Anda di halaman 1dari 4

Sinopsis novel Jalan Menuju Ke Puncak

Bab Satu: Bagaikan Mimpi


Laiman pelajar dari Sabah seakan-akan tidak percaya bahawa dirinya berada
di Sarawak untuk menjalani latihan industri. Bidang yang diambilnya ialah
kejuruteraan. Dia dihantar untuk membuat praktikal di sebuah syarikat minyak.
Semasa menjalani latihan, dia menjalankan tugasnya dengan bersungguh-
sungguh dan penuh minat. Di situ, dia berkawan baik dengan Sukri. Dia
bercerita kepada Sukri bahawa dia akan berehat selepas tamat pengajian
nanti. Jika dia menerima tawaran bekerja dari mana-mana syarikat, dia tidak
akan menerimanya dengan cepat. Sukri hairan memikirkan sikap Laiman.
Kebanyakan pelajar akan memikirkan pekerjaan setelah tamat belajar di
universiti, tetapi Laiman hendak berehat. Laiman teringat akan kawannya yang
bernama Chow Chin. Pemuda itu belajar di universiti hingga tamat pengajian.
Setelah tamat belajar, dia tidak memohon pekerjaan sebaliknya membuka
perniagaan kereta terpakai. Kemudian, dia menjadi ejen import eksport.
Seterusnya, dia mengusahakan hotel. Kini, Chow Chin sudah menjadi jutawan
baharu.
Dalam hidang pekerjaan, Laiman menjadikan Chow Chin sehagai contoh
untuk diteladani. Laiman mengetahui bahawa ada juga pemuda yang gagal
belajar di pusat pengajian tinggi tetapi berjaya dalam hidup. Pemuda itu bekerja
di bengkel kereta milik orang lain, kemudian membuka bengkel sendiri. Laiman
tertarik akan pekerjaan yang sedemikian. Pada pandangannya, orang yang
berijazah atau tidak berijazah mampu maju dalam hidup jika bijak dan rajin
berusaha. Perkara yang paling penting ialah pengalaman, kemahiran, dan
kesungguhan. Kesemua perkara tersebut mampu membawa dirinya ke arah
hidup yang lebih terjamin.

Bab Dua: Sesal


Laiman bersiar-siar ke Lutong selepas waktu pejabat. Kerjanya telah selesai.
Pengurusnya berpuas hati dengan kecekapan dan sikap Laiman. Ramai yang
memuji Laiman. Di pekan Lutong, Laiman terjumpa rakan sekerjanya Soniah.
Mereka berbincang hal kerja. Soniah telah bertanya Laiman tentang Muluk.
Bagi Laiman, Muluk seorang pemuda yang bersikap aneh. Dia tidak pernah
berbual dengan pemuda itu. Apabila Laiman bertanya lebih lanjut tentang
Muluk, Soniah enggan menjawab, seolah-olah Soniah sedang
menyembunyikan sesuatu mengenai Muluk. Akhirnya Laiman membiarkan
persoalan tentang Muluk begitu sahaja tanpa sebarang jawapan daripada
Soniah.

Bab Tiga: Musibah


Sukri, ketua jabatan yang menyelia Laiman telah menerima berita bahawa
sebuah tangki minyak yang dibaiki oleh Laiman telah terbakar. Ketika kejadian
Laiman berada di Kuching untuk bertemu kawan sekuliahnya yang sedang
menjalani latihan di sebuah jabatan kerajaan sambil mengambil buku-buku
rujukan yang disimpannya sewaktu sampai di Kuching dahulu. Kebakaran
dapat dipadamkan tiga jam kemudian oleh anggota bomba dan pekerja-pekerja
di situ. Perkara yang menjadi persoalan kini ialah punca kebakaran tersebut.
Sukri berpendapat Laiman tidak wajar dipersalahkan kerana ketika kejadian
berlaku, Laiman tiada di situ. Sukri juga memikirkan kerugian dan nasib Laiman
yang akan dikenakan tindakan oleh pengurus syarikat. Keesokan harinya, Sukri
memaklumkan kejadian tersebut kepada Laiman. Laiman sangat yakin kerja
yang dilakukannya cukup rapi dan dia tidak percaya kejadian itu boleh terjadi.
Akhirnya Sukri membuat andaian bahawa peristiwa itu terjadi mungkin
disebabkan oleh pembuatan khianat. Perkara tersebut mengingatkan Laiman
tentang perbualannya bersama Sonia seminggu yang lalu.

