Anda di halaman 1dari 5

JALAN KE PUNCAK oleh Juri Durabi

Bab 1. BAGAIKAN MIMPI

Laiman, seorang mahasiswa tahun tiga di sebuah universiti sedang menjalani


praktikal di sebuah syarikat minyak di Sarawak. Sikap Laiman yang rajin dan tidak
memandang rendah terhadap pekerja bawahan menyebabkan dia disenangi dan
disukai oleh para pekerja. Bagaimanapun, Laiman belum berani menyatakan
sebarang rancangan setelah dia tamat belajar nanti kerana pengajiannya dibiayai
oleh kerajaan. Dia mahu meneliti semua tawaran pekerjaan yang diterima dan
berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan supaya tidak menyesal
kemudian hari. Laiman amat mengagumi sahabat seuniversitinya, iaitu Chow Chin
yang berjaya dalam perniagaan hasil usaha gigihnya. Sahabatnya itu tetap bersikap
rendah diri walaupun telah mengecapi kejayaan. Berbekalkan wang perbelanjaan
yang diberikan oleh ayahnya semasa belajar di universiti, Chow Chin memulakan
perniagaan. Kini sahabatnya itu telah menjadi jutawan, namun tetap bersikap rendah
diri. Laiman turut terkenangkan seorang lagi pemuda yang gigih berusaha sehingga
berjaya. Pemuda itu bekerja di sebuah bengkel pada usia belasan tahun.
Berbekalkan pengalaman yang dimiliki, dia membuka sebuah bengkel membaiki
kereta. Jika dahulu bengkelnya hanya sederhana, namun kini bengkel itu lengkap
dengan peralatan moden bagi memenuhi keperluan pelanggan.

BAB 2 : SESAT

Petang itu Laiman bersiar-siar di pekan Lutong setelah menyelesaikan semua


kerjanya. Laiman berasa lega kerana ramai yang memuji kecekapannya
melaksanakan tugas yang diarahkan. Sukri membawa Laiman keluar makan untuk
mengucapkan tahniah kerana berjaya menyiapkan kerjanya. Namun, bagi Laiman
dia dapat menyiapkan kerjanya dengan bantuan daripada Sukri dan rakan-rakan
yang lain. Laiman kemudiannya didatangi Soniah, rakan sepejabatnya bersama-
sama seorang kanak-kanak yang berusia lingkungan enam tahun. Semasa di
restoran, Soniah bertanyakan Laiman tentang Muluk, Bagaimanapun, Laiman
berasa hairan dan tertanya-tanya sebab Soniah . bertanya tentang Muluk
kepadanya. Apabila Laiman meminta penjelasan, Soniah enggan untuk berterus-
terang meskipun didesak. Soniah pula berasa kesal kerana bertanya tentang Muluk
pada masa itu. Laiman kemudiannya membiarkan sahaja persoalan yang timbul di
mindanya tentang Muluk meskipun dia sangat ingin tahu.

BAB 3 : MUSIBAH

Sukri tergesa-gesa menuju ke loji minyak apabila mendapat tahu bahawa salah satu
tangki minyak telah terbakar. Hatinya rush dengan kejadian tersebut. Pelbagai
persoalan timbul di mindanya. Tambahan pula, Laiman sedang bercuti ketika itu.
Laiman memaklumkan bahawa dia ke Kuching untuk berjumpa kawannya dan
mengambil buku-buku yang disimpan di sana. Kejadian itu merisaukan Sukri kerana
tangki minyak tersebut baru sahaja. dua minggu dibaiki oleh Laiman. Sukri bimbang
Laiman akan dipersalahkan dan dipecat oleh pengurus mereka yang sangat tegas
dan suka bertindak sesuka hati. Sukri percaya bahawa ada orang lain yang
menyebabkan kebakaran tersebut berlaku dan untuk menjatuhkan Laiman. Apabila
Sukri memaklumkan tentang kebakaran itu Kepada Laiman, pemuda itu tiba-tiba
teringat akan perbualannya dengan Soniah tempoh hari. Laiman percaya hal itulah
yang cuba disampaikan oleh Soniah.

