Anda di halaman 1dari 6

TEMA: PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA PERKUKUH JATI DIRI BELIA

TAJUK: MANFAAT PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA KEPADA BELIA


NEGARA KITA.

Mulai Febuari 2004 satu program yang melibatkan remaja telah dilancarkan oleh
kerajaan Malaysia iaitu Program Latihan Khidmat Negara(PLKN). Program ini telah
dirangka bagi menyediakan satu program khusus untuk membangunkan sahsiah dan
fizikal golongan belia di negara kita. Terdapat 4 modul yang telah dimasukkan dalam
PLKN ini iaitu Modul Fizikal, Modul Kenegaraan, Modul Pembinaan Karektor dan Modul
Khidmat Komuniti. Golongan belia ialah kelompok manusia yang berumur 18 tahun
hingga 40 tahun. Golongan ini merupakan aset kepada negara, iaitu akal pemimpin dan
peneraju negara pada masa hadapan. Jatuh dan bangunnya sesebuah negara banyak
bergantung kepada golongan belia yang ada di sesebuah negara. Ini sesuai dengan
pendapat tokoh yang menyatakan jika anda hendak melihat maju atau mundur
sesebuah negara maka lihatlah golongan belianya. Jika golongan belianya maju dan
kuat, maka negara itu akan maju dan kuat, sekiranya golongan belia di sesebuah
negara itu mundur dan diselimuti pelbagai masalah maka negara itu akan mundur dan
bermasalah.

Jika di dalam sesebuah keluarga, ibu bapa mempunyai peranan yang besar
untuk mendidik dan mengasuh anak-anak agar menjadi insan yang berguna kepada
keluarga. Ibu bapa berperanan untuk memberikan pendidikan yang baik dan sempurna
agar anak yang lahir dari keluarga itu menjadi orang yang berguna. Dalam konteks
negara, kerajaan berperanan besar bagi memastikan golongan belia di negara ini
menjadi modal insan dan aset yang bernilai untuk negara pada masa akan datang.
Penglibatan belia dalan PLKN ini akan menghasilkan belia yang mempunyai ketahanan
mental dan fizikal. Ketahanan mental dan fizikal merupakan ciri-ciri yang perlu ada
dalam setiap individu belia di negara ini. Belia yang mempunyai ketahanan mental akan
tahan dengan segala ujian dan rintangan yang mendatang. Pada zaman teknologi ini,

1
zaman yang penuh pancaroba dan rintangan ketahanan mental dapat menjadi senjata
utama bagi mempertahankan maruah dan jati diri. Tidak ada senjata moden yang dapat
mengatasi kemelut minda yang dihadapi oleh golongan belia yang ada di negara kita,
melainkan mempunyai mental yang kuat dan sihat.

Belia yang terlibat dalam PLKN ini ,akan diuji ketahanan mental dengan pelbagai
aktiviti yang mencabar minda, mereka telah diberikan pelbagai situasi yang mencabar
bagi mengetahui dan menguji sejauh mana ketahanan mental belia di negara kita.
Dalam cabaran dunia yang sebenar ketahanan mental merupakan factor utama bagi
melahirkan masyarakat yang sejahtera. Masyarakat yang sejahtera dapat wujud
sekiranya kesihatan mental terjaga. Kesihatan mental yang baik membolehkan
seseorang membuat pertimbangan yang wajar dan rasional. Mental yang sihat
menjadikan belia di negara ini mempunyai perasaan yang tenang dalam apa jua situasi.
Ketenangan mental dapat mengawal emosi yang stabil. Emosi yang stabil bermakna
emosi yang sihat, tidak meracau dan berserabut. Emosi yang serabut akan membawa
kepada krisis dalaman yang akhirnya akan memudaratkan kehidupan belia di negara
ini.

