Anda di halaman 1dari 7

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka Surat

1. Pengenalan 2

2. Latar Belakang Klien 2-3

3. Latar Belakang Teori 3

4. Mengaplikasikan Teori 4
Kepada Klien

5. Isu dan Trenda 4-5

6. Rumusan 5

7. Penghargaan 6

8. Rujukan 7

1
PENGENALAN

Personaliti membawa makna sahsiah, keperibadian atau perwatakan. Perkataan


personaliti itu sendiri berasal dari perkataan Latin iaitu persona yang bermaksud topeng
muka yang dipakai oleh pelakon dari Yunani untuk mewakili sesuatu perwatakan di atas
pentas. Secara mendalamnya topeng muka tersebut ditafsirkan sebagai manusia kita hanya
ingin menonjolkan perilaku yang baik sahaja dan menyembunyikan yang buruk. Menurut
Gordon Allport (1961) beliau menjelaskan personaliti sebagai organisasi sistem psikologikal
yang dinamik di dalam jiwa individu. Sistem ini akan menentukan ciri-ciri tingkah laku dan
penyesuaiannya dengan alam persekitarannya. Menurut Gagne dan Berliner (1984) mereka
berpendapat bahawa personaliti merangkumi segala aspek tingkah laku manusia kerana ia
merupakan intergrasi trait-trait, keupayaan, motif, sikap, kepercayaan, pendapat, pemikiran
kognitif, ciri-ciri dan emosi seseorang. Dalam arus perdana masyarakat kini, menubuhkan
dan membangunkan masyarakat sejahtera adalah merupakan persoalan yang amat penting
untuk diwancanakan secara serius. Sebilangan penduduk di Malaysia mempunyai tingkah
laku yang negatif dan semakin meningkat dari masa ke masa. Hal ini kebiasaannya adalah
disebabkan oleh emosi yang tidak begitu stabil.Tingkah laku negatif selalunya dipengaruhi
oleh keadaan persekitaran rumah seperti tidak dapat perhatian dan kasih sayang daripada
ibu bapa. Selain itu juga persekitaran sekolah yang mementingkan peperiksaan yang mana
akan menyebabkan murid-murid khasnya dari golongan remaja akan berasa tertekan dan
menunjukkan tingkah laku negatif serta strategi pembelajaran dan pengajaran yang
membosankan dan tidak menarik. Oleh yang demikian mereka akan berasa tertekan dan
stress lalu mengambil langkah mudah iaitu dengan membunuh diri. Namun tingkah laku
negatif ini dapat diatasi dan secara tidak langsung mensejahterakan kehidupan insan.

LATAR BELAKANG KLIEN

Klien saya merupakan seorang murid lelaki yang berusia 12 tahun yang bersekolah
di Sekolah Kebangsaan Sering di Bachok, Kelantan. Nama samaran bagi klien ini ialah Lip .
Identiti atau nama sebenar klien ini dirahsiakan kerana dia meminta saya agar merahsiakan
namanya. Klien ini dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian pada
tahun 2008. Dia juga merupakan anak kedua daripada tiga adik beradik. Klien saya datang
dari keluarga yang serba kekurangan ataupun dikategorikan sebagai keluarga miskin. Ibu
klien bekerja sebagai seorang penjahit manakala bapanya bekerja sebagai seorang buruh.
Pendapatan bulanan keluarga klien ialah sebayak RM1300 sebulan. Ibu dan bapa klien

2
terpaksa bekerja lebih masa demi untuk menyara klien dan adik beradiknya yang masih
bersekolah. Berdasarkan pemerhatian saya masalah klien ialah dia suka memberontak dan
gemar untuk menggunakan perkataan tidak elok semasa bercakap. Oleh kerana ibu dan
bapanya yang terlalu sibuk bekerja demi menyara hidup mereka sehinggakan mereka tiada
masa untuk bersama dengan klien lalu mengakibatkan klien terabai dan bertindak mengikut
kemahuan diri serta pengaruh rakan-rakan. Dia juga selalu melakukan perkara yang tidak
berfaedah seperti lepak dan bergaduh.

LATAR BELAKANG TEORI

Teori yang saya guna untuk menyelesaikan masalah klien saya ialah teori personaliti
Al-Ghazali. Al-Ghazali tidak banyak menggunakan manusia ataupun haiwan sebagai role-
model dalam mengaplikasikan teori yang dicipta oleh beliau.Bagi Al-Ghazali faktor dalaman
yang mempengaruhi personaliti adalah akal yang mana dalam urusan ketuhanan yang
melangkaui batas pemikiran dan akal manusia. Yang kedua ialah nafsu merupakan hakikat
bahawa manusia bergerak dengan kemahuannya dan melakukan perintah Allah. Yang
ketiga ialah hati yang bersifat kerohanian yang bergantung kepada hati jasmani atau akal.
Faktor lain yang mempengaruhi tingkah laku adalah seperti penerimaan orang lain terhadap
diri dan syaitan yang selalu mengajak manusia untuk melakukan maksiat dan mengingkari
perintah Allah.

Buku yang telah ditulis oleh Al-Ghazali iaitu “Ihya’ Ulumuddin” memberitahu tentang
konsep hisbah yang menyamai kaunseling dari sudut perspektif Islam sebagai agama yang
dianuti oleh klien. Konsep ini adalah satu proses di mana kaunselor membantu klien untuk
memahami dirinya sendiri agar lebih menerima dan terbuka serta dapat menerima
pandangan orang lain dan tidak mementingkan diri. Klien akan berubah menjadi lebih baik
untuk menjadi seorang manusia yang matang. Tujuan Al-Ghazali mencipta teori ini adalah
bertujuan untuk megembangkan dan meluaskan lagi personaliti individu itu sendiri untuk
bergerak ke arah yang positif dan menjauhkan diri dari segala perkara yang berunsur
negatif. Klien saya masih lagi berada di sekolah rendah dan boleh juga dikategorikan
sebagai bawah umur. Jadi dia perlu diberi tunjuk ajar dan diberi motivasi tentang perkara
yang baik dan buruk serta padah dan akibat yang akan ditanggung setelah melakukan
sesuatu perkara. Jadi sangatlah rugi jika waktu kanak-kanak dihabiskan dengan bergaduh
daripada membuat kerja rumah dan memfokuskan kepada pembelajaran.

3
MENGAPLIKASIKAN TEORI KEPADA KLIEN

Saya menggunakan teori Al-Ghazali dalam menangani masalah yang dihadapi oleh
klien saya yang mana dia suka untuk menggunakan perkataan-perkataan kesat dan selalu
membuang masa dengan bergaduh. Saya menggunakan kemahiran komunikasi dengan
menasihati klien saya bahawa dia akan mendapat banyak masalah dan keburukan dengan
perangai yang suka bergaduh dan mencarut. Sebagai contoh, dia akan kehilangan ramai
kawan dan ramai orang tidak akan mendekatinya kerana mempunyai perangai yang buruk.
Selain itu, dengan bergaduh juga dia akan mendapat sakit dan malu sekiranya kalah dalam
pergaduhan. Saya menggunakan teknik yang dingunakan oleh Al-Ghazali iaitu beliau
menggunakan AL-Quran sebagai cara pendekatan dengan klien. Saya memberitahu klien
saya bahawa Allah marah kepada sesiapa yang suka untuk menyebut perkataan yang sia-
sia dan menyakiti sesama manusia itu sendiri. Saya juga menasihati klien saya agar selalu
muhasabah diri setiap kali sebelum tidur. Hal ini adalah kerana untuk mengetahui adakah
kita melakukan banyak perkara baik ataupun perkara buruk. Selain itu, saya juga menasihati
klien agar menukarkan perkataan-perkataan kesat kepada perkataan-perkataan yang boleh
mendatangkan kebaikan seperti menukarkan perkataan bodoh kepada istighfar. Selain itu,
saya juga memberi tunjuk ajar kepada klien tentang agama Islam seperti selalu bersedekah
dan mengaji serta selalu bersabar sekiranya sesuatu perkara yang buruk menimpa diri klien.
Oleh yang demikian, secara tidak langsung klien akan mula untuk berubah dari masa ke
masa untuk menjadi insan yang berguna. Jadi jelaslah bahawa di sini Al-Quran merupakan
satu panduan yang sangat berguna untuk mengubah personaliti diri seorang kanak-kanak.

ISU DAN TRENDA

Isu dan trenda yang dapat saya kaitkan dengan maslah klien saya ialah
kelangsangan dan keganasan. Kelangsangan merujuk kepada tindakan yang sengaja
mencederakan orang lain sama ada fizikal mahupun psikologi. Menurut Freud (1956)
kelangsangan adalah tenaga yang dihasilkan dari proses tubuh badan manusia dimana
proses tersebut mesti diluahkan sama ada melalui perdebatan, sukan atau cara yang tidak
dapat diterima seperti pergaduhan. Oleh sebab itu, tingkah laku langsang ini terjadi sebagai
tindak balas kepada perasaan kecewa ataupun terpengaruh langsang daripada orang lain.
Jika kelangsangan klien tidak dapat dibendung, maka klien akan membesar dengan tingkah

4
laku yang buruk dan susah untuk diubah. Ini adalah kerana setiap kata-kata kesat yang
dikeluarkan oleh klien adalah disebabkan oleh hatinya yang marah. Sikap pemarah yang
membara dalam diri klien telah menyebabkan klien bertindak ganas dengan selalu
memberontak, bergaduh dan memukul orang di sekelilingnya. Ini adalah kerana dia selalu
menonton cerita-cerita yang mengandungi unsur-unsur keganasan dan menyebabkan dia
terpengaruh dan mempraktikkan unsur negatif tersebut dengan bergaduh sesama sendiri.
Jadi disebabkan itu, ibu dan bapa perlulah selalu memantau tentang perkara yang anak
lakukan seperti mengenali rakan-rakannya, mengambil berat tentang pelajarannya dan
selalu meluangkan masa untuk anak-anak.

RUMUSAN

Kesimpulannya teori Al-Ghazali menggunakan pendekatan Al-Quran sebagai


panduan untuk menasihati antara satu sama lain berbanding dengan teori Barat yang mana
berdasarkan kehidupan mereka itu sendiri. Personaliti seseorang itu dizahirkan melalui
tingkah laku, perbuatan dan disertakan dengan percakapan. Jika baik semuanya maka
baiklah personaliti seseorang individu itu. Jadi ibu dan bapa perlulah menjadi teladan dan
tauladan yang baik buat anak-anak agar mereka dapat membentuk personaliti yang baik.

5
PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya
menyiapkan kerja kursus dengan jayanya. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh kerana memberi peluang kepada
saya menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti e-
perpustakaan bagi memudahkan saya untuk mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan
dengan tajuk tugasan saya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Nizam yang telah banyak
memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya dari awal lagi sejak
tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya
juga ingin mengucapkan terima kasih kepada encik kerana memberi kepercayaan kepada
saya bagi menjalankan tugasan ini dengan sempurna.

Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan sayadi samping dapat menjadi seorang bakal guru yang
bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu, harapan saya
agar dapat memberi manfaat kepada saya sendiri terutamanya serta kepada pembaca agar
kita sama-sama menjadi pendidik yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan
maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah dalam masyarakat setempat
khususnya.

6
RUJUKAN

https://www.researchgate.net/publication/317087537_PERBANDINGAN_KONSEP_MAN
USIA_ANTARA_CARL_ROGERS_DENGAN_AL_GHAZALI_MENURUT_PERSPEKTIF_
KAUNSELING

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan (Edisi keempat.). Kuala


Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohamad, H. F. (2020, July 10). Berita Harian Online. Had Pendapatan Kemiskinan
Dinaikkan Dari RM980 Kepada RM2,208. Retrieved September 23, 2020, from
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/07/709264/had-pendapatan-
kemiskinan-dinaikkan-dari-rm980-kepada-rm2208

Beck, A. T. (1997). The past and future of cognitive therapy. The Journal of


psychotherapy practice and research, 6(4), 276.

Beck, A. T. (Ed.). (1979). Cognitive therapy of depression. Guilford press.


Kementerian Penerangan Malaysia. (1987). Kenyataan akhbar oleh Y.B. Datuk DR Noor
Hisham Abdullah Ketua Pengarah Kementerian Malaysia. Putrajaya: Kementerian
Kesihatan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai