Anda di halaman 1dari 22

ADIBATUL HUSNI BINTI ABDUL RAHIM (GP 03508) 0164119091

TUGASAN 3
PROJEK PENGUBAHSUAIAN
TINGKAH LAKU PENDIDIKAN KHAS
(GGGB 6793 PENGURUSAN TINGKAH LAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS)

PENSYARAH:
EN. MOHD MOKHTAR BIN TAHAR

PELAJAR UKM SEM I 2014/2015


NAMA: ADIBATUL HUSNI BINTI ABDUL RAHIM
NO. MATRIK: GP 03508

ISI KANDUNGAN

Bil

Kandungan

Muka surat
1

ADIBATUL HUSNI BINTI ABDUL RAHIM (GP 03508) 0164119091

1.0

PENDAHULUAN
METADOLOGI

2.0

2.1 Prosedur Tindakan


2.2 Cara Mengumpul Data
2.3 Cara Menganalisis Data
TEORI PEMBELAJARAN

3.0

4.0
5.0
6.0
7.0

13

Behavioris B.F Skinner


HASIL KAJIAN
4.1 Analisis Data Pra
4.2 Analisis Data Intervensi
4.3 Analisi Data pasca
PERBINCANGAN KAJIAN
KESIMPULAN
RUJUKAN

14
19
20

Pelaksanaan Tabung Token AHR Mengurangkan Tingkah Laku Distruptif


Murid Pendidikan Khas

1.0 PENDAHULUAN
Tingkah laku ialah pola aksi atau turutan tingkah laku yang digunakan oleh kanak-kanak
untuk meneroka dan bergerak balas terhadap objek yang ada di persekitarannya. Tingkah laku
2

ADIBATUL HUSNI BINTI ABDUL RAHIM (GP 03508) 0164119091

adalah sesuatu organisma yang boleh diperhatikan dan diukur. Sesetengah tingkah laku pula akan
dijadikan sasaran untuk diubah. Ia menjadi matlamat dan objektif utama dalam program
pendidikan dan direka sebagai tingkah laku sasaran. Mengikut Teori Behavioris, semua tingkah
laku adalah dipelajari.
Mengikut Kamus Dewan (1993), tingkah laku bermasalah individu ditakrifkan sebagai
tingkah laku yang mengganggu perjalanan kehidupannya sebagai murid. Menurut Dr Parvathy
Pathy (2006), terdapat empat ciri penting dalam mendisplin secara berkesan dan efektif iaitu,
suatu persekitaran hubungan ibu bapa dan anak yang positif, persekitaran yang mana wujudnya
perasaan selamat, terjamin, stabil dan terdapat peraturan serta tatatertib munasabah dalam sebuah
rumah, suatu strategi bagi pengajaran sistematik dan pengukuhan tingkah laku yang diingini dan
strategi untuk mengurang atau membuang tingkah laku negatif atau yang tidak diingini.
Mengurus tingkah laku murid adalah bidang yang menjadi keutamaan kepada para
pendidik kerana tingkah laku murid memberi kesan kepada persekitaran pembelajaran yang
positif. Membangunkan kedua-dua kemahiran akademik dan tingkah laku positif penting dalam
mencapai bilik darjah yang efektif. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab seorang
pendidik untuk melahirkan seorang murid yang berdisplin, berpekerti mulia dan
bertanggungjawab. Ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk
melahirkan modal insan yang syumul dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Sabilah Wahab (2006) menyatakan bahawa terdapat segolongan murid yang dilabelkan
murid istimewa atau khas. Murid ini sebenarnya juga mempunyai keistimewaan seperti murid
lain tetapi mereka sering dilihat lemah, mundur atau lembam. Murid ini sebenarnya perlu diberi
perhatian dan galakan supaya dapat memberi sumbangan kepada negara sebagaimana murid
normal yang lain.
Abdul Ghani Abdullah dan Abd. Rahman Abd Aziz (2009) menyatakan cara
membangunkan ciri kepimpinan dan jati diri murid supaya menjadi nilai kawalan diri yang lebih
baik adalah dengan memberi penekanan kepada aspek kemanusiaan. Aspek kemanusiaan dapat
membina proses membina insan, melatih dan membimbing murid supaya menjadi lebih
bertanggungjawab tanpa mengenakan paksaan.

Pendidik khasnya guru Pendidikan khas perlu kreatif dan kritis dalam memilih
penggunaan kaedah yang bersesuaian untuk mengatasi masalah-masalah tingkah laku murid
Pendidikan khas yang amnya mempunyai pelbagai ragam dan kategori. Maka, pengkaji telah
memilih sistem Token Ekonomi yang dirasakan bersesuaian untuk mengurangkan tingkah laku
bermasalah subjek iaitu suka mengambil barang tanpa izin.
Menurut Schmandr-Besserant (1992, seperti disebut oleh Hackenberg, 2009),
program token ekonomi juga dikenali sebagai sistem ekonomi kerana berasaskan sistem
3

ADIBATUL HUSNI BINTI ABDUL RAHIM (GP 03508) 0164119091

kewangan, iaitu token yang diterima mempunyai nilai ekonomi dan boleh ditukar dengan benda
atau aktiviti yang dikenalpasti sebagai pengukuhan kepada murid. Menariknya, token dalam
bentuk duit syiling daripada tanah liat telah muncul buat pertama kali dalam sejarah manusia
iaitu dari zaman peralihan masyarakat pemburu mengumpul nomad kepada masyarakat pertanian
dan perkembangan ekonomi barter mudah kepada ekonomi yang lebih kompleks.
Ini bermaksud, suatu simbol bagi token seperti berbentuk bintang, mata atau setem boleh
ditukar dengan pengukuhan lain yang disukai oleh murid misalnya bahan maujud yang diingini
seperti bekas pensil, buku warna dan lain-lain. Realitinya, kaedah ini dapat memotivasikan murid
untuk menunjukkan tingkah laku yang diingini atau ditentukan serta mengurangkan atau
menghentikan tingkah laku negatif secara terus.
Maka, kajian ini bertujuan untuk mengurangkan tingkah laku suka mengambil barang
tanpa izin sebagai seorang murid Pendidikan Khas. Pengkaji telah ditugaskan mengajar di
Sekolah Kebangsaan Abang Moh, Sessang, Saratok Sarawak. Kelas ini baru dibuka pada tahun
2012 yang lalu. Sehingga kini, terdapat 9 orang murid Pendidikan Khas yang terdiri daripada
pelbagai jenis kategori. Pengkaji telah melakukan pemerhatian terhadap 4 orang murid yang
mempunyai masalah tingkah laku.
Nama
A
B
C
D

