Anda di halaman 1dari 10

TUGASAN 2

PENULISAN AKADEMIK

Hurai dan nilaikan sejauh mana nilai-nilai murni diamalkan


dalam kehidupan masyarakat di Malaysia. Pelajar dikehendaki
memilih 5 nilai murni sahaja. Nilai murni boleh dipilih daripada
16 nilai yang diajar di sekolah atau nilai murni daripada
pelbagai agama dan budaya. Panjang esei lebih kurang 2000
patah perkataan.

1
1.0 Pendahuluan
Nilai-nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang supaya
segala tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki
dalam masyarakat. Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik,
peradaban dan tatasusila individu, manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam
dan Tuhan. Menurut Wan Mohd. Zahid(1988), nilai-nilai murni merupakan tanggapan
berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi
kriteria atau ukuran. Dengan ini jelaslahlah bahawa nilai-nilai murni penting dalam
kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia. Sesungguhnya berakhlak
mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama kita.

Selain itu, amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Nilai-nilai murni ini dapat melahirkan insan yang
unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional negara. Menyedari akan kepentingan
penerapan nilai dalam masyarakat, pusat Perkembangan Kurikulum telah
menyenaraikan sebanyak 16 nilai murni dalam Falsafah dalam Falsafah Pendidikan
Negara sebagai salah satu elemen dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Usaha-usaha seperti ini telah melahirkan masyarakat negara yang mempunyai amalan
nilai murni yang tinggi. Berikut adalah bukti kepada nilai-nilai murni yang diamalkan
dalam kehidupan masyarakat di Malaysia.

2.0 Nilai-nilai murni yang diamalkan dalam kehidupan masyarakat di Malaysia


2.1 Kepercayaan kepada Tuhan
Pertama sekali, prinsip pertama Rukun Negera ialah Kepercayaan Kepada Tuhan. Ia
menjadi nadi pembinaan jati diri masyakat Malaysia dan sewajarnya menjadi panduan
dan pedoman hidup bermasyarakat oleh seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum
dan agama. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga
sesuatu bangsa dan negara. Maka, jelaslah bahawa rakyat mahupun pemimpin
Malaysia kita mengamalkan nilai ini. Pada dasarnya, prinsip ini mengungkapkan bahawa
rakyat Malaysia berpegang teguh kepada kepercayaan kepada Tuhan. Ini bermakna
Malaysia adalah negara yang menolak sebarang ideologi yang tidak mempercayai
wujudnya Tuhan (atheisme). Nilai kepercayaan kepada Tuhan ini berperanan
menjadikan masyarakat rakyat negara Malaysia berpegang teguh kepada nilai-nilai
murni yang diajarkan oleh agama masing-masing. Jika masyarakat berpegang teguh
kepada ajaran agama masing-masing secara postif maka ia dapat membentuk
kehidupan yang harmoni dan sejahtera.

2
Melalui ikatan keagamaan ini, manusia akan bertindak sebagai seorang yang
bertanggungjawab dan sentiasa menjaga keamanan dan keharmonian negara. Rakyat
juga akan sentiasa berasa bersyukur dalam kehidupannya. Pada pendapat saya,
walaupun agama dan kepercayaan terhadap Tuhan adalah masalah yang menyangkut
hubungan peribadi manusia dengan Tuhan yang dipercayainya, namun nilai-nilai mulia
yang diajarkan agama itu seharusnya dapat mengembangkan sikap saling menghormati
serta kebebasan melaksanakan ibadah sesuai dengan agama dan kepercayaannya
masing-masing. Sikap masyarakat yang menghormati agaman dan kesucian agama lain
dapat dilihat dalam kes Alvin dan Vivian yang mempersendakan amalan puasa umat
Islam. Perbuatannya itu mendapat kecaman bukan sahaja dari masyarakat Islam, malah
masyarakat bukan Islam juga. Ini mebuktikan bahawa masyarakat bukan Islam di negara
ini juga tidak merestui sebarang sikap ekstrem yang cenderong menghina ibadat atau
amalan agama orang lain.

Gambar 1 Gambar 2

Rakyat bukan islam yang turut membantah


perbuatan Alvin dan Vivian.

