Anda di halaman 1dari 6

1

Unit Hal-Ehwal Murid


SK Larkin (Satu)
Johor Bahru

Inovasi Program
Buku Salah Laku 2012/2013

1. LATAR BELAKANG PROJEK :
Buku Peraturan Disiplin SK Larkin (Satu) telah menjelaskan beberapa peraturan yang
perlu dipatuhi oleh murid di sekolah. Semua murid tertakluk kepada undang-undang yang
ditetapkan oleh pihak sekolah. Biasanya kesalahan disiplin akan dirujuk kepada Guru
Penolong Kanan HEM untuk ditangani supaya masalah disiplin tersebut tidak berulang lagi.
Walau bagaimanapun dengan mengambil kira Melindungi Masa Instruksional (MMI), semua
kes disipilin jenis ringan boleh direkodkan dalam Buku Salah Laku Murid di dalam kelas.
2. MATLAMAT
Melalui program ini diharapkan agar pihak sekolah berupaya membentuk Sekolah SK
Larkin (Satu) Bebas Masalah Disiplin 2015 yang menjurus kepada keselamatan pelajar dan
pengurusan bilik darjah.
3. OBJEKTIF

i. Meningkatkan pengurusan disiplin dalam bilik darjah.
ii. Meningkatkan kelancaran perjalanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran tanpa
masalah disiplin di kelas.

Iii Menepati matlamat Melindungi Masa Instruksional (MMI) tanpa gangguan urusan
disiplin yang berpanjangan.

Iv. Mengenal pasti pelajar yang melanggar masalah disiplin.
v. Membuat tindak susulan pelajar yang melakukan masalah disiplin.
vi. Menghubungi penjaga jika masalah disiplin perlu penyelesaian dan bantuan pihak pihak
ketiga.

2

vii. Merujuk kepada Unit Bimbingan sekolah sekiranya pelajar perlu dirujuk bagi
memperbaiki pengurusan diri.

4. PELAKSANAAN

i. Mewujudkan Buku Rekod Salah Laku pada setiap kelas.

ii. Senarai nama murid dan nombor telefon ibu bapa dilampirkan dalam Buku Rekod
Salah Laku Bilik Darjah.

iii. Ketua Darjah akan mengambil buku Rekod Salah Laku di pejabat pada masa pertama
dan memulangkannya pada waktu akhir ke pejabat.

iv. Guru yang mengajar pada setiap pengajaran dan pembelajaran akan merekod Salah
Laku murid yang melakukan salah laku di kelas.

v. GPK Hem akan menyemak selepas waktu pengajaran setiap minggu supaya
pelaksanaannya penggunaaan Buku Rekod Salah laku berkesan dan berjalan lancar.

A. TARIKH DAN TEMPAT

i Tarikh program dilancarkan pada Mac 2011
ii Tempat di kelas pada waktu pengajaran dan pembelajaran di kelas atau di bilik khas.
B. ANGGARAN KOS
218 orang murid x 0.05 sen = RM 10.90
C. SUMBER KEWANGAN
Sumber dari kewangan sekolah
D. PUNCA MASALAH

Pihak sekolah mendapati terdapat beberapa masalah sebelum Buku Rekod Salah Laku
murid diwujudkan seperti :

i. Guru tidak rekod kes salah laku murid menyebabkan kes pelajar yang melakukan salah
laku berulang.
ii. Pihak pentadbir tidak mengetahui kes salah laku yang telah berlaku dalam bilik darjah jika
guru terlupa memaklumkan kepada pihak pentadbir jika ada aduan daripada ibu bapa /
penjaga


3

E. CADANGAN PENYELESAIAN INOVATIF DAN KREATIF

1. Tanda Aras

Terdapat suatu rekod tentang data dan maklumat murid yang berada dalam bilik darjah
atau bilik khas yang melakukan kes salah laku.


2 Pencapaian Inovasi

Program Buku Salah Laku dalam bilik darjah dan bilik khas sebagai bahan penyokong kepada
kekurangan yang terdapat dalam Rekod Aduan Disiplin HEM. Buku rekod ini juga sebagai
bahan bukti kepada kes salah laku murid dalam bilik darjah dalam satu masa sesi
pengajaran dan pembelajaran.

3. Penciptaan Nilai

3.1 Dapat memudahkan pihak pentadbir dan guru tentang rujukan kes disiplin di kelas.

3.2 Berperanan sebagai kawalan disipin murid tentang kewajipan merekod kes disiplin
dalam kelas atau bilik khas.

3.3 Dapat mengambil tindak susulan terhadap pelajar yang sering melakukan kes salah laku.


4. Anugerah, Penghargaan dan Pengiktirafan

Sebagai dokumen penting dalam menangani kes disiplin di dalam kelas atau bilik khas.

F. Refleksi

1 Kekuatan Program

1.1 Pihak mengenal pasti pelajar yang melakukan kes salah laku dalam kelas.

1.2 Memudahkan pihak pentadbir mengesan murid yang kerap melakukan kes salah laku.

1.3 Dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa dan kondusif tanpa gangguan
disiplin.



2 Kelemahan Program

2.1 Ada segelintir guru yang mungkin mengabaikan akan keperluan data tentang salah laku
murid mereka dalam kelas atau bilik khas.

4

2.2 Guru mengambil masa kurang seminit minit untuk melengkapkan borang yang
terkandung dalam Buku Salah Laku Murid.

2.3 Buku Salah Laku Murid perlu dibawa oleh ketua darjah sama ada di kelas atau di bilik
khas ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung.


3 Penambahbaikan Program

3.1 . Tidak susulan yang progresif perlu dilaksanakan supaya guru dapat mencatat kes salah
laku murid di dalam kelas.

3.2 Jenis-jenis salah laku dilampirkan supaya guru dalam mengenal pasti kes salah laku
yang ringan, sederhana dan berat.

4 Gambar Projek































5
















































6

Anda mungkin juga menyukai