Anda di halaman 1dari 15

KERTAS 1 SOALAN PERCUBAAN NEGERI KELANTAN

BAHAGIAN A : KEPENTINGAN MENGUKUHKAN SEMANGAT PATRIOTISME

- Menjamin perpaduan kaum


- Mengelakkan gejala negatif
- Memajukan negara

Isu-isu yang berkaitan dengan semangat patriotisme kerap menjadi bahan perbincangan
segenap lapisan masyarakat Malaysia. Hal ini kerana semangat patriotisme amat penting dalam
konteks negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Tujuan utama semangat
patriotisme ini sering diperkatakan adalah untuk memperbaiki dan meningkatkan semangat patriotisme
dalam kalangan rakyat. Sebenarnya terdapat beberapa kepentingan atau kebaikan mengukuhkan
semangat patriotisme.

Kepentingan pertama mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat adalah untuk
memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan wujudnya semangat cinta akan
negara dalam jiwa setiap masyarakat, pasti negara akan terus aman dan damai. Sesungguhnya anasir
luar atau musuh negara amat menyukai jika rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat patriotisme.
Apabila keadaan ini berlaku, pasti negara akan mudah ditakluki oleh negara yang ingin menjajah lagi
negara kita.

Selain itu, semangat patriotisme juga dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan negara.
Dengan wujudnya semangat patriotisme, rakyat akan bekerja kuat untuk memajukan negara. Rakyat
juga pasti akan bekerja bersungguh-sungguh agar dapat menyumbang ke arah pembangunan negara.
Semangat patriotisme akan menjadikan keadaan negara aman damai dan ini akan mendorong leblh
ramal pelabur asing membuka perniagaan di Malaysia. Sesungguhnya, kedatangan pelabur asing ini
akan membuka peluang pekerjaan, menaikkan lagi taraf hidup rakyat dan seterusnya negara kita akan
terus maju.

Semangat patriotisme juga dapat memupuk perpaduan kaum. Sesungguhnya, semangat


patriotisme akan membentuk rakyat yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada
kepentingan kaum. Dengan wujudnya perpaduan kaum, maka kerajaan akan dapat melaksanakan
pelbagai program pembangunan untuk kemudahan rakyat. Selain itu, suasana yang harmoni antara
kaum akan dapat diwujudkan. Seterusnya suasana harmoni ini akan dapat merangsang perkembangan
sektor pelancongan negara.

Kepentingan memupuk semangat patriotisme juga ialah meningkatkan mutu negara. Remaja
yang cinta akan tanah air tidak akan melakukan gejala jenayah atau terjerumus dalam kegiatan negatif
seperti merokok, menghisap dadah, merogol, merompak dan sebagainya. Sebaliknya, mereka akan
mempunyai jati diri yang kukuh dan dapat menunjukkan potensi kecemerlangan diri demi negara
tercinta. Mereka akan menguruskan masa mereka dengan melakukan perkara yang berfaedah seperti
mengikut aktiviti kokurikulum di sekolah. Tamsilnya, Datuk Nicole Ann David merupakan pemain
skuasy antarabangsa yang telah melambungkan nama Malaysia di persada dunia.

Kebaikan lain semangat patriotisme dalam kalangan rakyat ialah ia dapat menjadi contoh
kepada generasi muda. Generasi muda khususnya yang lahir selepas merdeka kurang memahami
kepentingan semangat patriotisme. Dengan adanya program-program yang menjurus kepada
mewujudkan semangat patriotisme seperti sambutan Bulan Kemerdekaan, ia pasti dapat memberi
kesedaran kepada generasi muda. Selain itu, generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme
tidak akan melibatkan diri dengan perkara negatif seperti gejala sosial dan vandalisme. Sesungguhnya,
mata pelajaran Sejarah yang diajar di sekolah adalah baik kerana dapat memberikan pengetahuan dan
pengajaran tentang sejarah negara kepada generasi muda.

1
Sebagai intiha, untuk mencapai visi kudsi Wawasan 2020, rakyat dan semua pihak berkuasa
harus berganding bahu untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Tiada ubat yang
tiada penawarnya, oleh itu semua pihak haruslah bekerjasama dalam usaha melahirkan remaja yang
mempunyai semangat patriotisme yang mendalam. Ahmad Shauqi Bey pernah mengatakan bahawa
sesungguhnya bangsa akan kekal kukuh selagi akhlaknya masih utuh, jika akhlaknya sudah runtuh
maka mereka pun akan lenyap. Jadi, akhlak yang utuh juga dapat mewujudkan semangat patriotisme
yang kukuh.

BAHAGIAN B

1. Penjagaan kesihatan amat penting dalam usaha melahirkan generasi yang cinta akan kebersihan.
Huraikan cara-cara anda menjaga kebersihan.

Kesihatan ialah harga yang paling mahal untuk mengekalkan individu meneruskan
kehidupan secara kondusif. Kesihatan ialah anugerah daripada Allah kepada setiap insan setelah
semua sistem anatomi dan fisiologi disempurnakan. Kesihatan tidak boleh ditukarkan dengan
nilai wang ringgit kerana manusia yang paling kaya dalam dunia pun tidak boleh membeli
kesihatan. Demikian juga dengan sepotong ungkapan dalam lima perkara terpenting daripada Hadis
Rasulullah yang menyatakan, “Jagalah masa sihatmu sebelum datang masa sakit”. Oleh itu, alangkah
besarnya makna kesihatan dalam kehidupan setiap insan, justeru saya wajar menjadikan kesihatan
sebagai agenda terpenting sesuai dengan peribahasa, jimat sementara belum habis, ingat
sementara belum kena. Sekiranya, saya mengambil berat soal kesihatan di dalam kehidupan, sudah
pasti saya merupakan orang yang paling bahagia meneruskan kehidupan ini. Persoalannya, apakah
amalan yang perlu saya lakukan untuk memastikan saya sentiasa sihat.

Sebagai insan yang bijak, saya perlu sentiasa mengawal keseimbangan kesihatan mental dan
fizikal untuk saya sentiasa kekal sihat. Oleh sebab kesihatan sangat penting maka Kementerian
Pendidikan Malaysia telah memfokus kemenjadian pelajar perlu seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Seyogia falsafah pendidikan ini perlu saya praktikkan untuk
memastikan saya mampu untuk memastikan diri saya sentiasa mempunyai fizikal dan mental yang
baik. Antaranya saya perlu mengelakkan diri saya daripada melakukan sebarang aktiviti yang tidak
sihat yang boleh memudaratkan kesihatan emosi dan mental saya seperti melepak, merokok, berjaga
malam, berpelesiran, dan terlibat dengan aktiviti jenayah kerana impaknya emosi saya tidak akan
stabil. Apabila emosi saya celaru dan tidak stabil saya akan mengalami stress dan kemurungan yang
boleh menjejaskan fizikal dan mental saya. Jika saya bijak menjaga fizikal dan mental serta
melibatkan diri dengan aktiviti sihat seperti bersukan, beriadah, mengerjakan amalan agama sudah
pasti saya akan kekal sihat. Sebaliknya, jika saya tidak mengawal aktiviti saya dan terlibat dengan
aktiviti kurang sihat, sudah pasti saya akan terjebak dengan aktiviti yang boleh merosakkan kehidupan
saya sebagai khalifah di dunia ini kerana sudah terhantuk baru tergadah sudah tidak berguna.
Tegasnya, saya perlu sentiasa mengawal keseimbangan kesihatan mental dan fizikal untuk saya
sentiasa kekal sihat.