2.2 Kerajinan
Kerajinan merupakan salah satu nilai yang terdapat dalam 16 nilai yang diajar di
sekolah. Maksud nilai ini adalah usaha yang berterusan penuh dengan semangat
ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu
perkara. Nilai kerajinan penting untuk diamalkan bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
tidak mudah putus asa, berfikiran kreatif dan berinovasi, positif dan optimis dalam hidup
dan kerjaya serta sentiasa memanfaatkan masa secara optima iaitu tidak membazirkan
masa. Sikap rajin ini akan memberikan kebaikan bukan sahaja kepada pencapaian diri
sendiri malah ia akan memanfaatkan keluarga dan juga sekolah. Selain itu, sikap
kerajinan inilah yang akan menentukan kejayaan seseorang yang kemudian akan
menjadi kejayaan negara. Hal ini kerana, individu yang rajin akan membuat sesuatu
tugas dengan bersungguh-sungguh sehingga dapat mencapai sesuatu matlamat dalam
masa yang dirancang dengan cekap. Sehubungan dengan itu, pemimpin negara kita
terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia mendidik para guru untuk menganjur
pelbagai jenis aktiviti yang dapat memupuk nilai kerajinan dalam diri setiap murid di

3
Malaysia. Tujuan mereka ingin mengutamakan pelajar sekolah ialah, itulah masa bagi
membentuk murid-murid yang mempunyai personaliti yang sentiasa rajin serta sikap itu
akan menjadi sokongan padu kepada pelajar untuk berjaya dalam akademik mahupun
sahsiah mereka. Bah kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi kerajaan
mendidik para guru untuk sentiasa melakukan aktiviti yang dapat memupuk sifat
kerajinan dalam diri kanak-kanak.

Pertama sekali, para guru digalakkan untuk memberikan peneguhan positif kepada
murid yang rajin membuat kerja rumah, rajin bertanya dan rajin menyelesaikan semua
tugasan yang diberikan. Perkara ini secara langsung akan menjadi motivasi kepada
murid-murid lain untuk turut mencontohinya. Walaupun perkara ini dilihat sebagai
perkara yang remeh, tetapi jika semua guru dapat berbuat sedemikian, ia boleh
membawa perubahan yang besar dalam melahirkan generasi yang rajin pada masa
akan datang. Gambar 3 di bawah menjelaskan bahawa golongan pelajar di negara kita
mengamalkan nilai kerajinan yang membawa kejayaan kepada mereka. Gambar
keempat pula menunjukkan usaha rakyat Malaysia yang berkongsi informasi mengenai
Strategi 5 negara yang paling rajin di dunia. Perkongsian ini dibuat dalam sebuah laman
sesawang yang boleh dilayari oleh sesiapa sahaja. Jadi, ia akan menjadi panduan
kepada kebanyakan rakyat negara kita. Manakala usaha individu yang sudi kongsi itu
juga melambangkan kerajinan individu tersebut mencari maklumat untuk memupuk
rakyat lain yang sedar akan kepentingan mengamalkan nilai kerajinan dalam kehidupan
seharian mereka. Dengan ini jelaslah bahawa rakyat di negara Malaysia mengamalkan
nilai kerajinan yang tinggi.

Pelajar MRSM yang rajin bertanya dan mengulangkaji


pelajaran bersama yang Berjaya dalam akademik

Sumber: pmoralsmkds.my/2012/09/nilai-8-kerajinan.html

Gambar 3

Laman sesawang yang meyumbang maklumat mengenai 5


strategi negara paling rajin di dunia

Sumber: https://iluminasi.com/bm/5-negara-paling-rajin-di-
dunia.html
Gambar 4

4
2.3 Berdikari

Berdikari ialah singkatan daripada frasa ‘berdiri di atas kaki sendiri’. Maksud nilai
berdikari adalah berupaya bertindak sendiri dan yakin pada diri sendiri. Contoh amalan
berdikari dalam kehidupan seharian adalah mengemaskan bilik tidur setiap hari, sentiasa
mengulangkaji pelajaran tanpa disuruh oleh ibu bapa, bekerja semasa cuti untuk
menampung diri sendiri. Menurut Confucius, ‘Jika anda memberi seorang yang lapar
ikan, maka dia hanya akan kenyang pada hari itu. Ajarlah dia cara menangkap ikan dan
dia akan kenyang sepanjang hidupnya.’. Sehubungan dengan itu,apabila seseorang itu
berdikari, dia akan mempunyai keyakinan diriyang tinggi dalam menyelesaikan masalah,
tidak malu bertanya, menghormati orang lain serta mahir dalam menguruskan diri
sendiri. Oleh itu, kita dapat mengetahui bahawa pentingnya seseorang itu untuk
berdikari apatah lagi bagi sebuah negara yang telah mendapat kemerdekaan.
Sehubungan dengan itu, Negara Malaysia yang sudah mencapai kemerdekaan selama
61 tahun merupakan salah satu contoh yang baik dalam pengamalan nilai berdikari.
Terdapat banyak sejarah yang yang boleh dibuktikan bahawa rakyat di negara kita
mengamalkan nilai berdikari dalam hidup seharian mereka.

Sebagai bukti rakyat di negara Malaysia mengamalkan nilai berdikari, berikut adalah
beberapa contoh berita yang menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mengamalkan nilai
berdikari dengan terbaik. Ketiga-tiga gambar di bawah adalah contoh yang membuktikan
bahawa rakyat di negara kita adalah yang mampu berdikari sehingga mengharumkan
nama negara Malaysia. Misalnya, masyarakat yang berilmu di Malaysia dapat
membantu dalam membangunkan sesebuah negara dengan menggunakan ilmu yang
diperoleh unutk kebaikan masyarakat serta mengharumkan nama negara. Buktinya,
gambar kelima merupakan berita tentang kejayaan institusi pengajian tinggi tempatan
dalam bidang perubatan-fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), telah
berjaya menjalankan pembedahan ‘telinga bionik’ yang pertama di Malaysia bagi
memulihkan pendengaran seorang yang bernama Ang Boon Su,22. Kejayaan ini sekali
gus membuktikan bahawa kepakaran doktor-doktor perubatan di negara Malaysia
sebenarnya standing dengan pakar dari luar negara. Sudah tentunya perkara ini tidak
mustahil jika doktor-doktor tersebut tidak yakin dan berdikari.

Contoh seterusnya adalah dalam gambar keenam, adalah berita mengenai


pelancaran MEASAT 3a ke orbit pada 22 Jun 1996. Detik 22 Jun ini telah memahat satu
lagi sejarah peting dalam perkembangan bidang sains dan teknologi akgkasa negara
hasil daripada sikap berdikari. Selain itu, gambar yang ketujuh pula menerangkan berita
mengenai kejayaan teknologi pertanian yang mencipta kaedah kacukan tanaman, baka

5
tanaman yang bermutu tinggi dan baja-baja kimia yang berupaya meningkatkan
pengeluaran hasil pertanian seperti koko, kelapa sawit. Selain daripada itu, terdapat juga
beberapa bukti yang menjelaskan rakyat Malaysia yang berdikari seperti kejayaan
negara Malaysia yang berupaya mengeksport kereta ke luar negara serta kejayaan
Malaysia dalam konsep Koridor Raya Meltimedia(MSC) dan sebagainya. kesemua
contoh ini, melambangkan Malaysia yang berdikari dalam membangunkan negara.

Gambar 5 Gambar 6 Gambar 7

2.4 Kasih sayang


Kasih sayang dimanifestasi sebagai kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam
serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. Perasaan sayang yang ikhlas
sesama manusia akan melahirkan persekitaran yang harmoni. Manakala, kasih sayang
terhadap alam pula akan menjamin persekitaran terpelihara. Nilai kasih sayang adalah
kurniaan Tuhan yang wajar disuburkan sepanjang masa dan sepanjang zaman. Ia
adalah sebahagian daripada unsur penting bagi membina masyarakat penyayang dan
bermoral. Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia juga mengamalkan nilai kasih
sayang dalam kehidupan seharian mereka. Berikut adalah satu bukti yang menunjukkan
rakyat Malaysia yang penyayang. Gambar lapan merupakan berita yang bertajuk
‘Rakyat Malaysia Murah Hati dan Mudah Hulur Tangan’.

