Anda di halaman 1dari 20

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

Teknik SIMULASI
Dibentangkan oleh: ~Mohamad Nazmie b. Mohd Tarmizi ~Fatin Najwa binti Othman

DEFINISI SIMULASI
Simulasi bermaksud perbuatan (latihan dan lain-lain) yang berasaskan atau menggunakan sesuatu yang direka atau dibuat-buat tetapi yang mirip kepada atau hampir dengan yang sebenarnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

DEFINISI SIMULASI
satu gambaran abstrak tentang situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan masalah atau isu-isu yang berkaitan. (Noraini Ahmad,2009)

Siagan (1987), simulasi ialah suatu metodologi untuk melaksanakan percubaan dengan menggunakan model dari satu sistem nyata.

situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi yang benarbenar wujud di dalam keadaan yang terkawal

Jenis simulasi yang boleh digunakan dalam mata pelajaran Sejarah


a. Lakonan atau drama Berskrip Tanpa Skrip

b. Sosio drama Pelajar cuba menyelesaikan sesebuah masalah sosial Pelakon diberi peranan watak sejarah dan suatu masalah atau isu dalam sejarah.

c. Perbahasan Pemidato memegang peranan sebagai seorang tokoh sejarah atau sebagai seorang tokoh sejarah yang membahaskan sesuatu isu sejarah. Syarahan kecil dilakukan oleh seorang pelajar kepada rakan-rakan sekelas dan mereka memberi markah. Cth : seorang pelajar menerangkan apa yang sebenarnya dilihat dan dirasai oleh Tunku Abdul Rahman dalam perjuangan menuntut kemerdekaan

d. Simulasi Segera Guru memberi penerangan tentang sesuatu tajuk . Guru meminta pelajar memegang sesuatu peranan dan mengambarkan bagaimana peristiwa itu berlaku. Cth : Jika anda Parameswara , apakah yang akan anda lakukan ? Bagaimana reaksi anda terhadap ?

Prinsip-prinsip menggunakan simulasi.


Dalam melaksanakan teknik simulasi ini di dalam bilik darjah dengan berkesan maka guru haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip berikut terlebih dahulu: Guru hendaklah merancang situasi yang bermasalah dan mewujudkannya secara bertulis atau lisan di dalam kelas. Sebelum menjalankan aktiviti lakonan, peneranagan yang ringkas tentnag masalah, peranan watak-watak dan tempoh masa sesi simulasi hendaklah diberikan. Pilih pelajar-pelajar yang telah mahir dalam peraturan sebagai pelakon. Ini akan menjamin aktiviti lakonan dapat dijalankan dengan lancar. Bagi sosiodrama, skrip lakonan hendaklah disediakan dan diedarkan kepada mereka yang dipilih untuk terlebih dahulu.

Jika perlu, sediakan alatan seperti topeng-topeng untuk pelakon. Semasa sesi simulasi, pastikan para pelajar yang lain menjadi penonton benar-benar menumpukan perhatian terhadap aktiviti lakonan itu Selepas sesi simulasi, guru hendaklah meminta mereka memberi pandangan tentang cara penyelesaian masalah seperti yang ditunjukkan dalam lakonan.

Suatu rumusan harus dicapai melalui perbincangan di antara pelajar pada akhir waktu pelajaran.

Tujuan-tujuan simulasi.
Untuk menguasi kemahiran : simulasi melatih bertutur secara spontan melalui aktiviti lakonan. Ianya juga melatih murid kemahiran menyusun ayat dan menggunakan sebutan yang tepat.

Untuk membina pemikiran secara analitis dan kritis : semasa menjalankan aktiviti lakonan, murid-murid harus berfikir dan menyusun ideanya secara teratur untuk menggambarkan cara penyelesaian yang di lakukan.

Untuk membina sikap positif : memalui simulasi yang di lakonkan, konflik sosial itu dapat diselesaikan. Sikap atau tingkah laku yang negatif akan dapat diubah dan sikaf yang positif akan dapat dibentuk dan dipupuk.

Untuk mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif : melalui aktiviti lakonan berdasarkan isu perjuangan menentang penjajahan, muridmurid dapat menghayati nilai-nilai dan sikap orang lain.

Untuk membawa situasi yang sebenar ke dalam bilik darjah : misalnya, untuk menjelaskan konsep demokrasi murid-murid boleh melakonkan sebagai pengundi-pengundi dalam situasi pilihanraya yang direka.

Untuk mempelbagai aktiviti pembelajaran : simulasi meruakan suatu teknik mengajar tambahan yang juga boleh membantu muridmurid mempertingkatkan penguasaan kemahiran bahasa dengan berkesan.

Kelebihan Teknik Simulasi


1. Memberi peluang kepada murid untuk memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan. 2. Dapat mempertingkatkan kemahiran pertuturan murid. 3. Dapat melatih murid-murid berlakon dengan gaya yang betul. 4. Membawa kepada suasana pembelajaran yang berkesan, seronok dan menarik. 5. Memberi kesempatan kepada murid-murid untuk menghayati nilai-nilai moral yang positif.

Kelemahan Teknik Simulasi


1. Timbul perasaan gelisah bagi murid yang tiada pengalaman berlakon. 2. Prestasi pelakon yang kurang baik akan membosankan penonton. 3. Kejayaan menggunakan Teknik Simulasi adalah bergantung kepada persiapan yang rapi. 4. Murid-murid yang berlakon lebih banyak mendapat manfaat dan pengalaman berbanding dengan penonton. 5. Penilaian prestasi pelakon dan membuat rumusan bukanlah perkara yang mudah.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai