Anda di halaman 1dari 16

Bab 10: Kaedah Mengajar Pendidikan Moral

Bab 10: Keadah Mengajar Pendidikan Moral

Di akhir bab ini, anda seharusnya dapat: membincangkan fokus dan langkah-langkah pelaksanaan pelbagai kaedah, kemahiran dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral; mengenal pasti kaedah, kemahiran dan teknik yang sesuai untuk digunakan di dalam kelas yang mempunyai pelajar dengan minat tertentu; dan mengaplikasikan kaedah, kemahiran dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.

1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8

Pengenalan Keadah-Kaedah dalam Pengajaran Pendidikan Moral Kaedah Main Peranan Kaedah Simulasi Keadah Bermain dan Bercerita Keadah Nyanyian dan Lakonan Keadah Pameran Keadah Lawatan dan Projek

Bab 1: Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bab 2: Pendekatan Pengajaran Pendidikan Moral - 1 Bab 3: Pendekatan Pengajaran Pendidikan Moral - 2 Bab 4: Pemikiran Menakul Merentasi Pendidikan Moral Bab 5: Pemikiran Kreatif & Inovasi Merentasi Pendidikan Moral Bab 6: Dilema Real Life dalam Pengajaran Pendidikan Moral Bab 7: Dokumen Standard Kurikulum Tahun 1 & 2 Bab 8: Dokumen Standard Kurikulum Tahun 3 & 4 Bab 9: Rancangan Mengajar Harian Bab 10: Keadah Mengajar Pendidikan Moral

Bab 10: Kaedah Mengajar Pendidikan Moral

1.1 PENGENALAN Bab ini akan membincangkan kaedah atau teknik mengajar yang boleh diaplikasikan oleh guru dalam bilik darjah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Kaedah didefinisikan sebagai satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986), satu jalan untuk mencapai objektif pengajaran (Abu Saleh, 1988) ataupun satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran (Mok Soon Seng 1992). Terdapat beberapa kaedah dan teknik pengajaran yang dicadangkan untuk menyemai nilainilai moral di kalangan pelajar semasa proses pembelajaran berlaku. Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral adalah seperti kaedah main peranan/simulasi, bermain dan bercerita, nyanyian dan lakonan, perbincangan, lawatan dan projek, tunjuk cara, pameran, penyelesaian masalah, penyelesaian konflik dan penyelidikan. Namun begitu, kaedah harus berubah mengikut keadaan masa, umur, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar. Malah, kaedah mestilah secucuk dengan tujuan dan matlamat pelajaran, sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai, sesuai dengan tabiat (nature) pelajaran dan mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru.

1.2 KAEDAH - KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Ada banyak kaedah-kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk mejadikan pengajaran seseorang guru itu lebih menarik, berkesan dan sebagainya. Kaedah-kaedah itu terletak di atas satu kontinum yang melibatkan murid-murid belajar secara langsung, bermakna dan aktif. Diantara kaedah-kaedah pengajaran Pendidikan Moral yang akan dibincangkan adalah seperti kaedah main peranan, simulasi, bermain dan bercerita, nyanyian dan lakonan, pameran, lawatan dan projek. Dalam Pendidikan Moral, guru memainkan peranan bukan sahaja sebagai agen moral yang membentuk keperibadian murid-murid, malahan kaedah yang digunakan guru semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan objektif pengajaran yang ditetapkan dapat dicapai.

1.3 KAEDAH MAIN PERANAN Kaedah main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Cara menggunakan kaedah ini ialah dengan memberi pelajar sesuatu peranan dan menyuruh mereka bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Tindakan atau lakonan tersebut perlu menggambarkan perasaan dan nilai yang terlibat atau berkaitan.

Bab 10: Kaedah Mengajar Pendidikan Moral

Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, di mana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Main peranan ialah aktiviti dalam pengajaran yang memberi peluang kepada murid untuk membayangkan diri sendiri atau orang lain dalam pelbagai situasi tertentu. Aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk mendapatkan penglibatan aktif muridmurid dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam kelas dan murid-murid yang mengambil bahagian haruslah berlagak seperti watak yang dibayangkan. Antara matlamat yang boleh dicapai semasa guru melaksanakan kaedah main peranan adalah seperti berikut: Murid berasa prihatin dan memahami perasaan orang lain; Berpeluang membincangkan dan memikir masalah diri sendiri lalu memahami diri sendiri dengan mendalam. Murid berpeluang untuk melakonkan pelbagai tingkah laku atau watak dan mengalami sendiri sesuatu situasi. Memperoleh kemahiran dan mengalami pelbagai bentuk masalah sosial. Murid berpeluang untuk melahirkan pelbagai perasaan dengan bebas mengikut situasi watak. Membantu murid yang bersifat pendiam membina keyakinan diri. Menggalakkan murid menggunakan bahasa yang bernas. Membantu murid berkomunikasi secara berkesan. Melatih murid mengawal perasaan dan emosi dalam pelbagai situasi. Malah, kaedah main peranan boleh dibahagikan kepada: Memerihal - salah satu cara berkomunikasi dengan pelajar memerihalkan sesuatu masalah seperti pelajar meminta kebenaran daripada Guru Besar untuk mengadakan satu lawatan sambil belajar. Demonstrasi - menunjukkan cara melakukan sesuatu tingkah laku atau perlakuan agar pelajar lain boleh mencontohi seperti cara bertutur dengan betul dalam sesuatu situasi. Latihan - melatih pelajar untuk menguasai sesuatu kemahiran seperti kemahiran bertutur dalam situasi perbualan formal. Cerminan - menunjukkan bagaimana sesuatu pelakuan itu dilihat oleh orang lain. Kepekaan - mewujudkan kesedaran mengenai perasaan mereka terhadap sesuatu situasi ataupun orang lain

Bab 10: Kaedah Mengajar Pendidikan Moral

Contoh-contoh main peranan yang boleh dilakukan adalah: Pengawai Polis menyoal siasat penjenayah pelajar boleh melakonkan watak pegawai polis yang sedang menyoal siasat tertuduh yang disyaki merompak bank; Kaunselor menasihati pelajar yang bermasalah pelajar melakonkan watak kaunselor yang mengendalikan sesi kaunseling dengan seorang murid yang sering ponteng sekolah, merokok dan mencuri; Seorang doktor dengan pesakit pelajar melakonkan watak doktor yang sedang memeriksa pesakit yang keracunan makanan; Gangsterisme di sekolah pelajar melakonkan watak sebagai seorang murid kaki buli yang telah memeras ugut seorang pelajar Tahun 2 untuk memberikan wang perlindungan sebanyak RM2.00 Proses-proses yang terlibat dalam kaedah main peranan adalah seperti berikut:

1.4 KAEDAH SIMULASI

Simulasi adalah suatu pengajaran yang sangat berkesan. Pengunaan kaedah simulasi membolehkan para guru mencapai objektif pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep, kemahiran dan sikap. Kaedah simulasi ini juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan memudahkan kreativiti. Simulasi ini adalah juga suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar.Tujuannya ialah untuk menjalankan latihan demi untuk menyelesaikan masalah. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, kaedah simulasi digunakan untuk membolehkan para pelajar berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan, yang mana masalah-masalah yang ditimbukan itu melibatkan satu kajian yang rumit, masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai, jalan raya, pasar, sekolah dan sebagainya. Terdapat dua kaedah simulasi: iaitu sosiodrama dan main peranan. Keadah main peranan telah diterangkan di atas. Sosiodrama adalah merupakan satu aktiviti lakonan yang menarik, ianya adalah berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik, mempunyai perwatakan yang menentang sosial. Oleh kerana sosiodrama adalah merupakan aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengkap pada kebiasaannya skrip lakonan akan disediakan lebih awal agar ianya dapat difahami, dibaca dan membuat persediaan oleh pelajarpelajar yang dipilih untuk melakonkan suatu watak yang diberikan oleh guru. Tujuan-tujuan simulasi: untuk menguasi kemahiran; simulasi melatih bertutur secara spontan melalui aktiviti lakonan. Ianya juga melatih murid kemahiran menyusun ayat dan menggunakan sebutan yang tepat. untuk membina pemikiran secara analitis dan kritis kerana semasa menjalankan aktiviti lakonan, murid-murid harus berfikir dan menyusun ideanya secara teratur untuk menggambarkan cara penyelesaian yang di lakukan. untuk membina sikap positif ; melalui simulasi yang dilakonkan, konflik sosial itu dapat diselesaikan. Sikap atau tingkah laku yang negatif akan dapat diubah dan sikaf yang positif akan dapat dibentuk dan dipupuk. untuk mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif kerana melalui aktiviti simulasi berdasarkan isi pelajaran pendidikan moral, murid-murid dapat menghayati nilai-nilai dan sikap orang lain. untuk membawa situasi yang sebenar ke dalam bilik darjah; misalnya, untuk menjelaskan konsep demokrasi murid-murid boleh melakonkan watak pengundipengundi dalam situasi pilihanraya yang direka. untuk mempelbagai aktiviti pembelajaran; simulasi merupakan suatu teknik mengajar tambahan yang juga boleh membantu murid-murid mempertingkatkan penguasaan kemahiran bahasa dengan berkesan .

