Anda di halaman 1dari 12

Amalan Terbaik Melindungi Masa

Instruksional
___________________________________________________________________________
MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL
MODUL TERANCANG MURID CEMERLANG

OLEH:
PN.AINON MARDZIAH BT.HARUN
PN.NORUSAADAH BT.SAHRONI

ABSTRAK

Masa instruksional bermaksud masa untuk pembelajaran murid belajar secara berkesan yang dirancang dan
dicapai oleh sekolah. Masa instruksional yang dimanfaatkan secara optimum membawa erti sekolah memastikan
kelas berlangsung sama ada dengan kehadiran guru atau tanpa kehadiran guru serta memastikan murid belajar.
Melindungi masa instruksional perlu dirancang supaya PdP berlangsung di sekolah dan murid
dapat belajar secara berkesan sepenuhnya. Suatu usaha perlu dilaksanakan oleh pemimpin sekolah dan guru
dalam merancang , mengurus dan melaksanakan PdP di sekolah untuk mencapai matlamat keberhasilan
pembelajaran murid. Tempoh masa instruksional tidak dapat dicapai sepenuhnya kerana berlakunya gangguan
yang disebabkan oleh faktor pengurusan sekolah dan faktor instruksional guru. Peningkatan kualiti instruksional
dalam kalangan guru merupakan sasaran utama dengan meningkatkan keberadaan guru di sekolah dan bagi
guru-guru yang tiada di sekolah boleh meninggalkan bahan modul bagi menseimbangkan kualiti instruksional
guru dan murid. Modul yang terancang dan penyediaan jadual guru ganti yang mantap adalah bertujuan
untuk memenuhi pengisian waktu guru ganti yang lebih berkesan , membantu mengurangkan bebanan kerja
guru yang bertugas di luar , memudahkan pemantauan pihak pentadbir dan seterusnya PdP di dalam kelas
tersebut dapat dilaksanakan seperti yang termaktup dalam Akta Pendidikan 1996 demi membangunkan modal
insan yang kritis, kreatif dan inovatif.

Amalan Terbaik Melindungi Masa


Instruksional
PENDAHULUAN
MMI merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional bagi
memastikan tempoh masa untuk pembelajaran secara berkesan berlaku tanpa halangan.
Selain itu juga MMI merupakan satu komponen utama dalam menjayakan pembelajaran
secara berkesan di sekolah.Justeru,pelaksanaan berkesan dan optimum memang menjadi satu
tugasan yang mencabar.Keberhasilan pembelajaran murid di dalam bilik darjah merupakan
fokus utama dalam semua program dan rancangan yang dirangka di sekolah.Oleh itu
kesedaran semua pihak perlu bagi memahami situasi yang berlaku. PdP tidak dapat
dijalankan atas halangan yang pelbagai terutamanya bagi guru-guru yang tiada di
sekolah.Usaha ini perlu pengorbanan guru-guru terutama di peringkat penyediaan bahan
modul yang terancang bagi melahirkan pelajar cemerlang.

LATAR BELAKANG KAJIAN/PENYATAAN ISU/CADANGAN


Profesion keguruan adalah antara profesion utama dalam pembangunan manusia,
masyarakat dan negara.Dalam hal ini, tidak disangkal lagi profesion ini merupakan satusatunya profesion yang penting dalam proses penyampaian ilmu pengetahuan kepada
individu dan juga masyarakat. Bagi merealisasikan Misi Nasional ke arah Negara maju,
pelbagai usaha dilaksanakan dan perubahan demi perubahan drastik telah memberikan
tamparan hebat kepada para pendidik di seluruh Negara. Sikap amanah seorang guru terhadap
muridnya telah terhakis dengan kelalaian guru dalam mengejar arus perubahan. Nilai-nilai
kemanusiaan seorang guru iaitu kepimpinan dan amanah bekerja terhadap profesion mula
berubah.
Guru-guru meninggalkan bilik darjah atas urusan seperti:
a)
b)
c)
d)

Menghadiri mesyuarat/taklimat/bengkel
Berkursus
Menghadiri majlis rasmi
Mengiringi murid dalam pertandingan koakademik, sukan dan permainan serta lainlian.
e) Cuti sakit/cuti kecemasan,cuti bersalin, cuti belajar dan cuti rehat khas
Selain itu bidang tugas guru sudah semakin luas sehingga tugas
utamanya(core duty) iaitu menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya tidak dapat
dijalankan dengan baik dan berkesan.Namun ia boleh diatasi dengan penyediaan
modul yang terancang dan berkesan untuk ditinggalkan kepada pelajar semasa
ketiadaannya di sekolah.

