Anda di halaman 1dari 25

TEKNIK MAIN PERANAN,

SIMULASI DAN
LAKONAN
SIMULASI
 Satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai
keadaan sebenar.
 Memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri
berdasarkan peranan masing-masing bagi
membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu
atau tugasan semula.
 pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar
seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan
temuramah dengan individu tertentu dan
mencatat isi-isi penting.
SIMULASI
 pelajar digalakan untuk memberi pendapat,
cadangan, membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah berdasarkan peranan
yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang
kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan
masalah.
 pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan
dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran
lisan membaca dan menulis.
 mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang
menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk
meneruskan proses pengajaran dan
pembelajaran.
TUJUAN SIMULASI
 untuk menguasi kemahiran bertutur secara spontan
melalui aktiviti lakonan.
 Membina pemikiran secara analitis dan kritis
 Membina sikap positif sebab menyelesaikan konflik
sosial
 Mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif
 Membawa situasi yang sebenar ke dalam bilik darjah;
 Mempelbagai aktiviti pembelajaran
 Mempertingkatkan kemahiran berbahasa
KELEBIHAN SIMULASI
 memberi peluang kepada murid memikirkan cara
penyelesaian secara spontan
 Mempertingkatkan kemahiran pertuturan mereka.
 Pembelajaran yang menarik dan seronok, dan membawa
kepada suasana pembelajaran yang berkesan.
 Dilatih berlakon dengan gaya yang betul.
 Dilatih untuk menghadapi situasi bermasalah yang
sebenar.
 Menggalakkan interaksi di antara murid-murid, ianya juga
memberi kesempatan kepada murid-murid untuk
menghayati nilai-nilai moral yang baik
 Banyak situasi di luar bilik darjah dapat ditunjukkan
dalam bilik darjah.
 Mengasah bakat lakonan murid.
KELEMAHAN SIMULASI

 perasaan gelisah yang mungkin timbul di


kalangan murid yang tidak pernah ada
pengalaman berlakon.
 Lakonan yang kurang menarik akan menimbulkan
perasaan bosan di kalangan murid yang mungkin
membuat bising
 hanya murid-murid yang terlibat di dalam lakonan
sahaja mendapat pengalaman secara langsung
dan faedah-faedah berlakon.
APLIKASI SIMULASI
 memilih satu masalah atau isu yang melibatkan
minat atau pandangan yang berlawanan.
 memastikan unsur-unsur utama masalah atau isu
terkandung dalam simulasi.
 mengenal pasti konsep-konsep yang terlibat
dalam masalah atau isu berkenaan.
 menentukan langkah-langkah yang perlu diambil
semasa simulasi. Langkah-langkah ini
termasuklah bagaimana tingkah laku murid,
peranan yang dimainkan, serta peraturan yang
mempengaruhi tindakan murid tersebut.
APLIKASI SIMULASI
APLIKASI SIMULASI
 HP : 5.1.3 dan K 5.1.6
 Murid didedahkan terlebih dahulu maksud tokoh
terbilang dengan menggunakan simulasi tokoh-
tokoh yang dekat dengan mereka seperti Perdana
Menteri, YDPA.
 Selepas itu peranan sultan, bendaraha, laksamana
dalam Kesultanan Melayu Melaka dibincangkan.
Buat match mine, who am I.
 Murid diminta membuat simulasi peranan tokoh-
tokoh Sultan, Bendahara dan Laksama. Dari
simulasi ini, murid menyenaraikan peranan
tokoh-tokoh tersebut.
 Aktiviti seterusnya adalah untuk mencapai K5.1.6 .
MAIN PERANAN
 Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu
situasi atau masalah atau peristiwa yang
dianggap penting.
 Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai
watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi
yang disediakan.
 Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan
atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon
cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi
kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya
mempraktikkan kepada diri mereka berdasarkan
peranan yang dimainkan secara spontan.
 Masa diberikan antara 10 – 15 minit
JENIS-JENIS MAIN PERANAN
1. Memerihal
 Salah satu cara berkomunikasi dengan pelajar
memerihalkan sesuatu masalah
 Contoh : pelajar meminta kebenaran daripada
Guru Besar untuk mengadakan satu lawatan
sambil belajar.
2. Demonstrasi
 Menunjukkan cara melakukan sesuatu tingkah
laku atau perlakuan agar pelajar lain boleh
mencontohi seperti cara bertutur dengan betul
dalam sesuatu situasi.
JENIS-JENIS MAIN PERANAN
3. Latihan
 Melatih pelajar untuk menguasai sesuatu
kemahiran seperti kemahiran bertutur dalam
situasi perbualan formal.
4. Cerminan
o Menunjukkan bagaimana sesuatu pelakuan itu
dilihat oleh orang lain.
5. Kepekaan
o Mewujudkan kesedaran mengenai perasaan
mereka terhadap sesuatu situasi ataupun orang
lain
KELEBIHAN MAIN PERANAN
 Murid berasa prihatin dan memahami perasaan orang lain.
 Berpeluang membincangkan dan memikir masalah diri sendiri
lalu memahami diri sendiri dengan mendalam.
 Murid berpeluang untuk melakonkan pelbagai tingkah laku
atau watak dan mengalami sendiri sesuatu situasi.
 Memperoleh kemahiran dan mengalami pelbagai bentuk
masalah sosial.
 Murid berpeluang untuk melahirkan pelbagai perasaan dengan
bebas mengikut situasi watak.
 Membantu murid yang bersifat pendiam membina keyakinan
diri.
 Menggalakkan murid menggunakan bahasa yang bernas.
 Membantu murid berkomunikasi secara berkesan.
 Melatih murid mengawal perasaan dan emosi dalam pelbagai
situasi.
PROSEDUR LAKSANA MAIN PERANAN
APLIKASI MAIN PERANAN
APLIKASI MAIN PERANAN