Kelebihan simulasi: memberi peluang kepada murid memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan. murid-murid dapat mempertingkatkan kemahiran pertuturan mereka. simulasi merupakan satu teknik pembelajaran yang menarik dan seronok, dan membawa kepada suasana pembelajaran yang berkesan. murid-murid dapat dilatih berlakon dengan gaya yang betul. mereka akan dilatih untuk menghadapi situasi bermasalah yang sebenar. selain menggalakkan interaksi di antara murid-murid, ianya juga memberi kesempatan kepada murid-murid untuk menghayati nilai-nilai moral yang baik, seterusnya mengubah sikap negatif dan membina sikap positif. dengan menggunakan teknik simulasi, banyak situasi di luar bilik darjah dapat ditunjukkan dalam bilik darjah. secara tidak langsung,bakat lakonan murid dapat diasah. Kelemahan simulasi: perasaan gelisah yang mungkin timbul di kalangan murid yang tidak pernah ada pengelaman berlakon. prestasi pelakon yang kurang menarik akan menimbulkan perasaan bosan di kalangan penonton yang mungkin membuat bising atau akan mengejek kesilapan yang di lakukan oleh pelakon-pelakon. hanya murid-murid yang terlibat di dalam lakonan sahaja mendapat pengelaman secara langsung dan faedah-faedah berlakon. penilaian prestasi pelakon dan membuat rumusan tidak mudah untuk dilakukan . Walaubagaimanapun, kaedah simulasi ini adalah salah satu kaedah yang boleh digunapakai agar dapat menaikan minat para pelajar untuk menumpukan perhatian mereka pada pelajaran mereka.

1.5 KAEDAH BERMAIN DAN BERCERITA

Kaedah bermain dan bercerita adalah salah satu cara yang berkesan dalam mempelajari subjek Pendidikan Moral. Penglibatan dalam permainan akan memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Malah, Kebanyakan aktiviti yang dijalankan dalam kaedah ini akan menggunakan pelbagai kemahiran pelajar, di antaranya seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kaedah bermain mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterpretasikan melalui objektif tersirat dalam permainan tersebut iaitu: merangsang interaksi verbal pelajar; menambah kefasihan dan keyakinan; menyediakan konteks pembelajaran; bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan; dan bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan.

