Anda di halaman 1dari 1

1.

Belakangan ini, isu berkaitan dengan kebaikan dan keburukan sains saban waktu diwar-warkan
dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita.
Lantaran itu, semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah manfaat dan kemusnahan yang dibawa oleh bidang sains
kepada manusia sejagat.

2. semua pihak mestilah berusaha untuk memperkasakan remaja supaya ‘generasi Y’ ini dapat
diperkasakan di negara kita. Penggemblengan tenaga dan usaha untuk menjayakannya amatlah diharapkan
kerana orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya. Dalam
pada itu, usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang
beribu batu, mestilah bermula dengan langkah pertama

3. Mafhum daripada sepotong hadis yang bermaksud,jagalah masa sihatmu sebelum tiba masa sakit.
Hadis ini jelas menggambarkan betapa pentingnya kesihatan diri dalamkehidupan kita. Kesihatan
merupakan kurniaan Tuhan yang sangat bernilai. Kesihatan yang baik membolehkan kita menguruskan
kehidupan dengan baik. Persoalannya, adakah kita sedar tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan?
Lantaran itu, kita perlu mencari wasilah dan ikhtiar untuk terus hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera.
Situasi ini bertepatan dengan peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

4. Sebagai sahmura negara, remaja seharusnya rajin berusaha seperti lebah menghimpunkan madu.
Mengapakah wujud sikap malas dalam diri? Berpeganglah pada prinsip bukan senang untuk menjadi senang
dan bukan susah untuk menjadi susah.

5. Disiplin merupakan elemen terpenting dalam kehidupan remaja / pelajar. Tanpa disiplin tidak
mungkin tugasan seharian dapat diselesaikan dengan baik. Jagalah dan pupuklah disiplin dalam diri seperti
menjaga nyawa sendiri. Hal ini kerana tiada apa-apa di dunia ini yang dapat menandingi nikmat hidup
kurniaan Tuhan. Jadilah manusia yang bersyukur . Hayatilah juga mafhum mulia yang menyatakan bahawa
kehidupan sebagai sebatang tubuh. Jika ada anggotanya yang sakit, justeru semua tubuh akan berasa sakit
dan bersama-sama berjaga malam. Senario ini juga terungkap dalam aforisme yang berbunyi yang bulat
tidak akan datang menggolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Tanpa disiplin diri maka tempanglah
kehidupan.

6. Badan cergas , otak cerdas. Slogan ini sering kita dengar dan kita lihat melalui paparan media
massa. Seiring dalam mengejar arus globalisasi, amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat harus
ditingkatkan bagi merealisasikan visi dan misi negara menjadi negara maju pada tahun 2020. Sejajar dengan
itu, bagi merealisasikan misi negara tersebut, kita perlu melahirkan masyarakat yang mempunyai pemikiran
yang kreatif dan berpandangan jauh serta mempunyai emosi yang stabil kerana daripada aspek-aspek inilah
lahirnya masyarakat yang akan menjadi peneraju untuk menggerakkan kemajuan negara pada masa hadapan.

7. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Budaya
kuning yang kian menular umpama virus epidemik dalam masyarakat telah menyebabkan remaja semakin
alpa dan lalai tentang tanggungjawab mereka terhadap tanah air tercinta ini. Era globalisasi sejajar dengan
arus pemodenan telah mengaburi mata setiap individu untuk mengutamakan kesejahteraan negara. Nilai
materialistik dan individualistik yang menguasai jiwa masyarakat telah menyukarkan modus operandi untuk
menyuburkan semangat perpaduan atau nasionalisme yang semakin sirna .Setiap rakyat Malaysia memikul
tanggungjawab yang berat untuk menghidupkan nilai perpaduan dan kesyukuran yang begitu syumul pada
suatu masa dahulu. Sebagai warganegara yang mendukung nilai cinta akan negara, kita perlu mengamalkan
prinsip di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

8. Remaja kontemporari yang kononnya semakin bijak telah mula tenggelam punca dan sanggup
melakukan tindakan ganas di luar batasan. Pelbagai krisis yang melanda mereka telah menjadi anasir
peledak sehingga situasi yang harmoni dan harmonis bertukar menjadi neraka kehidupan. Pelbagai tekanan
emosi mula melanda golongan sahmura ini sehingga menimbulkan kesan kemurungan dan halunisasi.
Memandangkan fenomena ini berupaya mengancam kesejahteraan komuniti, heterogen sinergi
menanganinya harus diambil dengan seberapa segera. Kata orang tua-tua api kecil baik dipadam.

Anda mungkin juga menyukai