Anda di halaman 1dari 18

Pengenalan

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menegaskan mengenai pendidikan untuk semua iaitu hak diberi pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek kanak-kanak tersebut. Individu berkeperluan khas juga tenyata perlu untuk mendapat pendidikan ini. Memandangkan program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) , disini ternyata kanak-kanak yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Lewat Perkembangan , Sindrom Down , Autisme , dan juga Hiperaktif layak untuk mendapat pendidikan sama seperti kanak-kanak normal yang lain. Namun begitu , kanak-kanak tersebut haruslah mampu menguruskan diri tanpa bergantung pada individu lain untuk membantunya. Selain itu , kanakkanak itu juga harus disahkan oleh pengawai Jabatan Kebajikan Masyarakat. Murid-murid yang mempunyai masalah seperti berikut adalah terkecuali untuk menghadiri program pendidikan khas: i) Murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa ii) Murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau yang terencat akal yang berat

Penghargaan

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaNya saya dapat siapkan tugasan yang telah diberi. Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah subjek ini iaitu Tuan Haji Abdul Rahman bin Haji Salim kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan juga ucapan penghargaan kepada pihak sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara terutamanya kepada guru-guru sekolah tersebut kerana banyak membantu memberi penerangan serta maklumat mengenai murid yang dikaji. Kerjasama serta bantuan dari segi ilmu dan mengendalikan murid yang telah diberikan oleh guru sekolah tersebut sangat baik. Jutaan terima kasih saya ucapkan. Begitu juga dengan rakan-rakan serta ibu bapa yang banyak memberi sokongan kepada saya. Ibu dan bapa saya yang banyak memberi sokongan moral serta kewangan bagi memperolehi bahan untuk melaksanakan tugas ini. Tidak dilupakan juga pada rakan-rakan saya yang banyak membantu memberi maklumat serta sudi berbincang terlebih dahulu mengenai perlaksanaan kerja khusus ini. Terima kasih diucapkan.

Objektif

i) ii) iii)

Menilai tahap kemahiran yang dimiliki oleh murid-murid aliran pendidikan khas Mengenalpasti kelemahan murid Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian.

iv)

Membantu meningkatkan lagi kemahiran yang dimiliki oleh murid pendidikan khas tersebut

v)

Mempunyai kemahiran dan keterampilan kea rah kehidupan bekerjaya

Latar belakang sekolah

Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara atau lebih dikenali sebagai SK BTM mula ditubuhkan pada 16 Disember 2004. Sejak asal lagi , Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara mempunyai kelas khas untuk aliran pendidikan khas. Pada asalnya , kelas pendidikan khas di sekolah ini hanya mempunyai 3 buah kelas sahaja. Murid yang belajar di aliran pendidikan khas ini kurang dari 20 orang murid. Namun begitu , tahun demi tahun , bilangan murid makin meningkat begitu juga dengan bilangan guru di aliran pendidikan khas ini. Namun begitu, kelas aliran pendidikan khas di sekolah ini sangat aktif sehingga sekarang. Apabila menemu ramah Penolong Kanan Pendidikan Khas, Encik Khusyairi menyatakan bahawa Pendidikan Khas di sekolah ini amat aktif. Ada ketikanya , guru aliran Pendidikan Khas akan mencari dana bagi melakukan aktiviti luar bersama-sama anak murid pendidikan khas.

Latar Belakang Murid

Mior Muhamad Nabil bin Saiful Azmi merupakan salah seorang murid aliran pendidikan khas si Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara ini. Dilahirkan pada 10 Febuari 2000 dan kini berusia 12 tahun. Mior mengalami ketidakupayaan dari segi kerencatan akal. Namun bergitu , ketidakupayaan itu sedikit tidak menghalang Mior untuk berusaha belajar sama seperti murid normal yang lain. Apabila mengkaji tentang latar belakang Mior Muhamad Nabil ini , ayahnya merupakan seorang pekerja kilang. Manakala ibunya pula tidak bekerja. Namun bergitu , apabila melihat latar belakang keluarga ini secara lebih mendalam , Mior bukanlah datang dari keluarga yang mewah. Mior mempunyai 4 orang adik beradik dan Mior merupakan anak ke dua dalam keluarga ini. Mengenai ketidakupayaan yang dialami oleh Mior ini, ternyata ini tidak menghalang Mior untuk jadi sama seperti murid lain. Hal ini kerana ,apabila kajian terhadap tahap kemahiran yang ada pada Mior ini , dia sama seperti kanak-kanak normal yang lain. Ternyata Mior mampu untuk menguruskan dirinya sendiri tanpa bantuan orang lain. Jurteru itu , kerencatan akal bukanlah satu penghalang untuk mereka berjaya sama seperti insane lain.
5