BAB 4 : HASRAT :

Laiman ingin tahu tentang rancangan Soniah selanjutnya. Dia Lun menasihati
Soniah agar tidak terlalu memikirkan perkara lain sehingga menghalang pilihannya.
Laiman mahu Soniah berfikir untuk kebaikan dirinya sendiri. Tambah Laiman lagi,
nasib seseorang bukan hanya berserah kepada takdir, malah perlu disertakan
dengan usaha dan tawakal. Soniah cuba berteka-teki tentang pilihan jurusan yang
akan diambilnya ketika ditanya oleh Laiman. Laiman agak terperanjat apabila Soniah
memberitahu bahawa dia memilih jurusan kejuruteraan di universiti nanti. Bagi
Laiman, semua orang sesuai dan layak mengambil jurusan keiuruteraan bukan
sahaja kaum perempuan, namun kerja sepertinya sangat mencabar kerana terpaksa
berdepan dengan pelbagai risiko. Dia bimbang Soniah tidak sanggup menghadapi
cabaran pekerjaan sepertinya. Ketika berialan-ialan, Soniah bertanyakan Laiman
tentang peristiwa kebakaran yang berlaku. Laiman memberitahu Soniah bahawa dia
tidak dimarahi oleh pengurus kerana dirinya tiada di tempat kejadian ketika
kebakaran itu berlaku. Walau bagaimanapun, Laiman menjadikan peristiwa tersebut
dan nasihat pengurusnya sebagai satu pengalaman dan panduan dalam hidupnya.
Selebihnya, dia hanya berserah kepada Tuhan.

BAB 5 : PULANG

Laiman telah berubah ketika tamat pengajian.

BAB 6 : TENTANGAN

Laiman berasa puas kerana kebun tembikai yang diusahakannya sejak dua bulan
lalu telah mula menampakkan hasil. Meskipun pada awalnya usaha Laiman itu
ditentang oleh ayahnya, namun tidak diendahkannya. Kemudian, Laiman didatangi
sahabatnya, Milan. Milan memberitahu 'Laiman bahawa pegawai pertanian ingin
berjumpa dengan Laiman kerana ada khabar yang menyatakan terdapat jawatan
kosong di pejabat pertanian yang sesuai dengan kelulusan Laiman. Namun begitu,
Laiman tidak berminat dengan jawatan tersebut. Laiman kemudian memaklumkan
kepada Milan tentang rancangannya untuk memajukan usaha mereka itu. Dia juga
bercadang untuk meluaskan usaha mereka dan cuba mendapatkan bantuan
daripada pihak Jabatan Pertanian. Laiman ingin mengusahakan projek ternakan
lebah dan ikan air tawar di tanah rizab berhampiran dengan tanah Pak Sahok. Milan
agak ragu-ragu dengan penerimaan Pak Sahok terhadap rancangan Laiman itu.
Walau bagaimana, Laiman yakin dia akan dapat memujuk Pak Sahok agar bersetuju
dengan rancangan mereka. Laiman bercadang untuk menternak di bawah lebah
pokok kelapa atau di kebun buah-buahannya. Ketika kedatangan Milan, bapa dan
nenek Laiman tiada di rumah atas urusan subsidi tanah padi. Kemudian, Laiman
menghidangkan seteko kopi O dan ubi rebus kepada Milan sambil bercerita. Mereka
berpendapat bahawa kerja makan gaji lebih teruk berbanding kerja sendiri. Kerja
sendiri lebih bebas melakukan apa-apa sahaja kerana tiada sesiapa yang akan
mengarah, namun haruslah bersungguh-sungguh.
BAB 7 : RESAH

Dia juga bercadang untuk meluaskan usaha mereka dan cuba mendapatkan
bantuan daripada pihak Jabatan Pertanian. Laiman ingin mengusahakan projek
ternakan lebah dan ikan air tawar di tanah rizab berhampiran dengan tanah Pak
Sahok. Milan agak ragu-ragu dengan penerimaan Pak Sahok terhadap rancangan
Laiman itu. Walau bagaimana, Laiman yakin dia akan dapat memujuk Pak Sahok
agar bersetuju dengan rancangan mereka. Laiman bercadang untuk menternak di
bawah lebah pokok kelapa atau di kebun buah-buahannya. Ketika kedatangan
Milan, bapa dan nenek Laiman tiada di rumah atas urusan subsidi tanah padi.
Kemudian, Laiman menghidangkan seteko kopi O dan ubi rebus kepada Milan
sambil bercerita. Mereka berpendapat bahawa kerja makan gaji lebih teruk
berbanding kerja sendiri. Kerja sendiri lebih bebas melakukan apa-apa sahaja
kerana tiada sesiapa yang akan mengarah, namun haruslah bersungguh-sungguh.
anak-anaknya supaya mempunyai haluan hidup. Bagi Laiman, dia telah mempunyai
perancangan untuk hidupnya. Milan berjanji akan sentiasa menyokong sepupunya
itu. Laiman kemudiannya memberitahu Milan bahawa dia akan ke Kota Kinabalu
pada minggu hadapan untuk berjumpa dengan kawannya yang juga merupakan
seorang pemborong. Dia mahu menjual buah tembikainya kepada sahabatnya itu.

