Anda di halaman 1dari 3

PUISI MODEN : Sajak Kucari Damai Di Sini

(A. HAMID JEMAIN)

Kucari damai di sini Rangkap 1:


di tanah subur makmur dan Penyajak menyatakan bahawa dia
merdeka mencari kedamaian di negaranya
makmur dan merdeka. Kemerdekaan
yang menyilau dan merdeka antara tersebut dianggap berada antara
realiti dan mimpi kenyataan dengan impian. Hal ini
membebat perasaan kehidupan demikian kerana wujudnya perasaan
tidak puas hati antara rakyat. Namun
dengan sejarah persaudaraan demikian, penyajak menyatakan bahawa
perasaan negatif itu perlu diubati
mengikat naluri kemanusiaan.
dengan bersangka baik iaitu dengan
menjadikan sejarah persaudaraan
sebagai dasar untuk membina rasa
kemanusiaan.
Kucari damai di sini Rangkap 2:
cinta dan jati diri Penyajak menyatakan bahawa kedamain
juga dicari dengan rasa kasih sayang dan
bersemarak di laman sukma dengan kepribadian mulia rakyat
dengan kasih sayang Malaysia. Perasaan kasih mengasihi
perlu dididik dalam diri manusia.
bersemadi di naluri.
Di sini damainya badai Rangkap 3:
Penyajak menyatakan bahawa walaupun
moga gemilang sepanjang zaman negara kita mempunyai masalah, kita
menjadi catatan sejarah kebanggaan masih boleh berdamai dan hidup dengan
aman. Penyajak berharap agar
untuk generasi masa depan. kemerdekaan yang dicapai berkekelan.
Segala masalah perlu diselesaikan
dengan bijaksana supaya kejayaan
(Dipetik daripada antologi Baik tercipta menjadi kebanggaan generasi
Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, akan datang.
Arah Pendidikan Sdn. Bhd.)
Tema sajak:
Penghargaan terhadap kedamaian dan kesejahteraan negara.
Contoh: Rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan aman
damai kerana wujudnya kasih sayang yang ikhlas dan tulen.
Walaupun terdapat masalah yang dihadapi, masalah tersebut
masih dapat diselesaikan. Negara ini menjadi kebanggaan rakyat
hinggalah ke generasi yang akan datang.

Persoalan:
1. Persoalan kedamaian hendaklah diusahakan kerana kedamaian
tidak akan datang dengan sendirinya.
2. Persoalan negara kita ialah negara aman yang aman dan
makmur
3. Kemerdekaan hendaklah diperjuangkan agar beroleh kemajuan.
4. Kedamaian akan wujud dengan adanya nilai kasih sayang.
5. Kemerdekaan negara kita ini akan menjadi kebanggaan generasi
akan datang.

Nilai dan Pengajaran


Nilai Pengajaran
1. Nilai kedamaian Kita hendaklah berusaha untuk
medapatkan dan mengekalkan
kedamaian.
2. Nilai patriotisme Kita hendaklah mencintai
negara yang merdeka ini.
3. Nilai hormat- Kita mestilah saling hormat-
menghormati menghormati dan berkasih
sayang antara satu sama lain.

Bentuk:
1. Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.
2. Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama.
Contohnya,:
• rangkap 1: enam baris;
• rangkap 2: lima baris;
• rangkap 3: empat baris;
3. Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara tiga hingga
lapan patah kata.
Contohnya, dengan sejarah persaudaraan
4. Jumlah suku kata dalam sajak ini antara enam hingga lapan
belas suku kata.
Contohnya, dengan kasih sayang
yang menyilau dan merdeka antara realiti dan mimpi
5. Sajak ini berbentuk bebas.
6. Nada patriotik.

Unsur bunyi:
1. Asonansi.
Contohnya, • bersemarak di laman sukma (perulangan vokal a);
2. Aliterasi.
Contohnya, • mengikat naluri kemanusiaan. (perulangan
konsonan n);

Gaya Bahasa
Gaya Bahasa Contoh
1. Hiperbola membebat perasaan
kehidupan

2. Penggunaan unsur tanah


alam.
3. Repetisi. Kucari damai di sini

Anda mungkin juga menyukai