Umur
7 Tahun
9 Tahun
11 Tahun
9 Tahun

Kategori
Slow Learner
Autisme
Pelbagai Kecacatan
Down Sindrom

Masalah Tingkah Laku


Suka mengambil barang tanpa izin
Menyanyi setiap masa
Ketawa secara tiba-tiba tanpa sebab
Kerap merajuk

Pengkaji telah memilih seorang subjek kajian untuk mengaplikasikan kaedah modifikasi
tingkah laku untuk mengurangkan tingkah laku bermasalah subjek dengan menggunakan tabung
token AHR. Pengkaji telah memilih murid A yang mempunyai masalah tingkah laku suka
mengambil barang tanpa izin. Pengkaji telah memodifikasi sistem token ekonomi yang sering
digunakan kepada sistem tabung token AHR. Walaubagaimanapun, ia masih menggunakan
sisitem token yang sama.
Kajian ini berfokuskan kepada kaedah modifikasi tingkah laku untuk mengurangkan
tingkah laku negatif subjek yang suka mengambil barang tanpa izin dengan menggunakan
Tabung Token AHR. Kesan negatif yang paling ketara adalah tingkah laku tersebut mengganggu
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) terutama apabila ia melibatkan barang rakan sekelas.
Selain itu, pengkaji perlu memupuk nilai murni kepada subjek bahawa meminta keizinan adalah
satu syarat atau kewajipan untuk mengambil sesuatu yang merupakan hak individu lain. Justeru,
kajian ini menyarankan penggunaan tabung token AHR sebagai pengubahsuaian tingkah laku,
supaya tingkah laku subjek yang mengganggu proses PdP dapat dikurangkan serta meningkatkan
nilai murni diri subjek.

ADIBATUL HUSNI BINTI ABDUL RAHIM (GP 03508) 0164119091

Terdapat 3 persoalan kajian di dalam kajian ini iaitu :


i.
ii.
iii.

Adakah penggunaan tabung token AHR dapat mengurangkan tingkah laku negatif
subjek?
Adakah penggunaan tabung token AHR dapat meningkat penggunaan verbal subjek
meminta izin untuk mengambil atau meminjam barang?
Adakah penggunaan tabung token AHR berjaya memupuk nilai murni diri subjek?

Pengkaji menyarankan agar insan bergelar pendidik perlu menggalakkan pemberian


ganjaran kepada murid secara berterusan dalam jangka masa yang tertentu bagi membantu
pengubahsuaian tingkah laku yang tidak diingini. Dengan itu, penggunaan sistem token ekonomi
ini amat sesuai dan berkesan dalam meningkatkan tingkah laku positif murid.
Noor Hayati (2000), menyatakan bahawa sepanjang kajiannya, sistem token juga dapat
mempengaruhi mata pelajaran Matematik bagi murid Pemulihan. Hasil kajian-kajian yang lepas
ini sememangnya membantu pengkaji dalam melakukan kajian ini agar dapat menyokong kaedah
yang digunakan seterusnya mengetahui bagaimana kaedah token ini dapat membantu pendidik
dalam megurangkan tingkah laku bermasalah murid.

2.0 METADOLOGI
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang dianalisa secara diskriptif oleh pengkaji.
Pengkaji melihat kekerapan subjek melakukan tingkah laku bermasalah tersebut sepanjang hari
dalam proses pembelajaran selama 2 minggu untuk mendapatkan data pra, 2 minggu semasa
intervensi dijalankan dan 1 minggu selepas intervensi diberhentikan. Pengkaji mencatat hanya
satu tingkah laku bermasalah yang dilakukan dalam setiap 30 minit batasan masa yang diberikan.
Pengkaji menggunakan sistem tabung token AHR untuk mengubah tingkah laku negatif subjek
tersebut.

ADIBATUL HUSNI BINTI ABDUL RAHIM (GP 03508) 0164119091

Pengkaji menggunakan empat proses utama untuk menjalankan kajian ini iaitu
merancang, menghasilkan struktur, melaksanakan dan membuat tinjauan semula. Kerangka
konseptual kajian ini diadaptasi daripada The Guidelines for School Discipline (2000) yang
terdapat dalam buku Teaching and Classroom Management oleh Myint et al (2004). Terdapat
empat proses pengurusan disiplin murid.

Memantau dan
Membuat
Tinjauan Semula

Merancang

Melaksana dan
Mengurus

Menghasilkan
Pengurusan dan
Pendekatan
Struktur

Rajah 1 : Kerangka Konsep Pengurusan Disiplin Murid

Penggunaan token ekonomi adalah merupakan kaedah terbaik dalam meningkatkan


tingkah laku positif dan seterusnya mengurangkan tingkah laku negatif. Ini adalah kerana,
peneguhan positif lebih memberi kesan mendalam dalam diri serta jiwa murid berbanding sistem
dendaan yang dilihat hanya berkesan pada saat dendaan diberikan sahaja. Tingkah laku negatif
tersebut boleh berulang semula pada keesokan harinya kerana dendaan hanya diberikan pada hari
yang lalu. Menurut Nor Hashimah & Yahya (2004), ahli falsafah John Locke (1632-1704)
menegaskan bahawa memukul kanak-kanak atau mengenakan hukuman tertentu tidak sesuai
digunakan dalam pendidikan bagi sesiapa yang bijak, baik dan mahir. Seharusnya hukuman perlu
kurang digunakan kecuali pada keadaan tertentu seperti kes yang terlalu berat.
6

ADIBATUL HUSNI BINTI ABDUL RAHIM (GP 03508) 0164119091

Pendapat ini menunjukkan peneguhan negatif seperti hukuman kurang digalakkan dalam
pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Maka, ganjaran dan peneguhan positif lebih memberi
kesan yang mendalam dalam mengubah tingkah laku secara berterusan. Ini selari dengan
pendapat, Barbara & Juddy (2003), iaitu a child who receives a lot of positive message will
probably behave more positively. Murid akan berasa lebih dihargai sekiranya mereka diberikan
galakkan, pujian dan penghargaan oleh guru. Ganjaran ini adalah setimpal dengan hasil usaha
yang ditunjukkan oleh murid. Ini secara tidak langsung, dapat menerapkan nilai positif dalam
jiwa murid-murid.
Subjek kajian adalah terdiri daripada 1 orang murid Pendidikan Khas.
Nama

Jantina

Kategori

Umur

Perempuan

Slow Learner

7 Tahun

Sekolah
SK. Abang Moh, Sessang,
Saratok, Sarawak

Murid A yang mempunyai nombor pendaftaran LD131014000009 telah disahkan mempunyai


masalah pembelajaran sejak tahun 2014. Subjek ini kurang bersosial di dalam kelas dan lebih gemar
memilih untuk melakukan aktiviti atau bermain sendiri. Pengkaji sendiri sukar untuk mendengar suara
subjek setiap hari sepanjang proses pengajaran berlaku. Namun, subjek dilihat lebih rapat dengan seorang
rakan sekelasnya. Walaupun, komunikasi verbal tidak berlaku antara mereka tetapi mereka saling
memahami kehendak masing-masing. Mereka dapat berkomunikasi dengan cara mereka sendiri.
Subjek mempunyai ciri-ciri dan sikap tersendiri yang dapat dilihat oleh pengkaji sepanjang
subjek memasuki kelas Pendidikan Khas Integrasi pada awal tahun 2015. Antara ciri-ciri tersebut adalah :
i.