Amalan Terbaik Melindungi Masa


Instruksional
MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)
KEMBALI KEPADA YANG ASAS
PEMIMPIN INSTRUKSIONAL, GURU MENGAJAR DAN MURID BELAJAR
MODUL TERANCANG PELAJAR CEMERLANG

OBJEKTIF

a) Memantapkan perlaksanaan sistem guru ganti yang sememangnya berjalan lancar di


peringkat penyediaan dan pengedaran jadual tetapi kurang berkesan diperingkat
perlaksanaan oleh guru-guru yang menerima tugas penggantian tersebut.
b) Memastikan masa dimanafaatkan dengan aktiviti pembelajaran yang berfaedah serta mampu
menyumbang kearah perkembangan minda dan potensi murid walaupun tanpa kehadiran guru
matapelajaran.
c) Memastikan guru yang tidak hadir ke sekolah kerana sesuatu tugas rasmi atau sebab-sebab
lain tetap bertanggung jawab merancang dan menyediakan modul bagi matapelajaran dan
kelas yang ditinggalkanya.
d) Membolehkan guru ganti melaksanakan Pdp setelah masuk ke kelas yang digantinya kerana
modul telah tersedia.
e) Membantu murid mendapat sesuatu input atau faedah walaupun guru matapelajaran tidak ada
di sekolah.
f) Membantu mengurangkan masalah disiplin di sekolah walaupun guru matapelajaran tidak
hadir.

KAEDAH PELAKSANAAN AMALAN TERBAIK


3

Amalan Terbaik Melindungi Masa


Instruksional
Terdapat 3 fasa pelaksanaan program dicadangkan untuk melancarkan program iaitu pra,
semasa dan pasca / selepas
Fasa 1: Pra Perlaksanaan
Peringkat Praperlaksanaan melibatkan pihak pentadbir, jawatankuasa MMI, Ketua panitia dan
semua guru.
a) Pihak pentadbir perlu :
i.Mewujudkan Jawatankuasa MMI sebagai strategi untuk menjelaskan kepentingan
mengisi masa instruksional kepada semua warga SMK Seksyen 24(2),Shah Alam.
Mereka juga bertindak selaku penyusun modul dan bahan PdP.Tanggungjawab utama
organisasi ialah menyusun program MMI selari dengan matlamat pihak sekolah untuk
memanfaatkan masa PdP sepenuhnya dalam bilik darjah ketika ketiadaan guru.
ii.Peka tentang ketidakhadiran guru sama ada yang menghadiri tugas rasmi atau keskes kecemasan dan yang cuti bersalin dan cuti sakit.
iii.Menyediakan jadual waktu guru ganti sehari sebelum bagi guru yang diketahui
akan meninggalkan sekolah.

b) Guru perlu:
i.Memaklumkan kepada guru jadual relief ketidakhadiran pada sehari sebelum
atau pada awal pagi hari seawal mungkin bagi kes-kes kecemasan.
ii. memaklumkan dan memohon kebenaran daripada pihak pentadbir sekolah bagi
cuti tanpa rekod, cuti sambilan dan cuti bersalin.
c) Guru tidak hadir perlu :
i.Mengisi buku rekod peninggalan bahan/modul yang disediakan di Bilik
Penolong Kanan.
ii.Mengisi borang memberi kerja /tugasan kepada pelajar yang terdapat tiga
salinan iaitu salinan Pengetua ( ada pada SU MMI), salinan guru relief
( disediakan kotak )dan salinan pelajar( dalam fail yang diletakkan dalam rak di
bilik Guru )
ii.Bahan/ modul yang disediakan hendaklah diletakkan dalam rak yang telah
disediakan di Bilik Guru

