Anda di halaman 1dari 4

KAUNSELING SILANG BUDAYA

(KSL 6143)

TAJUK TUGASAN :
STEREOTAIP, PREJUDIS DAN DISKRIMINASI
DALAM DIRI ANDA

DISEDIAKAN UNTUK :
DR MOHD AHSANI BIN A.MALEK

KUMPULAN :
G4

DISEDIAKAN OLEH :
NAMA PELAJAR NO MATRIK
1 MUHAMMAD ILHAM BIN AHMAD RASHIDI I19103764
(Sila tuliskan cerita atau perkara berkaitan stereotaip, prejudis dan diskriminasi yang ada
dalam diri anda)

Stereotaip

Stereotaip merupakan kenyataan umum atau pun satu tanggapan yang ditetapkan
terhadap satu pihak yang mana tanggapan tersebut mungkin mempunyai pandangan yang
negatif mahupun positif. Selalunya stereotaip ini akan dikaitkan dengan perkara-perkara atau pun
pandangan yang negatif terhadap sesetengah jenis orang.

Boleh dikatakan diri saya agak mempunyai beberapa stereotaip yang negatif terhadap
sesetengah orang. Antara stereotaip yang sering kali saya lakukan adalah bila mana saya
memandu di jalan raya atau dimana-mana sahaja, sekiranya saya ternampak atau saya
berhadapan dengan pemandu lain yang memandu secara perlahan atau pun pemandu tersebut
melakukan kesalahan jalan raya misalnya seperti tidak memberikan ‘Signal’ ketika membelok,
memandu perlahan di lorong memecut dan sebagainya maka saya akan mempunyai stereotaip
ataupun tanggapan yang negatif yang mana saya akan mengatakan bahawa pemandu tersebut
semestinya adalah seorang wanita. Jadi itu merupakan antara stereotaip yang sering kali saya
lakukan dan stereotaip tersebut telah pun menjadi kebiasaan dalam diri saya setelah sekian lama
saya mempunyai tanggapan negatif tersebut walaupun saya tahu tanggapan negatif tersebut
adalah sesuatu yang tidak baik dan tidak sihat bagi pemikiran saya.

Selain dari itu juga, dahulu saya mempunyai satu stereotaip negatif terhadap golongan
wanita. Tetapi pandangan negatif atau pandangan buruk ini telah pun lama saya buang dari diri
saya. Streotaip negatif ini berlaku ketika saya di peringkat sekolah dimana saya mempunyai
tanggapan buruk terhadap wanita yang mana saya beranggapan bahawa wanita hanya sesuai
untuk berada di dapur. Disini saya beranggapan bahawa semua kerja di dapur ataupun semua
perkara yang melibatkan dapur seperti memasak, mengemas, mencuci pinggan dan sebagainya
hanyalah layak dan sesuai untuk dilakukan oleh golongan wanita sahaja. Tetapi ketika saya
sudah membesar lama-kelamaan stereotaip buruk tersebut sudah pun saya buang kerana saya
merasakan bahawa kerja-kerja dapur ini bukanlah hanya tertakluk kepada golongan wanita
sahaja tetapi golongan lelaki juga perlu membantu dan golongan lelaki juga perlu juga
menguruskan kerja-kerja yang melibatkan di dapur bagi meringankan beban golongan wanita
yang ada.
Prejudis

Prejudis ini pula adalah merupakan tanggapan yang selalunya berunsurkan negatif
terhadap sesuatu kumpulan manusia, ras ataupun terhadap sesuatu etnik yang berlainan dari
sendiri yang mana tanggapan negatif tersebut selalunya berlandaskan yang tidak rasional malah
prejudis ini boleh terjadi dalam pelbagai bentuk.