Pendiam
Subjek tidak banyak bercakap di dalam kelas. Malah subjek tidak bersosial dengan rakanrakan seperti murid-murid yang lain. Subjek juga tidak menggunakan kaedah verbal apabila ingin
meminta atau menolak sesuatu perlakuan.

ii.

Suka menyendiri
Subjek dilihat lebih gemar duduk di suatu sudut seorang diri dan melakukan aktiviti sendiri tanpa
gangguan rakan-rakan lain. Subjek dilihat tidak cenderung terhadap mana-mana aktiviti yang
dilakukan oleh rakan-rakan yang lain. Dia akan melakukan apa sahaja aktiviti yang menarik
minat dia pada masa-masa tertentu. Contohnya, subjek akan meneliti barang yang ada di
depannya seperti buku, kad, beg, duit dan lain-lain.

iii.

Tidak melibatkan diri dalam aktiviti


Subjek juga tidak akan melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti yang dijalankan oleh guru.
Pengkaji cuba untuk mengenal pasti minat subjek terhadap mana-mana mata pelajaran. Namun,
hampir kesemua kelas dan aktiviti yang dijalankan, subjek akan membuat penolakan diri. Subjek
lebih gemar memerhati setiap aktiviti yang dijalankan berbanding menyertai aktiviti tersebut.

Tiga ciri ini adalah antara ciri dominan yang dapat dilihat oleh pengkaji. Pengkaji berharap di
akhir kajian ini, subjek akan menunjukkan tingkah laku perubahan yang lebih baik. Pengkaji melakukan
7

ADIBATUL HUSNI BINTI ABDUL RAHIM (GP 03508) 0164119091

pemerhatian terhadap tingkah laku mengambil barang tanpa izin subjek semasa berada di
sekolah. Penggunaan tabung token AHR telah digunakan bagi membantu subjek ini
mengurangkan masalah tingkah laku suka mengambil barang tanpa izin dan sekali gus dapat
memupuk nilai murni diri murid serta meningkatkan penggunaan verbal subjek di sekolah. Maka,
bagi menjayakan pelaksanaan kajian pengkaji ini, beberapa prosedur telah dijalankan bagi mencapai
matlamat pengkaji. Antara prosedur yang perlu dilaksanakan adalah :

2.1 Prosedur Tindakan


Tindakan 1
Pengkaji telah melakukan pemerhatian terhadap tingkah laku suka mengambil barang
tanpa izin. Pemerhatian dilakukan sepanjang dua minggu sebelum diberi rawatan pada minggu
ketiga dan keempat. Pemerolehan maklumat dan kaji selidik juga telah diadakan menerusi
maklumat yang disampaikan oleh bekas guru pra sekolah subjek pada tahun 2014. Temu bual
ringkas tersebut dilakukan dalam jangka masa 10 minit. Selain itu, sesi temu bual telah
dijalankan terhadap ibu dan kakak subjek. Pengkaji meneliti setiap maklumat yang diterima
daripada sumber-sumber kedua ini. Penelitian ini diperlukan untuk mengetahui punca dan kesan
tingkah laku suka mengambil barang tanpa izin. Ini adalah kerana, tingkah laku suka mengambil
barang tanpa izin memberi kesan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran. Di samping itu,
ia juga memberi kesan kepada prestasi akademik subjek apabila subjek tidak melibatkan diri
dalam aktiviti pengajaran yang dijalankan. Kemudian, pengkaji telah berbincang dengan subjek
mengenai ganjaran yang akan diperoleh oleh beliau jika beliau berjaya mengurangkan tingkah
laku suka mengambil barang tanpa izin dalam jangka masa yang ditetapkan. Persetujuan bersama
akan dilakukan untuk memastikan kedua belah pihak berpuas hati dan subjek memahami tujuan
penggunaan tabung token AHR dilakukan. Maka, pengkaji dan subjek dapat merealisasikan
impian dan keinginan masing-masing melalui persetujuan bersama tersebut.
Tindakan 2
Penggunaan tabung token AHR telah dijalankan terhadap subjek. Ganjaran yang
diberikan adalah mengikut persetujuan bersama yang telah dipersetujui. Sistem tabung token
AHR ini menyediakan 3 jenis tabung yang berlainan untuk menunjukkan jenis ganjaran yang
berlainan. Setiap jenis ganjaran tersebut mempunyai 3 pilihan kecil yang boleh dilakukan oleh
subjek. Jenis tabung ini diasingkan mengikut warna tabung yang berlainan. Token yang
diberikan kepada murid adalah replika wang syiling. Token wang syiling ini boleh ditukar
dengan kadar 10 token yang dikumpul dalam setiap tabung.
Contohnya, satu bintang akan diberikan kepada subjek setiap 30 minit jika subjek tidak
melakukan tingkah laku mengambil barang tanpa izin atau subjek meminta izin untuk
mengambil atau meminjam sesuatu objek. Lapan bintang seharusnya boleh dikumpul oleh subjek
8