Selain itu, sebagai seorang insan yang prihatin saya perlu meneliti cara pemakanan saya agar
kekal sihat kerana pemakanan menjadi terminologi utama untuk menentukan asas kesihatan saya. Oleh
sebab itu, pengambilan makanan saya perlu merujuk kepada piramid makanan sebagai mana yang
telah disarankan oleh pengamal perubatan. Seyogia saya perlu mengambil makanan berzat dan bukan
makan mengikut sedap sahaja. Selain itu, saya juga perlu untuk mengurangkan makanan bergula dan
berlemak yang boleh menjejaskan kesihatan kerana pemakanan berkenaan boleh mendekatkan saya
dengan obesiti, keradangan jantung, komplikasi buah pinggang, kecing manis, dan darah tinggi
kerana persis peribahasa Melayu ada mengatakan apabila nasi sudah menjadi bubur tidak akan
berguna lagi. Sekiranya saya dapat mengekal cara pemakanan sihat dalam kehidupan saya mampu
mengelakkan penyakit tiga serangkai yang dikatakan pembunuh utama masyarakat di Malaysia pada
zaman moden ini. Tegasnya, saya perlu meneliti cara pemakanan saya agar terus kekal sihat.

2
Sebagai insan yang sedar akan kepentingan kesihatan, saya juga akan memastikan diri saya
sentiasa terlibat dengan riadah dan latihan jasmani secara teratur dan berjadual. Sebagaimana kita
sedia maklum, riadah merupakan asbab untuk menjaga pertumbuhan tubuh badan yang sihat. Oleh
sebab itu, saya akan menyediakan jadual terancang untuk memastikan saya melakukan aktiviti riadah
setiap hari pada waktu senggang. Dengan jadual berkenaan saya akan menyusun aktiviti harian saya
agar segala aktiviti dirancang secara tersusun seperti ada ruang untuk masa saya berehat,
mengulangkaji pelajaran, bersukan, dan tidur agar masa yang ada dipenuhkan dengan aktiviti sihat.
Bahkan juga saya juga perlu memilih aktiviti riadah yang sesuai dengan jiwa saya seperti berjoging,
bermain sepak takraw, bermain bola, bermain badminton dan sebagainya. Jika saya bijak
menggunakan masa, bukan sahaja masa saya terisi dengan atividi berfaedah malah aktiviti berkenaan
sesuai dengan jiwa saya kerana masa itu emas. Sebaliknya jika saya tidak pandai menjadula masa,
sudah pasti banyak masa saya terbuang, malah kemungkinan saya akan melakukan aktiviti yang
kurang sihat seperti bercampur dengan rakan-rakan yang buruk ahklaknya. Sudah terang lagi bersuluh,
saya juga akan memastikan diri saya sentiasa terlibat dengan riadah dan latihan jasmani secara teratur
dan berjadual.

Bahkan juga, sebagai insan yang mempunyai sikap terpuji, saya perlu bijak bersosial dan
berkawan kerana bertepatan dengan peribahasa Arab, jika kita berkawan dengan penjual minyak
wangi kita akan berbau wangi dan jika berkawan dengan tukang besi kita akan terasa bahangnya. Hal
ini demikian kerana apabila saya bijak memilih kawan sudah pasti saya akan dapat bersosial secara
sihat dan dapat meluaskan hubungan silaturahim kerana berkawan biarlah menunjukkan kebenaran
kerana salah pilih kawan, kawan akan makan kawan. Selain itu, dengan adanya rakan yang baik dan
sejati, semangat setiakawan yang kita pupuk bersama-sama akan mampu untuk menstabilkan emosi
saya. Contohnya, jika saya menghadapi masalah, orang yang paling dekat dengan saya selain ibu bapa
dan guru ialah kawan. Merekalah tempat saya mengadu dan mencurahkan perasaan dan secara
langsung akan meredakan permasalahan yang saya hadapi. Oleh sebab itu, berkawan biar seribu,
bermusuh jangan sekali. Sekiranya saya pandai memilih kawan sudah pasti kawan akan mengajak saya
melakukan kebenaran sebalikya jika saya tersalah pilih kawan impaknya saya yang akan rugi kerana
kawan yang buruk akhlaknya mudah mempengaruhi saya untuk melakukan perkara yang bertentangan
dengan agama. Tegasnya, sebagai insan yang mempunyai sikap terpuji, saya perlu bijak bersosial dan
berkawan.

Akhirnya, sebagai seorang beragama Islam saya hendaklah mendekati diri dengan Maha
Pencipta iaitu Allah Tuhan sekalian alam. Tiada kuasa yang paling tinggi daripada kuasa Allah dan
Allah yang mengawal perjalanan bumi dan matahari dan Allah jugalah yang akan menentukan
perjalanan hidup saya. Oleh sebab itu, saya perlu sentiasa mendekati diri dengan Tuhan dan
mengerjakan ketetapan-Nya seperti menunaikan solat lima kali sehari, berpuasa di bulan Ramadhan,
dan mengelakkan daripada melakukan sebarang larangan-Nya. Apabila saya patuh kepada perintah
Allah sudah pasti saya mampu untuk mengelakkan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan
syariat Islam seperti membuang masa kerana masa itu emas,berkawan dengan kawan yang tidak
bermoral akhlaknya, mencuri, merokok, dan banyak lagi perbuatan yang bertentangan dengan agama.
Jika saya sentiasa berada di sisi Allah, insya-Allah saya mampu untuk menjadi manusia yang berguna,
sihat kesihatan sama ada fizikal atau mental dan seimbang emosi. Tegasnya, sebagai seorang seorang
beragama Islam saya hendaklah mendekati diri dengan Maha Pencipta iaitu Allah Tuhan sekalian alam
kerana Allah yang menentukan perjalanan hidup kita sebagai hamba-Nya.

Dalam menguruskan kehidupan yang sihat, sejahtera dan harmoni, saya hendaklah
sentiasa berpegang kepada kata-kata bijaksana, “Seseorang yang gagal merancang dia telah
merancang untuk gagal”. Kita hidup atas rahmat dan kurniaan daripada Tuhan yang amat besar
anugerah-Nya. Oleh hal yang demikian, menjaga kesihatan diri merupakan sebahagian daripada
amanah Tuhan kepada kita. Insan yang sihat sentiasa boleh beribadah kepada Allah,
memberikan sumbangan kepada negara dan berguna kepada masyarakat. Oleh itu, jagalah
kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
2. Peranan ibu bapa untuk mengawal penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak mereka.

3
Belakangan ini, penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja bukan lagi semakin
popular, malah amat popular. Semua remaja khususnya pelajar mempunyai telefon pintar untuk
berkomunikasi. Penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja ada faedahnya. Meskipun begitu,
kadang kala penggunaan telefon pintar boleh menjejaskan pelajran seterusnya hidup remaja. Oleh
yang demikian, ibu bapa adalah orang yang paling sesuai dan memainkan peranan penting untuk
mengawal penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja.

Pada pendapat saya, ibu bapa boleh memainkan peranan dengan mengehadkan penggunaan
telefon pintar anak-anak mereka. Sebelum membeli atau menghadiahkan telefon pintar kepada anak-
anak, ibu bapa hendaklah meletakkan syarat seperti hanya boleh menggunakan telefon pintar selepas
menyiapkan kerja sekolah atau menggunakannya apabila perlu sahaja. Jika tidak, ibu bapa boleh
mengenakan denda dengan mengambil telefon pintar anak-anak. dengan cara ini, ibu bapa boleh
mengawal penggunaan telefon pintar dengan tidak menggunakan cara kekerasan sebaliknya diplomasi.