 Murid diminta memainkan peranan sebagai


tokoh-tokoh yang berjuang ke arah
kemerdekaan
 Guru boleh menyediakan bahan bantu seperti
kad perkataan nama tokoh
 Murid boleh menyenaraikan sebab-sebab
perjuangan kearah kemerdekaan.
LAKONAN
 Merupakan kaedah pengajaran berbentuk
darama pendek atau sketsa melibat lebih
dua orang
 Skrip / dialog disediakan.
 Lakonan boleh dibuat secara langsung
dalam kelas (1 langkah pdp) atau secara
lakonan penuh (projek)
 Lakonan boleh dibuat bersama dengan
bahan bantu mengajar.
JENIS-JENIS LAKONAN

1. Lakonan menggunakan skrip


2. Lakonan tanpa skrip tapi dengan
bimbingan rapi guru
3. Lakonan spontan (murid yang berbakat.
Jangka pendek)
4. Lakonan mimos (lakonan tanpa suara.
Selalunya guru sediakan sediakan soalan
situasi mimos)
5. Lakonan menggunakan boneka (murid
berbakat, boneka perlu sesuai)
PRINSIP-PRINSIP LAKONAN
 Peristiwa yang sesuai
 Pelakon memahami situasi
 Penonton perlu dijelaskan apa yang mereka
akan saksikan
 Pelakon yang sesuai
 Lakonan bebas / terikat dengan skrip
 Adakan perbincangan selepas lakonan
KEKUATAN LAKONAN
 Murid bergerak aktif
 Merangsang daya berfikir
 Tingkatkan kemahiran komunikasi
 Murid mudah faham
 Cungkil bakat murid
 Kembangkan kecerdasan pelbagai murid
 Seronok
 Tingkatkan nilai murni
 Murid mudah ingat fakta sebab dilakonkan
 Tingkatkan keyakinan murid
KELEMAHAN LAKONAN

 Persediaan rapi (skrip, pemilihan


murid)
 Kawalan kelas jadi sukar
 Tiada kerjasama murid yang lemah/
segan
 Boleh tersasar dari objektif pdp
LANGKAH-LANGKAH

1. Sebelum
 Pilih tajuk/ tema yang sesuai

 Murid baca skrip dan fahami jalan cerita


 Murid perlu bersedia

2. Semasa
 Guna nada suara yang jelas

 Pergerakan badan dan eye context


 Murid yang tidak terlibat catat isi penting

3. Selepas
 Perbincangan
 Soal jawab berdasarkan lakonan dan catatan isi
penting
APLIKASI LAKONAN
APLIKASI LAKONAN
 HP 7.3.3 , 7.3.4 dan K7.3.6
 Guru menyediakan skrip untuk murid lakonkan
perundingan untuk mencapai kemerdekaan dan
detik-detik kemerdekaan . Skrip guru perlu jelas
dan lengkap.
 Guru menjelaskan apa yang perlu dilakukan oleh
murid
 Murid membuat lakonan. Yang tidak terlibat
diminta mencatat isi-isi penting. Guru boleh
sediakan soalan rangsangan atau peta minda
kosong untuk diisi berkaitan lakonan tadi.
 Perbincangan dijalankan selepas lakonan dan
aktiviti seterusnya untuk mencapai K7.3.6
TUTORIAL

 Dalam kumpulan anda diminta


membuat satu perbandingan antara
simulasi, main peranan dan lakonan.
 Anda juga perlu memberi contoh
bagaimana simulasi, main peranan
dan lakonan diaplikasikan dalam pdp
Sejarah.

Anda mungkin juga menyukai