Ada beberapa jenis permainan yang boleh dikendalikan di sekolah untuk mengajar, mengamal dan menghargai nilai-nilai seperti kerjasama, semangat kumpulan atau pemikiran rasional. Contohnya seperti permainan ular dan tangga, teka-teki, teka silangkata, permainan simulasi dan kuiz. Permainan seringkali digunakan untuk mengukuhkan perkaraperkara yang telah diajarkan menerusi sesuatu pelajaran. Kaedah bermain adalah kaedah pembelajaran yang mendekatkan diri pelajar kepada pengalaman sebenar secara langsung, terutama apabila mengajar konsep atau kemahiran. Apabila digunakan secara berkesan boleh menambah respon murid dan kepekaan kepada perasaan orang lain, iaitu murid tidak akan dapat memahami atau mengaplikasikan prinsip yang dipelajari dengan berkesan dan bermakna kecuali diberi peluang menyaksikan sendiri situasi sebenar dan menilai hasil aplikasi mereka dalam situasi bermasalah. Murid berpeluang dan boleh mempertingkat kebolehan empati, menambah kepekaan proses interaksi dan memiliki kebolehan menganalisis situasi secara objektif. Kaedah bermain sambil belajar merupakan situasi yang dilakukan secara spontan dengan arahan dan bahannya diambil daripada kisah benar. Kaedah bercerita pula merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Dengan itu, teknik bercerita merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan untuk menyampaikan nilainilai moral kepada pelajar. Ia juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar.

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar pada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ianya harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

Pelajar-pelajar lazimnya mempunyai minat semula jadi untuk mendengar, membaca dan memahami cerita. Oleh itu, bercerita akan memotivasikan pelajar untuk belajar. Jenis cerita yang boleh diceritakan terdiri daripada cerita benar, iaitu cerita peristiwa dan cerita riwayat hidup dan cerita rekaaan yang terdiri daripada cerita jenaka dan cerita binatang. Sebagai contoh, jika objektif pengajaran guru pada hari tersebut adalah supaya murid dapat menyatakan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan terhadap ahli keluarga; guru boleh bercerita tentang kasih sayang seorang ibu yang dibalas oleh anak yang derhaka; contohnya kisah Si Tanggang yang masyhur. Malah, guru juga boleh mengubah jalan cerita untuk menjadikannya lebih menarik.

Garis panduan kaedah bercerita:

Antara kebaikan bercerita dalam keadah mengajar pendidikan moral adalah seperti murid-murid berasa seronok belajar, boleh mengambil bahagian secara aktif, gambar-gambar yang digunakan bersama cerita itu merangsangkan pelajar-pelajar, keadaan yang menarik dan seronok menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan kekal dan interaksi di antara guru-pelajar dan pelajar-pelajar dapat diwujudkan. Terdapat tiga fasa penting yang harus diberi perhatian oleh guru di mana ketiga-tiganya menuntut komitmen dan peranan yang tinggi daripada guru supaya kaedah bercerita dapat dilaksanakan secara efektif. I. Fasa pertama adalah fasa sebelum bercerita. Guru harus memastikan tempat yang akan beliau gunakan untuk menjalankan kaedah bercerita adalah bersesuaian. Keselesaan menjadi keutamaan. Adalah disarankan supaya murid-murid dapat duduk mengelilingi guru yang bercerita jika ruang yang digunakan kecil, guru tidak perlu melakukan banyak pergerakan dan bilangan murid adalah sedikit. Walau bagaimanapun, jika bilangan murid adalah ramai maka guru perlulah memberi perhatian terhadap aspek lain supaya suara beliau dapat terus didengari oleh semua murid. Pastikan juga tiada apa-apa yang menghalang murid daripada melihat guru yang bercerita. Guru perlu memastikan semua murid telah bersedia dan memberikan perhatian sebelum guru mula bercerita. Jika guru tidak mahu sebarang soalan atau gangguan ketika bercerita, guru haruslah memaklumkan semua perkara tersebut terlebih dahulu agar masa yang dirancang tidak terbuang begitu sahaja. Murid juga boleh diberi peluang berkongsi cerita, peristiwa dalam satu keadaan tidak formal sebagai permulaan kepada pengalaman bercerita yang lebih mendalam. II. Fasa kedua ialah semasa bercerita. Guru perlu bercerita menggunakan suara yang kuat dan jelas. Nada suara juga harus disesuaikan mengikut jalan cerita sama ada suara tinggirendah, perlahan -kuat atau kasar - nyaring. Ekspresi muka juga perlu dipelbagaikan agar perasaan yang ingin disampaikan oleh guru dalam sesebuah cerita dapat dirasai oleh murid-murid. Guru juga perlu membenarkan murid-muridnya untuk mencatat nota sebagai persediaan untuk perbincangan lanjut pada sesi pembelajaran seterusnya. Namun begitu, hal ini bukanlah alasan bagi murid untuk tidak memberi perhatian terhadap penceritaan guru. Guru boleh menyoal, meminta pandangan atau meminta murid menyambung cerita yang disampaikan oleh guru supaya mereka sentiasa berjaga-jaga dan terus memberi perhatian sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran

berlangsung. Pandangan mata atau eye contact haruslah sentiasa dititikberatkan oleh guru supaya komunikasi guru-murid akan menjadi lebih berkesan. III. Fasa terakhir ialah fasa selepas bercerita. Guru boleh meminta murid untuk membuat kesimpulan daripada cerita yang disampaikan guru. Nilai-nilai murni yang dipelajari beserta contohnya dalam kehidupan seharian juga boleh disoal kepada murid-murid untuk menguji sejauh mana kefahaman mereka terhadap penceritaan guru. Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting dalam kaedah bercerita. Bila seorang guru ingin menggunakan kaedah ini terdapat banyak aspek yang harus dititikberatkan untuk memastikan objektif pengajaran dapat dicapai, murid-murid dapat memahami isi pelajaran dalam suasana yang lebih menyeronokkan dan ia turut juga menguji kemampuan guru dalam melaksanakan kaedah ini.

a. Bincangkan objektif menggunakan keadah bermain dalam bilik darjah Pendidikan Moral. b. Nyatakan masalah yang mungkin akan dihadapi guru apabila menggunakan keadah bercerita dalam bilik darjah Pendidikan Moral

1.6 KAEDAH NYANYIAN DAN LAKONAN Kaedah nyanyian dan lakonan sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan utama adalah untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistic (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dan lain-lain) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaan kaedah nyanyian dan lakonan dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Lakonan dan nyanyian berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Ianya dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.

Manakala, kaedah nyanyian adalah satu aktviti yang amat digemari oleh murid. Selain daripada menghiburkan diri, seni kata lagu itu juga boleh diterapkan unsur-unsur nilai moral. Seni kata dan rentak lagu biarlah senang, menarik dan sesuai dengan pelajar. Nyanyian lagu boleh digunakan sebagai isi pelajaran, aktiviti motivasi di peringkat permulaan dan aktiviti pengukuhan di peringkat akhir pengajaran dan pembelajaran.

10

Berikut adalah cara untuk menggunakan teknik nyanyian untuk mengembangkan nilai moral di dalam kelas:

Lakonan merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid di mana murid-murid berpeluang untuk mengembangkan potensi dan bakat sedia ada. Bagi lakonan tanpa menggunakan skrip: Pelajar yang akan berlakon perlu memahami cerita dan nilai-nilai yang berkaitan. Pelajar secara sukarela bersetuju untuk melakonkan peranan yang berkaitan. Guru boleh memberi tunjuk ajar atau nasihat jika perlu. Pada akhir lakonan, satu perbincangan perlu diadakan tentang nilai-nilai yang terdapat dalam Cerita yang berkaitan dan nilai-nilai tersebut sepatutnya dikaitkan dengan gaya kehidupan dan manusia.

Manakala, bagi lakonan yang menggunakan skrip: Pelajar perlu memahami kandungan skrip. Pelakon boleh dipilih. Pelakon membaca dan melakonkan skrip yang berkaitan. Perbincangan tentang cerita dan nilai-nilai moral yang berkaitan perlu diadakan. Satu ringkasan perlu dihasilkan.

Terdapat banyak kandungan dalam Pendidikan Moral yang boleh menggunakan keadah lakonan adalah seperti keberanian, kerajinan dan keadilan.

