Anda di halaman 1dari 1

JALAN KE PUNCAK (BAB 7)

Penolakan Laiman terhadap tawaran pekerjaan bergaji menimbulkan


kemarahan bapanya. Pak Kiassim mengatakan bahawa Laiman menolak
rezeki. Laiman mengatakan belum sampai masa untuk dia menerima
tawaran seperti itu. Jawapan itu tidak menyenangkan Pak Kiassim. Apabila
Laiman menyatakan belum sampai untuk dia menerima tawaran seperti itu.
Jawapan itu tidak menyenangkan Pak Kiassim. Apabila Laiman menyebut
bahawa dia mahu berehat, Pak Kiassim bertambah marah. Pak Kiassim
mengungkit tentang pengorbanan nenek dan abang Laiman. Pak Kiassim
menyatakan bahawa nenek Laiman mengeluarkan wang simpannya untuk
membantu pengajian Laiman. Abang Laiman pula tidak berkhawin lagi
kerana dia selalu memberikan wang kepada adik-adiknya tertutamanya
Laiman supaya Laiman mendapat pelajaran yang cukup.

Laiman tidak tertahan mendengar leteran bapanya. Dia meninggalkan


rumah dalam keadaan yang tersinggung. Dia berjalan seorang diri tanpa
lampu suluh dan pelita. Hatinya tertarik untuk singgah di rumah sepupunya,
Milan. Dalam perbualannya dengan Milan, Laiman mendapati seupunya itu
berada di pihak bapanya. Dia berasa kecewa dan berkecil hati. Dia
menganggap sepupunya sama dengan bapanya yang memandang rendah
terhadap cita-citanya. Namun begitu, Milan pandai memujuk Laiman dan dia
berjanji akan sentiasa menyokong Laiman. Pada malam itu, Laiman dapat
tidur dengan lena, walaupun di rumahnya sendiri dia berasa terasing.

Anda mungkin juga menyukai