Anda di halaman 1dari 5

1.

A) Kedudukan strategik di laluan perdagangan timur dan barat


B) Kekayaan hasil bumi

2. Asoka, pemerintah empayar Maurya menghantar sami-sami Buddha ke Alam Melayu untuk
menyebarkan ajaran Buddha. Sebagai bukti, wujud penemuan artifak pengaruh Buddha di Lembah
Bujang, Kedah. Manakala agama Islam tersebar ke Alam Melayu melalui pedagang dan juga
pendakwah dari Arab yang dibuktikan melalui ukiran pengaruh Islam yang ditemukan di Beruas, Perak

3. Nilai Keberanian - Pedagang- pedagang alam melayu yang mengambil risiko untuk berlayar ke
lautan dalam untuk berdagang ke kawasan di luar kerajaan Alam Melayu.
Nilai pemerintah kerajaan Alam Melayu yang bijak mengurus hubungan kerajaan dengan negeri luar -
Pemerintah kerajaan Alam Melayu bijak dalam berdiplomasi dengan kerajaan negeri luar untuk
mendapatkan perlindungan, hubungan persahabatan dan lain-lain lagi.
Nilai Keterbukaan - Penduduk kerajaan Alam Melayu bersifat terbuka dalam menerima pengaruh
agama dari luar
Nilai Toleransi - Penduduk kerajaan Alam Melayu juga bertoleransi terhadap mereka yang memegang
kepercayaan lain dari mereka.

2. A - gaharu, kapur barus, sarang burung layang-layang, gamat, mutiara, rumpai laut dan rotan
B - Gaharu - digunakan sebagai bahan pewangi dan perubatan
Sarang burung layang-layang - digunakan untuk kesihatan dan perubatan
Rotan - digunakan sebagai bahan binaan dan kraftangan
Kapur Barus - digunakan sebagai bahan pewangi
Gamat - Digunakan dalam perubatan
Rumpai Laut - Makanan
Mutiara - Sebagai Perhiasan

C - Nilai estetika - Mengasah seni untuk menghasilkan barangan yang berestetika seperti masyarakat
funan dan angkor yang menghasilkan barangan emas
Nilai Berdikari - Menggunakan bahan tempatan untuk meneruskan kelangsungan hidup seperti
masyarakat Majapahit yang mengusahakan pembungkusan daging kerbau dan membuat mi daripada
beras
Menghargai sumber alam yang ada - Menghasilkan produk tempatan dari sumber alam yang ada
seperti masyarakat champa yang menghasilkan cuka daripada kelapa
Sebagai bahan dagangan - Menjadikan bahan dagangan ke luar seperti masyarakat Champa yang
menghasilkan tembikar.
3. A) - Mendukung sistem pentadbiran kerajaan
- Mengukuhkan sistem beraja melalui konsep taat setia dan menjana ekonomi kerajaan
- Berkhidmat dalam sektor sosioekonomi

B ) - tawanan perang, hamba berhutang dan hamba rela

C ) Tugas golongan atasan adalah untuk menjaga dan melindungi rakyatnya. Seperti mengeluarkan
undang-undang untuk menjamin keamanan rakyat sebagai contoh, Hukum Kanun Melaka.
Manakala, tugas golongan bawahan adalah untuk memberikan taat setia kepada pemerintah
melalui bayaran cukai kepada pembesar untuk menjana eknonomi kerajaan.

4. A ) Agama adalah suatu sistem berkaitan dengan anutan, keimanan dan penyembahan terhadap
Tuhan. Kepercayaan yang diamalkan penduduk kerajaan Alam Melayu adalah animisme dan
dinamisme. Animisme merupakan kepercayaan bahawa setiap makhluk, hidupan dan tumbuhan
memiliki roh atau semangat. Manakala dinamisme merupakan kepercayaan terhadap kekuatan yang
dikenali sebagai mana atau semangat.

B ) - Fan Shih Man (Buddha)


- Wu Ping, pegawai Kerajaan Ming dari China (Islam)
- Merah Silu -> Sultan Malik al-Saleh (Islam)

C) - Sikap keterbukaan penduduk Alam Melayu yang mampu menerima agama baru dapat dilihat
melalui sebahagian masyarakat kerajaan Champa dan Angkor yang menganuti agama Hindu dan
Buddha pada masa yang sama.
- Penduduk Alam Melayu mampu bertoleransi dalam agama seperti penganut agama Hindu yang
membina Candi Prambanan berdekatan dengan Candi Borobudur yang merupakan tempat ibadat
agama Buddha
- Agama menjadi simbol penyatuan antara raja dan rakyat di mana rakyat memeluk agama yang
dianuti raja sebagai tanda taat setia kepada raja.
- Pembinaan tempat ibadat seperti candi, wat dan masjid yang besar dan masih kekal hingga kini di
kawasan Alam Melayu.
5. A) - Penaklukan, Perkahwinan dan naungan.
B) - Dari segi politik, pembentukan empayar dapat menyekat pengaruh kuasa serantau seperti Pasai,
Majapahit, Srivijaya dan Siam.
- Manakala kepentingan dari segi eknonomi pula, pembentukan empayar penting untuk mendapat
bekalan bahan dagangan untuk diperdagangkan di pelabuhan Melaka
- Sementara itu, pembentukan empayar juga penting secara sosial untuk menggalakkan asimilasi
budaya tempatan dengan budaya luar.
- Akhir sekali, pembentukan empayar perlu dari segi agama untuk mengalakkan usaha penyebaran
agama Islam.

