Anda di halaman 1dari 12

Jerkah Setinggan 72

( A. SAMAD SAID )

Oleh :
Nor Asyiqin bte Samadi
MAKSUD RANGKAP
• Rangkap 1 :
– Penyajak menyatakan kesediaannya untuk bangkit
daripada kesusahan. Penyajak ingin menikmati
kebahagiaan di tanah airnya. Disamping meluahkan
rasa ketidakpuasan hatinya dengan sikap
sesetengah manusia yang dikuasai oleh sifat
cemburu dan suka melemparkan janji-janji kosong.

• Rangkap 2 :
– Penulis menjelaskan bahawa dia tidak mahu
bersubahat dengan orang yang menjadi
pengkhianat negara, sebaliknya dia akan berusaha
sendiri mempersiapkan diri untuk menghadapi
sebarang kemungkinan di kemudian hari.
• Rangkap 3 :
– Penyajak berharap agar generasi akan datang
tetap setia kepada negara dan tidak menjadi
seperti pembelot-pembelot negara yang sanggup
menghina negara sendiri ketika negara sudah
kehabisan sumber semula jadi.

• Rangkap 4 :
– Penyajak berharap agar generasi akan datang terus
menanamkan kesetiaan kepada negara tanpa
perlu berpihak kepada mana-mana pihak.
Sebaliknya , penyajak mehukan kita berdiri atas
kebenaran dan menghindari tabiat suka kutuk-
mengutuk dan fitnah-memfitnah sesama sendiri.
• Rangkap 5 :
– Penyajak berharap agar golongan wartawan elit
yang sering menghebohkan cerita serta berpura-
pura membela nasib rakyat yang kesusahan tidak
lagi mengkhianati negara dan bangsanya.

• Rangkap 6 :
– Penyajak meluahkan rasa bangga walaupun hanya
tinggal di kawasan setinggan dan hidup dalam
serba kekurangan. Namun begitu, semangatnya
tetap kental untuk membela nasib tanah air.

• Rangkap 7 :
– Penyajak berikrar untuk mempertahankan tanah air
walaupun berada dalam kesengsaraan.
TEMA

Sajak ini bertemakan semangat patriotik atau


nasionalisme. Melalui sajak ini penyajak dapat
digambarkan betapa penyajak sangat
sayangkan tanah airnya.
PERSOALAN
• Berikrar akan berusaha sendiri untuk meneruskan
hidup tanpa meminta bantuan daripada mereka
yang hanya tahu memberikan janji palsu.
• Penyajak meluahkan rasa hampanya kepada
sesetengah pihak yang pentingkan diri sendiri
sehingga sanggup menjadi pengkhianat bangsa
dan negara.
• Sikap para wartawan elit yang hanya berpura-
pura membela nasib rakyat sepertinya sehingga
sanggup mereka-reka berita untuk dijual kepada
pihak luar semata-mata untuk mendapatkan
keuntungan diri sendiri daripada pihak tertentu.
MESEJ
• Generasi akan datang memberi taat setia kepada
tanah air , janganlah menjadi pengkhianat tanah
air hanya untuk mencapai tujuan dan
kepentingan diri.
• Sebagai rakyat, kita mesti bertanggungjawab
membela negara dan mempertahankannya
daripada ancaman dan serangan pihak musuh.
• Kita juga mestilah berkorban dan bekerjasama
untuk membangunkan negara.
NILAI
• Rangkap 1 :
– bertekad untuk meneruskan kehidupan dan mencari
kebahagian walaupun diselubungi seribu penderitaan.

• Rangkap 2,
– tidak menyalahkan sesiapa terhadap segala kepayahan
atau kerumitan yang wujud di sekitarnya .(R2:B3-5)

• Rangkap 3,
– kesetiaan terhadap negara. Penyajak berharap terhadap
anak-anak bangsanya .(R3: B1-3)

• Rangkap 6,
– nilai cinta dan setia terhadap negara. Penyajak tetap
megah dengan negaranya walaupun terpaksa menjalani
kehidupan yang penuh derita
LATAR
• Malaysia selepas merdeka :
– Masyarakat yang hidup menderita disebabkan
cengkaman jari-jemari kemiskinan. Pada masa
yang sama, ada juga antara golongan ini yang
terus melayari kehidupan yang bahagia. Ini
disebabkan hidup mereka bukannya berlandaskan
harta atau kedudukan tetapi nilai dan budi.
– Masyarakat yang menumpahkan taat setia yang
tidak berbelah bagi terhadap negara tidak kira
apa sekalipun keadaan hidup mereka di rangkap
7.
– Masyarakat yang hidup dalam ketidakikhlasan dan
kepura-puraan. Sifat golongan wartawan yang
penyajak menggelarkannya ‘jerung’ dalam rangkap 5.
GAYA BAHASA
• Asonansi
– Pengulangan bunyi vokal [i]
• Menternak itik, keli dan angsa
• Aliterasi
– Pengulangan konsonan [s]
• Dari sisa-sisa duka , cebis-cebis nestapa
• Personafikasi
– Pemberian/peletakan sifat manusia kepada
sesuatu yang tidak bernyawa.
• Atau cakap-cakap gunung, isinya lembah
sampah.
• Metafora
– Penggunaan kata-kata yang menerbitkan
makna yang lain daripada makna tersurat, atau
bahasa kiasan.
• aku ingin cuba himpun debu-debu bahagia
dari sisa-sisa duka, cebis-cebis nestapa

• Hiperbola
– Pernyataan yang dibuat secara berlebih-
lebihan dalam usaha untuk menekankan
sesuatu pandangan, idea, atau peristiwa.
• Pembesar suara raksasa untuk melaungkan
NADA & BENTUK
• Nada : Sinis .
Penyajak telah meluahkan rasa tidak puas hati
terhadap sikap sesetengah individu di tanah airnya
yang sanggup menjadi pengkhianat bangsa demi
untuk kepentingan diri sendiri disamping menyindir
sebahagian pemimpin yang hanya tahu menabur janji
palsu kepada rakyat dan sikap segolongan wartawan
yang sanggup mereka-reka dan menjaja cerita yang
tidak baik negara kepada pihak luar semta-mata untuk
mengaut keuntungan.

• Bentuk : Bebas
Ada 7 rangkap. Bilangan baris setiap rangkapnya tidak
seragam

Anda mungkin juga menyukai