Selain ketahanan mental, ketahanan fizikal juga dapat dibentuk dalam program
PLKN ini, fizikal yang kuat juga penting bagi menghadapi pelbagai situasi yang
mencabar dalam kehidupan. Hidup di dunia ini penuh dengan cabaran dan dugaan.
Cabaran dan ujian yang datang kadang kala tidak dapat di atasi dan diharungi dengan
kekuatan mental atau minda sahaja, tetapi perlu juga kepada ketahanan fizikal. Aktiviti
fizikal yang dirancang dalam PLKN ini akan menyediakan belia kita yang mempunyai
badan yang sihat dan fizikal yang cergas. Ketahanan fizikal diperlukan bagi seseorang
belia apabila ingin menceburi bidang tertentu, misalnya dalam bidang ketenteraan dan
keselamatan. Kedua-dua bidang ini amat menuntut kepada kecergasan fizikal. Belia
yang mempunyai ketahanan fizikal yang kuat mampu untuk menggalas tanggungjawab
yang diamanahkan dengan lebih berkesan. Banyak program yang dijalankan dalam
PLKN menguji ketahanan fizikal peserta antaranya berkhemah, kawad dan aktiviti
mengharungi cabaran.

2
Program PLKN juga telah menjadi wadah untuk mengangkat tinggi martabat dan
harga diri serta pegangan hidup belia negara kita. Negara kini diancam dengan
pelbagai gejala sosial. Gejala ini jika dibiarkan hidup subur dalam masyarakat, maka ia
akan menjadi satu virus yang boleh menghancur lebur bangsa dan negara suatu hari
kelak. Krisis moral yang dihadapi oleh belia perlu ditangani dengan serius dan
terancang. PLKN telah menjadi satu wadah dan pemangkin bagi menghasilkan belia
yang mempunyai nilai moral yang tinggi. Banyak aktiviti yang rencanakan dalam
program ini, telah dapat menjadikan belia di negara ini tahu menghargai potensi diri,
mengamalkan budaya hidup yang positif dan produktif. Matlamat hidup yang jelas akan
menjadikan hidup belia di negara ini lebih berfokus dan tahu tentang potensi diri yang
ada. Program motivasi dan penerapan nilai berdisplin terutamanya patuh kepada
peraturan dan ketua telah dapat memberikan panduan kepada belia di negara kita
untuk memacu kehidupan dalam dunia yang nyata. Belia yang mempunyai harga tinggi
yang tinggi dan bermaruah akan lebih menghargai diri dan kehidupan.

Perpaduan kaum juga merupakan fokus yang dititikberatkan dalam program


PLKN. Belia yang mengikuti program PLKN akan lebih memahami kepentingan
memupuk perpaduan dalam masyarakat. PLKN telah meruntuhkan tembok pemisah
yang membelenggu fikiran dan minda generasi muda. Percampuran pelbagai budaya
dalam program ini sudah tentu akan menyuburbiakkan bibit persamaan yang ada dalam
masyarakat. Di negara kita kewujudan pelbagai kaum merupakan satu keunikan yang
jarang kali ada di negara lain. Oleh itu, belia di negara ini perlu menerima ini sebagai
satu yang unik. Belia yang dipilih dalam program ini datang dari pelbagai latar belakang
sosio ekonomi dan bangsa yang bereza. Pemilihan peserta berdasarkan kepada
kesaksamaan antara kaum. Oleh itu, wujud komposisi kaum yang seimbang. PLKN ini
telah mempertemukan belia yang berbeza untuk berinteraksi dan menjalankan aktiviti
secara bersama. Pertemuan ini telah mendedahkan corak kehidupan yang berbeza
yang ada di negara kita. Ini akan menjadikan belia di negara ini saling faham-
memahami dan memupuk semangat kekitaan. Dengan itu jurang pemisah antara kaum
dapat dikurangkan seterusnya mengekalkan keamanan dan kesejahteraan yang wujud
di negara kita.

