Anda di halaman 1dari 6

1

REFLECTION :

PSYCHOANALYSIS & ADLERIAN THERAPHY

HAMIDAH BINTI RAZALI

FACULTY OF PSYCHOLOGY AND EDUCATION

PD6303

TEORI KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI UNTUK PENYALAHGUNAAN DADAH

DR PATRICIA JOSEPH KIMONG

17TH OCTOBER 2022


2

REFLEKSI DIRI PSYCHOANALYSIS

Mempelajari dan memahami teori psycoanalisis yang dipelopori oleh Sigmund Freud

saya melihat beberapa perkara yang dapat dikenalpasti dalam membantu seorang kaunselor

untuk membantu klien. Meletakkan diri sebagai salah seorang kaunselor pelatih yang

menggunakan teori psikoanalisis dalam membantu klien, saya cuba menggunakan teori ini dalam

kerangka pemulihan untuk mengetahui adakah teori ini bersesuaian untuk situasi yang saya

hadapi agar saya dapat melihat dengan lebih jelas.

Penjelasan Freud berkaitan manusia dilahirkan dengan dorongan naluri dalaman yang

bersifat biologi atau kebinatangan. Naluri dibahagikan kepada dua iaitu naluri hidup (seksual)

dan naluri mati (penggalak agresif) dan dua naluri ini menjadi penyebab utama tingkahlaku

manusia. Menyentuh kepada struktur personaliti manusia saya bersetuju dengan Freud bahawa

manusia itu dipisahkan oleh tiga sistem yang berbeza iaitu id, ego dan superego. Saya melihat

perkara ini banyak mempengaruhi perbuatan saya seharian di mana saya akan mendapati bahawa

id saya akan dihalang oleh ego dan seterusnya dineutralkan oleh superego saya. Sebagai contoh

id saya suka untuk memandu kereta secara berbahaya iaitu satu contoh kepuasan dalam diri

untuk menunjukkan kehebatan dan keupayaan saya. Walaubagaimana pun keinginan ini akan

dihalang oleh ego saya iaitu dengan menjelaskan bahawa perbuatan memandu laju adalah salah

dan superego saya akan menyatakan bahawa sekiranya saya melakukan juga perkara tersebut

maka saya berkemungkinan akan mengalami kemalangan dan kecederaan atau disaman pihak

berkuasa.

Dalam konsep kesedaran dalam tingkahlaku manusia, saya juga bersetuju dengan Freud

bahawa manusia itu mempunyai 3 tahap kesedaran iaitu alam sedar, alam separa sedar dan alam

bawah sedar. Tingkah laku saya pada hari ini boleh dikatakan banyak dipengaruhi oleh alam
3

bawah sedar saya iaitu bagaimana saya membangkitkan kenangan lampau dan saya terjemahkan

dalam situasi yang berlawanan dan sebaliknya. Sebagai contoh, ayah saya adalah seorang lelaki

biasa namun penuh dengan kasih sayang dan sangat memahami. Saya melihat bapa saya sebagai

idola dan contoh terbaik dalam kehidupan saya iaitu kebaikan yang ditunjukkan tanpa melihat

jenis kebaikan tersebut. Manakala apabila saya mengimbau semula perkara yang mendukakan

saya atau perkara yang membuatkan saya menjadi trauma seperti saya pernah mengalami

kemalangan disebabkan kecuaian orang lain maka saya cuba untuk menjadi seorang pemandu

yang lebih berhemah.

Begitu juga pada tahap kebimbangan yang dijelaskan oleh Freud, saya melihat diri saya

juga mempunyai kebimbangan berkaitan perasaan, memori silam, pengalaman dan kemahuan.

Saya merasakan saya telah menggunakan mekanisma pembentukan tindak balas (reaction

formation) dalam menjalani kehidupan seharian. Sebagai contoh saya bercita-cita untuk menjadi

pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1995. Usaha

mencapai kecemerlangan ini saya laksanakan dengan melawan kebimbangan neurotik pada diri

saya dan menjadikan kebimbangan moral sebagai pemacu dalam mencapai keinginan saya.

Seandainya saya tidak melaksanakan tindakan pertahanan yang betul maka saya tidak akan dapat

mengatasi kebimbangan yang saya alami sebelum ini.

Adakalanya saya juga menggunakan mekanisma rasionalisasi dalam kehidupan agar

kebimbangan saya sekiranya tidak mendapat apa yang dimahukan akan menjadi kekecewaan

yang mendalam. Sebagai contoh, permohonan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat master

tidak berjaya kerana saya tidak bersedia untuk melanjutkan pelajaran, tiada restu ibu dan hanya

mengikut rakan-rakan semasa membuat permohonan.


4

Dalam pembentukan personaliti saya tidak bersetuju dengan Freud bahawa pembentukan

tingkah laku manusia dipengaruhi oleh kehidupan pada 6 tahun pertama kehidupan. Saya

berpandangan manusia boleh mengubah kehidupan berdasarkan keinginan yang ingin dicapai

dalam kehidupan dan cara bagaimana keinginan itu boleh dicapai. Sebagai contoh, pada awal

kehidupan saya sebagai seorang kanak-kanak saya dibesarkan dalam sebuah keluarga yang

duduk di kampung dan tidak mempunyai kemewahan. Saya tidak melihat kesusahan sebagai

satu halangan untuk saya tidak menjadi cemerlang dan tidak memandang kesusahan hidup

sebagai suatu perkara memalukan. Saya menghargai keindahan hidup pada masa tersebut dan

merindui beberapa perkara yang tidak dapat saya ulangi pada masa sekarang terutama apabila

saya bercerita kepada anak-anak saya.