ADIBATUL HUSNI BINTI ABDUL RAHIM (GP 03508) 0164119091

dalam masa satu hari waktu persekolahan. Ini bermakna, subjek boleh mengumpul 40 token
dalam masa satu minggu dan 80 token dalam masa dua minggu. Walau bagaimanapun, sekali
atau lebih dalam sehari jika subjek melakukan tingkah laku negatif tersebut, 1 bintang akan
ditarik semula (penarikan semula token) untuk mengurangkan jumlah token yang dimiliknya.
Menurut Abdul Rahim Marzuki, Amir Omar dan Rosni Abdullah 2006, dendaan atau
hukuman terhadap subjek dikenakan dengan cara penarikan balik token. Penarikan balik token
adalah dendaan yang diberikan kepada subjek jika subjek melakukan tingkah laku negatif. Ini
bermakna, subjek perlu tidak melakukan tingkah laku negatif secara berterusan untuk
mendapatkan lapan bintang dalam sehari.
Jadual 1 menunjukkan carta menu ganjaran yang dilaksanakan kepada subjek. Subjek
perlu mengumpul nilai token di bawah untuk ditukar dengan jenis ganjaran yang disukai. Subjek
juga dibenarkan memilih antara 3 pilihan ganjaran bagi setiap jenis ganjaran tersebut. 10 token
perlu dikumpul dalam 1 tabung yang sama untuk melakukan satu pusingan pertukaran ganjaran.
Semasa melaksanakan sistem token ini kepada subjek, pengkaji juga telah bekerjasama dengan
ibu subjek supaya mengingatkan subjek mengenai ganjaran yang akan diterimanya apabila dia
meminta izin untuk mengambil dan meminjam sesuatu objek. Pengkaji percaya dorongan yang
diberikan oleh ibu bapa subjek dapat membantu meningkatkan motivasi subjek untuk mengubah
tingkah laku negatif tersebut.

Jadual 1 : Carta Menu Ganjaran


Jenis
Tabu
ng
A
(biru)

Jenis Ganjaran

Mata

Pertukaran Hadiah

10

B
(merah)

Peluang Menonton
Televisyen

10

C
(kuning)

Peluang Bermain

10

Pilihan Ganjaran

1.
2.
3.
1.
2.
3.
1.
2.
3.

Buku kartun mewarna


Buku pelekat
Set pensel dan pensel warna
Cerita Upin Ipin
Cerita Doraemon
Cerita Frozen Anna dan Permaisuri Salji
Permainan Lego
Permainan di aplikasi telefon bimbit
Permainan Dam Ular

Tindakan 3
Selepas rawatan diberikan selama dua minggu, subjek telah mendapat ganjaran yang
sepatutnya melalui penukaran token replika wang syiling bersama pengkaji melalui persetujuan
bersama. Seterusnya, pengkaji telah menjalankan pemerhatian selepas rawatan diberikan.
Pengkaji telah melakukan pemerhatian selama satu minggu sejurus selepas minggu terakhir
9

ADIBATUL HUSNI BINTI ABDUL RAHIM (GP 03508) 0164119091

rawatan. Semasa satu minggu tersebut, intervensi tersebut telah diberhentikan. Pengkaji tidak
lagi memberi token kepada subjek. Pengkaji hanya memerhati dan mencatat kewujudan dan
kekerapan tingkah laku yang dikaji tersebut. Maka, tingkah laku tersebut tidak dipengaruhi
ganjaran dan ia merupakan kesan terhadap intervensi yang dijalankan. Tingkah laku meminta
keizinan untuk mengambil atau meminjam barang telah menjadi kebiasaan dan tanggungjawab
sebagai seorang murid serta ia menjadi pemupukan nilai murni diri untuk meminta izin terlebih
dahulu sebelum mengambil dan meminjam barang walaupun ganjaran atau hadiah tidak lagi
diberikan.

2.2 Cara Mengumpul Data


Beberapa kaedah telah digunakan bagi mendapatkan data dan maklumat sebelum dan selepas
yang diperlukan dalam kajian. Antara kaedah yang telah pengkaji gunakan adalah kaedah :
i.
ii.

pemerhatian
temu bual

Terdapat 1 jenis instrumen yang digunakan sepanjang kaedah ini dijalankan. Instrumen yang
sesuai digunakan pengkaji untuk mencatat pemerhatian sebelum, semasa dan selepas terhadap tingkah
laku suka mengambil barang tanpa izin. Instrumen tersebut adalah :
i.

senarai semak

Pemerhatian:
Kaedah pertama yang telah pengkaji gunakan untuk mengumpul data adalah dengan cara
pemerhatian. Pengkaji telah melakukan pemerhatian terhadap empat jenis tingkah laku secara kasar.
Kemudian, pengkaji memilih satu tingkah laku yang ingin diubah. Pemerhatian yang lebih terperinci
dilakukan terhadap tingkah laku yang ingin diubah selama dua minggu untuk mendapatkan data awal
pemerhatian. Selepas pengkaji yakin akan masalah yang tersebut, pengkaji juga telah melakukan
pemerhatian terhadap minat atau kecenderungan subjek terhadap sesuatu perkara atau benda. Pengkaji
juga telah menjalankan pemerhatian terhadap tingkah laku subjek ketika subjek berada dalam proses
pengajaran guru-guru yang lain. Pemerhatian telah dilakukan dari semasa ke semasa dan secara
berterusan. Ini adalah bagi tujuan melihat perkembangan subjek apabila penggunaan tabung token AHR
dijalankan.
Temu bual :
Seterusnya, kaedah kedua yang telah pengkaji lakukan ialah menjalankan satu sesi temu bual
dengan beberapa individu bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Menurut Kitwood (1997),
kaedah temu bual merupakan satu cara yang berupaya mengubah maklumat yang tulen. Jika penemubual
melaksanakan tugasnya dengan cekap iaitu berjaya membina hubungan interpersonal dengan berkesan,
dan jika orang yang ditemu bual adalah jujur dan dimotivasikan dengan berkesan, maka data yang
diperoleh adalah tepat dan boleh dipercayai. Temu bual bersama ibu dan bekas guru pra sekolah subjek
10

ADIBATUL HUSNI BINTI ABDUL RAHIM (GP 03508) 0164119091

telah dijalankan pada minggu kedua pemerhatian dijalankan. Pengkaji telah mencatatkan beberapa
maklumat penting yang diperlukan iaitu sikap subjek ketika berada di rumah. Pengkaji memastikan sikap
di sekolah dan di rumah sama atau berlainan. Pengkaji juga mendapatkan maklumat mengenai tingkah
laku verbal subjek. Subjek dikategorikan kerap atau kurang bercakap ketika berada di rumah. Temu bual
ini juga dijalankan terhadap kakak subjek yang berumur 12 tahun yang berada di sekolah yang sama.
Temu bual tidak dijalankan terhadap subjek sendiri kerana subjek sukar untuk memberi tindak balas
terhadap arahan verbal. Subjek agak pendiam di kelas dan kurang bertingkah laku sosial bersama rakanrakan di kelas.
Senarai Semak :
Kaedah pemerhatian dilakukan dengan menggunakan satu instrumen iaitu instrumen senarai
semak. Senarai semak digunakan bagi aspek melihat kekerapan subjek melakukan tingkah laku
mengambil barang tanpa izin sepanjang proses pembelajaran dijalankan. Tingkah laku tersebut dicatat
dengan teliti sepanjang 5 minggu proses kajian ini dilaksanakan iaitu sebelum, semasa dan selepas
pengkaji melakukan intervensi. Instrumen ini dicatat pada setiap kali subjek melakukan tingkah laku
tersebut di sekolah. Batasan masa pengkaji terhadap catatan ini adalah melihat satu kewujudan tingkah
laku negatif subjek dalam masa 30 minit. Pengkaji mencatat 8 jam pada setiap hari selama 2 minggu.