3
PLKN juga dapat melahirkan belia yang berilmu dan mempunyai kemahiran
untuk meghadapi masa depan. Dalam kehidupan di dunia yang penuh cabaran dan
dugaan ini, kemahiran untuk meramal atau kajian masa depan sangat penting agar
belia di negara kita sentiasa berfikir segala kemungkinan yang akan berlaku pada masa
depan. PLKN ini dapat dijadikan satu wadah untuk melatih generasi belia negara kita
untuk bersedia menghadapi cabaran dan perubahan pada masa depan. Program yang
diterapkan dalam PLKN ini mampu untuk melahirkan belia yang boleh merancang masa
depan sesuai dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang berwawasan,
rasional, kreatif, dinamik, boleh menerima serta boleh menangani perubahan. Beberapa
dimensi baru telah didedahkan kepada belia negara kita terutamanya tentang kajian
masa depan. Penelitian dan kajian tentang perancangan masa depan merupakan satu
aspek yang penting kerana masa depan merupakan satu keadaan yang dinamik iaitu
sentiasa berlaku perubahan. Sekiranya belia atau generasi muda yang ada di negara
kita tidak bersedia atau tidak mengetahui tindakan untuk masa depan maka usaha
negara untuk maju akan menghadapi kesukaran.

Kemahiran berkomunikasi merupakan aspek penting dalam melahirkan seorang


pemimpin yang berwibawa. Seorang belia yang dapat berkomunikasi dengan berkesan
akan lebih dihormati dan disegani. Program PLKN ini telah memberi ruang dan peluang
yang luas untuk melatih belia di negara ini berkomunikasi. Banyak program yang
disediakan merangsang belia untuk berfikir dan mengeluarkan pendapat dengan gaya
komunikasi yang berkesan bagi menyampaikan maklumat dan hasrat yang terbuku
dalam minda. Kemahiran komunikasi perlu dilatih dalam kalangan belia kita sebagai
persediaan melahirkan seorang pemimpin yang mempunyai karisma dalam kepimpinan.
Kemahiran komunikasi yang dimiliki oleh para belia ini akan menjadi aset kepada belia
apabila menjadi sebagai pemimpin pada masa akan datang.

Manfaat program PLKN kepada belia juga ialah memupuk nilai


kewarganegaraan dan patriotisme dalam kalangan belia di negara kita. Program ini
telah mendedahkan tentang semangat setia kepada negara dan kepentingan
mengamalkan semangat kekitaan dalam kehidupan. Pemupukan nilai ketatanegaraan
dalam program ini telah melahirkan belia yang cinta dan setia kepada raja dan negara.

4
Pendedahan ini jelas akan melahirkan belia yang dapat memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran negara. Belia yang mengikuti program PLKN ini sudah
tentu memahami mengapa tanah air ini perlu dipertahankan dan dijaga agar tidak
dijajah semula. Walaupun dalam arus globalisasi penjajahan minda tetap akan berlaku,
tetapi belia negara harap dapat mendepani secara cabaran mendatang itu dengan
penuh keazaman dan kekuatan iman.

Manfaat PLKN kepada belia juga ialah dapat melahirkan seorang belia yang
prihatin terhadap insan yang lain. Belia negara dilatih agar rela berkorban untuk orang
lain demi kesejahteraan orang lain. Para belia telah dilatih untuk berkhidmat kepada
masyarakat dan prihatin terhadap masalah yang membelenggu sebahagian daripada
masyarakat yang hidup di negara ini. Keprihatinan ini penting bagi melahirkan belia
yang mempunyai nilai penyayang dan menghargai orang lain. Ibarat kata pepatah
ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.Sikap mementingkan diri tanpa mempedulikan
nasib orang lain harus dibuang dalam diri golongan belia di negara ini.

Kesimpulannya, golongan belia adalah harapan dan pewaris negara pada masa
depan. Maju dan mundurnya sesebuah negara akan bergantung kepada generasi muda
yang ada pada masa kini. Jika belia pada masa kini lemah maka negara juga akan turut
terkulai layu tanpa bimbingan pada masa depan, jika golongan belia kini kuat maka
cerahlah harapan generasi masa depan.

(jumlah patah perkataan 1457)

5
6

Anda mungkin juga menyukai