Anda di halaman 1dari 15

MPU1013 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

SESI 2021/2022 (JA212)

TUGASAN BERKUMPULAN

AHLI KUMPULAN:-

1. 282131 Ameerul Zafran Bin Saiful Amir


2. 282132 Amirul Farzuhan Bin Shoib
3. 282140 Arvindan A/L Gopal
4. 282152 Azrul Hisyam Bin Abdullah
5. 282186 Hafizi Bin Husni
6. 282336 Mohd Zawawi Bin Eilias

TAJUK TUGASAN:

“REFLEKSI VIDEO”

https://youtu.be/PE2HKM9nOo4
PENDAHULUAN
 memilih klip video yang berdurasi selama 40 saat yang dimuat naik pada 15
Oktober 2021 oleh akaun bernama MMV Viral. Klip video yang bertajuk ‘Akak
Grab Tolong orang kurang upaya Melintas jalan viral’

Video ini dirakamkan pada sekitar 13 Oktober 2021 di kawasan Masjid


Lama Batu 6, Gombak, Selangor.
 merakamkan perbuatan murni seorang penghantar makanan Grab Food yang berhenti di
pertengahan jalan raya dan turun dari kenderaan motosikalnya untuk membantu orang
kurang upaya untuk melintas jalan

 ramai yang turut memuji wanita berkenaan yang dianggap kental dalam mencari rezeki meskipun
pekerjaan sebagai seorang rider dianggap suatu pekerjaan yang lasak untuk golongan wanita.
 mengetahui bahawa sebilangan individu yang mempunyai masalah penglihatan
atau kurang upaya kebanyakannya boleh hidup berdikari,

tindakan menolong golongan kurang upaya melintas jalan tetap dianggap


suatu tindakan yang murni.
 kami bersepakat memilih klip video ini untuk mengetengahkan nilai murni
tolong-menolong kepada orang kurang upaya yang kadang-kala tidak
dipraktikkan.
MORAL
 Prinsip moral atau moral membawa pengertian ajaran atau pegangan berkenaan
dengan buruk baik sesuatu perbuatan, sikap atau cara berkelakuan yang
berasaskan atau yang diukur dari segi baik buruk sesuatu akhlak.

 tiga konsep etika kemanusiaan iaitu:

- hati nurani

- sistem-sistem prinsip dan pertimbangan (dipengaruhi oleh kebudayaan,


keagamaan)

- tatalaku atau prinsip moral tingkah laku


 Moral peribadi mentakrifkan dan membezakan niat, motivasi atau tindakan yang
betul dan yang salah

 dibelajar, dilahirkan, dikembangkan atau dididik di dalam diri setiap individu.


 bantuan serta pertolongan tidak semestinya datang dari individu yang
berpengaruh kepada insan yang berpengaruh atau berpangkat.

 Kemurnian hati dan ikhlas membantu datang dari didikan agama dan akhlak
keluarga yang baik.

 masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai pelbagai latar belakang dan


pegangan agama, masih terdapat nilai kesepakatan yang tinggi seperti tolong-
menolong, hormat menghormati dan masih ramai yang mempunyai nilai moral
dan akhlak baik sesama masyarakat serta hidup dalam harmoni lagi sejahtera.
MAKSUD JATI DIRI
 sifat atau ciri yang unik dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya, agama dan
sebagainya yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu,
sesuatu bangsa dan sebagainya.

 Jati diri juga adalah unsur-unsur kehidupan yang mencerminkan lahiriah individu
atau masyarakat.

jati diri adalah identiti individu, masyarakat, dan negara bangsa yang
mempunyai sifat-sifat keutuhan yang dibanggakan.

 jati diri sebenarnya menjadi salah satu pengikat jiwa, penggerak semangat dan
penguat suasana kebatinan.

 harus memahami dan menghayati jati diri ini kerana dengan itu semua masyarakat
bersatu pada dalam apa-apa jua bagi membantu sesama masyarakat.
ULASAN JATI DIRI
 Sebagai contoh wanita yang didalam video tersebut mempunyai sikap yang bagus,
sikap suka membantu orang lain
 Wanita tersebut sanggup berhenti ditepi jalan semata- mata ingin membantu orang kurang
upaya penglihatan melintas jalan.

 boleh dijadikan contoh yang baik untuk semua golongan tidak kira tua atau muda.

 sifat jati diri yang ada pada wanita tersebut dapat membantu dan menyelamatkan
orang kurang upaya tersebut.
 Dari segi nilai-nilai tersebut membentuk watak dan sifat peribadi, cara berfikir, cara hidup
dan penampilan diri yang melambangkan jati diri yang baik.
 Pemupukan jati diri boleh dicapai kerana sudah sedia maklum negara kita mempunyai
rakyat ramai yang suka membantu orang lain.
 Kita juga sebagai rakyat Malaysia yang berfikiran bijak seharusnya meletakakan situasi
sedemikian pada diri kita, sudah tentu kita juga akan melakukan perkara yang sama engan
membantu orang yang memerlukan bantuan lagi-lagi orang kurang upaya kerana mereka
banyak bergantung pada orang lain apabila berada di tempat- tempat yang sesak.
5. ULASAN BERKAITAN ISU DAN
MASALAH VIDEO
Warga emas tersebut ingin melintas jalan ditengah kesibukan jalan raya namun.
Masih ada yang bersifat berperikemanusiaan dan prihatin dengan warga emas tersebut bagi
melintas jalan.
Wanita tersebut sedang bertugas bagi menghantar pesanan buat pelanggan beliau namun atas
rasa tanggungjawab terhadap masyarakat beliau sanggup memberhentikan kenderaan bagi
membantu warga emas tersebut melintas jalan.
Sifat bertanggungjawab dan bantu membantu sesama masyarakat ini patut dicontohi dan
perlu ada pada setiap lapisan masyarakat
6. KAITAN DAN CADANGAN