11

1.7 KAEDAH PAMERAN Kaedah pameran ialah kaedah yang menggunakan proses mendengar dan melihat untuk memberi penjelasan tentang bahan yang dipamerkan. Kaedah pameran boleh digunakan oleh pelajar untuk mempamerkan beberapa penemuan atau pengetahuan kepada pelajar-pelajar lain. Untuk menambahkan keberkesanan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, keadah pameran boleh dijalankan dengan menggunakan proses mendengar dan melihat untuk memberi penjelasan mengenai beberapa prinsip yang terdapat pada bahan yang dipamerkan tersebut. Untuk melaksanakan kaedah ini, terdapat beberapa perkara yang harus diambil perhatian oleh guru bagi memastikan kelancaran pengajarannya: Perkara pertama ialah guru harus menentukan objektif pengajaran berdasarkan kemahiran dan kecekapan pelajar. Ini bermakna, objektif yang ditentukan guru boleh dicapai sesuai dengan kemampuan murid. Jika murid yang diajar mempunyai tahap kecekapan yang agak rendah, guru bolehlah meletakkan objektif untuk mengukuhkan lagi kecekapan yang sedia ada ataupun mempelbagaikan kemahiran yang mereka miliki. Perkara kedua ialah kepelbagaian jenis pameran perlu dipilih oleh guru untuk dilaksanakan oleh murid-murid. Kepelbagaian jenis pameran bermaksud pelbagai jenis bahan yang dipamerkan yang merangkumi bahan maujud, carta, bahan audio dan video serta permainan yang berkaitan dengannya. Guru berperanan sebagai fasilitator yang akan memantau perkembangan pameran ini. Malah, guru juga berperanan untuk membantu murid dengan bersama-sama menyediakan bahan, peralatan dan bekalan yang mempunyai kaitan dengan pameran. Langkah ini penting untuk menjimatkan sumber yang digunakan serta memastikan setiap bahan dan peralatan digunakan dengan betul dan berkesan. Setiap peralatan yang terlibat dengan pameran haruslah diselenggarakan terlebih dahulu supaya pameran dapat berlangsung dengan lancar. Selain itu, bantuan daripada guru juga penting untuk memperbetulkan kekurangan yang terdapat pada bahan pameran ketika proses pembikinnnya lagi. Seterusnya, guru perlu membuat perancangan yang lengkap terutamanya sekali mengenai pembahagian tugas dan menerangkan dengan jelas tentang peranan setiap murid dalam pameran. Apabila semua murid telah jelas dengan tugas masing-masing, kepincangan dalam proses membangunkan bahan pameran dapat dielakkan. Langkah ini juga penting untuk memastikan semua murid terlibat dan salah faham mengenai tugas dapat dielakkan.

12

Guru juga perlu mengenal pasti sejauh manakah penglibatan dirinya sendiri dalam kaedah pameran ini supaya murid tidak terlalu bergantung kepada guru kerana tugas-tugas telah diagihkan. Ini bermakna, setelah tugas dibahagikan kepada murid, guru akan bertindak sebagai fasilitator yang akan memantau dan memberi bimbingan ketika perlu sahaja. Ini membolehkan murid-murid lebih berdikari dan membuat tugasan dengan lebih cermat. Selain itu, guru juga perlu berbincang dari semasa ke semasa dengan para muridnya untuk memastikan kejayaan pameran yang dilaksanakan. Murid juga perlulah sentiasa berjumpa dengan guru untuk meminta pendapat tentang tugasan yang telah diberikan. Sememangnya, guru tidak terlibat secara langsung dalam kaedah pameran kerana murid lebih banyak memainkan peranan kerana penglibatan yang aktif dalam sesuatu kaedah pengajaran membolehkan murid lebih memahami apa-apa jua perkara yang diajari. Tambahan pula, murid akan lebih mudah mengingati ilmu jika ia dapat dihayati menggunakan pancaindera dan pengalaman mereka. Ringkasnya, guru memainkan peranan yang penting untuk memberi bimbingan kepada murid apabila kaedah pameran dipilih sebagai salah satu kaedah pengajaran moral. Ianya memberi peluang kepada murid untuk merasai sendiri pengalaman pembelajaran dengan melakukan sendiri aktiviti-aktiviti pembelajaran.

Bincangkan peranan guru dalam keadah pameran dalam bilik darjah Pendidikan Moral. Kaitan perbincangan ini dengan satu standard kandungan yang sesuai bagi keadah pameran.

1.8 KAEDAH LAWATAN DAN PROJEK

Kaedah lawatan adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh memberi kesempatan kepada murid-murid untuk memerhati dan menghasilkan suatu perasaan yang lain dari yang lain mengenai sesuatu perkara atau keadaan secara langsung di luar bilik darjah. Malah, ianya juga dapat menimbulkan kesedaran, keinsafan dan perasaan tanggungjawab murid. Nilai moral yang diterapkan adalah lebih berkesan melalui kaedah pengajaran ini. Lawatan sambil belajar boleh dilakukan ke tempat-tempat yang menarik di mana pelajar dapat memerhati, mempelajari dan mungkin mempraktikkan idea-idea yang berkaitan dengan nilainilai murni yang diajar dalam bilik darjah. Murid-murid boleh dibawa ke rumah orang tua, rumah anak yatim, perpustakaan dan taman rekreasi.

13

Kejayaan sesuatu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dengan menggunakan keadah lawatan bergantung kepada persediaan sebelum lawatan, semasa dan aktiviti susulan selepas lawatan. Kaedah lawatan dapat menyediakan pengalaman secara langsung kepada murid, malah merupakan variasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pembelajaran ini juga lebih berkesan kerana ianya menggunakan pelbagai deria seorang murid.

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil kira apabila seorang guru ingin menjalankan kaedah lawatan yang berkesan dan amat berguna untuk memastikan perkembangan moral seorang murid: Aktiviti Sebelum Lawatan Pilih satu tempat yang boleh membentuk pembelajaran nilai yang berkesan atau nilai-nilai yang akan diberi penekanan. Sediakan satu panduan berkaitan dengan perkara-perkara yang perlu diberi penekanan oleh murid. Terangkan kepada murid tentang perkara yang perlu mereka perhatikan serta format penulisan laporan. Format untuk laporan yang ditulis oleh murid perlu merangkumi tempat yang dilawati, tarikh dan waktu, tujuan lawatan, pemerhatian yang telah dibuat tentang aktivitiaktiviti, nilai-nilai yang telah dipelajari atau boleh dikongsi bersama semasa lawatan dan kebenaran ibu bapa. Memberi bimbingan dan mengawal pergerakan pelajar. Memberitahu murid tentang perkara yang relevan seperti kepekaan mereka terhadap keperluan orang lain terutama jika melawat ke rumah anak yatim dan rumah orang tua di mana disiplin dan tingkahlaku yang baik semasa lawatan perlu diutamakan. Guru hendaklah sentiasa mengawasi murid semasa lawatan. Murid mengumpulkan gambar dan bahan daripada lawatan itu dan pamerkannya di dalam bilik darjah. Murid diminta menulis satu laporan atau ringkasan tentang nilai-nilai yang telah dipelajari semasa lawatan ke tempat tersebut. Guru bersama murid-murid membuat rumusan mengenai apa yang dilihat dan nilai-nilai yang mereka perolehi. Guru juga boleh menerapkan nilai-nilai tambahan sekiranya perlu.

Aktiviti Semasa Lawatan

Aktiviti Semasa Lawatan

Keadah projek pula memberi peluang kepada pelajar untuk menyertai dan menghasilkan sesuatu mengikut minat dan kebolehannya. Keadah ini boleh dijalankan secara berkumpulan ataupun sebagai satu usaha secara individu. Malah, ianya boleh dilakukan samada di dalam atau di luar kelas. Keadah projek boleh melibatkan aktiviti-aktiviti seperti mencari bahan, mengumpul, menyusun dan mempamerkannya.

14

Keadah projek adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid merasai sendiri pengalaman pembelajaran iaitu secara handson dan minds-on. Kaedah projek juga dapat melibatkan diri murid dalam perancangan dan menghasilkan rancangan mereka di samping dapat menerapkan nilai kerjasama dan bertanggungjawab bersama-sama sekiranya keadah ini dijalankan secara berkumpulan.

