Anda di halaman 1dari 4

Mukadimah

Mengapakah eksekutif korporat negara kita sentiasa memakai kasut kulit hitam yang
bertali? Kisahnya bermula di sebuah sekolah di England. Sekolah itu menerima
kedatangan seorang guru lelaki baru. Beliau ditugaskan menjadi guru kelas yang
dianggap sederhana dan lemah. Semenjak beliau menjadi guru kelas itu, prestasi
murid-muridnya naik mendadak dan tingkah laku mereka juga bertambah baik.
Perkara itu membingungkan guru besar sekolah itu. Beliau memerhatikan cara-cara
guru itu mengajar dan didapati cara-caranya sama seperti guru lain. Lama-kelamaan,
barulah guru besar itu sedar bahawa kasut guru itu berbeza daripada kasut guru-
guru lain. Rupa-rupanya, murid-murid dalam kelas itu bertindak balas kepada kasut
guru-guru mereka! Kasut si guru membuat mereka lebih rajin belajar dan
berperangai lebih baik. Semenjak kejadian itu dilaporkan, pakar-pakar psikologi
telah membuat banyak ujikaji untuk mengetahui tindak balas manusia terhadap
pakaian dan penampilan. Hasilnya, pada hari ini, sudah disahkan bahawa pakaian
seseorang boleh meningkatkan dan menjatuhkan daya pengaruh si pemakainya.

Apakah maksud keterampilan diri?

Keterampilan diri adalah cara kita melihat diri sendiri. Ini termasuklah:

 Kepercayaan
 Pemikiran
 Perasaan

Ini adalah cara bagaimana kita berhubung dengan diri sendiri dan orang lain.

Komponen keterampilan diri termasuk:

 Penampilan secara fizikal


 Pandangan anda terhadap diri sendiri dan pandangan orang lain terhadap diri
anda
 Perasaan harga diri dan keyakinan diri

Mengapa anda perlu mempunyai keterampilan diri yang positif?

Keterampilan diri yang positif membolehkan anda:

 Mengenal dan menerima bentuk tubuh anda


 Mempunyai harga diri
 Berkeyakinan diri
Semasa orang mula-mula melihat kita, atau sewaktu kita mula diperkenalkan kepada
orang itu, dia tidak tahu apa-apa berkenaan diri kita. Bagaimana seseorang itu nak
tahu sama ada kita ini jujur atau baik? Baik secara positif, mahupun secara negatif,
keterampilan kita memainkan peranan pentng di dalam kepimpinan dan pergaulan.
Keterampilan yang baik dapat mempercepatkan terbinanya rasa rapat dan akrab
dalam hati orang lain terhadap diri kita. Berkat keterampilan kita yang baik, orang-
orang lain di sekeliling kita akan berasa selesa dan seronok dengan kehadiran kita.
Akibatnya, komunikasi dan hubungan kita akan menjadi lebih mudah, lancar dan
berkesan. Sebaliknya, keterampilan yang tidak baik, menimbulkan kesan negatif
kepada komunikasi dan hubungan peribadi.

Walaupun ada yang berkata, “Don’t judge the book by its cover”, jangan menilai buku
mengikut kulitnya, tetapi itulah yang sebenarnya terjadi. Kita lekas tertarik kepada
buku kerana kulitnya. Demikian juga halnya dengan manusia. Sikap kita sangat
dipengaruhi oleh keterampilan seseorang. Apabila keterampilan orang lain itu baik,
kita cenderung percaya bahawa peribadi orang itu pun baik juga. Walaupun, hal itu
tidak sentiasa benar, tetapi itu kebiasaannya.

Bagaimana anda tahu jika anda tidak mempunyai keterampilan diri?

Tanpa keterampilan diri yang baik, anda akan menjadi:

 Malu pada diri anda sendiri


 Lebih bergantung kepada ibu bapa anda
 Tidak suka berkawan
 Takut untuk menjalinkan hubungan
 Suka merendahkan diri anda sendiri
 Merosakkan diri sendiri. Contoh: merokok, mengambil ubat dan mengurangkan
pengambilan makanan dengan melampau

Kata orang, “The first impression lasts forever”, kesan pertama adalah kesan abadi.
Kali pertama orang memandang diri kita, mereka terus mendapat kesan pertama.
Kesan itu datang daripada rupa paras, susuk badan, pakaian, barang-barang yang kita
pakai, suara, cara bercakap, pandangan mata, air mata, sikap tubuh kita dan lain-lain
faktor yang ada pada diri kita.

Kesan pertama keterampilan kita yang positif dapat mencipta asas hubungan
peribadi yang positif, oleh itu komunikasi yang positif. Begitu juga halnya dengan
kesan pertama yang negatif. Kesan kerteraplilan kita yang pertama selalu akan kekal
sampai bila-bila kerana orang tidak suka mengubah kesan pertama yang mereka
alami. Kalau dari mula kita tidak suka orang itu kerana keterampilan yang buruk, kita
cenderung untuk tidak suka orang itu sampai bila-bila. Meskipun keterampilan kita
seperti pakaian dan cara bercakap buka perkara yang amat penting, tetapi perkara-
perkara itu mempengaruhi persepsi orang kepada kita.

Apa akan jadi jika anda tidak berbuat apa-apa mengenai perkara ini?

Tidak berbuat apa-apa akan:

 Memberi kesan ke atas harga diri dan keyakinan diri


 Merosakkan hubungan sosial anda
 Menjadikan anda sedih
 Menjurus ke arah kegagalan anda sebagai orang dewasa

Orang-orang yang berketerampilan lebih dihormati dan diberi layanan yang jujur. Di
dalam satu ujikaji, para penyelidik meletakkan sekeping wang di dalam pondok
telefon awam. Apabila ada orang masuk ke dalam pondok itu dan mengambil wang
tersebut, seorang penyelidik akan pergi tanya kepada orang itu sama ada dia ada
melihat wangnya yang tertinggal di situ. Si penyelidik akan bertukar karekternya
setiap kali. Sekali dia memakai kot, bertali leher, dan berbudi bahasa. Sekali lagi
dia memakai pakaian yang tidak kemas, kotor, dan kasar. Kajian ini mendapati
apabila si penyelidik memakai kot dan bertali leher, dua kali lebih ramai orang akan
memberikan wang itu kepadanya dibandingkan dengan dia memakai pakaian yang
tidak kemas.

Bagaimana cara anda ingin mempertingkatkannya?

Lakukan yang berikut:

 Buatkan senarai perkara-perkara yang anda suka dan tidak suka berkenaan
dengan diri anda
 Memperkasakan perkara yang anda lebih suka dan perbaiki perkara yang anda
tidak suka
 Jadikan anda berfikiran positif
 Amalkan cara hidup sihat
 Terima kritikan sebagai komen berguna
Di manakah anda perlu mendapat pertolongan?

Anda boleh mendapat nasihat daripada:

 Ibu bapa anda


 Ahli keluarga yang boleh dipercayai
 Guru Kaunselor
 Guru Agama

ATAU

Dapatkan bantuan pakar daripada:

 Pakar Psikologi
 Pakar Psikiatri (perubatan jiwa)

Anda mungkin juga menyukai