Anda di halaman 1dari 8

CONTOH FRASA-FRASA MENARIK

1. Belakangan ini, isu berkaitan dengan remaja dalam kalangan


masyarakat saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana malah
sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita. Lantaran
itu, semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini
kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah cara-
cara untuk ?
2. semua pihak mestilah berusaha untuk memperkasakan remaja supaya
generasi Y ini dapat diperkasakan di negara kita. Penggemblengan tenaga
dan usaha untuk menjayakannya amatlah diharapkan kerana orang bijak
pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat
sagunya. Dalam pada itu, usaha yang sistematik dan proaktif mestilah
digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu,
mestilah bermula dengan langkah pertama
3. Mafhum daripada sepotong hadis yang bermaksud,jagalah masa
sihatmu sebelum tiba masa sakit. Hadis ini jelas menggambarkan betapa
pentingnya kesihatan diri dalamkehidupan kita. Kesihatan merupakan
kurniaan Tuhan yang sangat bernilai. Kesihatan yang baik membolehkan kita
menguruskan kehidupan dengan baik. Persoalannya, adakah kita sedar
tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan? Lantaran itu, kita perlu
mencari wasilah dan ikhtiar untuk terus hidup dalam keadaan sihat dan
sejahtera. Situasi ini bertepatan dengan peribahasa di mana ada kemahuan,
di situ ada jalan
4. Sebagai sahmura negara, remaja seharusnya rajin berusaha seperti
lebah menghimpunkan madu. Mengapakah wujud sikap malas dalam diri?
Berpeganglah pada prinsip bukan senang untuk menjadi senang dan bukan
susah untuk menjadi susah.
5. Disiplin merupakan elemen terpenting dalam kehidupan remaja /
pelajar. Tanpa disiplin tidak mungkin tugasan seharian dapat diselesaikan
dengan baik. Jagalah dan pupuklah disiplin dalam diri seperti menjaga nyawa
sendiri. Hal ini kerana tiada apa-apa di dunia ini yang dapat menandingi
nikmat hidup kurniaan Tuhan. Jadilah manusia yang bersyukur . Hayatilah
juga mafhum mulia yang menyatakan bahawa kehidupan sebagai sebatang
tubuh. Jika ada anggotanya yang sakit, justeru semua tubuh akan berasa
sakit dan bersama-sama berjaga malam. Senario ini juga terungkap dalam
aforisme yang berbunyi yang bulat tidak akan datang menggolek, yang pipih
tidak akan datang melayang. Tanpa disiplin diri maka tempanglah kehidupan.

6. Badan cergas , otak cerdas. Slogan ini sering kita dengar dan kita lihat
melalui paparan media massa. Seiring dalam mengejar arus globalisasi,
amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat harus ditingkatkan
bagi merealisasikan visi dan misi negara menjadi negara maju pada tahun
2020. Sejajar dengan itu, bagi merealisasikan misi negara tersebut, kita
perlu melahirkan masyarakat yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan
berpandangan jauh serta mempunyai emosi yang stabil kerana daripada
aspek-aspek inilah lahirnya masyarakat yang akan menjadi peneraju untuk
menggerakkan kemajuan negara pada masa hadapan.

7. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di
negeri sendiri. Budaya kuning yang kian menular umpama virus epidemik
dalam masyarakat telah menyebabkan remaja semakin alpa dan lalai
tentang tanggungjawab mereka terhadap tanah air tercinta ini. Era
globalisasi sejajar dengan arus pemodenan telah mengaburi mata setiap
individu untuk mengutamakan kesejahteraan negara. Nilai materialistik dan
individualistik yang menguasai jiwa masyarakat telah menyukarkan modus
operandi untuk menyuburkan semangat perpaduan atau nasionalisme yang
semakin sirna .Setiap rakyat Malaysia memikul tanggungjawab yang berat
untuk menghidupkan nilai perpaduan dan kesyukuran yang begitu syumul
pada suatu masa dahulu. Sebagai warganegara yang mendukung nilai cinta
akan negara, kita perlu mengamalkan prinsip di mana bumi dipijak, di situ
langit dijunjung.
8. Remaja kontemporari yang kononnya semakin bijak telah mula
tenggelam punca dan sanggup melakukan tindakan ganas di luar batasan.
Pelbagai krisis yang melanda mereka telah menjadi anasir peledak sehingga
situasi yang harmoni dan harmonis bertukar menjadi neraka kehidupan.
Pelbagai tekanan emosi mula melanda golongan sahmura ini sehingga
menimbulkan kesan kemurungan dan halunisasi. Memandangkan fenomena
ini berupaya mengancam kesejahteraan komuniti, heterogen sinergi
menanganinya harus diambil dengan seberapa segera. Kata orang tua-
tua api kecil baik dipadam.
Penggunaan Peribahasa / Ungkapan / Kosa kataDalam karangan Dimensi Keluarga

1. Sudah tentu sesuatu perkara yang berlaku tentu ada sebab-sebab yang mendorongnya
kerana pepohon pokok tidak akan berliuk-liuk jika tidak ditiup angin. Hakikatnya,
pembentukan keperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga.