2.3 Cara Menganalisis Data


Pemerhatian
Melalui kaedah pemerhatian, pengkaji juga telah menganalisis data dengan melakukan
banding beza bagi aspek tingkah laku bermasalah subjek pada dua minggu sebelum diberi
intervensi, dua minggu semasa diberikan intervensi dan satu minggu selepas diberi intervensi.
Senarai semak telah disediakan untuk aspek kekerapan bilangan tingkah laku bermasalah subjek
ini di sekolah. Seterusnya, pengkaji juga membanding bezakan penglibatan diri subjek dalam
setiap aktiviti yang dijalankan. Elemen ini analisis dan dicatat dan disediakan dalam bentuk graf.
(rujuk graf 1)
Temu Bual
Melalui kaedah temu bual pula, pengkaji menyenaraikan dahulu secara terperinci setiap
soalan utama yang ingin dikemukakan dalam satu helaian. Pengkaji telah memastikan setiap
soalan utama yang diajukan mendapat jawapan yang tepat tanpa keciciran maklumat atau fakta
penting. Setiap jawapan yang diberi oleh bekas guru, ibu dan kakak subjek akan dicatat pada
ruang yang disediakan dalam borang temu bual tersebut (rujuk lampiran 1). Fakta atau maklumat
tambahan yang diberi oleh setiap individu yang ditemu bual juga telah dicatat. Keseluruhan
transkrip temu bual telah dibaca semula bagi mendapatkan maklumat penting serta memastikan
tidak ada maklumat yang diperlukan keciciran. Maklumat penting tersebut telah digariskan atau
highlight untuk mencari punca utama tingkah laku bermasalah tersebut dan punca-punca
sampingan yang mendorong tingkah laku tersebut.
11

ADIBATUL HUSNI BINTI ABDUL RAHIM (GP 03508) 0164119091

Senarai Semak
Pengkaji telah menggunakan senarai semak (rujuk lampiran 2) setiap kali mencatat
tingkah laku yang dilakukan oleh subjek. Senarai semak ini digunakan pada dua minggu pertama
sebelum pengkaji melakukan intervensi, dua minggu semasa pengkaji menjalankan intervensi
dan satu minggu selepas pengkaji menjalankan intervensi. Pengkaji melakukan banding beza
dengan menggunakan perbandingan kekerapan bagi setiap tingkah laku yang dilakukan subjek
sebelum, semasa dan selepas melakukan intervensi.

3.0 TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS


Proses pengajaran dan pembelajaran adalah elemen yang penting dalam membangunkan
perkembangan pendidikan di Malaysia. Pengajaran adalah satu proses penyebaran ilmu
pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu aspek untuk dipelajari dengan berkesan. Proses tidak
tahu kepada tahu atau tiada maklumat kepada ada maklumat. Maka, seharusnya murid akan
meningkatkan ilmu pengetahuan dan mewujudkan atau menukar tingkah laku kepada sesuatu
yang lebih baik.
Pada asasnya konsep pengajaran dan pembelajaran adalah berlandaskan kepada teoriteori pembelajaran masa kini. Teori-teori pembelajaran
terdiri daripada kognitif,
konstruktivitisme, behaviorisme dan humanistik. Pengalaman ilmu pengetahuan yang diperoleh

12

ADIBATUL HUSNI BINTI ABDUL RAHIM (GP 03508) 0164119091

dalam proses pembelajaran berlaku secara berperingkat untuk menghasilkan satu pencapaian
akademik atau suatu perubahan tingkah laku yang positif.
Teori behaviorisme iaitu teori pelaziman operan ini sesuai dikaitkan dengan kaedah yang
digunakan oleh pengkaji iaitu sistem token. Teori pelaziman operan dipelopori oleh B. F. Skinner
yang menggunakan tikus sebagai kajian. Perbuatan menekan butang untuk memperoleh makanan
disebut pelaziman operan. Pembelajaran melalui cara ini disebut pembelajaran melalui
pelaziman. Eksperimen ini menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan berulang jika
wujud ganjaran. Contohnya, biji-biji makanan dalam eksperimen tersebut sebagai ganjaran.
Sekiranya ganjaran dihentikan, gerak balas itu akan terhapus juga.
Peneguhan positif yang disediakan oleh guru yang berbentuk pertukaran hadiah, peluang
menonton televisyen dan peluang bermain menjadi ganjaran kepada subjek untuk melakukan
tingkah laku positif iaitu meminta izin jika ingin mengambil barang telah menjadi tingkah laku
terlazim yang dilakukan. Perubahan tingkah laku tersebut adalah gerak balas yang terbentuk
akibat ganjaran yang diberikan.
Maka, konsep peneguhan amat jelas sekali memberi kesan positif dalam kehidupan.
Skinner juga menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan boleh bersifat negatif atau positif. Contoh
peneguhan positif adalah pujian, ganjaran, hadiah dan sebagainya. Manakala peneguhan negatif
pula tidak boleh disamakan dengan hukuman atau denda.

4.0 HASIL KAJIAN


4.1 Analisis Data Pra
Berdasarkan kajian, pengkaji telah melaksanakan tabung token AHR terhadap seorang subjek
yang suka mengambil barang tanpa izin. Data telah diambil dan dicatatkan sebelum, semasa dan
selepas pelaksanaan tabung token AHR terhadap subjek. Setiap data telah dianalisis dan
diinterpretasi seperti dalam jadual 2.
Jadual 2 : Keputusan Data Pra Tingkah Laku Subjek
Tajuk kajian : Pelaksanaan Tabung Token AHR Mengurangkan Tingkah Laku Distruptif
13

ADIBATUL HUSNI BINTI ABDUL RAHIM (GP 03508) 0164119091

Murid Pendidikan Khas


Minggu 1 (27-31 Julai 2015)
Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat
Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat

/
/

/
/

/
/
/
/
/

/
/
/
/
/

/
/

/
/
/

/
/

Minggu 2 (3-7 Ogos 2015)


