Anda di halaman 1dari 9

KAEDAH SIMULASI

KAEDAH SIMULASI
Suatu pengajaran yang sangat berkesan Membolehkan para guru mencapai objektif pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep, kemahiran dan sikap. Membolehkan pelajar berfikiran kreatif. Situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar.

Membolehkan para pelajar berlatih sendiri aktiviti berlakon dalam keadaan yang teratur. Tujuannya untuk mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan.

JENIS-JENIS SIMULASI

Berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu konflik. Aktiviti lakonan berdasarkan cerita yang lengkap. Skrip lakonan akan disedikan lebih awal agar SOSIODRAMA dapat difahami, dibaca dan membuat persediaan oleh para pelajar yang dipilih untuk melakonkan watak yang diberikan.

MAIN PERANAN

Main peranan adalah satu lakonan yang spontan. Melibatkan sekumpulan pelajar tanpa menggunakan sebarang skrip. Pelajar akan membayangkan situasi yang timbul dan kemudian melakonkan situasi tersebut secara spontan. Keterangan yang ringkas mengenai objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat akan dihuraikan oleh guru.

1. Guru hendaklah merancang situasi yang bermasalah dan mewujudkan secara bertulis atau lisan di dalam kelas. 2. Sebelum menjalankan aktiviti lakonan, penerangan yang ringkas tentang masalah, peranan watakwatak dan tempoh masa sesi simulasi hendaklah diberikan.
3. Pilih pelajar-pelajar yang telah mahir dalam peraturan sebagai pelakon.

4. Bagi sosiodrama, skrip lakonan hendaklah disediakan dan diedarkan terlebih dahulu kepada pelajar yang akan berlakon.

5. Jika perlu, sediakan alatan yang diperlukan dalam lakonan tersebut. 6. Semasa sesi simulasi, pastikan para pelajar yang lain menjadi penonton benar-benar menumpukan perhatian terhadap aktiviti lakonan tersebut. 7. Selepas sesi simulasi, guru hendaklah meminta mereka memberikan pandangan tentang cara penyelesaian masalah yang ditunjukkan dalam lakonan tersebut.

8. Sesuatu rumusan harus dicapai melalui perbincangan di antara pelajar pada akhir waktu pembelajaran tersebut.

Anda mungkin juga menyukai