Selain itu, dari perspektif saya, ibu bapa hendaklah menerangkan kepada anak-anak tentang
kesan negatif penggunaan telefon pintar bagi jangka masa yang lama. Semua telefon pintar
menggunakan radioaktif yang kesannya sangat bahaya kepada kita hingga boleh menyebabkan
kecederaan yang serius seperti kanser telinga, lumpuh dan kecacatan fizikal. Remaja perlu tahu
tentang kesan buruk penggunaan telefon pintar yang terlalu kerap dan lama supaya mereka sedar
akibat jangka panjang kelak. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk memaklumkan kepada anak-
anak tentang perkara ini sebelum nasi menjadi bubur.

Di samping itu, saya bertanggapan bahawa ibu bapa boleh mengawal penggunaan telefon
pintar remaja dengan mengehadkan jumlah tambah nilai prabayar atau 'topup'. Ibu bapa telah
menetapkan jumlah tambah nilai telefon pintar anak-anak sebulan. sekiranya tambah nilai itu habis
sebelum tempohnya, ibu bapa hendaklah menetapkan supaya anak-anak tidak boleh menambahnya
dengan wang saku. Bagi ibu bapa yang menggunakan cara pascabayar atau bil, boleh mengambil pelan
yang disediakan untuk seisi keluarga. Dengan ini, ibu bapa boleh mengetahui setiap panggilan yang
dibuat oleh anak-anak. Oleh itu, wang saku anak-anak juga dapat disimpan untuk masa hadapan.

Menurut intuisi saya, ibu bapa juga boleh menjadikan sebuah telefon pintar sebagai telefon
pintar hak bersama. Anak-anak boleh menggunakan telefon pintar ibu bapa jika ada hal penting atau
hendak ke tempat-tempat tertentu seperti tuisyen dengan izin ibu bapa. Dengan ini, ibu bapa dapat
mengetahui orang-orang yang dihubungi oleh anak-anak dan dapat mengawal penyalahgunaan telefon
pintar dalam kalangan remaja. Tetapi perlu diingatkan, ibu bapa hendaklah berbincang terlebih dahulu
dengan anak-anak sebelum membuat keputusan ini supaya anak-anak tidak memberontak kelak.
Hubungan silaturahim antara ibu bapa dengan anak-anak juga dapat dieratkan dengan adanya
persefahaman yang baik antara kedua-dua belah pihak.

Tambahan pula, pada ijtihad saya, ibu bapa hendakalah memastikan anak-anak tidak
menggunakan telefon pintar yang terlalu canggih dengan pelbagai aplikasi. Semasa anak-anak hendak
membeli atau ibu bapa hendak menghadiahkan telefon pintar kepada anak-anak, ibu bapa hendaklah
memastikan telefon pintar tidak dilengkapi dengan pelbagai teknologi moden, sebaliknya cukup
sekadar mampu menghantar pesanan dan membuat panggilan telefon. Hal ini demikian kerana,
aplikasi moden yang terdapat pada telefon pintar boleh membawa kepada penyalahgunaan telefon
pintar dan berlakunya perbuatan-perbuatan yang tidak bermoral. Oleh itu, dengan cara ini, anak-anak
terhindar daripada melakukan perkara-perkara negatif.

Kesimpulannya, semua di atas adalah persepsi saya tentang langkah-langkah yang boleh
dilakukan oleh ibu bapa untuk mengawal penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja. Telefon
pintar yang digunakan tanpa kawalan dalam kalangan remaja akan mendatangkan kesan yang buruk
kepada diri remaja itu sendiri, keluarga, masyarakat dan agama. Oleh itu, sebagai insan yang
memahami jiwa anak-anak, ibu bapa hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya. Tetapi, ibu
bapa hendaklah berhati-hati dalam mengambil tindakan seperti menarik rambut dalam tepung, rambut
tak putus, tepung tak berselerak kerana pada usia remaja ini, hati anak-anak amat sensitif .
4
KERTAS 1 SOALAN PERCUBAAN NEGERI PERLIS

BAHAGIAN A : CARA REMAJA MENJAGA NAMA BAIK SENDIRI

- Menjaga penampilan diri


- Menjaga tutur kata
- Menjaga batas pergaulan

Pendahuluan
- Memelihara diri daripada melakukan perbuatan yg mencemarkan nama baik dan menjatuhkan
kehormatan diri sendiri
- Amat penting demi menjaga kemuliaan diri,keluarga, masyarakat dan negara Umat yg
bermaruah
- Umat yg memiliki hati diri denganberpegang kepada ajaran Islam dan tidak berpengaruh
dengan unsur2 asing yg merusakan

Isi 1 : Menjaga penampilan diri


- Memakai pakaian yang menutup aurat, kemas dan bersih
- Menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal
- Menunjukkan sikap yang positif
- Mempamerkan personaliti yang menarik untuk menjaga hubungan baik antara satu sama lain

Isi 2 : Menjaga batas pergaulan


- Memberi salam dan berjabat tangan ketika bertemu
- Menjaga tata susila dan hukum syara' dalam pergaulan
- Hormat-menghormati,berkasih sayang dan beramah mesra antara satu sama lain
- Bertukar-tukar pendapat dan pandangan dengan org lain
- Menjaga rahsia dan keaiban org lain
- Mementingkan sahabat melebihi diri sendiri Menepati janji yg baik

Isi 3 : Cara Percakapan


- Bercakap dengan perkataan yang baik dan sekiranya tidak tahu lebih baik berdiam diri
- Berlemah lembut dan menggunakan bahasa yang sopan apabila berinteraksi
- Percakapan yg menyenangkan
- Bercakap tentang perkara yang membawa kemajuan diri,masyarakat dan negara
- Bercakap benar tentang perkara yang diketahui

Penutup :
- Kehidupan tidak diberkati
- Mendapat dosa
- Menjadi terpinggir kerana dipulau oleh rakan-rakan dan masyarakat sekeliling
- Mendorong kepada berlakunya kes-kes jenayah;rogol dan sumbang mahram
- Melahirkan masyarakat yang kucar kacir dan negara yang tidak tenteram serta menyukarkan
pembinaan tamadun

BAHAGIAN B
5
1. Cara murid memperoleh ilmu dalam pelbagai bidang

"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad" dan " Ilmu Jambatan Hidup" . Itulah antara
dua kata-kata yang membuktikan bahawa ilmu sangat penting dalam kehidupan manusia. Pada zaman
kini, jika saya itu tidak mempunyai ilmu, saya akan ketinggalan dan akan mengalami kesusahan
dalam kehidupan, saya boleh diibaratkan seperti katak di bawah tempurung akan sentiasa ketinggalan
dalam berbagai aspek kehidupan sama ada aspek sosioekonomi, mahupun sosiobudaya. . Untuk
memperoleh serta mendalami ilmu, saya perlu berusaha dengan gigih kerana ilmu tidak datang sendiri
melainkan dengan usaha yang berterusan. Bak kata peribahasa Melayu, yang bulat tidak datang
menggolek dan yang pipih tidak datang melayang. Menurut Hadis, Rasululah pernah meriwayatkan
tuntutlah ilmu sehingga ke nagara China. Berdasarkan kenyataan di atas, sudah terang lagi bersuluh,
ilmu pengetahuan amat penting dalam kehidupan dan saya perlu berusaha untuk menggapainya, bak
kata peribahasa Melayu genggam api biarlah jadi arang, menjeluk perkasam biarlah sampai ke pangkal
lengan, begitulah konsep sepatutnya menjadi pegangan saya lakukan untuk mengembangkan ilmu di
dada. Bahkan juga, ilmu pengetahuan mampu mengubah kehidupan keluarga saya terutama untuk
memecah kepompong kemiskinan keluarga yang sering menghantui keluarga saya mayapada.
Sekiranya saya tidak mengambil kesempatan mengubah kehidupan keluarga saya dengan
meningkatkan ilmu pengetahuan, sudah pasti kehidupan keluaraga saya tidak akan berubah dan berada
pada takuk yang lama. Persoalannya, bagaimanakah kita mampu untuk menambah ilmu pengetahuan?

