Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN CONTOH KAEDAH BINGKAI (PBPS,ASBAT, KOS)

TEMA: KEPENTINGAN MENGUASAI PELBAGAI BAHASA


FORMAT : KARANGAN PERBINCANGAN/FAKTA
DOMAIN: PENDIDIKAN

Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh masyarakat untuk berhubung sejak zaman
dahulu lagi. Dalam mendepani era globalisasi ini, kemampuan menguasai dan berkomunikasi
dalam pelbagai bahasa merupakan suatu kelebihan kepada seseorang. (PENYATAAN UMUM )
Lantaran itu, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) misalnya, memberikan peluang kepada  para
pelajar untuk mempelajari lima bahasa antarabangsa iaitu, bahasa Peranchis, Jerman, Jepun,
Cina dan Arab melalui pembelajaran bahasa antarabangsa. (BUKTI)
Persoalannya, apakah kelebihan jika seseorang itu menguasai Bahasa lain selain bahasa ibunda?
(AYAT PERSOALAN) Jika diteliti, banyak kepentingan akan diperoleh oleh seseorang dengan
menguasai pelbagai Bahasa. (TUGASAN SOALAN)
 
Realitinya, salah satu(PW) kelebihan menguasai pelbagai bahasa (AT) ialah seseorang lebih
mudah untuk berhubung atau berkomunikasi dengan orang lain (ISI). Hal ini demikian
kerana(PW) seseorang akan lebih berkeyakinan untuk bersemuka dengan sesiapa sahaja
(SEBAB). Sebagai contoh, dengan menguasai bahasa Inggeris, seseorang boleh memberitahu
tempat-tempat menarik serta keistimewaan yang terdapat di negara kita kepada pelancong asing
yang datang ke negara kita.(HURAIAN-CTH) Faedah daripada itu, para pelancong berasa
rakyat Malaysia lebih peramah. Mereka juga berasa lebih dihargai malah  akan lebih tertarik
untuk berkunjung ke negara kita. KESAN) Jelas bahawa, dengan menguasai pelbagai kita
mudah berkomunikasi dengan lebih berkesan antara satu sama lain.(PENEGASAN)

Selain itu (PW), dengan menguasai pelbagai bahasa seseorang lebih mudah untuk
memperoleh ilmu pengetahuan. (ISI) Hal ini demikian kerana pelbagai ilmu pengetahuan yang
terdapat di dunia ini ditulis dalam pelbagai bahasa, khususnya bahasa Inggeris yang menjadi
bahasa utama dunia. (SEBAB) Sebagai contohnya, golongan pelajar lebih mudah untuk
membuat rujukan dalam pelbagai bahasa sama ada melalui buku-buku atau Internet.
(HURAIAN) Pelbagai ilmu pengetahuan yang diperoleh menyebabkan seseorang itu akan lebih
dihormati, dipandang tinggi serta tidak dianggap bagai katak di bawah tempurung(UBI).
(KESAN) Tegasnya, memiliki kemahiran bahasa lain terutamanya Bahasa Inggeris sama ada
mendengar, bercakap, membaca atau menulis adalah amat perlu bagi membangunkan insan yang
berilmu pengetahuan.(PENEGASAN)

Seterusnya, tidak dapat dinafikan(PW) bahawa dengan menguasai pelbagai Bahasa (AT)
seseorang lebih mudah untuk memperoleh peluang pekerjaan.(ISI) Hal ini disebabkan
penguasaan pelbagai bahasa dan kemahiran berkomunikasi menjadi suatu kriteria dan
pertimbangan utama majikan dalam memilih ciri pekerja yang berkualiti.(SEBAB) Sebagai
contoh, seseorang yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Mandarin
memiliki ciri-ciri pekerja yang digemari dan disukai majikan kerana masyarakat majmuk yang
terdapat di negara kita. (HURAIAN) Maka, mereka juga boleh melebarkan sayap menceburkan
diri dalam pelbagai bidang seperti penterjemahan , bidang kehakiman dan juga sektor
pelancongan. (KESAN) Sudah terang lagi bersuluh (UBI) bahawa dengan menguasai pelbagai
bahasa memudahkan seseorang itu memperoleh peluang pekerjaan. (PENEGASAN)
 Kesimpulannya, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan subjek bahasa
tambahan di peringkat sekolah perlulah dipuji bagi memperkasakan lagi modal insan yang bakal
dilahirkan. (KESIMPULAN)Oleh itu, Semua individu khususnya golongan pelajar perlulah
merebut peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan kerana kemahiran bertutur dalam pelbagai
bahasa akan memberikan nilai tambah (CADANGAN) sekali gus menyediakan masyarakat yang
mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi (UBI) untuk bersaing di peringkat global.
(HARAPAN)

Anda mungkin juga menyukai