Anda di halaman 1dari 1

A) Jelaskan struktur sosial masyarakat kerajaan Alam Melayu tersebut

Struktur sosial masyarakat kerajaan Alam Melayu terbahagi kepada dua kelas iaitu kelas
atasan dan kelas bawahan.
Kelas atasan terdiri daripada golongan pemerintah iaitu golongan diraja dan golongan
bangsawan.
Raja mempunyai status tertinggi dalam struktur sosial diikuti dengan kerabat diraja.
Manakala, golongan bangsawan membantu raja dalam sistem pentadbiran.
Selain itu, golongan diperintah terbahagi kepada rakyat merdeka dan hamba.
Peranan rakyat bebas adalah untuk mengukuhkan sistem beraja melalui taat setia serta
menjana ekonomi melalui perdagangan.
Akhir sekali, golongan hamba berperanan untuk berkhidmat dalam sosioekonomi serta
menaikkan status pemiliknya.

2. A) X- Bahasa Melayu Y- Tulisan Palava


B) Bahasa dan tulisan penting kepada perkembangan masyarakat kerajaan Alam Melayu sebagai alat
komunikasi utama. Selain itu, bahasa & tulisan juga berfungsi untuk menyimpan rekod tentang
sesebuah kerajaan. Malah, ia juga penting bagi masyarakat moden untuk memahami ketamadunan
masyarakat silam. Akhir sekali, bahasa dan tulisan memudahkan urusan perdagangan agar dapat
menjana ekonomi sesebuah kerajaan.
C) Penggunaan bahasa yang cekap boleh mempercepatkan urusan komunikasi di peringkat
antarabangsa dalam merancakkan pembangunan ekonomi. Selain itu, dengan kecekapan penggunaan
bahasa urusan perhubungan dengan negara luar dapat dipermudahkan. Kemudian, dengan
menggunakan bahasa secara cekap, urusan perniagaan dan jual beli dengan penjual luar negara dapat
ditingkatkan. Akhir sekali penggunaan bahasa yang cekap juga boleh meningkatkan ilmu pengetahuan
dan kemahiran.

Anda mungkin juga menyukai