Mari kita bersama-sama mengupas isi pertama saya iaitu cara saya memperoleh ilmu
pengetahuan ialitu melalui pembacaan. Hal ini kerana ayat pertama yang diturunkan Allah kepada
junjungan besar Nabi Muhammad ialah surah Al-Alaq...Wahyu tersebut disampaikan oleh Malaikat
Jibrail dengan berkata, 'Bacalah wahai Muhammad! ' Beliau bersabda: "Aku tidak pandai membaca."
Sabda Rasulullah lagi, lalu malaikat memegang dan memelukku erat-erat, ketika aku merasakan
kepayahan ia pun melepasku. Sudah terang lagi bersuluh betapa dalam Islam konsep membaca amat
diutamakan selaras dengan Surah Al-Alaq di atas, Malaikat Jibrail meminta Rasululah membaca
walaupun beberapa kali Rasulullah menyatakan bahawa beliau tidak tahu membaca. Oleh sebab itu,
sebagai khalifah di muka bumi saya sebagai generasi yang sedar akan peri pentingnya ilmu dalam
kehidupan seharusnya membudaya membaca dalam kehidupan seharian saya. Sebagai khalifah pada
zaman moden pelbagai cara membolehkan saya memperoleh ilmu dengan membaca kerana membaca
gedung ilmu . Kita boleh membaca secara konvensional dengan membaca buku pelbagai aspek ilmuan
seperti bahasa, matematik, sains dan sebagainya. Seyogia, pada zaman moden ini, maklumat di hujung
jari, dan dunia tanpa sempadan kerana saya boleh melayari pelbagai sumber ilmu menggunakan
pelbagai peranti sama ada dengan komputer riba atau gadjet terkini telefon pintar, dan cara pembacaan
ini bukan sahaja pantas dan murah tetapi bahan pembacaan boleh diperoleh dengan pelbagai
pendekatan sama ada melalui video dengan melayari laman sesawang Youtube, atau melalui bahan
berbentuk bahan bertulis sam ada berbentuk powerpoint, atau melalui teks. Sekiranya saya cakna
dengan maklumat berkenaan sudah pasti saya menjadi orang berilmu kerana orang berilmu diperlukan
dalam kalangan masyarakat kotemporori dan saya akan dihormati. Kesimpulannya, ilmu pengetahuan
membolehkan saya meningkatkan ilmu pengetahuan terutama melalui pembacaan sama ada secara
konvensional iatu yang boleh saya dapati daripada buku, mahupun menggunakan teknologi terkini
menggunakan telefon pintar arau komputer riba.

Mari kita selusuri perbincangan seterusnya dengan menggunakan minda pelajar kelas pertama
dengan kata kunci isi kedua iaitu cara saya menuntut ilmu pengetahuan dengan memberi tumpuan
kepada sesi pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Guru ibarat lilin membakar diri untuk
menerangi kehidupan pelajar, justeru adalah sangat malang jika saya tidak mengambil pusing dengan
6
tidak menumpu perhatian kepada proses pengajaran guru. Selain itu, amalkan bertanya sekiranya kita
tidak memahami penerangan guru kerana malu bertanya sesat jalan dan malu biarlah bertempat. Oleh
sebab itu, saya sebagai pelajar yang proaktif memerlukan saya sentiasa melibatkan diri dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kerana dengan langkah sedemikian rupa saya akan menjadi pelajar yang
berjaya dan disayangi guru. Selalunya pelajar dalam kategori ini akan sentiasa mengungguli tempat
pertama dalam peperiksaan, sama dijalankan oleh pihak sekolah atau peperiksaan umum yang
dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia . Bahkan konsep mencatat setiap penerangan guru
juga merupakan amalan terpuji kerana adakalanya penerangan guru tidak ada dalam nota tetapi keluar
secara spontan semasa pengajaran guru kerana proses mengunakan deria telinga untuk mendengar,
deria mata untuk melihat dan angota tangan dan jari jemari mencatat akan memudahkan proses
memantapkan ingatan saya semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru semasa di dalam kelas.
Menurut seorang pakar psikologi pernah mengatakan bahawa “ lima puluh peratus kejayaan pelajar-
pelajar adalah disebabkan kerana mereka memberikan sepenuh perhatian ketika proses pengajaran dan
pembelajaran sedang dijalankan. Selain itu, saya juga perlu mengelakkan diri saya daripada
melakukan perbuatan yang menimbul kemarahan guru seperti bersembang, dan mengganggu proses
guru semasa beliau mengajar kerana konsentrasi guru akan hilang semasa mengajar apabila situasi
berkenaan berlaku, dan selalunya pelajar dalam kategori ini akan berada di belakang pelajar yang
berjaya. Kesimpulannya, Jika saya tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan
menjadi lalat yang membusukkan ikan.” Maksud peribahasa berkenaan ialah kita harus tidak
menimbulkan masalah kepada orang lain kerana sifat berkenaan amat merugikan. Tegasnya, sebagai
seorang pelajar ingin berjaya, saya perlu memberi tumpuan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran
guru di dalam kelas.

Seterusnya saya akan membincangkan isi ketiga di bawah kata kunci membentuk kumpulan
belajar mampu meningkatkan kefahaman saya terhadap ilmu pengetahuan, terutama mata pelajaran
yang saya tidak kuasai. Sebagai seorang pelajar yang mendambakan kecemerlangan saya perlu
memilih anggota kumpulan yang akan membatu saya menguasai mata pelajaran yang sukar untuk
saya kuasai kerana berkawan biarlah ramai, musuh jangan dicari. Antara faktor pemilihan rakan untuk
kumpulan saya berkenaan biarlah kalangan rakan yang sealiran dengan jiwa saya, supaya saya
berbincang maksudnya biarlah rakan kumpulan studi saya ini rakan yang boleh membantu saya
berbincang berkiatan pelajaran di luar waktu persekolahan. Seterusnya, rakan yang saya pilih perlu
bervariasi kemahiran, maksudnya rakan yang tersebut perlu menguasai pelbagai mata pelajaran.
Apabila semua faktor pemilihan berkenaan diambil kira, sudah pasti proses pembelajaran
berkumpulan akan memberi impak maksima dan perbincangan boleh dilakukan dengan perkongsian
ilmu yang akan dapat meningkatkan penguasaan ilmu pelbagai untuk saya dan ahli kumpulan
perbicangan saya. Contohnya rakan pertama mahir dalam mata pelajaran bahasa Inggeris, dan saya
pula mahir mata pelajaran Bahasa Melayu, rakan kedua saya pula mahir mata pelajaran matematik,
sementara rakan ketiga saya mahir mata pelajaran matematik tambahan, dan rakan kelima mahir mata
pelajaran Biologi. Tepuk dada tanya selera, jika semua faktor pemilihan di atas lengkap sudah pasti
aktiviti pembelajaran saya secara kumpulan akan ceria, di samping perkongsian ilmu akan berkonsep
menang menang dan semua ahli kumpulan akan menerima kesan terutama untuk menguasai pelbagai
ilmu. Peribahasa ada mengatakan "Kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sukar dicari."
Konklusinya, saya akan membentuk kumpulan belajar sealiran dengan jiwa saya dan mampu
meningkatkan kefahaman saya terhadap ilmu pengetahuan, terutama mata pelajaran yang saya tidak
kuasai.