C ) - Melaka menjadi tumpuan ulama dan pendakwah.


- Melaka menjadi tempat pembelajaran agama dengan kewujudan madrasah, masjid dan surau.
- Menyebabkan perkembangan persuratan di Melaka. Sebagai contoh, tulisan jawi dan bahasa
melayu berkembang pesat sebagai kesan pengislaman pemerintah Melaka.
-Dengan pengislaman pemerintah, undang-undang Islam juga termaktub dalam Hukum Kanun Melaka
dan Undang-undang Laut Melaka.

6. A) Memindahkan pusat pemerintahan, membina kota pertahanan , menjalinkan hubungan dengan


Belanda.

B ) - membantu mengangkut peralatan perang


- Membuat tapak meriam
- Menggali parit kubu
- Menyekat musuh lari ke dalam hutan
- Menaikkan semangat tentera Belanda

C) - Sebagai seorang pelajar, saya harus mendalami ilmu pengetahuan agar mampu menyumbang
kepada perkembangan ilmiah negara.
- Setiap warganegara mempunyai tanggungjawab bersama dalam memperjuangkan kedaulatan
negara untuk mempertahankan keamanan dan kemakmuran hidup.
- Setiap warganegara haruslah berbangga akan identiti bangsa negara agar tidak mudah terpedaya
dengan anasir luar
- kesiapsiagaan yang lengkap harus dipastikan dalam pertahanan negara agar rakyat mampu
mempunyai keyakinan diri untuk mempertahankan negara.
7. A) - 44 fasal yang berkaitan dengan hak keistimewaan raja dan pembesar
- 44 fasal yang berkaitan dengan tanggungjawab raja & pembesar
- Hukum Islam yang terdapat berkaitan dengan jenayah
- Hukum Islam yang berkaitan dengan urusan jual beli dan kekeluargaan.

B) - Sultan selaku ketua agama bagi setiap negerinya dan kedudukan ini termaktub dalam
perlembagaan persekutuan serta undang2 tubuh kerajaan negeri.
- Sultan bertanggungjawab dalam mendaulatkan syiar Islam.

C) - Untuk menjamin kehidupan bermasyarakat yang teratur


- Untuk mengawal disiplin masyarakat
- Untuk mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini seperti rusuhan, pergaduhan dan
sebagainya.
- Untuk menjaga kedaulatan negara.

8. A) Kedah - Pangkalan Lembah Bujang/ Pangkalan Kuala Muda/ Pangkalan Kuala Merbok
Kelantan - Pangkalan Galoh (Pangkalan Permata)

B) Kedah - Beras/ Garam/ Damar/ Kapur Barus & Emas urai


Kelantan - Emas
Perlis - Beras & Bijih Timah
N9 - Bijih Timah/ Sirih/ Kayu Gaharu & Kapur Barus

C) - Ekonomi yang maju mampu menjana peluang pekerjaan


- Ekonomi yang sihat mampu menarik pelabur dari luar
- Perdagangan yang bagus dapat mengukuhkan kedudukan mata wang negara
- Dengan pendapatan lebih, negara akan mampu untuk menyediakan lebih banyak prasarana awam
untuk kebaikan rakyat.

9. A) - Penggantian Pemerintah / Tanggungjawab sultan atau raja / hak rakyat dalam pentadbiran
B) Kerajaan Kedah memperkenalkan enakmen zakat yang diuruskan menerusi penubuhan sebuah
jawatankuasa pada tahun 1955.
● Kerajaan Kelantan memperkenalkan enakmen dan pekeliling berkaitan undang-undang jenayah
Islam dan busana cara Islam dalam kehidupan rakyatnya.
● Hukum Maksiat di Kelantan ditulis pada abad ke-19 yang melarang perbuatan laga lembu dan
persembahan menora.
D) - Undang-undang mampu melancarkan pentadbiran dan kemakmuran sesebuah negara kerana
setiap rakyat faham dan tahu tanggungjawab mereka.
- Memastikan sistem pemerintahan terlindung seperti isu pertukaran PM baru-baru ini.
- Memberikan rakyat kepastian bahawa kepentingan mereka terjaga
- Mengelakkan berlakunya pergelutan kuasa seperti di negara asing kerana kedudukan raja,
pemerintah dan rakyat saling dilindungi seperti yang termaktub dalam undang2 serta perlembagaan.

10. A) Tenunan Kain : Inavol/ Dastar


Kraftangan : Tayen/Wakid/ Buan/ Duang/ Tikar Pandan
Pertukangan : Guuk/ Badi/ Pida

B) Di Sabah, tarian sumazau oleh masyarakat kadazandusun ditarikan semasa pesta keramaian dan
masih lagi menyambut Pesta Kaamatan iaitu, pesta menuai yang disambut sebagai tanda kesyukuran
atas padi yang dituai. Manakala di Sarawak, masyarakat Iban menyambut Pesta Gawai juga sebagai
tanda terima kasih kepada Tuhan.

C) - Menggunakan daun nipah serta rumbia untuk bumbung yang bersifat kalis air serta tahan lama.
- Penggunaan kayu belian yang tahan lama serta tahan lasak dan sesuai untuk pertahanan ketika
zaman dulu.
- Dinding diperbuat daripada buluh untuk memastikan pengedaran udara di sekeliling rumah
- Kesemua bahan alam semulajadi ini mudah untuk ditemui dan berasal dari sekeliling mereka.

Anda mungkin juga menyukai