Justeru, saya berpendapat beberapa pandangan Freud berkaitan kehidupan boleh

digunakan dalam menjalankan sesi kaunseling dan beberapa lagi kurang sesuai digunakan.

Namun begitu, ianya bukan menjadi rujukan kepada orang lain bagi menggunakan pandangan

Freud ini kerana setiap dari kita menjalani kisah dan jalan hidup yang berbeza.
5

REFLEKSI DIRI ADLERIAN THERAPY

Setelah mempelajari teori yang dibangunkan oleh Alfred Adler saya merasakan bahawa

saya mempunyai persamaan dan pandangan yang sama dengan Adler dalam memahami manusia

dan bagaimana manusia boleh berubah. Teori Adler dalam memahami tingkah laku manusia dan

perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik dipengaruhi oleh faktor yang memotivasikan diri

manusia untuk berubah. Secara peribadi, saya juga melihat perkara ini dalam kehidupan saya

iaitu kesusahan yang dialami oleh keluarga saya semasa saya kecil memotivasikan saya untuk

mencipta kejayaan sekaligus mengharumkan nama ibu bapa saya. Kesusahan tidak menjadi

penghalang untuk saya mencapai kejayaan serta mencari pelajaran kerana saya mempunyai

matlamat yang jelas dalam kehidupan.

Begitu juga apabila saya mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran dalam

peringkat master. Saya mempunyai matlamat jelas mengapa saya memilih jurusan ini dan ada

sebab utama yang memotivasikan saya untuk mendalami bidang ini. Saya merasakan satu

tanggungjawab untuk membantu masyarakat di luar sana terutama anak-anak muda dari terjebak

dan membantu mereka untuk pulih dari ketagihan dadah yang dialami.

Teori Adler berkaitan sifat semula jadi manusia, Adler menjelaskan bahawa manusia

dimotivasikan oleh kehidupan awal zaman kanak-kanak iaitu bermula pada awal usia 6 tahun

dan pembentukan diri manusia adalah refleksi dari keluarga dia dibesarkan. Saya bersetuju

dengan pendapat beliau kerana pembesaran saya juga banyak dipengaruhi oleh keluarga saya

dalam bentuk tradisional. Pendapat beliau bahawa rendah diri (inferiority complex) adalah

normal juga adalah benar dan menjadi sumber memotivasikan diri. Dalam hal ini saya

berpendapat sifat keunggulan (superiority) juga boleh menjadi motivasi dalam diri manusia di
6

mana kita melawan rasa keunggulan diri dengan mencabar diri untuk menjadi yang lebih baik.

Sebagai contoh, saya telah menjawat jawatan yang lebih baik dan mempunyai kehidupan yang

baik. Kehidupan saya adalah tenang, maka saya mencabar diri saya untuk melakukan sesuatu

diluar kebiasaan supaya saya mencapai satu lagi tahap tinggi dalam kehidupan.

Dalam menganalisis personaliti berdasarkan susunan kelahiran, saya merupakan anak

ketiga di dalam keluarga saya dan merupakan anak perempuan tunggal. Saya merasakan

gabungan antara anak ketiga dan perempuan tunggal membentuk diri saya pada hari ini.

Gabungan ini membentuk keperibadian yang kukuh dalam diri saya dimana saya menjadi

seorang yang kuat, berdikari dan keras kepala.

Saya melihat manusia sebagai makhluk yang unik dan mempunyai tujuan tersendiri di

dalam kehidupan. Minat dan keinginan manusia juga adalah tidak sama dan tidak boleh dilihat

secara satu sudut sahaja. Seandainya kita tidak bersetuju dengan pandangan atau pendapat orang

lain, maka kita perlu meraikan pendapat mereka sesuai dengan situasi yang dialami dan

pengalaman hidup mereka. Matlamat dalam kehidupan manusia adalah jelas dan menjadi

penggerak utama perubahan dalam diri manusia. Sebagai contoh, kehidupan saya pada hari ini

adalah disebabkan oleh keinginan saya pada masa lalu untuk mengubah nasib keluarga supaya

ibu dan bapa saya tidak merasa susah. Saya meletakkan matlamat untuk menyenangkan keluarga

saya dan berazam agar anak-anak saya tidak mengalami kesusahan saya pada masa lampau.

Selain itu, saya juga merasakan perasaan bertanggungjawab dalam pembentukkan

masyarakat pada hari ini, saya perlu menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat dengan

mengenepikan perbezaan agama, budaya dan kelas sosial. Manusia perlu dilayan sebagai

manusia walau apa status mereka. Saya adalah sebahagian dari masyarakat dan saya perlu

menjadi sebahagian dari mereka.

Anda mungkin juga menyukai