Seterusnya, saya akan membicarakan isi keempat saya di bawah tajuk pemilihan buku hasil
karya pengarang tersohor amat penting untuk saya meraih pengalaman mereka menggapai
7
kecemerlangan dalam kehidupan terutama kejayaan mereka memperoleh ilmu pengetahuan dalam
kehidupan. Hali ini kerana mereka telah menerbitkan karya ilmiah yang mampu meningkatkan minat
dan kesungguhan pembaca untuk mengumpulkan ilmu pengetahuan untuk menerangi kehidupan serta
kesejahteraan masyarakat serata alam. Antara nama pengarang tersohor Islam yang perlu kita contohi
seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Syed Muhammad Abduh, Syed Tahir Jalaluddin, HAMKA atau
nama sebenarnya Haji Abdul Malik bin Syeikh Abdul Karim bin Syeikh Muhammad Amarullah.
Ketekunan ilmuan tersohor ini untuk menuntut ilmu perlu perlu saya jadikan budaya dalam kehidupan
sayaa. Contohnya Ibnu Sina seorang ulama tersohor Islam malah pakar dalam bidang perubatan
sehingga hasil karya beliau diterjemahkan dalam bahasa latin, Hebrew dan bahasa Inggeris. Oleh
sebab itu, bak kata pepatah Melayu, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Antara hasil penemuan
Ibnu Sina dalam ilmu perubatan ialah beliau telah menemui pengaruh kuman dalam penyakit seperti
penyakit rubella, alahan, cacar, penyakit jiwa, dan menghasilkan ubatan dan preskripsi ubat yang
mujarab untuk digunakan sebagai penyembuhan pelbagai jenis penyakit. Harimau mati meninggalkan
belang, manusia mati meninggalkan nama, begitulah jasa ilmuan tersohor Islam yang menguasai
pelbagai ilmu untuk kegunaan manusia sehingga ke zaman moden ini. Intihanya, pemilihan buku
bacaan terutama hasil karya ilmuan Islam tersohor mampu meningkat usaha saya untuk menghasilkan
penemuan baru dalam apa juga bidang ilmu terutama untuk kejahteraan masyarakat negara malah
untuk masyarakat dunia amnya.

Selanjutnya, perbicaraan saya menjurus kepada membicarakan isi kelima iaitu untuk
menambah ilmu pengetahuan saya perlu mengikuti kelas tuisyen atau program kecemerlangan anjuran
sekolah. Sebagaimana kita sedia maklum, banyak pusat tuisyen boleh menjadi medan untuk saya
meningkatkan pengetahuan ke arah seorang pelajar berjaya dalam pelajaran. Setiap tahun, pusat
tuisyen tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Kenapa situasi ini berlaku? Antaranya, ibu bapa dan
pelajar sedia maklum, tenaga pengajar yang mengajar di pusat tuisyen adalah dalam kalangan guru-
guru berpengalaman mengajar dan kebanyakan mereka menjadi penyemak kertas peperiksaan
berdasarkan bidang ilmu mereka, justeru ibu bapa berusaha untuk melaburkan duit mereka untuk
kecemerlangan anak-anak mereka dengan menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen. Tindakan
ibu bapa ini umpama di mana ada gula, di situ ada semut. Kebiasaannya guru-guru berpengalaman di
pusat tuisyen akan mempermudah dan mendedahkan cara-cara untuk saya menjawab soalan, terutama
item-item soalan sukar untuk saya fahami. Oleh sebab itu, kebanyakan pelajar yang berjaya mencapai
keputusan cemerlang adalah dalam kalangan pelajar yang mengikuti kelas tuisyen. Selain itu, budaya
sekolah cemerlang, sentiasa mengadakan program kecemerlangan dengan menjemput guru-guru
cemerlang, sama ada dalam daerah malah ada yang menjemput guru-guru cemerlang dari luar daerah
dan antara kriteria guru-guru yang dipilih untuk menjadi tenaga penceramah berkenaan adalah
kalangan guru berpengalaman terutama menjadi penyemak kertas mata pelajaran berkenaan. Dalam
kalangan ibu bapa pula, mereka sentiasa menyokong sebarang usaha pihak pentadbir sekolah untuk
mengadakan program kecemerlangan untuk anak-anak mereka. Sokongan ibarat aur dengan tebing,
antara pihak sekolah dengan ibu bapa serta bantuan Persatuan Ibu Bapa Guru, begitu juga sekiranya
program yang dijalankan melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen di tempat
tersebut, sudah pasti usaha tersebut akan membuahkan impak yang maksimun. Kesimpulannya, untuk
menambah ilmu pengetahuan saya akan sedaya upaya akan mengikuti kelas tuisyen atau program
kecemerlangan anjuran sekolah untuk kecemerlangan saya dalam pelajaran.

Kesimpulannya, pelbagai kaedah, pendekatan boleh saya lakukan untuk menambahkan ilmu
pengetahuan. Sebagai mana perbicaraan di atas, ilmu pengetahuan boleh diperkembangkan antaranya
saya perlu membudayakan membaca dalam kehidupan seharian saya, di samping itu, saya
8
perlumemberi tumpuan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas, membentuk
kumpulan belajar yang mampu meningkatkan kefahaman saya terhadap ilmu pengetahuan, terutama
mata pelajaran yang saya tidak kuasai, pemilihan buku hasil karya pengarang tersohor amat penting
untuk saya meraih pengalaman mereka menggapai kecemerlangan dalam kehidupan terutama kejayaan
mereka memperoleh kejayaan dengan ilmu pengetahuan, dan untuk menambah ilmu pengetahuan
dalam kalangan pelajar, saya perlu mengikuti kelas tuisyen atau program kecemerlangan anjuran
sekolah. Sudah terang lagi bersuluh, yang pipih tidak akan datang melayang dan yang bulat tidak akan
datang bergolek, menjolok pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan untuk menggapai
kecemerlangan ilmu pengetahuan, justeru untuk menambah ilmu pengetahuan saya perlu berusaha
bersungguh-sungguh kerana usaha tangga kejayaan.

KERTAS 1 SOALAN PERCUBAAN NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN A : KEPENTINGAN MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG

BAHAGIAN B

1. Kebaikan dan keburukan penggunaan Internet kepada kita

Internet merupakan rangkaian maklumat antarabangsa yang terbesar di dunia yang memungkinkan
kita saling bertukar informasi mahupun data maklumat. ’Dunia Tanpa Sempadan’ adalah satu istilah
yang sinonim dengan internet. Penggunaan jaringan internet kini semakin meluas ke serata dunia di
era zaman moden ini. Pada masa kini, pelbagai kemudahan telah muncul kesan daripada pembangunan
sains dan teknologi. Kemajuan teknologi semakin berkembang pesat dan maju dari hari ke hari. Segala
kemudahan ini telah menjadikan kehidupan manusia maju ke hadapan. Setiap sesuatu benda atau
perkara itu pasti ada kebaikan dan keburukannya. Sama juga seperti internet, ia juga mempunyai
kebaikan dan juga keburukan jika menggunakannya terlalu kerap ia akan mengakibatkan ketagihan.