Antara langkah-langkah yang harus diikuti oleh guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah projek ini adalah: Guru menerangkan mengenai nilai yang hendak diperkukuhkan. Guru menentukan jenis projek yang sesuai mengikut kebolehan murid dari segi fizikal dan mental. Guru menerangkan dengan terperinci bagaimana sesuatu projek itu dapat dijalankan. Guru dan murid menentukan kumpulan kerja. Pengawasan murid dilakukan oleh guru secara terbimbing semasa aktiviti berlangsung. Hasil murid dikumpulkan dan dipamerkan serta dinilai. Rumusan akhir dan refleksi diadakan di akhir aktiviti kaedah ini. Dalam bilik darjah Pendidikan Moral, antara kandungan yang boleh diajar dengan keadah ini adalah seperti meminta murid membersihkan bilik darjah secara beramai-ramai; mengumpul dan menampal gambar pemimpin dan raja-raja di Malaysia di dalam buku skrap. Secara ringkasnya, semasa menggunakan keadah ini dalam bilik darjah, seorang guru mestilah memberikan penekanan kepada nilai-nilai yang ingin ditonjolkan , menentukan projek, meneliti dan memberi penekanan serta pandangan dan bimbingan kepada murid apabila diperlukan dan hasil projek perlulah dipamerkan di mana ringkasan tentang nilai-nilai yang didapati dicatatkan dengan baik.

15

RINGKASAN: Guru haruslah pandai memilih kaedah yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar. Malah, kaedah mestilah secucuk dengan tujuan dan matlamat pelajaran, sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai, sesuai dengan tabiat (nature) pelajaran dan mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru. Kaedah main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Main peranan ialah aktiviti dalam pengajaran yang memberi peluang kepada murid untuk membayangkan diri sendiri atau orang lain dalam pelbagai situasi tertentu. Kaedah simulasi ini adalah juga suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar.Tujuannya ialah untuk menjalankan latihan demi untuk menyelesaikan masalah. Kaedah bermain adalah kaedah pembelajaran yang mendekatkan diri pelajar kepada pengalaman sebenar secara langsung, terutama apabila mengajar konsep atau kemahiran. Kaedah bercerita pula merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Kaedah nyanyian dan lakonan sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif. Kaedah pameran ialah kaedah yang menggunakan proses mendengar dan melihat untuk memberi penjelasan tentang bahan yang dipamerkan. Kaedah lawatan adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh memberi kesempatan kepada murid-murid untuk memerhati dan menghasilkan suatu perasaan yang lain dari yang lain mengenai sesuatu perkara atau keadaan secara langsung di luar bilik darjah. Keadah projek adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid merasai sendiri pengalaman pembelajaran iaitu secara hands-on dan minds-on.

16

RUJUKAN: Abdul Rahman Aroff. (1986). Pengenalan pendidikan moral. Petaling Jaya, Selangor: Fajar Bakti. Abdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan moral: Teori etika dan amalan moral. Serdang: University Putra Malaysia. Chang Lee Hoon. (2001). Penggunaan vignette dalam kajian penaakulan moral di kalangan pelajar tingkatan empat. Dalam Marohaini Yusoff (ed.). Penyelidikan kualitatif: pengalaman kerja lapangan kajian (m.s. 155 187). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Eow, B.H. (2000). Pendidikan moral: Siri pendidikan tinggi. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia. Gilligan, C. (1982). In a different voice: Psychological theory and womens development. Cambridge, MA: Harvard University Press. Koo, K.P. dan Tang, C.Y. (1990). Pendidikan moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Narvaez, D. (2001). Community voices and character education. Minnesota, Department of Children, Families & Learning and University of Minnesota. Noddings, N. (1984). Caring: a feminine approach to ethics and moral education. Berkeley: University of California Press. Nucci, L. P. (2001). Education in the moral domain. Cambridge: Cambridge University Press.

Anda mungkin juga menyukai