2. Malangnya, kebanyakan ibu bapa kini yang terlalu mementingkan kerjaya menyebabkan
anak-anak mereka di rumah berasa tersisih seperti kata peribahasa; anak kera di hutan
disusukan, anak di rumah mati kelaparan

3. Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak di rumah, justeru mereka
mestilah sentiasa bersikap penyayang dan berbudi pekerti mulia dan jangan sesekali
bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan
mengiring.

4. Anak-anak yang berfikiran kudus akan sentiasa mencontohi kelakuan ibu bapa
mereka persiskata orang tua-tua bapa borek, anak rintik sementelahan ibu bapa merupakan
tempat luahan isi hati dan penyimpan rahsia yang paling dipercayai anak-anak.

5. Lantaran itu, ibu bapa sewajarnya mengindoktrinasikan pucuk-pucuk hijau dengan


nilai-nilai murni ini bagai menatang minyak yang penuh kerana anak-anak remaja kini sering
melibatkan diri dalam kebejatan sosial dan budaya hedonisme yang begitu cepat merebak
bagai virus epidemik

6. Melalui nasihat dan ajaran yang baik, sudah tentu anak-anak akan tahu cara-cara
untukmembezakan antara intan dengan kaca kerana mereka tahu sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa
Institusi keluarga merupakan uslub yang represif dalam membentuk keperibadian anak-anak.

7. Ibu bapa mestilah menjalankan obligasi masing-masing dengan tidak bersikap bagai
melepaskan batuk di tangga.

8. Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk keperibadian yang mulia, sudah tentu
mereka akan menjadi sandaran negara seperti yang terungkap dalam kata-kata
mutiara pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

9. Melihat kepada senario masyarakat kontemporari, ibu bapa lebih cenderung untuk
mengejarmaterialistik dan menjadikan pejabat sebagai rumah kedua mereka. Sikap ibarat
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ini perlu dikikis segera bagi
memastikan para remaja tidak terlibat dalam kemelut sosial.

10. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kadar remaja lari
dari rumah meningkat sebanyak 5.7 peratus dari tahun lepas. Sebelum nasi sudah menjadi
bubur, ibu bapa perlu mengutamakan anak-anak mereka berbanding dengan hal-hal lain.

11. Bagaimana acuan bgitulah kuihnya. Aforisme ini mengingatkan ibu bapa agar
bertindak sebagai agen pencorak utama karakter anak-anak supaya mereka tidak
mencetuskancangkaliwang pada hari muka. Lantaran itu, penerapan pendidikan yang
sempurna amat didambakan.

12. Oleh itu, dalam kita mengharungi arus modenisasi, sudah tentu anak remaja tidak
mahudihimpit dengan pemikiran yang jumud seperti katak di bawah tempurung.
CONTOH KARANGAN TERBAIK PELAJAR SMAKASAS
(PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2013)
Huraikan pendapat anda tentang cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat. Panjang
karangan anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Dalam meniti arus kemodenan yang berteraskan sains dan teknologi maklumat,
faktor kesihatan masyarakat pada hari ini berada pada tahap yang membimbangkan
pihak berkuasa terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia. Semakin hari, masalah
wabak pelbagai penyakit semakin menjalar dalam kalangan masyarakat tanpa mengira
usia tua atau muda. Jika dahulu masalah darah tinggi dan kencing manis merupakan
penyakit yang sering dihadapi oleh golongan tua tetapi pada hari ini golongan kanak-
kanak juga sering dihantui penyakit berkenaan. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2011, angka pesakit yang menghadapi
masalah kesihatan telah meningkat sebanyak 200 000 orang pesakit melebihi bilangan
pesakit pada tahun sebelumnya. Sebenarnya masalah kesihatan masyarakat mampu
diatasi dengan pelbagai cara terutamanya dengan kemudahan prasarana berkaitan
kesihatan semakin banyak disediakan oleh pihak kerajaan. Klinik desa, Klinik 1
Malaysia, Hospital Desa, Hospital Besar merupakan tempat masyarakat mendapat
kemudahan rawatan kesihatan. Persoalannya, mengapakah kadar pertambahan
bilangan pesakit yang tidak mengenal usia berlaku pada zaman sekarang? Bak kata
pepatah, setiap penyakit ada ubatnya, setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Salah
satu daripadanya adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat sebagaimana yang
disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagaimanakah caranya untuk kita
mengamalkan gaya hidup sihat?

