Anda di halaman 1dari 2

1. Mengapakah hubungan diplomatik penting bagi sesebuah negara pada masa kini?

Hubungan diplomatik penting bagi sesebuah negara pada masa kini kerana dapat menjaga
keselamatan dan memelihara keamanan negara.
Seterusnya, hubungan diplomatik yang baik mampu mengekalkan keharmonian antara
negara.
Kemudian, dengan wujudnya hubungan diplomatik, maruah bangsa, agama serta negara
dapat dijaga.
Tambahan pula apabila adanya hubungan diplomatik mudah untuk barangan buatan
tempatan dieksport ke luara negara.
Selain daripada itu, hubungan diplomatik yang baik juga mampu memantapkan nilai mata
wang negara.
Malah, pertukaran teknologi antara negara juga dapat dipermudahkan dengan wujudnya
hubungan diplomatik yang baik.
Manakala, negara juga akan mempunyai rakan sekutu untuk mendapatkan bantuan semasa
kecemasan dengan adanya hubungan politik.
Akhir sekali hubungan diplomatik juga penting kerana negara kita dapat berpegang kepada
prinisp Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu yang menekankan keamanan sejagat.
2. Apakah pengajaran yang diperoleh daripada pengakhiran Kesultanan Melayu Melaka pada tahun
1511?
Pengajaran yang diperoleh daripada pengakhiran KMM pada tahun 1511 adalah pemimpin
haruslah tidak berbeza pendapat hingga memudaratkan kepentingan negara.
Seterusnya, pemimpin tidak harus mementingkan kuasa kerana akan mengakibatkan
perpecahan di kalangan rakyat.
Selain itu, penting untuk pemimpin bersikap adil dan saksama dalam pemerintahan.
Tambahan pula, pemimpin harus membanteras korupsi di kalangan sesama pemerintah dan
bersikap amanah dalam pentadbiran
Manakala, rakyat harus ada sikap cinta akan negara.
Kemudian, rakyat perlu bersatu padu bagi mengekalkan keharmonian negara.
Akhir sekali, rakyat juga mesti mempunyai semangat juang yang tinggi dalam mengekalkan
kedaulatan negara.

Anda mungkin juga menyukai