Anda di halaman 1dari 10

SEKOLAH KEBANGSAAN LEDANG,

JALAN SIALANG,
84900 TANGKAK,
JOHOR DARUL TAKZIM.
(JBB 5041)

"TOKEN EKONOMI"

Oleh:
Pn. Naimah Binti Ahmadi
Guru Bimbingan dan Kaunseling
SK Ledang,
84900 Tangkak,
Johor Darul Takzim.

1
1.0 MEREFLEK
Saya merupakan guru bimbingan dan kaunseling di Sekolah Kebangsaan Ledang.
Sebagai guru bimbingan dan kaunseling, rakan-rakan guru sering berkongsi mengenai
beberapa masalah berkaitan sikap murid terutamanya berkaitan sahsiah dan akademik.
Rakan-rakan guru juga sering menyatakan bahawa murid-murid perlu selalu diingatkan
mengenai sesuatu perkara dan kadang-kadang ini menimbulkan rasa jemu kerana sering
mengulangi perkara atau mesej yang sama. Pada pandangan saya, sebagai manusia biasa,
murid-murid perlukan penghargaan dan ganjaran sebagai galakan kepada mereka setelah
berusaha mengubah sikap dan bertingkah laku positif.
Hal ini dapat dibuktikan daripada tinjauan saya bersama guru mata pelajaran yang
sering membawa hadiah sebagai galakan kepada murid ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Situasi ini membuatkan saya terfikir akan inisiatif bagi membantu
guru-guru melancarakan aktiviti P&P disamping menggalakkan murid agar sentiasa
memperbaiki dan mengekalkan tingkah laku positif sepanjang masa agar pembentukan
sahsiah dan disiplin murid berjalan secara konsisten.
Inisiatif ini juga adalah untuk mengekang tingkah laku murid agar tidak terlibat
dalam salah laku serta melanggar disiplin dan peraturan sekolah. Senarai salah laku yang
dilakukan murid berdasarkan Laporan Salah Laku Mengikut Kategori dan Perincian
Kesalahan SK Ledang melalui Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM) adalah seperti
berikut:
i. Tingkah laku kurang sopan / biadap / berkelakuan kasar kepada murid
ii. Tingkah laku tidak pentingkan masa / lewat ke sekolah
iii. Rokok / memiliki / menyimpan
iv. Kekemasan diri / rambut berfesyen
Selain itu, program token ekonomi ini juga merupakan satu pengukuhan bagi
program Ikon Yaya yang diperkenalkan bagi menambah keberkesanan program yang telah
dilaksanakan.

2
Sumber: Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM)

FOKUS KAJIAN
Daripada refleksi di atas, saya telah menjalankan beberapa sesi kaunseling individu,
3
kaunseling kelompok dan perbualan bersama guru-guru dan saya mendapati penghargaan
dan pengiktirafan merupakan salah satu faktor yang menjadi pemangkin agar murid
mengekalkan tingkah laku positif seterusnya dapat menjadi contoh kepada murid-murid lain.
Bagi merealisasikan inisiatif ini, saya akan mencuba satu kaedah yang dinamakan
"Token Ekonomi". Pemilihan kaedah penggunaan token ini merupakan satu kaedah
penghargaan dan pengiktirafan juga bertindak sebagai bahan rangsangan dan galakan untuk
murid mengubah tingkah laku seterusnya menjadikan aktiviti modifikasi tingkah laku
daripada negatif kepada positif berjalan lancar. Ini selaras dengan teori psikologi modifikasi
tingkah laku yang diperkenalkan oleh Skinner.
Diharapkan program ini dapat mewujudkan satu suasana persekitaran sekolah yang
harmoni dengan penggunaan token agar murid sentiasa mengingati dan mengamalkan nilai-
nilai positif yang diterapkan di sekolah pada setiap masa dan secara berterusan.
Semoga program ini dapat mencapai matlamat yang ditetapkan serta menyumbang
kepada aspek pembangunan sahsiah dan displin murid.

OBJEKTIF KAJIAN
Secara amnya murid sentiasa berusaha dan bersemangat untuk bertingkah laku positif,
memperbaiki sahsiah dan disiplin serta sentiasa mematuhi disiplin dan peraturan sekolah.

Secara khususnya:

1. Menjiwai bahawa amalan penyayang adalah budaya guru.


2. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
3. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
4. Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.

Kajian ini melibatkan keseluruhan murid yang SK Ledang.

2.0 MERANCANG
Saya merancang akan mendapatkan data bagi tinjauan masalah dengan
menggunakan kaedah:
1. Analisa buku rekod kedatangan murid lewat ke sekolah.
4
2. Analisa buku rekod catatan salah laku murid.
3. Data Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM)

Pelaksanaan tindakan yang akan saya jalankan ialah:


i. Aktiviti 1: Mendapatkan maklumat awal.
Langkah 1 : Mendapatkan maklumat awal daripada buku rekod kedatangan
murid lewat ke sekolah, buku rekod catatan salah laku murid
dan data SSDM.
Langkah 2 : Perbincangan tindakan yang telah diambil oleh guru disiplin.

ii. Aktiviti 2: Semakan rekod dan data


Langkah 1 : Menyemak buku rekod kedatangan murid lewat ke sekolah,
buku rekod catatan salah laku murid dan data SSDM.
Langkah 2 : Menyenarai pendek beberapa nama murid yang terlibat salah
laku.

iii. Aktiviti 3: Pertemuan dengan murid


Langkah 1 : Mengenalpasti punca murid terlibat salah laku dan tidak
bersemangat untuk ke sekolah.
Langkah 2 : Menerangkan kepada murid bahawa mereka sedang dalam
perhatian.

iv. Aktiviti 4: Perbincangan bersama pentadbir dan guru disiplin


Langkah 1 : Perbincangan bersama guru besar, guru penolong kanan HEM
dan guru disiplin mengenai langkah-langkah yang perlu
dilakukan untuk meningkatkan sahsiah dan disiplin murid.

v. Aktiviti 5: Penerangan mengenai program token ekonomi di


perhimpunan pagi
Langkah 1 : Penerangan mengenai token ekonomi.
Langkah 2 Penerangan mengenai kaedah pendapatkan token.
Langkah 3 : Penerangan mengenai kaedah menebus token.
Langkah 4 : Hebahan mengenai penebus-penebus token yang telah berjaya.
Langkah 5 : Kempen dari semasa ke semasa.

5
vi. Aktiviti 6: Pengukuhan
Langkah 1 : Aktiviti pengukuhan dilaksanakan secara konsisten berbantukan
peneguhan-peneguhan positif.
Langkah 2 : Token ekonomi dan ganjaran diberikan kepada murid sebagai
penghargaan atas peningkatan akademik, sahsiah dan disiplin
murid.

3.0 BERTINDAK
Tindakan yang telah saya jalankan ialah seperti berikut:

i. Aktiviti 1: Mendapatkan maklumat awal.


Langkah 1 : Mendapatkan maklumat awal daripada buku rekod kedatangan
murid lewat ke sekolah, buku rekod catatan salah laku murid
dan data SSDM.
Langkah 2 : Perbincangan tindakan yang telah diambil oleh guru disiplin.

6
Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa aktiviti ini mendapat
sokongan sepenuhnya daripada guru disiplin.
Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan
bahawa guru disiplin sentiasa prihatin terhadap prestasi kedatangan murid-murid ke sekolah.

ii. Aktiviti 2: Semakan rekod dan data


Langkah 1 : Menyemak buku rekod kedatangan murid lewat ke sekolah,
buku rekod catatan salah laku murid dan data SSDM.
Langkah 2 : Menyenarai pendek beberapa nama murid yang terlibat salah
laku.
Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kesalahan yang sering
dilakukan murid ialah:
i. Tigkah laku kurang sopan / biadap / berkelakuan kasar kepada murid
ii. Tingkah laku tidak pentingkan masa / lewat ke sekolah
iii. Rokok / memiliki dan menyimpan
iv. Kekemasan diri / rambut berfesyen
Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan ialah kesalahan
yang dilakukan murid adalah berpunca daripada sikap dan disiplin mereka sendiri.

iii. Aktiviti 3: Pertemuan dengan murid


Langkah 1 : Mengenalpasti punca murid terlibat salah laku dan tidak
bersemangat untuk ke sekolah.
Langkah 2 : Menerangkan kepada murid bahawa mereka sedang dalam
perhatian.