Kemahiran yang Dipilih : Pengurusan Diri Pengurusan Diri

Pengurusan diri merupakan sesuatu keperluan utama supaya mereka menguasai bidang kemahiran yang lain. Oleh itu , saya memilih kemahiran pengurusan diri bagi menjalankan kajian saya. Pengurusan diri merangkumi perkembangan sosial , penjagaan diri , hidup bersosial , perkembangan peribadi dan sebagainya. Namun begitu , pengurusan terhadap diri murid tersebut paling utama dalam semua kemahiran. Hal ini kerana , murid perlu cekap menguruskan diri terlebih dahulu sebelum melangkah ke arah kemahiran yang lain. Bagi kajian saya , saya menumpukan terhadap beberapa aspek supaya kemahiran pengurusan diri ini menjadi lebih jelas. Antara aspek tersebut ialah :

i) ii) iii)

Kebersihan dan kesihatan Pengurusan dalam dan luar bilik darjah Urus diri

OBJEKTIF i) Kebersihan dan kesihatan - tangan

KANDUNGAN

-murid mampu membersihkan - jenis sabun yang digunakan anggota badan seperti tangan ii) - cara mencuci tangan dengan betul

Pengurusan dalam dan luar bilik - barang-barang sendiri (alat tulis) darjah -penggunaan penyapu , penyedok , pemadam

-murid mampu mengurus dan papan hitam , bulu ayam dan sebagainya mengamalkan didalam bilik darjah iii) Urus diri Memastikan menyimpan murid serta - penggunaan kain tuala boleh - cara melipat dengan kemas menjaga kebersihan

pakaian dengan betul

Strategi / Metadologi yang digunakan

i) ii)

Mengenalpasti kelemahan kemahiran yang dimiliki oleh murid. Murid disediakan bahan yang bersesuaian mengikut kelemahan kemahiran yang dimiliki oleh murid.

iii) iv) v)

Murid diberi tunjuk ajar terlebih dahulu oleh guru. Murid diminta untuk mempraktikan kemahiran yang ditunjuk sebelum itu. Murid dinilai tahap kemahiran yang dikaji.

Peralatan yang digunakan

i) ii) iii) iv) v) vi)

Tuala Penyapu dan penyodok Bulu ayam Pemadam papan hitam Kotak pensil Sabun pencuci tangan

Penilaian

Berdasarkan pemerhatian , murid aliran pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara ini ternyata mampu berdikari dengan sendiri. Hal ini kerana , berdasarkan tingkah laku kemahiran yang dimiliki oleh murid ini , ternyata murid ini mampu berdikari dengan sendiri tanpa bantuan orang lain. Bedasarkan pemerhatian terhadap tingkah laku serta kemahiran yang dimiliki oleh murid ini , ternyata kemahiran keperluan peribadi yang dimiliki oleh murid ini sudah mencukupi dirinya untuk melengkapi hidupnya sebagai insan istimewa. i) Melipat kain Keperluan peribadi juga merangkumi dari aspek pemakaian juga penting. Bagi menilai murid dari aspek pakaian pula, murid diminta untuk melipat sehelai tuala. Dengan satu kali tunjuk ajar sahaja , murid tersebut berjaya untuk mengikut dengan cepat. Disini dapat dinilai bahawa murid ini mempunyai tahap kemahiran yang tinggi dalam keperluan peribadi.

ii)

Mengemas barang di atas meja Bagi melakukan penilaikan terhadap murid ini , saya membiarkan alatan tulis tidak tersusun di atas mejanya. Ternyata murid ini mengemas semua alatan tulis tersebut serta menyimpan kembali semua barang yang terdapat di atas meja tersebut. Disini dapat dinyatakan bahawa kemahiran pengurusan peribadi dalam diri murid tersebut mampu memperkukuhkan kemahiran dia. Penilaian pula berdasarkan tahap kemahiran murid melakukan kemasan tersebut.