Rakyat Malaysia sedia menghulurkan bantua semasa negeri Kelantan dilanda banjir
pada tahun 2014. Pada waktu itu, pihak media massa juga main peranan dalam
menyeru rakyat memberi sumbangan kepada mangsa banjir dari segi bantuan
sukarelawan, kewangan, makanan dan pakaian. Gambar kesembilan pula menunjukkan
sebuah pertubuhan yang digelar sebagai Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia
(Mercy Malaysia), yang sentiasa menyalurkan bantuan kepada mereka yang ditimpa
bencana dari segala aspek. Berdasarkan berita tersebut sehingga kini, banyak negara
yang dibantu Mercy Malaysia seperti Kosovo, Acheh, Sri Lanka, Afghanistan,
Bangladesh, Vietnam, Cambodia, Iraq, India, Turkey dan Yemen. Menurut presiden
Mercy Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata, Mercy Malaysia
merupakan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan dan persatuan ini sentiasa

6
memberi tumpuan kepada bantuan perubatan di kawasan yang dilanda bencana. Maka
ia menunjukkan keikhlasan pertubuhan tersebut untuk mengambil berat dan membantu
manusia yang mengalami masalah tanpa mengira negara lain.

Gambar 8 Gambar 9

Tambahan lagi, nilai murni kasih sayang juga termasuk sikap peka dan menyayangi
alam sekitar. Malaysia merupakan satu bumi yang stabil dan selamat kerana ia berada
di tepi garisan kathulistiwa dan negara Malaysia adalah kaya dengan sumber flora dan
fauna. Oleh itu, kita haruslah bersyukur dengan kurniaan Tuhan dan sentiasa peka dan
menyayangi alam sekitar dengan memelihara dan memuliharanya. Bagi menjaga
kelestarian alam terdapat banyak usaha diambil oleh pihak kerajaan dan juga bukan
kerajaan. Gambar 10 menerangkan usaha Jabatan Landskap Negara(JLN) memainkan
peranan besar untuk membangunkan program pembangunan landskap sejajar dengan
usaha membantu meningkatkat kesejhteraan penduduk Bandar dan menjaga
kelestarian alam sekitar.

Selain itu, gambar seterusnya pula menunjukkan usaha satu pertubuhan bukan
kerajaan yang digelar sebagai WWF-Malaysia dimana mereka berusaha dalam pelbagai
aspek untuk menjaga kelestarian alam sekitar dari aspek flora dan fauna. Gambar
tersebut menjelaskan bahawa persatuan WWF telah meraikan Hari Bumi bersama
rakyat Malaysia dengan menyeru mereka untuk menutup semua suis d seluruh negara
untuk beberapa jam supaya dapat menjimatkan tenaga di seluruh negara pada waktu
itu. Kebanyakan belia negara kita telah mendaftarkan diri dalam WWF ini dengan
harapan untuk menyumbang tenaga mereka dalam apa jua bentuknya. Kesemua usaha
ini sudah pastinya melambangkan rakyat negara Malaysia yang sangat mengamalkan
nilai kasih sayang terhadap manusia dan juga alam sekeliling mereka.

Gambar 10 Gambar 11

7
2.5 Keberanian
Aristoteles mengatakan bahwa, “The conquering of fear is the beginning of wisdom.
Kemampuan menahklukkan rasa takut merupakan awal dari kebijaksanaan.” Artinya,
orang yang mempunyai keberanian akan mampu bertindak bijaksana tanpa dibayangi
ketakutan-ketakutan yang sebenarnya merupakan halusinasi belaka. Orang-orang yang
mempunyai keberanian akan sanggup menghidupkan mimpi-mimpi dan mengubah
kehidupan pribadi sekaligus orang-orang di sekitarnya. Di negara Malaysia terdapat
banyak perkara yang boleh menceritakan keberaniaan rakyat negara kita yang sanggup
berjuang untuk kemerdekaan dan kemakmuran negara. Misalnya, gambar 12 di bawah
menunjukkan arwah Lt.Adnan Saidi yang merupakan salah satu lambing bagi
keberanian negara kita. Beliau berani mengorbankan dirinya demi kebebasan negara
kita daripada negara asing.