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa murid terlibat dengan salah
laku atas beberapa faktor seperti pengaruh rakan, masalah sikap dan disiplin sendiri, bersikap
sambil lewa dan kurang bersemangat.
Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan
bahawa murid akan berasa bangga dan gembira apabila menerima penghargaan dan ganjaran.
7
iv. Aktiviti 4: Perbincangan bersama pentadbir dan guru disiplin
Langkah 1 : Perbincangan bersama guru besar, guru penolong kanan HEM
dan guru disiplin mengenai langkah-langkah yang perlu
dilakukan untuk meningkatkan sahsiah dan disiplin murid.

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa aktiviti ini berjaya


memberikan saya beberapa alternatif dan kaedah positif dalam usaha meningkatkan disiplin
dan sahsiah murid di sekolah.
Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan
bahawa kaedah penghargaan menggunakan token merupakan pelengkap kepada kaedah
kempen dan penggunaan ikon dalam membentuk sahsiah dan disiplin murid-murid.

vii. Aktiviti 5: Penerangan mengenai program token ekonomi di


perhimpunan pagi
Langkah 1 : Penerangan mengenai token ekonomi.
Langkah 2 Penerangan mengenai kaedah pendapatkan token.
Langkah 3 : Penerangan mengenai kaedah menebus token.
Langkah 4 : Hebahan mengenai penebus-penebus token yang telah berjaya.
Langkah 5 : Kempen dari semasa ke semasa.

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa aktiviti ini dapat melibatkan
semua murid, guru. kakitangan dan ibu bapa serta penggunaan token dapat merangsang
murid bertingkah laku positif dan sentiasa memperbaiki sahsiah dan disiplin mereka.
Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan
bahawa aktiviti hebahan dan penghargaan dapat memupuk semangat murid seterusnya

8
memastikan pembentukan sahsiah dan displin murid berjalan lancar dan konsisten.

viii. Aktiviti 6: Pengukuhan


Langkah 1 : Aktiviti pengukuhan dilaksanakan secara konsisten berbantukan
peneguhan-peneguhan positif.
Langkah 2 : Token ekonomi dan ganjaran diberikan kepada murid sebagai
penghargaan atas peningkatan akademik, sahsiah dan disiplin
murid.

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa aktiviti ini berjaya membantu
saya mendekati dan mengenalpasti permasalahan murid secara lebih dekat lagi.
Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan
bahawa murid perlukan penghargaan dan pengiktirafan dapat menggalakkan murid
memperbaiki disiplin dan sahsiah mereka. Selain itu, penggunaan ikon juga didapati dapat
membantu murid merangsang minda mereka terhadap sesuatu perkara atau mesej yang ingin
disampaikan seterusnya membantu proses pengekalan mesej di dalam minda murid-murid.
Penghargaan juga dapat membuatkan murid berasa diri mereka dihargai atas segala usaha
mereka untuk mengubah sikap dan membentuk disiplin diri mereka sendiri.

4.0 MEMERHATI
Statistik dan laporan peratusan (%) disiplin murid mengikut bilangan murid dan kes
yang didapati daripada portal Sistem Salah Laku dan Disiplin Murid, Kementerian
Pendidikan Malaysia melaporkan jumlah murid melakukan kesalahan disiplin adalah tujuh
orang dan mewakili 1.4 % daripada keseluruhan bilangan murid di SK Ledang. Berdasarkan
statistik ini, didapati kaedah penggunaan token merupakan satu kaedah peneguhan yang
mampu mempengaruhi murid-murid untuk bertingkah laku baik dan perdisiplin. Ini kerana
murid akan berusaha untuk mengumpul token demi menebus hadiah yang telah dijanjikan.
Hasil kajian tindakan ini juga telah menunjukkan hasil dan perkembangan yang
positif dimana murid sentiasa diingatkan mengenai sifat-sifat positif yang dibawa oleh ikon
kartun berkenaan lalu secara tidak langsung mempengaruhi murid-murid meniru tingkah
laku positif tersebut seterusnya sahsiah dan disiplin murid dapat diperbaiki dan
dipertingkatkan sepanjang masa.
Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya peroleh hasil daripada kajian tindakan
saya ini, saya berasa masih perlu diperbanyakkan program atau aktiviti yang berkaitan
9
dengan pembangunan diri murid. Oleh itu, saya bercadang untuk meluaskan lagi kaedah
penggunaan ikon Yaya berbantukan kaedah-kaedah peneguhan positif yang lain dalam
membantu meningkatkan lagi sahsiah dan disiplin murid SK Ledang ini.

10

Anda mungkin juga menyukai