Antara kebaikan penggunaan internet kepada pelajar ialah melalui internet, kita akan
menerima maklumat dengan mudah dan pantas. Carian maklumat juga tidak dihadkan. Maklumat
carian juga bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk bergambar rajah mahupun jadual,
carta grafik, audio, animasi dan lain lain dalam bentuk media elektronik. Melalui cara ini, pelajar
lebih didedahkan kepada World Wide Web (www) untuk mencari maklumat yang dikehendaki.
Dengan ini, pelajar tidak perlu ke perpustakaan kerana mereka boleh melayari internet di mana sahaja
untuk mendapatkan maklumat yang mereka mahukan dengan kadar segera. Malah, penggunaan
internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos perbelanjaan dan juga kos-kos lain
seperti kos pengangkutan. Sebagai contoh, jika pelajar mahu membuat rujukan tetapi tidak mencukupi
wang untuk membeli buku, mereka boleh melayari internet sahaja untuk mencari sumber rujukan yang
betul dan relevan. Dalam masa yang sama, ini dapat menjimatkan kos dan masa. Ia juga tidak
membebankan pelajar mahupun mengganggu pembelajaran mereka.

Selain itu, pelajar juga dapat menambah kenalan daripada penggunaan internet. Hal ini kerana
laman social seperti Facebook dan Twitter kini telah menjadi virus epidemik dalam kalangan pelajar di
seantera dunia. Oleh itu, pelajar boleh bertukar-tukar maklumat mahupun pendapat melalui kenalan
daripada laman sosial. Tambahan pula, pelajar boleh menggunakan internet sebaik-baiknya dengan
mencari pelbagai latihan untuk dijadikan latihtubi untuk persediaan peperiksaan. Malah jika pelajar

9
stress dengan pembelajaran mahupun ujian dan peperiksaan mereka boleh mencari hiburan yang
mampu mengurangkan stress mereka walaupun untuk seketika di internet.

Di sebalik kecanggihan internet yang banyak memberikan kebaikan selaras dengan


perkembangan semasa namun banyak juga keburukan yang boleh didapati di internet yang boleh
meracuni minda pelajar masa kini. Antara keburukan internet terhadap pelajar ialah mereka bebas
melayari laman web tanpa kawalan kerana internet dikatakan dunia tanpa sempadan. Bahan-bahan
lucah sering menjadi kegilaan remaja kerana dapat dilayari tanpa kawalan. Keseronokan menonton
bahan lucah mendorong individu menjadi gila seks selain perlakuan ini bakal mengundang perlakuan
seks bebas. Selain itu, internet juga dapat melekakan seseorang pelajar daripada fokus kepada proses
pembelajarannya. Pelajar banyak menghabiskan masa dengan melayari laman web yang berbentuk
hiburan semata-mata hanya untuk keseronokan yang tidak mendatangkan sebarang input. Masa yang
patut diperuntukkan untuk mengulang kaji pelajaran terbuang begitu sahaja dengan melayari laman
sosial seperti facebook,twitter dan sebagainya.

Seterusnya, penggunaan internet secara berlebihan dan tanpa kawalan juga menyebabkan
remaja menjadi malas untuk bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum seperti
bersukan dan berpersatuan dapat menyihatkan badan tidak mendapat sambutan daripada pelajar.
Pelajar kini lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer. Malah pelajar akan jadi malas
kerana badan tidak aktif sewaktu di dalam kelas. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan
merosotkan prestasi pelajar sewaktu di dalam kelas. Di samping itu, hal ini juga akan melahirkan
pelajar yang kurang inovatif kerana kokurikulum menggalakkan aktiviti berpersatuan. Persatuan
amatlah penting untuk pelajar supaya lebih bertanggungjawab dalam menguruskan organisasi. Selain
menjadikan remaja malas mengikuti aktiviti kokurikulum, penggunaan internet tanpa had juga
mendedahkan pelajar kepada jenayah siber. Jenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan,
kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat, penggodam dan
lain-lain. Oleh hal yang demikian, pelajar akan melakukan jenayah siber terhadap institusi mereka
sendiri atau mereka diupah dan dipergunakan oleh pihak tertentu untuk melakukan jenayah. Di
samping itu, isu ini akan mempengaruhi minda pelajar dengan kenyataan kenyataan yang salah dari
kenyataan yang tidak sepatutnya. Jenayah siber ini juga boleh merosakkan minda pelajar dari segi
politil, terlalu banyak isu politik yang palsu terdedah di internet mengakibatkan tanggapan remaja
kepada ahli politik menjadi negatif serta merta. Ia akan melahirkan pelajar yang tidak produktif hasil
dari penipuan di internet.

Kesimpulannya, pengaruh ICT dalam tahap kemodenan dan kehidupan masa kini tidak dapat
dielakkan dan mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan khususnya generasi muda atau
pelajar. Ianya telah menjadi sebahagian daripada kehidupan moden kini yang akan terus meningkat
penggunaan dan pengaruhnya dari masa ke semasa. Oleh itu, pihak tertentu perlulah mengambil
tindakan untuk mengawal secara rapi penggunaan internet dalam kalangan pelajar supaya pelajar tidak
cenderung kepada masalah social. Malah, dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan pendidikan dan
budaya mestilah juga meletakkan isu salah guna dan kesan negatif internet ini sebagai suatu yang
penting bagi pemodenan dan pembangunan negara bangsa Malaysia.

2. Kepentingan hidup berjiran


10
Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan berbilang kaum
dan hidup secara bersama sehati sejiwa ibarat peribahasa seikat bak sirih, serumpun bak serai.
Sehubungan dengan itu, kebanyakan anggota masyarakat yang hidup berjiran di kawasan bandar
ataupun di kawasan luar bandar dan mereka saling berhubung, bertemu dan berurusan antara satu
sama lain. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, jiran boleh ditakrifkan sebagai orang yang tinggal
berhampiran dengan rumah seseorang. Namun begitu, terdapat lakaran suram yang menyelubungi kita
bahawa ada pandangan yang menyatakan bahawa amalan kehidupan berjiran dalam kalangan
masyarakat Malaysia pada masa ini dikatakan semakin sirnaibarat hidup segan mati tak mahu.
Sebahagian rakyat yang hidup dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini lebih
cenderung kepada sifat nafsi ataupun individualistik dan bersilengah. Mereka ini tidak menyedari
akan kepentingan hidup berjiran terutamanya dalam kehidupan hari ini yang berwarna-warni.
Persoalan yang sering berlegar-legar di gawang minda kita ialah apakah kepentingan hidup berjiran
kepada individu, masyarakat dan negara?

Salah satu signifikan hidup berjiran ialah semangat kerjasama dalam kalangan anggota
masyarakat di sesuatu tempat dapat dipupuk. Semangat kerjasama amat penting dalam kehidupan
berkomuniti untuk mewujudkan kehidupan yang harmoni dengan tolong-menolong antara satu sama
lain. Tanpa kerjasama antara satu sama lain sudah pasti sesuatu kerja yang sukar tidak dapat
diselesaikan dengan mudah. Kerjasama ini mampu dipupuk menerusi penglibatan anggota masyarakat
secara holistik dalam menjayakan aktiviti yang dilaksanakan di kawasan perumahan mereka.
Kerjasama ini boleh dipupuk melalui penglibatan anggota masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang
diadakan di kawasan tempat mereka tinggal. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, majlis
sambutan perayaan atau perjumpaan bulanan komuniti dapat mempertemukan semua jiran, saling
berkenalan dan merapatkan hubungan. Mereka akan lebih mesra, saling membantu bagai aur dengan
tebing tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Menurut laporan majalah “The
Times” di Australia, kegiatan gotong -royong yang diamalkan di Malaysia merupakan antara yang
terbaik di dunia. Impaknya, dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti berfaedah seperti ini akan
membawa anjakan paradigma bukan sahaja kepada kawasan perumahan malah kepada kesihatan
anggota masyarakat itu sekali. Hal ini kerana dengan mengadakan aktiviti gotong-royong kawasan
perumahan bukan sahaja akan kelihatan kemas bahkan juga membawa kebaikan kepada kesihatan
masyarakat itu sendiri. Tegasnya, sikap kerjasama dapat dipupuk melalui kehidupan berjiran dan
seterusnya dapat membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh.

Selain itu, hidup berjiran juga penting kerana dapat membentuk semangat kekitaan dan
melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Hal ini kerana apabila setiap rakyat hidup berjiran maka
secara tidak langsung dapatlah menyahut proklamasiPerdana Menteri Malaysia , Dato’ Seri Najib Tun
Razak iaitu 1Malaysia yang menekankan semangat perpaduan antara kaum di Malaysia. Sinergi dan
usahasama sebeginilah sewajarnya dijadikan panduan dan diaplikasikan dalam institusi masyarakat
bagi mencetuskan semangat kejiranan yang utuh persis peribahasa Melayu, ‘ibarat telur sesangkak,
pecah sebiji pecah semua’. Contoh pendekatan yang boleh diambil untuk memupuk semangat
perpaduan dan bersatu padu dalam kalangan rakyat adalah dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang
melibatkan semua kaum dalam pada masa yang sama seperti mengadakan “Rumah Terbuka
Kebangsaan” bagi setiap perayaan yang terdapat di Malaysia. Melalui pengimplimentasianprogram
ini, semangat kejiranan dapat dijalinkan dalam masyarakat yang berbilang kaum ini agar boleh
meluaskan horizon pemikiran dek kerana berpeluang mempelajari perbezaan budaya dan sistem sosial
masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat diterapkan dengan nilai saling
menghormati, bertolenrasi dan saling menyayangi antara satu sama lain. Secara tidak langsung,
tragedi 13 Mei 1969 yang merupakan sejarah hitam negara di mana berlaku perbalahan antara kaum

11
di Malaysia sehingga mengakibatkan rakyat huru-hara dan negara kucar-kacir hanya akan berada
dalam kotak memori sahaja, dan bukan untuk diulangi lagi kelak. Ringkasnya, hidup berjiran mampu
membentuk masyarakat berbilang kaum yang stabil dari segi spiritualserta fizikal dan seterusnya dapat
memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan.

Di samping itu, hidup berjiran juga penting kepada negara kerana dapat memudahkan kerajaan
melaksanakan pelbagai program pembangunan dan membawa kemajuan kepada rakyat. Slogan
’Negara Maju Rakyat Sihat’menunjukkan apabila rakyat hidup dalam keadaan sihat sejahtera maka
pelbagai rancangan pembangunan dapat diatur, dirancang dan dilaksanakan secara lancar tanpa
sebarang kekangan. Jika masyarakat dapat hidup bersama dalam suasana yang aman dan harmoni
maka segala kemajuan yang disediakan oleh kerajaan di seluruh pelosok tanah air akan dapat
dinikmati bersama-sama secara adil dan saksama. Sebagai contohnya, kerajaan telah berupaya
membina pelbagai kemudahan dan infrastrukturdi kawasan taman-taman perumahan seperti dewan
orang ramai, balai raya, taman permainan kanak-kanak mahupun pusat komuniti atas inisiatif
kehidupan berjiran dan perpaduan yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat di sesetengah kawasan
tempat tinggal. Kesannya, bukan sahaja masyarakat akan menikmati pelbagai keselesaan yang
disediakan bahkan juga masyarakat akan pembangunan modal insan yang seimbang dapat dicapai.
Situasi ini dapat dikatakan sambil menyelam minum air. Jelaslah bahawa kehiduppan berjiran penting
bagi membantu anggota masyarakat dalam suatu kawasan kejiranan menikmati pelbagai kemudahan
awam yang disediakan oleh pihak kerajaan sekali gus membantu kerajaan melaksanakan pembagai
program rakyat.

Kehidupan berjiran juga merupakan salah satu elemen penting dan vital yang membantu
melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan semangat cinta akan negara.
Negara yang cemerlang lahir daripada rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup bersatu padu seia
sekata. Jika masyarakat dapat berganding bahu dan saling mengekalkan kehidupan yang harmoni
maka negara akan melakar kejayaan yang gemilang. Melalui hubungan kejiranan, pelbagai aktiviti
berbentuk pemupukan nilai-nilai patriotisme dapat diimplimentasikan seperti mengibarkan jalur
gemilang, mengadakan pameran sempena ulang tahun kemerdekaan negara ataupun menyertai
perarakan dalam sesebuah pesta. Datuk Azhar Bin Mansor merupakan contoh paling jelas, dan atas
sokongan rakyat Malaysia membolehkan beliau melakukan pelayaran solo mengelilingi dunia sambil
mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh kejayaan. Hal Ini jelas menunjukkan keharmonian
kehidupan rakyat Malaysia membolehkan mereka melakukan sesuatu hal dan perkara yang amat
hebat bagi melonjakkanMalaysia di persada antarabangsa. Ringkasnya, anggota masyarakat yang
harmoni, mempunyai jati diri dan semangat cinta akan negara dapat dilahirkan melalui kehidupan
berjiran.

Dari sudut yang berbeza, hidup berjiran yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia
yang berbilang kaum juga penting sebagai produk pelancongan. Sesungguhnya, kedatangan pelancong
asing ke negara ini banyak disebabkan kehidupan masyarakat Malaysia yang unik, mempunyai
pelbagai seni budaya yang menarik dan hidup secara harmoni dalam komuniti kejiranan.
Sesungguhnya, perpaduan masyarakat banyak membantu menarik kehadiran pelancong terutamanya
ketika musim perayaan besar dan mampu memikat hati barisan pemimpin dunia untuk mempelajari
formula Malaysia dalam mengekalkan perpaduan antara rakyat seperti yang diutarakan Mantan
Timbalan Perdana Menteri Britain, John Presscott suatu ketika dahulu. Sebagai contohnya, pada
sambutan Hari Kemerdekaan, Majlis Rumah Terbuka dan sambutan pesta-pesta tertentu menampilkan
perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara kita yang amat disukai oleh para pelancong asing
tersebut . Selain di kawasan bandar, produk pelancongan seperti Program ’Homestay’ atau Inap Desa
di kawasan luar bandar juga dapat menunjukkan kemaslahatan hidup berjiran dalam kalangan
12
masyarakatnya. Secara implisitnya, ekonomi negara yang memberangsangkan akan dapat dicapai oleh
Malaysia. Pendek kata, kehidupan berjiran dalam kalangan masyarakat Malaysia sangat berfaedah
dalam industri pelancongan negara.

Kalau ditelusuri dari sudut yang lain, hidup berjiran dalam kalangan masyarakat akan
membawa impak positif kepada masyarakat konvensional itu sendiri iaitu kesedaran hidup berjiran
mampu membawa kepada jaminan keselamatan penduduk setempat. Hal ini kerana dengan wujudnya
Rukun Tetangga yang terdiri daripada ahli-ahli masyarakat di kawasan kejiranan itu sendiri, mereka
akan menjalankan rondaan pada waktu malam secara berkumpulan bagi memastikan kawasan
perumahan mereka berada dalam keadaan selamat sejahtera. Program ini juga mampu membantu
pihak polis dalam usaha untuk mengurangkan kegiatan jenayah yang biasa berlaku di kawasan
perumahan seperti pecah masuk rumah. Jika perkara ini tidak ditegah secara serius, dikhuatiri akan
membawa kepada banyak implikasi seperti harta benda dirompak dan yang paling memilukan jika
membawa maut kepada ahli rumah yang menjadi mangsa keadaan dalam kegiatan kebejatan moral ini.
Maka, apabila terlaksananya program sebegini yang melibatkan semua pihak, purata kes jenayah
dalam negara akan berkurangan dari semasa ke semasa. Secara tidak langsung, nama Malaysia juga
harum di segenap seantero mayapada dek kerana Malaysia merupakan antara negara paling selamat
untuk didiami di dunia hasil daripada kajian yang dilakukan oleh “The World Justice Project” yang
bertempat di New York, Amerika Syarikat. Hal ini sama dengan cogan kata “jiran sepakat membawa
berkat”. Tegasnya, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat mampu menjana kawasan
perumahan yang harmoni dan aman.

Secara intihanya, sudah terang lagi bersuluh bahawa kehidupan berjiran merupakan sebahagian
daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat di Malaysia yang signifikan. Amalan yang murni ini
menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia.
Oleh itu, semua rakyat Malaysia perlu bangkit dan lari daripada kealpaan tentang mengamalkan
kehidupan berjiran ini. Rakyat Malaysia tidak seharusnya mempunyai sikap evasif dan bernafsi-nafsi
bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing malah perlu berganding bahu ibarat berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing dalam usaha untuk menjayakan amalan kejiranan ini. Diharapkan
agar komitmen padu daripada semua pihak ini dapat memupuk dan meningkatkan lagi semangat
perpaduan dan bekerjasama dalam sanubari setiap rakyat Malaysia yang sangat dituntut untuk
mengekalkan keamanan yang telah dikecapi. Semoga aspirasi Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 akan tercapai jua dengan
terzahirnya permuafakatan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa. Ingatlah bahawa rakyat bersatu,
negara maju!

3. Langkah-langkah mengatasi kemalangan jalan raya di negara kita.

Dalam meniti arus pemodenan, isu kemalangan jalan raya yang semakin meruncing sering
sahaja menjadi fokus perbincangan dan mauduk utama pada dada-dada akhbar tempatan di Malaysia.
Fenomena ini kian berada pada zon kritikal dan secara tidak langsung menggusarkan fikiran
masyarakat. Senario yang menggemparkan ini tidak wajar dibiar secara berterusan. Justeru, sebelum
nasi sudah menjadi bubur, usaha-usaha pragmatik perlu diimplimentasikan oleh masyarakat bagi
mengatasi masalah ini daripada terus menular.

Usaha primer dalam mengurangkan angka kemalangan jalan raya ialah dengan memperbaiki
disiplin pemandu itu sendiri. Peratusan tinggi kemalangan dikatakan berpunca daripada sikap

13
pemandu yang dikatakan cuai ketika berada di atas jalan raya. Sebagai contohnya, majoriti pemandu
masih menggunakan telefon bimbit ketika memandu di mana secara tidak langsung menjadi punca
mereka kehilangan fokus dan berisiko tinggi untuk terlibat dalam kemalangan jalan raya. Oleh itu,
kesedaran tentang kepentingan mengikuti peraturan jalan raya perlu hadir dalam diri setiap masyarakat
kerana tanpa kesedaran dalam diri, peraturan yang digubal kerajaan bagai hujan jatuh ke pasir sahaja.
Setiap masyarakat wajar mendisiplinkan diri ketika berada di atas jalan raya bagi menjamin
keselamatan bersama dengan mengikuti undang-undang di jalan raya.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Anak-anak diumpamakan seperti kain putih, ibu bapa yang perlu mencorakkannya. Oleh itu, dalam
konteks ini, ibu bapa perlu menjadi ‘role model’ kepada anak-anak. Ibu bapa sewajarnya mematuhi
undang-undang ketika berada di atas jalan raya agar dapat dicontohi oleh anak-anak kelak mereka
dewasa. Penerapan nilai-nilai murni serta kesedaran mengenai kepentingan mematuhi keselamatan
jalan raya ini dapat disemai dalam jiwa anak-anak melalui pelbagai kaedah. Sebagai contohnya, ibu
bapa perlulah sentiasa bertolak ansur ketika berada di jalan raya yang sesak. Sekiranya anak-anak
melihat ibu bapa mereka memotong barisan kereta dengan menggunakan lorong kecemasan, secara
tidak langsung persepsi mereka akan berubah kepada negatif. Oleh hal yang demikian, sudah terang
lagi bersuluh, ibu bapa memainkan peranan yanag sangat penting dalam usaha mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya ini. Pendedahan awal kepada anak-anak amat vital kerana pada ketika inilah
mereka mudah dibentuk mengikut acuan yang sebenar. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah
daripada rebungnya.

Usaha seterusnya dalam menangani isu yang kian membarah ini sudah tentulah melalui
penganjuran kempen-kempen kesedaran dalam hal yang berkaitan keselamatan jalan raya. Modus
operandi utama kempen ini dijalankan adalah untuk menimbulkan nilai moral dan sivik serta
menyuntik etika ketika berada di atas jalan raya dalam kalangan masyarakat. Prakarsa ini dapat
dijalankan dalam semua peringkat meliputi sekolah, negeri, mahupun di peringkat kebangsaan.
Kempen ini tidak tertumpu kepada badan kerajaan sahaja, masyarakat setempat atau pihak swasta turut
boleh berganding bahu menjalankan tanggungjawab sosial mereka dalam menyampaikan kempen-
kempen tersebut melalui media massa seperti televisyen, radio, akhbar mahupun medium internet.
Kempen-kempen yang dijalankan ini perlulah dibuat secara berterusan dan bukannya sekadar hangat-
hangat tahi ayam ataupun melepaskan batuk di tangga. Secara tidak langsung, masyarakat akan
menyedari bahawa pihak kerajaan mahupun penganjur kempen kesedaran ini bersungguh-sungguh dan
bertegas dalam usaha mengurangkan isu kecelakaan jalan raya.

Usaha lain yang boleh diimplikasikan ialah masyarakat memainkan peranan melakukan aduan
secara atas talian mahupun bertulis mengenai isu-isu keselamatan jalan raya kepada pihak
bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya. Misalnya, mengenai struktur jalan raya. Jalan raya
yang tidak diselenggara dengan baik sudah pasti mendatangkan bahaya kepada para pemandu dan juga
penunggang motosikal. Bukan itu sahaja, keadaan jalan raya yang gelap tanpa sinaran cahaya lampu
turut berisiko kepada pengguna jalan raya terutamanya pada waktu malam. Sebagai misalannya, kereta
yang dipandu laju di lebuh raya akan serta merta mengelak jalan yang berlubang tanpa melihat cermin
pandang sisi. Keadaan ini memungkinkan kemalangan berlaku sekiranya kenderaan di belakang
mengikut terlalu dekat. Perkara sebeginilah yang perlu dielakkan dalam usaha mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya seperti peribahasa sediakan payung sebelum hujan. Masyarakat sewajarnya
memberi kerjasama dengan melaporkan setiap isu yang berisiko mengundang kemalangan jalan raya
untuk menjamin keselamatan bersama.

14
Intihanya, masyarakat perlulah berganding bahu bagai aur dengan tebing supaya setiap usaha
yang diambil mendatangkan kesan yang positif dan efektif secara majoriti kepada masyarakat.
Sekiranya segala usaha telah diambil dan dijalankan dengan sewajarnya, tidak mustahil kita dapat
melihat negara yang dicintai ini berkembang dengan pesat menuju ke arah status negara maju seperti
peribahasa duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain. Sehubungan
dengan itu, semua pihak perlu bekerjasama menggembleng tenaga bagi mengatasi masalah ini secara
total. Ingatlah, “pandu cermat, jiwa selama

15

Anda mungkin juga menyukai