Mari kita capahkan lensa perbincangan kita kepada skop yang lebih khusus di
bawah kata kunci pengambilan makanan seimbang. Kebanyakan rakyat Malaysia
mengganggap pengambilan makanan seimbang ialah diet. Sebenarnya, tanggapan
masyarakat mengenai perkara tersebut adalah salah sama sekali.Hal ini kerana
pengambilan makanan seimbang bermaksud pengambilan makanan oleh seseorang
individu yang mengandungi semua nutrien dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh
badan secara seimbang. Jika kita merujuk piramid makanan, pembahagian pemakanan
terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut keperluan makanan berdasarkan
seorang manusia normal. Bahagian bawah piramid makanan merupakan kumpulan
makanan mengandungi karbohidrat, diikuti dengan kumpulan makanan yang
mengandungi vitamin, mineral, dan serat, seterusnya kumpulan makanan yang
mengandungi protin, dan terakhir bahagian atas ialah kumpulan makanan mengandungi
lemak. Piramid makanan juga merupakan panduan kepada pengguna dengan
mengurangkan pengambilan makanan berlemak di bahagian atas sekali, seperti lemak
dan gula,. Oleh sebab itu, makanan berlemak hanya perlu kita ambil dalam kuantiti
sedikit. Berbanding kandungan karbohidrat perlu diambil dalam kuantiti yang banyak
kerana makanan seperti ini membekalkan kita tenaga untuk menjalani kehidupan
seharian, contohnya nasi, roti, dan bijirin. Seorang ahli falsafah Yunani iaitu Socrates
berkata " Aku makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan." Tegasnya, kita boleh
mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang setiap hari.

Seterusnya, mari kita lebarkan lensa perbincangan dengan memperkatakan


gaya hidup sihat iaitu menjalankan aktiviti rekreasi. Sebagai mana yang kita sedia
maklum, kegiatan rekreasi merupakan aktiviti yang berfaedah terutama untuk mengisi
masa senggang, merehatkan minda dan mengelakkan stress, selain menyehatkan
badan. Pada abad milenium ini, banyak tempat rekreasi, sama ada bertemakan air,
alam sekitar dan sebagainya. Dengan adanya pusat rekreasi, anak muda atau remaja
boleh menyertai aktiviti berkenaan dengan mandaftar diri dan menyertai program yang
dianjurkan seperti kursus berkayak, mendaki gunung, , menyelam, "jungle tracking" dan
sebagainya. Bagaimana kegiatan rekreasi ini dapat menyihatkan tubuh badan? Aktiviti
rekreasi merupakan aktiviti mencabar. Sebelum melakukan aktiviti berkenaan, peserta
selalunya diminta untuk melakukan aktiviti regangan agar seluruh sendi dan sistem
kardivaskular kita bersedia terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti berkenaan.
Bahkan juga, dengan adanya aktiviti regangan dan pemanasan badan, kadar
pengaliran darah dan pergerakan jantung akan stabil sebelum peserta melakukan
aktiviti yang berat. Selain itu, kelenjar endokrin dan kelenjar adrenalina akan
merembeskan peluh yang mengandungi toksin untuk disingkirkan daripada badan. Oleh
sebab itu, badan kita akan menjadi sihat dan sukar untuk dijangkiti patogen-patogen
penyakit. Kebiasaanya, seorang fasiltator akan memberi penerangan kepentingan
melakukan regangan dan peringatan mengenai langkah-langkah menjaga keselamatan
sepanjang program rekreasi diadakan untuk mengelak sebarang kemalangan atau
kecederaan. Bak kata pepatah, malang tidak berbau dan sediakan payung sebelum
hujan. Justeru, tahap keselamatan peserta lebih terjamin semasa melakukan aktiviti
lasak tersebut. Hal ini jelas menunjukkan aktiviti berekreasi merupakan satu cara untuk
kita mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan.