Jati diri ialah unsur-unsur kehidupan untuk mempertimbangkan seorang individu atau
masyarakat. Dengan jelasnya, jati diri adalah satu identiti seorang individu, masyarakat, negara,
dan bangsa yang mempunyai sifat-sifat kenegaraan yang dibanggakan.
Sifat-sifat yang berikutnya:
i. Kaum Tionghua berniaga melahirkan generasi orang cina yang berjaya dalam dunia dagangan.
ii. Memperoleh ilmu dari Barat.
iii. Dapat mempromosikan kaedah dan pendekatan contohnya, mewajibkan Bahasa Inggeris
sebagai Bahasa Pembelajaran @ Bahasa Ilmu.
iv. Proses ubah suai dalam pembudayaan informasidan ilmu pengetahuan menjadi pokok kepada
zaman akan datang.
Langkah-langkah boleh meningkatkan jati diri remaja:
i. Pendidikan Keimanan
ii. Pendidikan Akhlak
iii. Pendidikan Fizikal
iv. Pendidikan Intelektual
v. Pendidikan Psikologi
vi. Pendidikan Sosial
vii. Pendidikan Seksual
Nilai-nilai murni merupakan suatu prinsip moral yang diterima dan menjadi benda yang asas
serta panduan kepada golongan masyarakat.
 Sehubungan itu, kajian ini dijalankan adalah untuk;
(i) mengenal pasti tahap pengetahuan dan pengamalan
(ii) menentukan perbezaan tahap pengetahuan dan pengamalan belia terhadap nilai-nilai murni
berdasarkan etnik
(iii) menentukan hubungan antara tahap pengetahuan dan pengamalan dalam kalangan belia
pelbagai etnik
(iv) mengenal pasti faktor peramal
 Pendekatan kuantitatif adalah bagi mengukur tahap pengetahuan, tahap pengamalan dan
faktor yang mempengaruhi pengamalan terhadap nilai-nilai murni dalam kalangan
responden.
 Manakala pendekatan kualitatif digunakan untuk menyokong hasil dapatan kuantitatif.
 Bagi kaedah kuantitatif, data telah dikumpulkan dengan menggunakan borang soal selidik
dianalisis secara deskriptif dan inferensi.
 Manakala bagi data kualitatif, data yang diperoleh menerusi.
 Seterusnya, hasil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap
pengetahuan responden terhadap nilai-nilai murni berdasarkan etnik Melayu, Cina dan India.
 Etnik Cina didapati lebih mempunyai pengetahuan yang tinggi berbanding etnik Melayu dan
seterusnya etnik India. Bagi tahap pengamalan nilai-nilai murni pula, dapatan kajian
menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan berdasarkan etnik
 Dua faktor peramal tersebut mempengaruhi pengamalan nilai-nilai murni.
 Hasil dapatan yang diperoleh menerusi pendekatan kuantitatif adalah selari dengan dapatan yang
diperoleh daripada informan menerusi Perbincangan Kumpulan Berfokus.
 Kesimpulannya, nilai-nilai murni adalah penting untuk membina keperibadian modal insan yang
unggul.
 Tanpa pengamalan dan penghayatan nilai-nilai tersebut, ilmu pengetahuan dan kefahaman semata-
mata tidak akan memberikan kesejahteraan dan manfaat kepada masyarakat dan negara. Justeru,
pengamalan dan penghayatan masyarakat terhadap nilai-nilai murni merupakan asas masyarakat
bertamadun.
Kesimpulan

 Sebagaimana yang termaktub dalam teori kebajikan ,terdapat empat jenis kebaikan yang
biasanya wujud iaitu kebaikan utama,keadilan,kebaikan moral dan kemuncak kebaikan.
 Ianya berkaitan dengan video ini yang mana kesemua jenis kebaikan yang ada dalam teori
ini dipamerkan dalam video yang kami pilih.
 Contohnya berkaitan kebaikan utama adalah kakak grab food telah menolong orang kurang
upaya melintas jalan,berkaitan keadilan pula orang ramai adil menunggu dan memberi
ruang kepada kakak ini memimpin pakcik OKU melintas jalan.
 Manakala kebaikan moral pula boleh dilihat melalui sikap kakak yang mengorbankan
masanya untuk menolong pak cik ini dan kemuncak kebaikan dapat disimpulkan melalui
keikhlasan kakak ini dalam membantu pakcik dan pemandu kenderaan yang memberi
laluan.

Anda mungkin juga menyukai