Bab Empat: Hasrat


Laiman dan Soniah menghabiskan cuti hujung minggu dengan bersiar-siar di
Bandar Miri. Mereka berbincang tentang rancangan masa depan Soniah yang
ingin melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan. Bagi Laiman, bidang
kejuruteraan amat mencabar dan tidak sesuai dengan Soniah kerana risiko
untuk menjalakan tugas cari gali minyak memakan masa berbulan-bulan
lamanya. Bagi Soniah, dia suka akan cabaran dan menjadi seorang jurutera
merupakan impiannya. Soniah turut bertanyakan tentang kejadian kebakaran
yang berlaku kepada Laiman. Laiman berharap kejadian tersebut tidak
menjejaskan perjalanan kuliahnya di universiti. Sewaktu Laiman dan Soniah
sedang bersiar-siar, Laiman menyedari kehadiran Muluk yang memerhatikan
gerak-geri mereka.

Bab Lima: Pulang


Setelah pulang dari universiti, Laiman berubah.

Bab Enam: Tentangan


Laiman kini mengusahakan tanaman tembikai di kampung halamannya di
Sabah. Walaupun hanya bekerja sebagai petani, Laiman tidak peduli. Dia ingin
manyahut seruan kerajaan supaya siswazah berdikari dan tidak bergantung
kepada kerajaan. Baginya rezeki ada dimana-mana asalkan rajin berusaha.
Laiman juga merancang untuk mengusahakan projek ternakan lebah madu dan
ikan air tawar. Laiman masih diusik kenangan setahun lalu ketika dia menjalani
latihan di Sarawak. Terbongkar juga akhirnya punca kejadian kebakaran tangki
minyak. Rupa-rupanya Muluk cemburu akan Laiman kerana menyangka
Laiman menjalin hubungan cinta dengan Soniah. Oleh sebab cintanya tidak
berbalas, Muluk menaruh dendam dan berniat menyusahkan sesiapa sahaja
yang mendampingi Soniah. Muluklah yang membakar tangki minyak. Akibat
perbuatannya itu, Muluk menerima hukuman.

Bab Tujuh: Resah


Laiman ditegur oleh ayahnya Pak Kiassim kerana menolak tawaran bekerja di
jabatan pertanian. Ayahnya kesal kerana selama ini dia telah banyak berkorban
untuk pengajian Laiman di Universiti, tetapi Laiman tidak memanfaatkan
kelulusan yang dimilikinya untuk bekerja terutama dengan jabatan kerajaan
sebaliknya Laiman pulang ke kampung untuk menjadi petani. Laiman begitu
tertekan kerana cita-cita dan impiannya tidak difahami oleh ayahnya. Laiman
ingin membuka mata penduduk kampung supaya gigih berusaha tanpa
mengharapkan bantuan daripada kerajaan seperti mana yang dilakukannya
bersama sepupunya Milan. Laiman mendapat sokongan daripada sepupunya
dalam usahanya itu.

Bab Lapan:Tekad
Rancangan Laiman untuk mengusahakan tanah paya berhampiran tanah
sawah milik Pak Sahok untuk dijadikan kolam ternakan ikan tidak dipersetujui
Pak Sahok. Walaupun tanah paya itu tidak termasuk dalam geran Pak Sahok,
namun Pak Sahok ada mengusahakan sebahagian paya itu untuk dijadikan
sawah. Laiman tidak berputus asa. Dia terus memujuk Pak Sahok. Sementara
itu kebun tembikainya mula berbuah. Laiman dibantu oleh Milan untuk
mengusahakan kebun itu. Dia juga berazam untuk meneruskan projek ternakan
lebah madu. Laiman bercadang untuk mengambil anak-anak muda kampung
itu untuk bekerja dengan mereka.

Bab Sembilan: Pujuk


Pak Sahok tetap berkeras dan tidak membenarkan Laiman untuk
melaksanakan projek di kawasan tanah miliknya walaupun ditawarkan untuk
berkongsi pendapatan daripada projek ternakan ikan air tawar itu. Laiman
terpaksa mengalah dan cuba memikirkan tempat lain yang lebih sesuai. Namun
Laiman dan Milan masih buntu. Pada masa yang sama ayahnya mula
menyedari hasil usaha Laiman telah mendatangkan hasil. Kejayaan tanaman
tembikai Laiman mula menjadi buah mulut penduduk kampung. Pak Kiassim
menawarkan diri untuk berbincang dengan Pak Sahoh berkaitan projek
ternakan ikan air tawar di tanah paya berhampiran tanahnya. Laiman berasa
terharu. Dia meminta maaf kerana selama ini dia tidak dapat memenuhi hasrat
ayahnya supaya bekerja sebagaimana siswazah lain.