Antara prejudis ataupun tanggapan negatif yang ada pada diri saya terhadap sesuatu ras
ataupun etnik adalah saya sering mempunyai tanggapan negatif terhadap kaum India. Prejudis
buruk terhadap golongan India ini sering kali terjadi bila mana saya berhadapan dengan mereka.
Misalnya sekiranya saya ternampak satu atau dua orang lelaki India berjalan dan sebagainya
maka saya akan beranggapan buruk dan saya akan mengatakan bahawa mereka ini cuba atau
mungkin berniat melakukan perkara jahat seperti mencuri, merompak dan sebagainya. Selain
dari itu juga, sekiranya saya terserempak dengan golongan India ini di kedai makan dan
sebagainya maka saya akan lebih berhati-hati dengan beranggapan bahawa mereka ini ingin
melakukan perkara jahat seperti mencuri barangan peribadi saya dan sebagainya. Walakin
begitu, prejudis negatif atau anggapan buruk tersebut hanyalah terhadap golongan India yang
tidak saya kenali tetapi tidak kepada kawan-kawan India saya yang saya kenali.

Selain dari itu juga, saya juga mempunyai satu tanggapan buruk ataupun prejudis negatif
terhadap satu etnik di Malaysia ini. Prejudis negatif tersebut hanyalah terhadap etnik Kelantan.
Saya mempunyai beberapa tanggapan buruk terhadap etnik ini dimana saya sering beranggapan
bahawa etnik ini atau golongan yang berasal dari Kelantan ini adalah orang yang agak pengotor.
Mungkin ini disebabkan pengalaman lampau saya ketika saya belajar di peringkat Diploma
dahulu dimana saya pernah berkawan dan menetap sebilik dengan kawan-kawan yang berasal
dari Kelantan dan mereka agak sedikit pengotor dan tidak menitikberatkan mengenai kebersihan
malah di media sosial juga sering kali menceritakan keburukkan golongan yang berasal dari
Kelantan ini dan mungkin inilah yang menjadi punca mengapa saya mempunyai tanggapan buruk
ataupun prejudis negatif terhadap etnik ini.

Walau bagaimanapun saya sedang berusaha untuk membuang prejudis negatif ini
terhadap dua golongan ini kerana saya tahu tidak semua orang bersikap demikian kerana perkara
yang tidak bermoral yang dilakukan oleh seseorang itu adalah disebabkan diri individu itu sendiri
bukanlah kerana etinik mahupun disebabkan kaum tersebut.
Diskriminasi

Diskriminasi adalah merujuk kepada layanan buruk ataupun sesuatu layanan yang tidak
adil terhadap individu tersebut, selalunya layanan tidak adil ini terjadi disebabkan kerana
berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu terbabit. Selalunya diskriminasi ini terjadi
disebabkan oleh pemikiran ataupun kecenderungan untuk membeza-bezakan manusia.

Secara jujurnya saya tidak mempunyai pengalaman mengenai diskriminasi ini dalam
hidup saya kerana saya hanya sering mempunyai tanggapan buruk terhadap prejudis dan
stereotaip sahaja. Tetapi apa yang boleh saya ceritakan mengenai diskriminasi ini yang berlaku
dalam negara Malaysia kita sendiri yang mana sering saya dengar luahan ini dalam media sosial
dan sebagainya adalah diskriminasi golongan Cina terhadap individu yang berbangsa Melayu
ketika bekerja. Sering kali saya mendengar dan membaca luahan individu yang berbangsa
Melayu adalah bila mana mereka memohon sesuatu pekerjaan, kebanyakkan majikan yang
berbangsa Cina akan lebih mengutamakan individu yang sama bangsa dengan mereka. Bagi
inidividu yang boleh ataupun mahir berbahasa Mandarin mungkin menjadi keutamaan
berbanding dengan individu lain yang tidak mahir berbahasa Mandarin misalnya.

Jadi bagi saya ini merupakan diskriminasi yang sering terjadi dan masih lagi terjadi dalam
negara kita sendiri di Malaysia dan bagi saya ia adalah sesuatu yang tidak wajar berlaku dalam
negara kita kerana negara Malaysia itu sendiri adalah negara yang mempunyai masyarakat
majmuk yang berbeza bangsa, agama dan sebagainya. Walaupun ini bukanlah diskriminasi yang
terdapat dalam diri saya tetapi bagi saya ia masih perkara yang tidak patut terjadi kepada mana-
mana individu di negara ini.

Anda mungkin juga menyukai