Anda di halaman 1dari 16

TERAPI SENI VISUAL

DEFINISI TERAPI SENI VISUAL


Terapi seni ialah profesion perkhidmatan kemanusian yang mempergunakan media seni, imej, proses kreativiti seni & tindak balas klien/pesakit utk menghasilkan produk sbg mencerminkan perkembangan individu, kebolehan, personaliti, minat, kerisauan & pertelingkahan. Terapi seni bermaksud bantuan rawatan tanpa ubatan & pembedahan dlm menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual.

Seni visual pula sebagai instrumen yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan dan kekalutan emosi dan tekanan bertindan bukan sahaja dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran tetapi kehidupan seharian. Terapi seni sebenarnya satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku. Ia juga merupakan proses seni yang membantu membaiki fizikal, mental dan emosi pesakit. (Ini berdasarkan kepercayaan proses kreatif membabitkan luahan artistik individu membantu mereka menyelesaikan konflik dan masalah, membangunkan kemahiran dalaman, menguruskan tingkah laku, mengurangkan tekanan, meningkatkan jati diri)

Luahan seni pesakit sama ada melalui lakaran, lukisan atau binaan (sculptures) membantu minda mereka memberi tumpuan pada hasil seni. Proses teraputik ini perlahan-lahan membantu mereka mengawal kecelaruan dalam minda. Melalui luahan artistik dan prosedur diagnostik lain pula, doktor berupaya membuat penilaian rawatan yang lebih tepat pada pesakit.

MATLAMAT TERAPI SENI


Melalui ekspresi seni, mrd dpt memahami cara utk mendedahkan keperluan dalaman & konflik jiwa. Menurut Frostig & Essix ( 1998 ) The responsible of an Art or Expressive Therapist within a school setting is to help student express and contain their internal conflicts, while facililitating their ability to implement change.

OBJEKTIF TERAPI SENI


Melalui p-p, persembahan media yang terpilih, bacaan & kajian individu, mrd dpt mengenali & membiasakan diri dgn isi kandungan, gaya & simbol imej yg kerap kali dilihat dlm karya. Dgn ini, mrd dpt membuka jalan di alam bawah sedar & pintu kepada perubahan positif terhadap orang yg memerlukan pertolongan.

Menurut Eve C. Jarboe, Terapi Seni di sekolah secara amnya adalah untuk pelajar khas yang mempunyai permasalahan dalam pembelajaran, tingkahlaku, gangguan emosi atau kecacatan fizikal termasuk pada mata kasar atau halus.

Terapi Seni dapat mendidik aspek berikut: Kesedaran diri Kemahiran pertahanan diri yang sihat Kebebasan Memperbaiki komunikasi Penyembuhan jiwa Perkembangan kognitif Memperbaiki kawalan gerak hati Memperbaiki kepuasan diri

FUNGSI TERAPI SENI DALAM PEMANTAPAN EMOSI


Terapi seni yang sistematik dapat mengesan tingkah laku dan hasil kerja mrd yg mempunyai masalah psikologi emosi melalui hasil kerja. Hasil kerja seorang pelajar akan dinilai secara tersurat & tersirat. Seseorang insan belum tentu mampu melahirkan permasalahannya scra lisan, ttpi ia mudah utk melakarkannya pd sekeping kertas krn fitrah manusia sememangnya pandai menyimpan rahsia, terutama yg mengganggu &menakutkannya.

Kaum kulit hitam di Amerika Syarikat cthnya mempunyai kecenderongan melukis & menulis di dinding2 yg dipanggil grafitti . Ini adlh krnemosi insan yg tertindas ini tidak stabil. Hanya dgn cara ini shja mereka dpt meluahkan perasaan sambil menyampaikan mesej, dimana ianya dpt menenangkan pemberontakan dlm diri. Secara positifnya, terapi seni akn dpt membentuk insan insan spt di atas mengawal karya & diri sendiri scra sedar & bertanggung jawab. Atas kepentingan inilah terapi seni perlu menjadi 1 cabang disiplin dalam kurikulum Pendidikan Seni Visual.

KEBERKESANAN TERAPI SEBAGAI PEMANGKIN EMOSI DAN SAHSIAH PELAJAR


Teori mengenai mengapa kanak kanak suka bermain adalah sama seperti mengapa mereka melukis, di mana mereka berharap menjadi dewasa & dapat mengawal keadaan sekeliling.Di dalam keadaan ini, melukis memberi kanak kanak keupayaan untuk menguasai penuh terhadap media, objek-objek & situasi yg mewakili mereka di dlm gambar. ( Silk & Thomas , 1990). ( Eve C .Jarboe, 2002 )

Kebanyakan orang dari pelbagai peringkat umur mempunyai kebolehan untuk meluahkan perasaan mereka melalui permainan & seni. Mereka juga mempunyai kebolehan untuk keluar dari aktiviti ini , untuk mencerminkan diri mereka & utk mencipta idea baru yg menuju kepada kebaikan ( Dyer Friedman & Sanders , 1997; Rubin 1978). ( Eve C .Jarboe, 2002 )

Art products produced by a student during treatment can be used in much the same manner as transitional objects. The child learns to trust another person who is not the primary caregiver , can use the art process as a means of selfsoothing , and can form an attachment in the context of the therapeutic relationship . ( Robins, 1987 ). ( Eve C .Jarboe, 2002 )

Contoh aktiviti
Membuat conteng pada kertas Menulis di awan / pasir Mencatan Melukis Mewarna Membuat kolaj Menganyam tikar

Contoh hasil lukisan kanak-kanak


Lukisan ini dihasilkan seorang kanak-kanak Palestin

Hasil lukisan seorang kanak-kanak Iraq

Hasil lukisan kanak-kanak Amerika Syarikat

Hasil lukisan kanak-kanak Malaysia

Anda mungkin juga menyukai