakat Malaysia. Bermula daripada diri sendiri, perilaku ini
mesti diberhentikan oleh setiap diri yang sedar. Hari ini, ketika ini akan bermulanya satu perjalanan
perubahan yang mapan, bodek mesti berhenti pada jiwa raga. Jangan mudah mahu membodek orang.

Semalam, perlawanan Malaysia lawan Saudi Arabia mempersaksikan krisis ‘mental block’ pengacara dan
penganalisis sukan yang suar ‘apologetik’. Fenomena kekalahan team bola sepak Malaysia kini adalah
reality sebagaimana kemenangan team bola sepak pada zaman mokhtar dahari juga adalah satu reality.

Malaysia bukanlah satu pasukan bola sepak yang hambar dalam sejarah tetapi kini hambar. Begitu juga
dengan gerombolan yang bersama – sama dalam team bola sepak sekarang ini adalah hambar kerana
mendapat mendapan yang hambar daripada semua.

Terus terang mahu dikatakan perilaku ‘bodek’ adalah salah satu gejala yang meruntun skuad sukan bola
sepak kerana telah meresap dalam arena. Budaya bodek yang telah lama serap dalam politik telah
merosakkan banyak struktur Negara. Kini budaya bodek yang berleluasa dalam sukan sudahpun
merosakkan imej bola sepak sekian lama dan selepas ini bakal merudum. Kekalahan 10 – 0 dengan Qatar
pun masih selesa dengan kata – kata apologetik penganalis sukan, malah kerana mahu menjaga kata –
kata agar diterima semua, masih bersikap tidak apa kepada kekalahan demi kekalahan.

Bahayanya bodek untuk semua, asal saja boleh bodek maka terus diberi secara percuma walau kadang –
kadang tanpa imbuhanpun. Menularnya budaya bodek ini sehingga kita sudah hilang fakta sebenar.
Adakah perorangan itu benar – benar menjalankan tugas dengan cemerlang atau bodek itu menaikkan
tarafnya. Fakta sebenar bakal tenggelam kerana bodek sudah menaikkan taraf individu yang tidak layak
dipuji.

Puji yang ditakrifkan daripada bahasa urdu’ tamil – pooja, merungkai dalam maksud dewa, sembahan
yang di baca beberapa kalimat daripada mentera atau mantra. Kini perkataan yang mulia, memuji – muji
melangit dihadapan diri tersebut , lebih afdal dikhalayak ramai bagi membangkitkan rasa besar diri dan
bangga perorangan tersebut. Orang yang dipuji walau tidak sepadan tetap mendapat sanjungan
dikhalayak ramai. Inilah perihal bodek yang sering menjadi kebiasaan dalam masyarakat sehingga semua
orang terbiasa lalu menjadi adat.

Janganlah biasakan diri kita daripada bodek adat ini . Buangkan amalan yang merosak diri dengan tipu
helah, lebih lagi membodek para pemimpin. Biar mereka menjalankan tanggung jawab mereka atas
amanah yang dipertanggung jawabkan. Kita dipertanggung jawabkan untuk menegur, memberi nasihat
atau memperbetuli salah laku mereka bukannya memuji walau dalam perkara yang ternyata dusta
pujian tersebut untuk individu itu. Malah kerana terangkat dengan budaya bodek, diri orang yang dipuji,
merasa pujian itu adalah benar, walau ternyata batil. Orang yang terbiasa suka dipuji akan memberi
imbuhan kepada pemuji. Bermula dengan belanja makan besar, dengan kontrak yang bukan haknya dan
kedudukan pangkat darjat dengan rentetan – rentetan hawa. Inilah kelaziman daripada suapan budaya
bodek.
Mahukan kita individu bangsa dan rakyat Malaysia yang berbudaya dengan amalan suka membodek ini
sedar dan memahami hakikat “ bodek adalah salah laku”, perangai yang merosak dan memperbodohkan
pujian menjadi keji. Pujian yang baik lagi mulia menjadi cela dan celaka kerana dusta yang menumpang
di atas kata – kata pujian.

Selayaknya kita mesti memulakan diri dengan menghentikan budaya ‘suka membodek orang’. Sebenar
pujian adalah milik pencipta yang layak dengan tarafnya, dipuja dan dipuji sebagaimana perkataan yang
benar,

Redha semua manusia adalah sesuatu yang tidak tercapai.

Manakala redha Allah pula sesuatu yang tidak boleh ditinggalkan.

Maka tinggalkanlah apa yang tidak tercapai.

Capailah apa yang tidak boleh ditinggalkan.

Anda mungkin juga menyukai