Anda di halaman 1dari 1

JALAN KE PUNCAK (BAB 6)

Bapa Laiman, Pak Kiassim tidak mahu Laiman mewarisi kerjayanya


sebagai petani. Dia mahu anaknya bekerja di bilik yang berhawa dingin dan
berkereta besar. Laiman mempunyai pandangan yang berlainan sama sekali.
Memang pada mulanya Laiman bercita-cita untuk bekerja dengan kerajaan.
Setelah mengetahui hasrat kerajaan, dia tertatik hati dan ingin menyahut
seruan kerajaan supaya para siswazah berdikari dan tidak terlalu bergantung
pada kerajaan untuk mendapatkan sesuatu kerjaya.

Laiman teringat akan peristiwa setahun yang lalu, iaitu peristiwa


tentang kebakaran tangki minyak yang menyebabkan dia berada dalam
dilema. Ternyata Muluk merupakann punca utama kebakaran tangki minyak
itu berlaku. Hal itu berlaku kerana Muluk cemburu melihat Laiman dan
Soniah akrab bagaikan pasangan kekasih semasa berada di Sarawak. Namun
begitu, sangkaan tersebut tidak benar. Muluk sudah lama menaruh hati
terhadap Soniah tetapi Soniah tidak memberikan ruang untuk bertakhta
dalam hati Soniah.

Lamunan Laiman terhenti apabila Milan, sepupu Laiman membawa


berita bahawa terdapat tawaran bekerja di Jabatan Pertanian. Jawatan itu
sesuai dengan kelulusan Laiman. Namun begitu, Laiman tidak menyambut
berita itu dengan gembira. Laiman lebih gemar bercerita tentang projek
yang ada dalam fikirannya. Dia bercadang hendak menternak lebah madu
dan ikan air tawar. Tempat ternakan ikan air tawar itu bersebelahan dengan
tanah Pak Sahok. Milan bimbang kalua-kalau Pak Sahok tidak mengizinkan
Laiman melaksanakan rancangannya di kawasan itu.

Ternakan lebah madu tidak merisaukan Laiman. Hal ini demikian


kerana ternakan lebah madu tidak memerlukan kawasan yang luas. Milan
lebih cenderung menjadi pengikut Laiman. Milan bercerita tentang pekerjaan
yang pernah dilakukannya dahulu kepada Laiman. Milan menyatakan
bahawa kerjayanya dahulu berat, tetapi pendapatannya tidak lumayan.

Anda mungkin juga menyukai