BAB 8 : TEKAD

Laiman dan Milan agak kecewa apabila rancangan mereka untuk mendapatkan
tanah rizab bersebelahan dengan tanah Pak Sahok tidak dipersetujui oleh Pak
Sahok. Milan bimbang rancangan mereka untuk projek ternakan ikan air tawar akan
gagal. Walau bagaimanapun, Laiman tetap yakin mereka akan dapat memujuk Pak
Sahok jika kena dengan caranya. Dia tidak mahu Milan berputus asa dengan Pak
Sahok. Laiman turut meminta Milan berdoa supaya hasrat mereka tercapai.
Meskipun mereka mempunyai tanah sendiri, namun tidak sesuai untuk projek
ternakan ikan air tawar. Hal ini demikian kerana tanah tersebut perlu dibajak dan
digali. Kerja-kerja itu bukan mudah untuk dilaksanakan, tambahan pula kekurangan
jentera akan memakan kos yang tinggi. Laiman memujuk Milan agar bertenang dan
fokus kepada projek tanaman tembikai mereka yang telah mula menampakkan hasil.
Tambahan pula, rakannya telah bersetuju untuk membeli tembikai itu dan mereka
akan datang memungut biah tembikai tersebut dengan keretanya sendiri. Projek
ternakan lebah akan diteruskan di kebun limau milik Laiman, tetapi harus diperiksa
oleh jabatan haiwan terlebih danulu. Mereka akan menggajikan remaja yang telah
berhenti sekolah dan gagal dalam peperiksaan untuk membantu mengendalikan
proiek itu.

BAB 9 : PUJUK

Laiman berasa panik dan kecewa apabila usahanya untuk mendapatkan tanah paya
yang terletak berhampiran dengan kebun Pak Sahok menemui jalan buntu. Pak
Sahok berkeras tidak membenarkan Laiman mengusahakan projek ternakan
ikannya di situ. Dalam situasi yang serba mengecewakan itu, Pak Kiassim
menawarkan diri untuk berunding dengan Pak Sahok. Hal ini kerana setelah beliau
telah melihat tanaman tembikai Laiman mula menampakkan hasil dan orang-orang
kampung mula memuji-muji usaha Laiman. Laiman berasa terharu dan menyesal
kerana tidak mendengar kata-kata ayahnya dahulu lalu dia memohon maaf terhadap
ayahnya.

BAB 10 : HARAPAN

Kejayaan Laiman dan Milan mengusahakan projek tanaman tembikai dan ternakan
ikan air tawar telah tersebar dan menjadi bualan orang-orang kampung. Laiman
berasa amat gembira dan bersyukur dengan hasil yang diperoleh itu, tambahan pula
dengan campur tangan ayahnya. Setelah ayahnya berunding dengan Pak Sahok,
akhirnya orang tua itu bersetuju untuk membenarkan Laiman mengusahakan projek
ternakan mereka di kawasan paya bersebelahan tanahnya. Pihak Jabatan Pertanian
pula telah bersetuju untuk memberikan bantuan termasuk subsidi dan benih.
Beberapa orang anak muda di kampung juga telah diambil untuk bekerja
dengannya. Setelah berbincang dengan Milan, akhirnya tapak projek itu dibahagikan
kepada dua. Satu tapak untuk ternakan ikan air tawar dan satu lagi tapak projek
untuk ternakan udang harimau. Laiman menyerahkan kebun tembikai untuk
diusahakan oleh ayahnya, namun tetap diawasi Laiman dari segi pembajaan agar
saiz buah tidak merosot. Abang Laiman yang bekerja di KPD turut meluangkan
masa untuk melawat projek yang diusahakan ofeh adiknya itu. Menurutnya, orang-
orang di tempat beliau bekerja mula mencontohi usaha Laiman. Kemudian, Laiman
ingin berjumpa dengan semua pekerjanya pada hari minggu dan dalam masa yang
sama Soniah mengutuskan surat kepadanya memberitahu bahawa dia akan datang
ke Kota Kinabalu pada bulan hadapan.

