Anda di halaman 1dari 2

FORUM EDU GURU DAN CABARAN SEMASA

Panel sebagai wakil Kementerian Pendidikan Malaysia.


Sesi pertama : Kepentingan Malaysia dalam menyertai UNESCO. Usaha-usaha
kerajaan Malaysia menyahut 4 tonggak pendidikan UNESCO.
Jawapan panel :
Kepentingan Malaysia menyertai UNESCO ialah dapat
melakukan suatu reformasi untuk melahirkan insan yang boleh
memberi sumbangan untuk mencapai matlamat Wawasan 2020
supaya menjadikan Malaysia sebuah negara maju dalam erti kata
sebenar. Usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia khususnya
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyahut empat tonggak
pendidikan UNESCO melalui penggubalan beberapa dasar dalam
pendidikan. Antara dasar KPM ialah perkembangkan potensi
individu, tingkatkan kreativiti, mengadakan sistem pendidikan yang
cekap, menubuhkan pusat kecemerlangan pendidikan dan
meningkatkan martabat pendidikan.
Dasar perkembangkan potensi individu dan tingkatkan kreativiti
dilaksanakan dengan mewajibkan aktiviti kokurikulum dan
mewujudkan mata pelajaran atau aliran. Contohnya terdapat aliran
sains dan aliran sastera dalam pembelajaran di sekolah.
Dasar sistem pendidikan yang cekap pula ialah memperkasa
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Misi Kementerian Pendidikan
Malaysia adalah untuk membangunkan sistem pendidikan yang
bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi
individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara.
Dasar tingkatkan martabat pendidikan dilaksanakan melalui
pembelajaran sepanjang hayat dan pendidikan untuk semua
(Education For All). Peluang pendidikan terbuka kepada dunia luar
dan semakin luas. Dasar ini menekankan setiap individu perlu
menerima pendidikan awal sejak kanak-kanak sehinggalah dewasa
dalam semua aspek sehingga mereka boleh berfikir secara kritis,
berdikari dan berupaya membuat keputusan.
Dasar pusat kecemerlangan pendidikan digubal berdasarkan
pembangunan modal insan. Pembangunan modal insan merangkumi
perkembangan potensi, mempunyai pelbagai kemahiran, membentuk
peribadi, kemahiran berkomunikasi, kemahiran ICT, pembelajaran
sepanjang hayat dan nilai diri yang tinggi. Contohnya pembinaan
RECSAM iaitu Pusat Wilayah untuk Pendidikan Sains dan Matematik
untuk membawa pembaharuan untuk perkembangan kurikulum
tempatan dalam bidang Sains dan Matematik.

Sesi kedua :

Berikan hujah mengenai kepentingan tonggak pendidikan UNESCO


yang kedua, Belajar untuk menguasai kemahiran (Learning to Do)
terhadap pelajar.

Jawapan panel :
Tonggak belajar untuk menguasai kemahiran (Learning to Do)
bermaksud pendidikan dapat melengkapkan pelajar dengan
kemahiran-kemahiran untuk diaplikasikan dalam bidang pekerjaan
kelak.
Melalui tonggak ini, pendidikan dapat melengkapkan murid
dengan kemahiran-kemahiran seperti kemahiran komunikasi,
kemahiran berpasukan dan kemahiran menyelesaikan masalah.
Pendidikan juga perlu memberi peluang kepada pelajar untuk
membina kemahiran insaniah iaitu soft skill. Kemahiran-kemahiran ini
penting bagi pelajar untuk diaplikasikan dalam kerjaya pada masa
akan datang. Pendidikan harus boleh membentuk kompetensi
peribadi melalui pengetahuan teoritikal dan praktikal digabung
dengan kemahiran penyelesaian masalah, buat keputusan, inovatif &
berpasukan. Apabila seseorang pelajar dapat mengusai kemahirankemahiran ini, pelajar dapat membina satu kompetensi diri sebagai
agen perubahan dalam meningkatkan kualiti hidup mereka.
Pelajar perlu menyiapkan diri dengan pembelajaran kemahirankemahiran ini supaya mereka dapat mengaplikasikan ilmu dalam
bidang kerjaya dan menjadi tenaga kerja yang berilmu dan berguna
pada masa hadapan demi kemajuan negara. Contohnya pelajar
melibatkan dalam aktiviti kokurikulum seperti Persatuan Kemahiran
Hidup dan Persatuan Sains. Guru sebagai pembimbing
melaksanakan aktiviti memasak jika pelajar berkhemah di dalam
hutan. Guru perlu menunjukkan cara yang betul penyediaan alatan,
bahan dan barang-barang yang penting, kemahiran menghidupkan
api dan sebagainya supaya pelajar dapat menguasai kemahiran ini
sebaiknya. Aktiviti hands-on seperti membuat eksperimen, mereka
model dan lain-lain dapat menjana kreativiti dan pemikiran kritis
pelajar untuk meneroka pelbagai ilmu dan kemahiran yang berguna.
Secara tidak langsung, pelajar dapat pengetahuan untuk bersaing
setanding dengan orang lain dan menyiapkan diri sebagai tenaga
kerja yang produktif dan berkemahiran tinggi.

Anda mungkin juga menyukai