Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN:

Program latihan selama sebulan ini dirancang bagi membentuk satu pasukan bola tampar
bawah 12 tahun Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua Pujut, Sarawak yang akan
menyertai mana-mana kejohanan di peringkat sekolah, daerah, bahagian dan negeri Sarawak
pada tahun 2019. Pihak pengurusan sekolah menetapkan matlamat agar pasukan bola
tampar sekolah yang dibentuk ini sekurang-kurangnya dapat memasuki peringkat separuh
akhir di kejohanan tersebut. Bagi memastikan pasukan bola tampar bawah 12 tahun Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua Pujut, Sarawak berjaya mencapai sasaran yang di
tetapkan, satu jawatankuasa telah dibentuk bagi menyediakan perancangan program latihan
tersebut. Antara mereka yang memainkan peranan utama bagi melaksanakan program
latihan ini ialah jurulatih pasukan bola tampar.

Jurulatih memainkan peranan yang penting dalam mengendalikan sesuatu jenis


bentuk latihan. Jurulatih adalah dianggap sebagai perancang utama dan fasilitator yang akan
mengendalikan pelbagai aspek fisiobgi, sosiologi dan fisiologi yang kompleks. Oleh itu
program latihan yang dirancang seharusnya mengambil kira beberapa faktor seperti umur,
kebolehan dan kualiti atlet yang terbabit. Jurulatih merancang program yang sesuai dan
berkesan supaya dapat memberi latihan yang secukupnya bagi memastikan atlet mencapai
tahap prestasi yang maksimum pada masa yang dikehendaki.

Program latihan juga perlu mengambil kira faktor pemulihan atau rehat antara masa
latihan bagi memastikan peningkatan prestasi yang berterusan. Untuk memastikan tahap
yang terbaik dalam sesuatu pertandingan, ianya haruslah seiring dengan keadaan tubuh
fizikal yang cemerlang. Latihan fizikal dalam sukan yang diceburi bukan sahaja menyediakan
atlet kepada pencapaian yang meransangkan tetapi juga akan dapat membantu mengelakkan
kecederaan, ketidakseimbangan otot, ketahanan kardiovaskular dan daya tahan otot yang
rendah, masalah kelenturan serta kecederaan sukan yang disebabkan oleh latihan fizikal
yang tidak mencukupi.

Anda mungkin juga menyukai