10

iii)

Memadam papan hitam Menjadi tanggungjawab murid bagi menjaga kebersihan diri dan sekeliling. Justeru itu , penilaian seterusnya bedasarkan kepekaan dan kemahiran murid pada kelas. Murid diminta untuk membersihkan papan hitam didalam kelas mereka. Kemahiran ini jelas ternyata apabila murid tersebut sangat peka dan mempunyai kemahiran itu. Penilaian berdasarkan aktiviti ini pula , murid dinilai apabila membersihkan papan hitam tersebut.

iv)

Menyapu sampah Bagi melaksanakan penilaian terhadap tahap kemahiran murid ini melalui kemahiran keperluan peribadi iaitu menjaga kebersihan , murid diminta untuk menyapu sampah di dalam kelas. Pertama sekali , murid diberi demostrasi bagaimana untuk menyapu sampah dengan bersih. Murid kemudiannya diarahkan untuk menyapu semula. Penilaian dapat dilakukan apabila murid memberi respon terhadap aktiviti.Ternyata murid tersebut juga mempunyai tahap kemahiran yang baik dalam menyapu sampah. Hal ini kerana , murid tersebut telah menyapu sampah dengan baik sekali dengan hanya satu kali tunjuk ajar.

v)

Membersihkan habuk Penilaian seterusnya juga dijalankan dari aspek keperluan peribadi iaitu dari aspek kebersihan diri dan kebersihan sekeliling. Pada kali ini , penilaian dijalankan melalui pembersihan habuk oleh murid. Murid diminta untuk membersihkan habuk pada

11

cermin bilik darjah. Murid diberi bulu ayam untuk membersihkan habuk tersebut. Melalui aktiviti ini , penilaian yang dapat dinilai ialah murid sangat peka pada kebersihan.

vi)

Mencuci tangan Kebersihan juga merupakan salah satu aspek terpenting dalam kemahiran pengurusan diri ini. Melalui penilaian yang saya lakukan pada murid ini , saya meminta murid ini membasuh tangannya setelah tamat melakukan kerja pembersihan kelas tadi. Saya menyediakan sabun basuh tangan dan kain. Ternyata murid ini juga mempunyai kemahiran ini. Murid tersebut membasuh tangannya terlebih dahulu dengan air sebelum menggunakan sabun. Setelah basuh dengan air , murid memicit sedikit sabun untuk mencuci tangan nya. Disini saya menunjukkan 7 langkah pembersihan tangan dengan cara yang betul. Setelah tamat membasuh tangan , murid ini mengelap tangannya ke kain yang disediakan.

Berdasarkan 6 aktiviti kemahiran yang telah saya jalankan bagi melakukan penilaian terhadap murid ini , apa yang dapat dinyatakan ialah murid ini mampu menguruskan dirinya pada tahap baik. Merujuk juga pada tiga aspek pengurusan diri yang saya pilih iaitu urus diri , kebersihan dan kesihatan , dan pengurusan dalam dan luar bilik darjah , murid ini mampu melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik sekali.

12

Rumusan

Secara keseluruhan , ternyata murid-murid berkeperluan khas memerlukan tahap kemahiran yang tinggi terutamanya dalam bidang kemahiran pengurusan diri. Apa yang dapat saya perhatikan , ada sesetengah murid berkeperluan khas mempunyai kemahiran asas dalam kemahiran pengurusan diri ini. Ada juga sesetengah murid tidak mempunyai tahap yang tinggi dalam kemahiran ini. Namun begitu , berdasarkan penilaian yang dijalankan terhadap seorang murid berkeperluan khas , Alhamdulillah , murid tersebut mempunyai asas yang kukuh dalam kemahiran pengurusan diri ini walaupun mempunyai ketidakupayaan kerencatan akal. Setiap aktiviti yang dijalankan terhadap murid tersebut dapat dilaksanakan dengan baik. Sebagai seorang bakal guru pendidikan khas , saya berpendapat bahawa kita perlu meningkatkan lagi kemahiran yang ada dalam diri murid aliran pendidikan khas supaya mereka mampu hidup berdikari sama seperti murid normal yang lain.

13

Rujukan

i)

Darlene Mannix (1993) , Social Skills Activities for Special Children , Centre for Applied Research in Education , New York

ii) iii)

http://epkhas.ses.usm.my/ Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia , Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah

14

Lampiran 1) Di sekolah bersama murid

Saya bersama murid Pendidikan Khas SK Bandar Tasek Mutiara , Mior Muhamad Nabil.

15

2) Penilaian terhadap tahap kemahiran murid

Melipat kain

Mengemas barang di atas meja

16

Memadam papan hitam

Menyapu sampah

17

Membersihkan habuk

Membersihkan tangan
18

Anda mungkin juga menyukai