Terdapat banyak sejarah yang melambangkan keberanian rakyat negara Malaysia.


Tugu Negara yang dibina bagi mengenang jasa pahlawan yang berjuang untuk
keamanan dan kemerdekaan negara terutamanya sewaktu ancaman komunis
merupakan antara bukti yang kukuh bagi menjelaskan betapa kuatnya minda rakyat
Malaysia. Sehingga hari ini, rakyat negara kita tidak gagal untuk mengamalkan nilai
keberanian ini. Buktinya, gambar 13 di bawah menunjukkan pengiktirafan antarabangsa
yang diberikan di Amerika Syarikat kepada salah seorang rakyat negara kita yang
merupakan seorang ‘transgender’ yang bernama Nisya Ayub. Pengiktirafan tersebut
digelar sebagai ‘Wanita Berani’Beliau mengabdikan hidupnya untuk melindungi komuniti
‘transgender’ melalui usaha beliau dengan NGO SEED. Beliau berani memberi kidmat
guaman dan memberi kesedaran kepada penindasan terhadap golongan LGBT. Perkara
ini jelas menunjukkan kekuatan minda dan hati individu tersebut untuk berjuang bagi
manusia yang sama sepertinya supaya mereka tidak dipandang rendah ataupun
dianiaya. Jadi jelaslah bahawa rakyat di negara kita mengamalkan nilai keberaniaan ini
walau dimanapun mereka berada.

Gambar 12 Gambar 13
3.0 Penutup

Pengamalan nilai murni adalah amat penting dalam membentuk insan yang berakhlak mulia.
Berdasarkan penjelasan di atas serta kajian yang saya buat untuk menghasilkan tugasan ini,
saya memperoleh banyak pengetahuan mengenai budaya rakyat Malaysia. Dengan ini saya

8
sangat bangga dengan rakyat negara Malaysia yang sentiasa tidak gagal untuk
mengamalkan nilai-nilai murni.

9
RUJUKAN

Wartawan Sinar Harian. (2014, Februari 05). Mercy Malaysia Bantu Mangsa Bencana.Sinar
Harian. Dimuat turun pada Mac 21, 2018, daripada
http://www.sinarharian.com.my/rencana/mercy-malaysia-bantu-mangsa-bencana-1.247854

Wartawan MStar. (2015 Julai 14). Rakyat Malaysia Murah Hati Mudah Hulur Bantuan-NGO.
MStar. Dimuat turun pada Mac 08, 2018, daripada

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/07/14/rakyat-malaysia-baik-hati/

Juani Munir Abu Bakar (2016, Mac 03). Usaha Menyemai Cinta Kelestarian Landskap.
Utusan Online. Dimuat turun pada Mac 12, 2018, daripada

http://www.utusan.com.my/rencana/usaha-menyemai-cinta-kelestarian-landskap-1.196500

James P Leape, Director General, (2001, February14) About WWF-Malaysia. WWF


International. Dimuat turun pada Mac 12, 2018, daripada

http://www.wwf.org.my/about_wwf/

Herman Hamid. (2009, June17) MEASAT-3a kukuh satelit Malaysia. Utusan Online. Dimuat
turun pada Mac 10, 2018, daripada

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0617&pub=Utusan_Malaysia&sec=R
encana&pg=re_02.htm

Saiful Fazley Rusli. (2018, April05) Lt Adnan Saidi: Pejuang Negara Yang Dikenang. Berita
Tentera Darat Malaysia. Dimuat turun pada Mac 05, 2018, daripada

https://btdmonline.net/2015/04/lt-adnan-saidi-pejuang-negara-yang-dikenang/

Vaasuki Menon. (2018, February21) Di AS, Aktivis Mak Nyah Malaysia Diiktiraf Wanita
Berani. Malaymail Online. Dimuat turun pada Mac 05, 2018, daripada

http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/di-as-aktivis-mak-nyah-
malaysia-diiktiraf-wanita-berani

10

Anda mungkin juga menyukai