/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/

/
/
/
/
/
/
/

Jumlah
Kekerapan
4
4
4
7
5

/
/
/

6
7
4
6
4

Peratus
Mingguan %

60

68

7.30 pg 8.00pg 8.30pg 09.00pg 09.30pg 10.00pg 10.30pg 11.00pg 11.30pg

Petunjuk : ( / ) : melakukan tingkah laku

Jadual 2 menunjukkan dapatan keputusan data pra tingkah laku distruptif subjek selama
dua minggu sebelum subjek diberikan rawatan tabung token AHR. Subjek menunjukkan
bilangan tingkah laku suka mengambil barang tanpa izin yang sangat tinggi. Berdasarkan tingkah
laku yang dicatat, pengkaji mendapati subjek menunjukkan kekerapan paling tinggi pada keduadua minggu dengan bilangan skor 7. Manakala, kekerapan paling rendah yang dicatat adalah
dengan bilangan skor 4 pada kedua-dua minggu. Berdasarkan data tersebut, pengkaji mendapati
corak kewujudan tingkah laku subjek tidak memiliki satu corak yang spesifik tetapi subjek lebih
kerap melakukan tingkah laku distruptif ini pada selang masa ke dua hingga ketiga iaitu pada
jam 8.00-9.00 pagi selama dua minggu tersebut. Sehubungan dengan itu, pengkaji menggunakan
tabung token AHR untuk mengubah tingkah laku suka mengambil barang tanpa izin subjek.
4.2 Analisis Data Intervensi
Jadual 3 : Keputusan Data Intervensi Tingkah Laku Subjek
Tajuk kajian : Pelaksanaan Tabung Token AHR Mengurangkan Tingkah Laku Distruptif
Murid Pendidikan Khas
Jumlah
Peratus
Minggu 1 (10-14 Ogos 2015)
Kekerapan
Mingguan %
Isnin
/
/
/
/
/
5
Selasa
/
/
/
/
4
Rabu
/
/
/
/
4
58
Khamis
/
/
/
/
/
/
6
Jumaat
/
/
/
/
4
Minggu 2 (17-21 Ogos 2015)
Isnin
/
/
/
/
/
5
53
Selasa
/
/
/
/
/
14

ADIBATUL HUSNI BINTI ABDUL RAHIM (GP 03508) 0164119091

Rabu
Khamis
Jumaat

/
/
/

/
/

/
/

/
/

5
3
5
3

7.30 pg 8.00pg 8.30pg 09.00pg 09.30pg 10.00pg 10.30pg 11.00pg 11.30pg

Setelah pengumpulan data pra dilakukan, pengkaji berjaya menganalisis data intervensi
bilangan kekerapan tingkah laku distruptif subjek di sekolah. Jadual 3 menunjukkan data semasa
yang dikumpul selama dua minggu tempoh rawatan dijalankan. Data semak pada minggu
pertama, subjek memperoleh skor paling rendah dengan bilangan skor 4 sebanyak 3 hari dalam
seminggu. Skor yang paling tinggi adalah skor 6 pada hari Khamis. Manakala, pada minggu
kedua bilangan skor terendah adalah 3 dan yang tertinggi adalah skor 5. Berdasarkan paparan
data tersebut, pengkaji dapat membuat pemerhatian bahawa penurunan kekerapan tingkah laku
berlaku terutama pada selang masa awal waktu persekolahan iaitu pada jam 7.30 hingga 8.00
pagi dan pada jam 10.00 hingga 10.30 pagi. Manakala, subjek masih kerap melakukan tingkah
laku suka mengambil barang dalam selang masa 8.00 hingga 9.00 pagi dan 10.30 hingga 11.00
pagi. Selang masa ini adalah selang masa kronik untuk subjek. Dalam hal ini, subjek
menganggap selang masa kronik tersebut berlaku kerana masa tersebut adalah masa bertenang
subjek. Subjek cuba mengisi masa tersebut dengan melakukan pelbagai perkara dengan caranya
yang tersendiri.
Selain itu, pengkaji juga berpendapat skor tertinggi 6 pada hari Khamis minggu pertama
terjadi kerana subjek masih tidak dapat membiasakan diri dengan penerimaan tabung token ini.
Hal ini kerana, minggu pertama merupakan minggu terawal pemberian token dijalankan.
Seterusnya, pada minggu kedua subjek menunjukkan bilangan skor tertinggi dengan skor 5 yang
berulang sebanyak 3 hari. Skor ini berjaya menunjukkan sedikit penurunan berbanding minggu
sebelumnya. Penurunan ini mungkin berlaku akibat kefahaman subjek tentang sistem token yang
telah dijalankan. Secara keseluruhannya subjek berjaya menunjukkan penurunan melakukan
tingkah laku suka mengambil barang selama dua minggu menjalankan rawatan. Namun,
penurunan tersebut tidaklah begitu ketara. Hal ini mungkin berlaku kerana batasan masa dua
minggu tersebut tidak mencukupi untuk subjek memahami proses token ini dengan lebih baik.
Walau bagaimanapun, subjek berjaya menunjukkan perubahan tingkah laku yang diingini
berbanding minggu yang tidak diberi rawatan. Maka, pengkaji percaya sistem token dilihat
berjaya mengubah serta mengurangkan tingkah laku negatif subjek iaitu suka mengambil barang
tanpa izin. Kepercayaan pengkaji selari dengan pendapat Miltenberger (2004), iaitu token
ekonomi adalah sebuah teknik di mana individu mendapatkan token untuk tingkah laku yang
diingini.

4.3 Analisis Data Pasca


15

ADIBATUL HUSNI BINTI ABDUL RAHIM (GP 03508) 0164119091

Jadual 4 : Keputusan Data Pasca Tingkah Laku Subjek


Tajuk kajian : Pelaksanaan Tabung Token AHR Mengurangkan Tingkah Laku Distruptif
Murid Pendidikan Khas
Jumlah
Peratus
Minggu 1 (24-28 Ogos 2015)
Kekerapan
Mingguan %
Isnin
/
/
/
3
Selasa
/
/
2
Rabu
/
/
/
3
40
Khamis
/
/
/
/
/
5
Jumaat
/
/
/
3
7.30 pg 8.00pg 8.30pg 09.00pg 09.30pg 10.00pg 10.30pg 11.00pg 11.30pg

Selepas menjalankan rawatan token ekonomi terhadap subjek dan menganalisis data
pasca, subjek dilihat berjaya menurunkan tingkah laku dengan bilangan skor terendah 2 dan
bilangan skor tertinggi adalah 5. Berdasarkan data tersebut, subjek masih menunjukkan terdapat
skor yang sama pada minggu rawatan iaitu skor 5 dan 3. Subjek berjaya mendapatkan skor yang
lebih rendah iaitu skor 2 pada satu hari sahaja iaitu hari Selasa berbanding pada minggu rawatan
dijalankan. Walaupun berlaku penurunan setelah rawatan diberhentikan tetapi penurunan ini
tidaklah begitu ketara. Hal ini adalah kerana, berkemungkinan subjek masih tidak memahami
proses dan pelaksanaan sistem token ini. Andaian pengkaji yang kedua adalah subjek telah
terbiasa dengan tingkah laku tersebut dan subjek perlukan masa yang lebih panjang untuk
mengubah tingkah laku tersebut. Walau bagaimanapun, subjek berjaya menunjukkan penurunan
melakukan tingkah laku suka mengambil barang tanpa izin selepas diberikan rawatan.
Kesimpulannya, subjek berjaya menunjukkan tingkah laku positif semasa dan selepas
rawatan diberikan. Pengkaji berpendapat sistem token atau ganjaran yang diberikan kepada
subjek berjaya mengurangkan tingkah laku suka mengambil barang tanpa izin. Penggunaan
kaedah token ekonomi ini turut disokong oleh Ayllon & McKittrick (1982), seperti yang
disebut oleh Walker & Shea, (1999), peluang mendapatkan ganjaran yang dihasratkan akan
membuatkan individu lebih cepat belajar. Walau bagaimanapun, subjek perlu diberi peneguhan
lebih kerap dan rawatan yang lebih lama bagi membolehkan subjek meninggalkan tingkah laku
suka mengambil barang tanpa izin secara terus dalam kehidupannya.
Seterusnya, setiap data pra, data intervensi dan data pasca dibanding bezakan seperti yang
diilustrasikan pada graf 1 di bawah.
Graf 1 : Perbandingan Kekerapan Data Pra, Data Intervensi dan Data Pasca

16

ADIBATUL HUSNI BINTI ABDUL RAHIM (GP 03508) 0164119091

Kekerapan
8
7
6
5
4

Kekerapan

3
2
1
0

Graf 1 : Perbandingan kekerapan data pra, data intervensi dan data pasca menunjukkan
perbezaan keputusan bilangan kekerapan tingkah laku subjek yang suka mengambil barang tanpa
izin. Pada fasa pra, subjek menunjukkan bilangan kekerapan dalam lingkungan skor 4 hingga 7.
Semasa fasa intervensi, subjek menunjukkan bilangan kekerapan dalam lingkungan skor 3
hingga 6. Manakala pada fasa pasca selepas pemberian token telah diberhentikan iaitu pada
minggu kelima, subjek bilangan kekerapan dalam lingkungan skor 2 hingga 5.
Pengkaji dapat membuat pemerhatian bahawa subjek menunjukkan pengurangan
bilangan tingkah laku yang dilakukan semasa berada di sekolah. Setiap fasa intervensi, subjek
berjaya menurunkan bilangan tingkah laku dengan perbezaan skor 1. Walaupun, pengurangan ini
kecil, namun subjek berjaya menunjukkan peningkatan tingkah positif dengan mengurangkan
tingkah laku suka mengambil barang tanpa izin. Ini membuktikan murid berjaya menunjukkan
corak pengurangan tingkah laku negatif yang berterusan pada setiap perubahan masa.
Peningkatan ini membuktikan bahawa pelaksanaan tabung token AHR dapat mengurangkan
tingkah laku suka mengambil barang tanpa izin subjek di sekolah.
Hasil kajian ini memberikan jawapan yang positif apabila subjek berjaya menunjukkan
pengurangan melakukan tingkah laku negatif suka mengambil barang tanpa izin selepas
penggunaan sistem token ekonomi dijalankan terhadapnya. Hal ini selari dengan pendapat
Shapiro & Goldberg (1986), dan Anna Klimas & T.F McLauhglin, (2007), yang menyatakan

17

ADIBATUL HUSNI BINTI ABDUL RAHIM (GP 03508) 0164119091

keberkesanan kajian lalu telah menunjukkan bahawa penggunaan kaedah token ekonomi
berkesan untuk meningkatkan tingkah laku positif murid.

5.0 PERBINCANGAN KAJIAN


Hasil kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji, nyata memberi impak yang positif
terhadap tingkah laku negatif murid di sekolah. Tingkah laku murid negatif murid iaitu suka
18

ADIBATUL HUSNI BINTI ABDUL RAHIM (GP 03508) 0164119091

mengambil barang tanpa izin ternyata menurun dengan pelaksanaan sistem tabung token AHR
ini. Secara tidak langsung, pengkaji telah mempelajari sesuatu perkara baharu mengenai teknik
dan cara mengubah tingkah laku negatif murid. Khususnya, tingkah laku suka mengambil barang
tanpa izin. Melalui kejayaan yang telah dicapai, pengkaji ingin mengemukakan tiga cadangan
seperti berikut :
i.

memanjangkan tempoh masa pelaksanaan sistem tabung token AHR. Kajian yang
dilaksanakan oleh pengkaji adalah selama dua minggu sahaja dan dalam tempoh ini
subjek mungkin masih tidak dapat mengekalkan tingkah laku untuk meminta izin
apabila ingin mengambil barang sebagai satu tanggungjawab bergelar murid dan
manusia. Jangka masa rawatan yang lebih panjang dapat mengekalkan terus tingkah
laku subjek untuk meminta izin dengan berkesan dan konsisten tanpa menggunakan
sistem token pada masa akan datang.

ii.

sistem tabung token AHR ini boleh diaplikasikan untuk menangani masalah yang
lain. Sistem token ini boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi akademik atau
penguasaan murid dalam mata pelajaran dan tidak tertumpu kepada masalah tingkah
laku sahaja. Contohnya, murid akan mendapat token setiap kali murid berjaya
membaca atau menulis huruf atau nombor. Sistem token juga pasti dapat
meningkatkan motivasi untuk murid mengenalpasti, mengingat dan menghafal huruf
dan nombor. Secara tidak langsung prestasi akademik murid akan meningkat.

iii.

mengaplikasikan sistem token ekonomi ini kepada sampel yang lain. Ini bermakna,
sistem token ini boleh dijalankan kepada murid-murid kelas aliran perdana,
pemulihan atau pra sekolah. Hal ini demikian kerana, sistem token ekonomi dapat
mengawal tingkah laku murid dan meningkatkan penguasaan serta prestasi akademik
murid. Sistem ini boleh digunakan secara meluas kepada individu atau kumpulan
yang bersesuaian. Sistem token tidak hanya tertumpu kepada murid-murid Pendidikan
Khas sahaja.

6.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, setelah dua minggu melaksanakan sistem tabung token AHR ini,
pengkaji mendapati subjek berjaya menunjukkan pengurangan melakukan tingkah laku suka
19

ADIBATUL HUSNI BINTI ABDUL RAHIM (GP 03508) 0164119091

mengambil barang tanpa izin pada setiap 30 minit. Token ekonomi dapat menunjukkan kesankesan yang positif terhadap subjek. Antara kesan positif hasil pemberian token kepada subjek
adalah seperti berikut:
i.

ii.

iii.

mengurangkan tingkah laku suka mengambil barang tanpa izin secara konsisten semasa
pemberian token dijalankan (intervensi). Jadual 3 jelas menunjukkan pengurangan
tingkah laku suka mengambil barang berbanding jadual 2 pada minggu pra intervensi.
Subjek telah menunjukkan skor peratus mingguan intervensi pada minggu pertama iaitu
dengan skor 58% dan minggu kedua dengan skor 53%. Maka, subjek telah menunjukkan
skor peratus berkurang sebanyak 5% pada kedua-dua minggu intervensi tersebut.
Seterusnya subjek menunjukkan penurunan pada minggu pasca intervensi dengan skor
40%. Walaupun kadar pengurangan tidak berlaku dalam kadar yang maksimum namun
subjek masih menunjukkan kesan positif selepas pemberian token diberhentikan.
meningkatkan kadar penggunaan verbal subjek apabila subjek perlu meminta izin untuk
mengambil atau mendapatkan sesuatu. Hal ini adalah kerana, dia hanya akan diberi
tindak balas oleh guru atau rakan, jika dia meminta izin menggunakan isyarat yang
difahami atau penggunaan verbal. Maka, secara tidak langsung, subjek dilihat cuba untuk
bercakap untuk meminta atau mendapatkan sesuatu.
meningkatkan nilai murni diri subjek apabila subjek dimaklumkan bahawa tidak boleh
mengambil hak individu lain tanpa izin mereka yang tertentu. Dengan itu, secara tidak
langsung, subjek sudah mengetahui bahawa setiap individu tidak boleh mengambil
sesuatu yang bukan hak peribadi tanpa izin. Meminta keizinan adalah satu nilai yang
perlu ada pada setiap individu. Peningkatan nilai murni subjek ternyata meningkat
selepas pelaksanaan sistem token ekonomi ini.

Maka, ternyata tabung token AHR ini berjaya menunjukkan perubahan positif kepada
subjek. Penggunaan sistem token ekonomi bukan sekadar merangsang individu mengekalkan
tingkah laku yang positif tetapi sistem token ekonomi juga mampu memberi motivasi kepada
murid dari segi akademik. Selain itu, sistem ini juga mampu melahirkan murid yang lebih
berdisplin di dalam kelas.

7.0 RUJUKAN
Abdul Ghani Abdullah & Abd. Rahman Abd Aziz. 2009. Mengurus Tingkah Laku Pelajar.
Kuala Lumpur: PTS profesional, Publishing Sdn Bhd
20

ADIBATUL HUSNI BINTI ABDUL RAHIM (GP 03508) 0164119091

Abdul Rahim Marzuki, Amir Omar & Rosni Abdullah. 2006. Perlaksanaan program ekonomi
token dalam menguruskan tingkah laku bermasalah murid pendidikan khas, 1, 22-23.
Barbara, K. & Judi, S.K. 2003. Challenging behavior in young children understanding,
preventing and responding effectively. USA : Person
Chow Fook Meng, Jaizah Mahamud. 2011. Kajian Tindakan : Konsep & Amalan dalam
Pengajaran. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd
Chua Yan Piaw. 2011. Cetak Ulang. Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: The McGraw Hill.
Cikgu Sue. 2012. Teori-teori pembelajaran.
http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/11/teori-teori-pembelajaran.html [10 Ogos
2015]
Dr. Parvathy Pathy. 2006. Isu-isu Disiplin. Rawang: Marshall Cavendish (Malaysia) Sdn Bhd.
Fadilah & Fatehah. 2010. Teori skinner pelaziman operan.
http://teoripembelajaranbehavioris.blogspot.com/2010/09/teori-skinner-pelaziman-operan.html
[15 Ogos 2015]
Hackenberg, T. 2009. Token Reinforcement: A Review and Analysis. Journal of the
Experimental Analysis of Behaviour 91 : 257-286
Johnie Young. 2006. Cetak Ulang. 100 Ideas For Managing Bahviour. London: Continuum
International Publishing Group.
Kamus Dewan Edisi Keempat. 2007. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kitwood, T. 1997. Dementia Reconsidered : The Person Comes First. Open University Press.
Miltenberger, R.G. 2008. Behaviour Modification : Principles and Procedures Fourth Edition.
USA : Wadsworth Thomson Learning.
Musa bin Hamid. 1998. Jurnal Mengkaji Sama Ada Ganjaran Boleh Mengatasi Masalah Singkat
Jangka Masa Tumpuan. Bangi : Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. 1216
Myint S.K, Lourusamy A, Qusk C.L & Angela F.L. 2004. Teaching and Classroom
Management. Singapore: Person Education South Pte Ltd.
Noor Hayati Mustaffa. 2000. Menguji Keberkesanan Token Dalam Mempengaruhi Pencapaian
21

ADIBATUL HUSNI BINTI ABDUL RAHIM (GP 03508) 0164119091

Mata Pelajaran Matematik Bagi Pelajar Pemulihan Di Sk Padang Besar Utara Perlis.
Bangi : Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. 24-30
Nor Hashimah & Yahya Che Lah. 2004. Panduan Pendidikan Prasekolah.
Selangor : PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Nurul Aina Zakaria. 2011. Mengurangkan Tingkah Laku Negatif Murid Bermasalah Emosi
Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Dengan Menggunakan Kaedah Token
Ekonomi (vol.3). Cheras : Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
Sabilah Wahab (2006). Persepsi Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Terhadap
Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Tiga Buah Sekolah Di Johor Bahru. Laporan Projek
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Shapiro & Goldberg. 1986, Anna Klimas & T.F., McLaughin. 2007. The Effects of A Token
Economy System to Improve Social and Academic Behavior with A Rural Primary Aged
Child with Disabilities.
www.internationalsped.com/.../9Klimas%20McLaughlin%20%token%20economy.DOC
[15 Ogos 2015]
Walker, J.E, & Shea, T.M. 1999. Behavior Management A Practical Approach For Educators.
Columbus: Merrill Publishing Company.

22

Anda mungkin juga menyukai