Bab Sepuluh:Harapan
Kejayaan projek Laiman mendapat perhatian banyak pihak termasuk Jabatan
Pertanian yang menawarkan pelbagai bantuan. Pak Sahoh pula telah bersetuju
dan memberikan kebenaran kepada Laiman menggunakan tanah paya untuk
projek ternakan ikan air tawar dan udang harimau. Hasil jualan buah tembikai
akan dijadikan modal untuk projek tersebut. Ramai anak muda yang mahu
bekerja dengan Laiman untuk menjayakan projek yang akan dilaksanakan itu.
Kolam telah mula dikorek, dan dua orang pekerjanya telah dihantar untuk
mengikuti latihan khusus dalam bidang penternakan. Sementara itu kebun
tembikai diserahkan kepada ayahnya untuk diusahakan. Pada masa yang
sama, Soniah sesekali menghubungi Laiman melalui surat. Kini Soniah
melanjutkan pelajarannya di universiti.
Bab Sebelas: Galau
Laiman dimaklumkan oleh Milan bahawa dua orang pekerja mereka iaitu Kadek
dan Muali yang dihantar untuk mengikuti latihan dalam bidang ternakan air
tawar telah membuat keputusan untuk mengusahakan projek ternakan mereka
sendiri. Mereka enggan membantu projek Laiman dan Milan. Laiman sangat
terkejut. Pada mulanya dia amat marah tetapi dia yakin banyak lagi orang
kampung yang berkebolehan. Ayah Laiman mulai menyedari erti pengorbanan
Laiman yang enggan bekerja dengan kerajaan walaupun Laiman mempunyai
ijazah. Dia mula memahami Laiman telah bersusah payah mencari projek untuk
yang akan membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak muda yang
menganggur.

Bab Dua Belas: Tabah


Keengganan Muali dan Kedek untuk bekerja setelah dihantar untuk mengikuti
latihan sudah tidak menjadi masalah lagi bagi Laiman. Abangnya Mail
menyokong usaha yang dibuat oleh Laiman dan menasihati adiknya itu agar
melakukan kerja bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan cakap-cakap orang
kampung terhadapnya.

Bab Tiga Belas: Lumayan


Sementara Laiman dan Milan menunggu hasil dari kolam penternakan mereka
yang dijaga oleh enam orang pekerja, Laiman dan Milan menjalankan kerja-
kerja sambilan yang lain seperti menjaja kuih, meraih pisang dan kelapa.
Pendapatan mereka disimpan di bank untuk kegunaan masa depan mereka.

Bab Empat Belas: Sinar


Laiman masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya sekarang. Tidak
lama lagi kolam ternakannya akan mengeluarkan hasil. Laiman berterima kasih
kepada Pak Sahok kerana mengizinkannya menggusahakan tanah di sebelah
tanah Pak Sohok. Kini Laiman dan Milan telah muncul sebagai usahawantani
termuda yang berjaya. Mereka turut membeli lori yang dapat memudahkan
urusan mereka mengangkut hasil tanaman, ternakan dan perniagaan mereka.

Bab Lima Belas: Impian Terlaksana


Laiman merenung kembali susah payahnya selama ini untuk sampai ke tahap
itu. Nama Laiman disebut-sebut sebagai contoh kepada anak-anak muda. Dia
turut bersedia membimbing mereka yang ingin berjaya sepertinya. Dia ingin
melihat bangsanya berjaya. Kerjanya kini sebagai seorang penternak,
pengusaha kedai makan dan pemborong yang berjaya walaupun memiliki
ijazah dalam bidang kejuruteraan. Laiman masih mengingati Soniah yang telah
tamat pengajiannya. Laiman sedar dia menyimpan perasaan terhadap gadis
itu. Berita Soniah akan berhijrah ke Sabah untuk bekerja di syarikat pakciknya
amat mengujakan Laiman. Dia berhasrat untuk mencurahkan isi hatinya
kepada Soniah.

Anda mungkin juga menyukai