Anda di halaman 1dari 2

CERPEN AZAM KEMERDEKAAN

Sinopsis

Cerpen ini menceritakan mengenai watak yang dikenali ‘Aku’ telah bermimpi bahawa dia terperangkap di
sebalik dinding-dinding kaca. ‘Aku’ melihat orang ramai berpusu-pusu menuju perkuburan. ‘Aku’ telah
berjihad dan bertekad untuk tidak melakukan perkara-perkara yang mungkar melanggar hukum Agama
Islam kerana sekarang adalah zaman yang sudah dijabkabulkan zaman kemerdekaan. Namun ada
peristiwa aneh telah berlaku iaitu ada di antara mereka yang kelihatan tunduk dan menangis seperti
tidak merestui kedatangan tahun 1984. Ada keluarga yang mempunyai anak seramai tiga belas orang
masih berkemampuan untuk membiayai anak mereka walaupun sumber pendapatan tidak seberapa.
Ada pula yang mempunyai anak satu tetapi sudah diberi pil perancang keluarga. Di zaman kemerdekaan
ini, ramai orang sanggup menerima rasuah untuk meraih kejayaan. ‘Aku’ melihat keluarga yang
dahulunya menjual tanah dan nama kepada bangsa asing untuk kepentingan diri dan sekarang telah
mengalami kesusahan serta tidak mempunyai tanah. ‘Aku’ menasihatkan rakyat yang Cuma tahu
bersenang lenang serta tidak mahu berusaha yang beranggapan bahwa kerajaan telah menyediakan
segala kemudahan. ‘Aku’ begitu marah kepada rakyat anti nasionalisme dan ‘Aku’ rasa tercabar apabila
dikatakan sebagai pengecut. Namun, malangnya ‘Aku’ tidak berupaya untuk menembusi dinding-dinding
kaca untuk mempertahankan hal negara dan dirinya. ‘Aku’ merasa takut anak cucunya dijadikan mangsa
oleh iblis dan syaitan. Akhirnya ‘Aku’ terjaga dari mimpinya apabila terdengar azan bagi solat subuh dan
bermulalah hatinya membara penuh keazaman semangat kemerdekaan.

Peristiwa Penting

1. ‘Aku telah bermimpi bahawa dia terperangkap di sebalik dinding-dinding kaca.


2. ‘Aku’ melihat orang berpusu-pusu menuju perkuburan.
3. Mereka yang dilihat ‘Aku’ itu kelihatan tunduk dan menangis seperti tidak merestui kedatangan
kemerdekaan.
4. ‘Aku’ telah membezakan tentang orang yang mempunyai pebelasan anak yang lagi
berkemampuan untuk membiayai anak mereka daripada keluarga yang mempunyai seoarang
anak tetapi tidak mampu seperti keluarga yang banyak tanggungjawab itu.
5. Pada zaman kemerdekaan, ramai orang sanggup menerima rasuah bagi kepentingan diri sendiri.
6. Orang yang telah mengkhianati bangsa sendiri itu telah mengalami kesusahan dan tidak
mempunyai tanah.
7. ‘Aku’ telah memberikan orang rakyat nasihat
8. ‘Aku’ telah memberikan orang rakyat nasihat ke atas kelakuan mereka yang hanya suka
bersenang lenang dan bersuka ria.
9. ‘Aku’ berasa marah kepada orang-orang anti nasionalisme.
10. ‘Aku’ berasa tercabar apabila dikatakan dia pengecut.
11. Walaupun ‘Aku’ berasa sedemikian, dia tidak dapat menembusi dinding-dinding tersebut untuk
mempertahankan dirinya dan bangsanya.
12. ‘Aku’ merasa takut akan anak-anaknya dan cucu-cicitnya yang mungkin akan menjadi mangsa
oleh iblis dan syaitan.
13. Akhirnya, ‘Aku’ terjaga daripada mimpinya yang aneh, ganjil dan ngeri itu.
14. Dia solat setelah mendengar azan Subuh.
15. Setelah bermimpi tentang kemerdekaan itu, bermulalah hatinya membara penuh dengan
perasaan semangat dan azam kemerdekaan.

Watak dan Perwatakan

1. Aku
Berperanan sebagai watak protagonis
Mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi
Merasa sangat benci akan rakyat anti nasionalisme serta rakyat yang suka sersenang
lenang tanpa berusaha
 Mengalami mimpi buruk iaitu berada dalam satu situasi yang aneh dan ganjil
 Mempunyai semangat kemerdekaan yang berkobar-kobar.
2. Orang Tua
 Berperanan sebagai watak sampingan
 Orang tua ini pernah meminta tolong kepada watak ‘Aku’ untuk mencari anak-anak dan
cucu-cucunya yang telah hilang.
 Telah menjual tanah dan maklumat kepada bangsa asing.
 Pernah menjual nama kerajaan dan kuasanya untuk kepentingan dirinya.

3. Rakyat
 Rakyat adalah watak yang mempunyai pertentangan pendapat dengan ‘aku’
 Rakyat suka hidup bersenang lenang tanpa usaha
 Rakyat berpendapat bahawa segala kemudahan telah disediakan oleh kerajaan
 Rakyat suka bersuka ria dan berpesta
 Rakyat beranggapan bahawa mereka tidak perlu bersusah payah lagi untuk hidup
senang.

5 Perutusan

1. Jika kita terlalu bersenang lenang dan bersuka ria tanpa batas, sudah tentu kehidupan pada
masa hadapan kita akan terlibat kepada keburukkan. Kerana tanpa usaha sendiri, kita tidak
dapat menjanjikan kehidupan yang berjaya.
2. Allah tidak suka hamba-hambaNya berkelakuan atau bersikap malas. Sesungguhnya Allah itu
maha mengetahui dan berkuasa, apabila kita malas, kita akan merugikan diri sendiri dan hidup
kita juga tidak diberikan berkat daripada Allah.
3. Jangan pernah melaksanakan suatu kerja yang salah atau haram, kerana akan tiba masa nanti,
Allah akan menunjukkan kuasanya dan membalasi perbuatan yang salah itu.
4. Jangan suka mementingkan diri sendiri. Allah tidak suka hambaNya yang bersikap angkuh.
Walaupun akan berasa senang pada mulanya, tapi jika suatu itu salah, tidak mustahil bagi Allah
untuk menarik balik kesenangan itu.
5. Kita harus terus berjuang dan sentiasa berusaha untuk negara kita sendiri. Kelakuan seperti ini
patut diajar kepada generasi-generasi baharu supaya mengekalkan lagi kekuatan dan kedaulatan
negara.

Anda mungkin juga menyukai