d)Ketua Panitia:
4

Amalan Terbaik Melindungi Masa


Instruksional
i.Meminta kepada ahli panitia untuk menyediakan bahan/modul mengikut
tingkatan dan topik serta dimaklumkan dalam Mesyuarat Panitia. Bahan modul
boleh terdiri daripada:
a) Set latihan topikal
b) Set soalan peperiksaan yang diambil dari bank soalan
c) Set latihan umum berbentuk kuiz, teka silangkata, Soalan-soalan, teka-teki.
ii.Bahan modul ini boleh diletakkan di rak yang disediakan di bilik guru.
iii. Sekiranya guru cuti kecemasan guru relief boleh mengambil bahan di rak yang
disediakan di Bilik guru.

2. Fasa 2:Semasa.
Melibatkan pentadbir atau pengurusan Guru Ganti dan Ketua Kelas
a) Pentadbir/Pengurusan Jadual Guru Ganti kehadiran
i.

Menyemak rekod dan rekod guru menjalan tugas tugas luar,


seterusnya menyediakan dan menampal jadual di papan kenyataan.

ii.

Jadual guru ganti ditampal di papan kenyataan.

b) Guru ganti
i.

Selepas guru ganti mendapat maklum menggantikan kelas berdasarkan


jadual guru ganti yang ditampal di papan kenyataan untuk menggantikan
kelas, mereka perlu mengenalpasti guru yang diganti dan mata pelajaran
yang diajar seterusnya menandatangani jadual guru ganti serta
mendapatkan borang beri kerja yang disediakan oleh guru yang keluar
dalam kotak di bilik guru.

ii.

Guru ganti mengambil modul yang ditinggalkan di rak yang disediakan.

iii.

Guru ganti perlu menandatangani buku log pengambilan bahan/modul

iv. Masuk ke dalam kelas dan jalankan PdP berdasarkan modul yang
disediakan.Aktiviti semasa PdP adalah bergantung kepada kesesuaian yang
disediakan.Aktiviti semasa PdP adalah bergantung kepada kesesuaian bahan
yang disediakan.
v. Selepas tamat, guru ganti menandatangani buku log guru ganti dan bahan
hendaklah dikumpul untuk diserahkan kepada guru mata pelajaran.
5

Amalan Terbaik Melindungi Masa


Instruksional
c) Ketua Kelas
i.Sekiranya guru ganti tidak masuk ke kelas selepas 5 minit masa berlalu,Ketua Kelas
perlu melihat senarai guru ganti di papan kenyataan, seterusnya mencari guru
berkenaan dan melihat borang beri kerja yang ditingggalkan oleh guru yang tidak
hadir dalam fail khas yang disediakan di bilik Guru.
ii. Memastikan guru relief menandatangani buku kawalan kelas sebelum
meninggalkan bilik darjah.

3. Fasa 3:Pasca pelaksanaan


i.Bahan modul / kerja yang telah digunakan hendaklah diserahkan / diletakkan dalam
rak yang telah disediakan dan menulis buku log penyerahan modul.
ii. Guru mata pelajaran hendaklah melihat, meneliti atau memeriksa bahan atau skrip
jawapan murid yang diterimanya dan membincangkan semula di dalam kelas .

CARTA ALIR KERJA 1


Guru mata pelajaran tidak hadir disebabkan sesuatu urusan yang tarikhnya diketahui lebih
awal dan persediaan sempat dibuat
6

Amalan Terbaik Melindungi Masa


Instruksional
MULA

GURU SUBJEK MENGETAHUI


TARIKH PERGERAKAN

GURU SUBJEK MERANCANG DAN MENYEDIAKAN


BAHAN/MODUL PdP

BAHAN DILETAKKAN DI RAK MODUL

GURU SUBJEK MENANDATANGANI BUKU LOG SERAHAN MODUL

GURU GANTI MENANDATANGANI BUKU LOG PENGAMBILAN BAHAN

GURU GANTI MENYERAHKAN BAHAN KEPADA GURU SUBJEK

TAMAT

CARTA ALIR KERJA 2


Guru subjek tidak hadir disebabkan kes-kes kecemasan dan perancangan tidak
MULA
7