BAB 11 : GALAU
Milan berasa susah hati apabila Kedek dan Muali yang dihantar berkursus tiba-tiba
telah berpaling tadah. Mereka berdua memutuskan untuk melaksanakan sendiri
projek mereka dan enggan bekerjasama dengan Laiman dan Milan lagi. Pada
mulanya Laiman agak kece wa apabila perkara tersebut dimaklumkan oleh Milan,
namun Laiman berfikiran positif dan memujuk Milan agar berfikiran positif juga. Milan
akhirnya dapat menerima keputusan Kedek dan Muali itu. Bagi Laiman, keputusan
itu tidak akan melumpuhkan semangat meneruskan impiannya, malah telan
mencetuskan persaingan yang sihat antara mereka, Milan turut bersimpati akan
nasib Laiman yang begitu bersungguh-sungguh ingin memajukan orang-orang
kampungnya sehingga sanggup mengenepikan kelulusan yang diperolehnya

BAB 12 : TABAH
Petang itu Mail pulang dari Kota Marudu untuk bercuti selama tiga hari. Laiman
menceritakan perkembangan projek yang diusahakannya kepada Mail apabila
abangnya bertanya tentang itu. Mail terus memberikan galakan kepada Laiman agar
berusaha memajukan projeknya. Laiman gembira kerana Mail mengambil berat dan
menyokong setiap rancangan dan usahanya selama ini. Laiman turut teringat akan
Milan yang menjadi tonggak utama dalam menjayakan projeknya. Laiman juga tidak
mahu memikirkan tentang keputusan Kedek dan Muali yang telah keluar dari
kumpulan mereka untuk mengusahakan projek mereka sendiri.
Laiman dan Mail disuruh oleh ayahnya pergi ke Bawang untuk bejaga atas kematian
Pak Muluk. Pada hari ketiga, mereka pulang untuk meneruskan kerja masing-
masing. Sebelum pulang ke Marudu, Mail berkesempatan untuk melihat ternakan
ikan air tawar adiknya. Mail terus memberikan dorongan kepada adiknya untuk
meneruskan usahanya itu tanpa mempedulikan kata-kata orang lain.

BAB 13 : LUMAYAN
Laiman dan Milan kini menjual kuih yang dipajak daripada orang kampung untuk
dijual di Gerai Pitas. Milan turut belajar membuat kuil bulan daripada Laiman
menggunakan acuan yang ada. Kolama pula dijaga oleh enam orang pekerjanya,
namun tetap dipantau oleh Laiman setiap petang. Laiman akan bertanyakan
pekerjanya kemungkinan masalah yang ada berkaitan dengan ternakan mereka.
Selain menjual kuih, Laiman juga memajak kelapa dan pisang untuk dijual di Kota
Kinabalu. Dia tidak lupa untuk melihat kebun tembikai yang semakin kurang
diusahakan. Kebun itu perlu diusahakan sekali lagi kerana hasilnya yang lumayan.
Laiman akan membantu ayahn ya sekiranya kebun tembikai itu telah mengeluarkan
hasil. 'Laiman dan Milan gembira kerana usaha mereka kini telah mencambahkan
hasil. Wang simpanan mereka di bank juga telah menjangkau RM10 000.00. Laiman
memberitahu niatnya untuk membeli sebuah lori kecil kepada Milan bagi
memudahkan mereka melaksanakan projek Milan menyetujuinya. Bagi mereka,
kerja yang dilakukan memadai untuk berdiri setaraf dengan orang lain.

BAB 14 : SINAR
Usaha gigih Laiman dan Milan telah mula membuahkan hasil. Kejayaannya itu juga
menyedarkan Pak Sahok akan kesungguhan Laiman dalam melaksanakan semua
projek yang dirancangnya. Sebuah lori kecil yang berharga RM13 000.00 juga telah
dibeli oleh Laiman bagi memudahkannya mengutip hail daripada penduduk
kampung dan kampung-kampung yang berdekatan untuk dipasarkan. Hal ini juga
amat menggembirakan penduduk kampung yang turut mendapat manfaat daripada
usaha Laiman itu.

BAB 15 : IMPIAN TERLAKSANA


Laiman benar-benar berasa terharu dengan hasil yang diperolehnya. Berkat
kegigihannya menghadapi setiap dugaan dan halangan sehingga kini dia telah
berjaya. Pada masa yang sama dia terkenangkan Soniah. Laiman sedar akan
perasaannya terhadap Soniah dan berjanji pada dirinya untuk meluahkan
perasaannya kepada Soniah apabila gadis itu datang ke Kota Kinabalu kelak.
Laiman juga berasa sangat gembira apabila projek. ternakan ikan air tawarnya akan
dijadikan projek contoh di daerahnya. Selain itu, kemungkinan besar projeknya itu
juga akan dijadikan projek terbesar di Sabah dengan bantuan pihak Jabatan
pertanian

Anda mungkin juga menyukai