Mari kita meneruskan perbincangan menggunakan minda pelajar kelas


pertama dalam membicara aktiviti sukan sebagai amalan gaya hidup sihat.
Sebagaimana kita maklum, remaja tidak lari daripada melakukan aktiviti sukan dalam
kehidupan mereka sejajar dengan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia
memperkenalkan pelaksanaan Program 1 Murid 1 Sukan yang mewajibkan pelajar
sekurang-kurang menyertai satu aktiviti sukan di sekolah. Bahkan juga,Kementerian
Pelajaran Malaysia juga telah 10% syarat kemasukan ke universiti berdasarkan
pencapaian pelajar dalam bidang kokurikulum antaranya sukan permainan. Namun,
pelaksanaan program ini belum mencapai objektifnya kerana sebilangan pelajar masih
belum membudayakan diri mereka untuk bersukan dan penglibatan mereka dalam
aktiviti berkenaan hanya sekadar untuk penyertaan bukan sebagai budaya.
Sebenarnya, pucuk pangkal permasalahan berkenaan terus berlaku akibat masyarakat
masih belum mengetahui akan manfaat dan kepentingan sukan dalam kehidupan
mereka. Dengan bersukan, masyarakat akan mendapat manfaat iaitu selain
menyihatkan badan, mereka juga akan dapat mencergaskan minda mereka. Hal ini
kerana ketika bersukan oksigen akan diserapkan ke dalam badan dengan lebih cepat
dan akan mengaktifkan sel-sel badan menjalankan proses respirasi, disamping aliran
oksigen ke otak akan lebih aktif. Secara langsung neuron-neuron otak juga akan
bersambung dan badan akan menerima cas-cas positif yang berfungsi untuk
menyihatkan badan dan mencerdaskan otak. Kebaikannya kepada pelajar, mereka
tidak akan mudah mengantuk semasa berada di dalam kelas dan sudah pasti proses
pengajaran dan pembelajaran akan lebih bermakna. Pepatah Arab ada mengatakan
bahawa minda cerdas lahir daripada badan yang sihat. Justeru, kita boleh
mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti bersukan.

Akhir sekali, sudah terang lagi bersuluh bahawa pemeriksaan dan rawatan
kesihatan adalah penting dalam memastikan tahap kesihatan kita sentiasa berada di
bawah paras bahaya. Masyarakat Malaysia perlu bersyukur kerana kerajaan
terutamanya di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia amat mengambil berat
dalam menyediakan prasarana dan kemudahan kesihataperkhidmatan bertaraf dunia.
Hal ini boleh kita lihat di setiap pelusuk negara terdapat pusat rawatan sama ada klinik
desa, Klinik 1 Malaysia, Hospital Desa dan Hospital Besar sentiasa terbuka untuk
dikunjungi oleh rakyat yang sedar akan kepentingan kesihatan mereka. Bahkan juga,
pengamal perubatan yang sedia merawat pesakit adalah lepasan universiti dikerah
berkhidmat di pusat rawatan daerah, dan negeri agar setiap masyarakat mudah untuk
mendapat perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. Berbading suatu ketika dahulu,
pesakit yang memerlukan rawatan daripada seorang doktor hanya boleh mendapat
perkhidmatan mereka di hospital desa atau hospital besar. Rawatan kesihatan amat
penting supaya setiap warganegara akan tahu tahap dan darjah kesihatan mereka dari
semasa ke semasa. Apabila kita melakukan rawatan kesihatan secara berskala
sekurang-kurangnya tiga bulan sekali perkembangan kesihatan kita boleh dipantau oleh
pengamal perubatan atau doktor dengan sebaik-baiknya. Natijahnya cukup positif
kerana pengesanan penyakit secara awal akan memudahkan mereka mendapat
rawatan yang sepatutnya. Secara langsung pengesanan awal boleh menyelamatkan
nyawa kerana kadang kala penyakit menyerang tanpa disedari terutama penyakit tiga
serangkai iaitu darah tinggi, kecing manis dan serangan jantung. Contohnya, sekiranya
pesakit mengalami penyakit kencing manis para doktor berpengalaman akan
menasihatkan pesakit mengawal kaedah pemakanan yang sesuai dan sekiranya
pesakit mengalamai masalah diabetis yang kronik suntikan insulin akan dilakukan untuk
mengawal paras gula dalam badan. Pepatah ada menyebut " mencegah lebih baik
daripada merawat." Tegasnya mendapat pemeriksaan dan rawatan kesihatan adalah
sangat penting dalam memastikan tahap kesihatan masyarakat dalam keadaan baik.

Kesimpulannya, pengamalan gaya hidup sihat merupakan inisiatif kita sendiri.


Jika kita inginkan kesihatan kita sentiasa sihat, kita perlulah melibatkan diri dengan
melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menyihatkan tubuh badan kita seperti
pengambilan makanan seimbang, melakukan aktiviti rekreasi, menyertai aktiviti sukan
dan mendapatkan rawatan kesihatan secara sempurna. Oleh itu, untuk menyokong
kerajaan dalam merealisasikan Wawasan 2020, kita perlulah memastikan tahap
kesihatan kita dalam keadaan terbaik kerana pekerja, pentadbir, dan pemimpin yang
sihat jasmani, rohani, emosi dan inteleknya sahaja yang akan dapat membantu
menggapai cita-cita pemimpin untuk memastikan Malaysia mampu untuk duduk sama
rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Justeru, kesihatan
merupakan aset paling penting sebagai warganegara Malaysia kerana bak kata
pepatah, kesihatan itu lebih penting daripada wang ringgit yang menggunung

Anda mungkin juga menyukai