Amalan Terbaik Melindungi Masa


Instruksional

GURU SUBJEK MEMAKLUMKAN KEPADA JAWATANKUASA GURU GANTI

JAWATANKUASA GURU GANTI MENGENALPASTI GURU GANTI

GURU GANTI MENANDATANGANI BUKU LOG PENGAMBILAN BAHAN /MODUL

GURU GANTI MENGAMBIL BAHAN DARIPADA RAK MODUL YANG TELAH


DISEDIAKAN

GURU GANTI MENYERAHKAN SEMULA BAHAN / MODUL DI RAK YANG TELAH


DISEDIAKAN

PEMANTAUAN

Pemantauan bagi pelaksaan Modul Terancang ini perlu dilakukan oleh Pengetua/Guru
Besar,PK,GKMP dan Ketua Panitia Mata Pelajaran.Pemantauan ini perlu dilakukan bagi
semua fasa pelaksanaa iaitu pra, semasa dan pasca pelaksanaan.Selain itu buku log hendaklah
dianalisis untuk tujuan penyelenggaraan bahan relief iaitu modul terancang.

IMPLIKASI / IMPAK PELAKSANAAN


1. Pelaksanaan Modul Terancang pelajar Cemerlang dapat memantapkan pengamalan

pengisisn PdP guru ganti.Sepanjang pelaksanaan Modul Terancang pada tahun 2013
terdapat peningkatan dalam pencapaian peperiksaan PMR dan SPM.
8

Amalan Terbaik Melindungi Masa


Instruksional
a.PENINGKATAN GPS PMR 2013(Rujuk lampiran )
TAHUN

PENCAPAIAN GPS

2012

3.47

2013

2.39

b.PENINGKATAN GPS SPM 2013( Rujuk lampiran)


TAHUN

PENCAPAIAN GPS

2012

5.07

2013

4.75

c.PENINGKATAN PERATUS LULUS LONJAKAN SAUJANA DALAM


BEBERAPA MATA PELAJARAN DALAM SPM 2013( Rujuk lampiran )
MATA PELAJARAN

% LULUS 2012

% LULUS 2013

SEJARAH

79.17%

88%

TASAWWUR ISLAM

85.29

94.23%

MATEMATIK

80.93

88.%

BAHASA INGGERIS

85.98

92.53%

P.MORAL

76.32

86.21

Setelah program ini dilaksanakan mulai tahun 2013 tercipta peningkatan pencapaian
dalam GPS PMR dan SPM tahun 2013.Semangat komited daripada semua guru telah
memberikan impak yang tinggi dalam pencapaian akademik SMK Seksyen 24(2) juga telah
dianugerahkan sijil penghargaan pencapaian GPS PMR dan SPM 2013 dibawah GPS
Negeri.Terdapat 5 mata pelajaran mencapai lonjakan saujana dalam SPM iaitu peningkatan
melebihi 5 peratus daripada pencapaian tahun 2012.
2.Sekolah dapat mewujudkan pasukan guru yang amanah dan bertanggungjawab untuk
menjaga kepentingan murid ketika ketiadaannya di sekolah.
3. Murid sentiasa bersedia untuk belajar tanpa mengira masa, tempat dan siapa guru yang
mengajar pada setiap waktu.Istilah tiada guru, tiada pembelajaran dapat dilenyapkan dalam

Amalan Terbaik Melindungi Masa


Instruksional
minda murid. Denga pelaksanaan program ini ponteng kelas atau murid berkeliaran di luar
bilik darjah dapat dikurangkan.

CADANGAN UNTUK AMALAN TERBAIK


Antara cadangan amalan Penyediaan Modul Terancang untuk MMI di peringkat sekolah
adalah seperti berikut:
1. Kementerian pelajaran Malaysia perlu peka dengan keperluan Guru Ganti di
Sekolah.Bagi mengisi masa instruksional yang terjejas kerana guru bercuti, bekalan
guru ganti tidak boleh terputus malah perlu berterusan berdasarkan permohonan
Pengetua. Walaupun kehadiran guru ganti tidak mungkin dapat mencapai matlamat
atau objektif PdP secara seratus peratus, tetapi sedikit sebanyak masa instruksional
murid akan terisi di samping masalah disiplin murid dapat dikawal.Penyediaan bahan
atau modul untuk kegunaan guru ganti membolehkankannya mengisi masa
instruksional murid dengan berkesan.
2. Penyediaan Modul dan Bahan Berkualiti untuk guru ganti yang dirancang oleh
pihak sekolah perlu berkualiti dan sesuai digunakan di kelas ganti.Sikap acuh tidak
acuh dan sambil lewa dalam menyediakan bahan atau modul guru ganti tidak akan
memberikan impak yang positif kepada pembelajaran murid.
3. Menyediakan Jawatankuasa Melindungi Masa Instruksional(MMI)di
sekolah.Jawatankuasa ini sangat relevan dengan hasrat untuk memperkasakan
tanggungjawab guru dan meningkatkan penghasilan pembelajaran
murid.Keberkesanan fungsi jawatnkuasa ini perlu dinilai secara berterusan dan
diperkemas lagi setiap tahun.Ahli jawatankuasa ini yang terdiri daripada pentadbir
sekolah, Guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua Panitia perlu memahami dengan
mendalam hasrat Kementerian pelajaran Malaysia untuk mencapai kualiti pendidikan
murid secara holistic dan bersepadu dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek.

4. Peranan Kaunselor.Kaunselor juga mempunyai masa instruksional yang perlu


dilaksanakan mengikut perancangan tahunannya.Dalam hal ini kaunselor boleh diberi
kelas ganti untuk kelas-kelas yang berbeza setiap hari supaya bidang perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling yang merangkumi bidang akademik, kerjaya, keibubapaan
dan pemulihan akhlak.Pihak Kaunselor perlu menyediakan modul khas yang
terancang untuk penggantian kelas ganti.

5. Kelas tambahan.Pengetua seharusnya mempunyai data bagi guru yang akan


bersalin atau cuti menunaikan fardhu haji.Guru ini perlu merancang modul khas
sebagai pengisian dalam kelas tambahan yang diadakan bagi menyelesaikan tajuk10

Amalan Terbaik Melindungi Masa


Instruksional
tajuk mengikut Rancangan Pengajaran Tahunan yang ditetapkan.Kelas tambahan yang
diadakan selepas masa persekolahan, cuti persekolahan atau masa-masa lain yang
sesuai tetapi tidak mengganggu masa PdP rasmi.

KESIMPULAN
Sebagai rumusannya dapat disimpulkan bahawa program Modul Terancang Murid
Cemerlang adalah satu usaha melindungi masa instruksional di sekolah perlu diberi
perhatian yang sewajarnya terutama semasa guru tidak hadir ke sekolah.Usaha ini
diharap dapat meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid seterusnya
merealisasikan visi dan misi sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kejayaan
yang diharapkan ini memerlukan komitmen dan kolaborasi semua pihak di
sekolah.Hal ini bermula dengan peranan Pengetua selaku peneraju utama sekolah,
perlu memahami dan mendalami tugasnya sebagai pemimpin instruksional dan
mempraktikkannya.Pentadbir yang lain, guru-guru dan semua warga sekolah
sewajarnya menyokong dan memantau keberkesanan program MMI dengan rapi dan
berkesan.Guru perlu diberi motivasi secara berterusan bagi memahami tugas dan
tanggungjawab mereka sebagai pendidik.Manakala murid perlu diberi suntikan yang
tinggi untuk menyedarkan mereka tentang kepentingan masa depan.

Rujukan
Buku Melindungi Masa Instruksional Kementerian Pelajaran Malaysia
Analisis Peperiksaan PMR dan SPM 2013

11

Amalan Terbaik Melindungi Masa


Instruksional

12

Anda mungkin juga menyukai