Anda di halaman 1dari 6

Disediakan oleh: Haslinda Rosle

Sinopsis Jalan Ke Puncak


Bab Satu: Bagaikan Mimpi
Laiman pelajar dari Sabah seakan-akan tidak percaya bahawa dirinya berada di Sarawak untuk menjalani
latihan industri. Bidang yang diambilnya ialah kejuruteraan. Dia dihantar untuk membuat praktikal di sebuah
syarikat minyak. Semasa menjalani latihan, dia menjalankan tugasnya dengan bersungguh-sungguh dan penuh
minat. Di situ, dia berkawan baik dengan Sukri. Dia bercerita kepada Sukri bahawa dia akan berehat selepas
tamat pengajian nanti. Jika dia menerima tawaran bekerja dari mana-mana syarikat, dia tidak akan
menerimanya dengan cepat. Sukri hairan memikirkan sikap Laiman. Kebanyakan pelajar akan memikirkan
pekerjaan setelah tamat belajar di universiti, tetapi Laiman hendak berehat. Laiman teringat akan kawannya
yang bernama Chow Chin. Pemuda itu belajar di universiti hingga tamat pengajian. Setelah tamat belajar, dia
tidak memohon pekerjaan sebaliknya membuka perniagaan kereta terpakai. Kemudian, dia menjadi ejen import
eksport. Seterusnya, dia mengusahakan hotel. Kini, Chow Chin sudah menjadi jutawan baharu.
Dalam hidang pekerjaan, Laiman menjadikan Chow Chin sehagai contoh untuk diteladani. Laiman mengetahui
bahawa ada juga pemuda yang gagal belajar di pusat pengajian tinggi tetapi berjaya dalam hidup. Pemuda itu
bekerja di bengkel kereta milik orang lain, kemudian membuka bengkel sendiri. Laiman tertarik akan pekerjaan
yang sedemikian. Pada pandangannya, orang yang berijazah atau tidak berijazah mampu maju dalam hidup jika
bijak dan rajin berusaha. Perkara yang paling penting ialah pengalaman, kemahiran, dan kesungguhan.
Kesemua perkara tersebut mampu membawa dirinya ke arah hidup yang lebih terjamin.

Bab Dua: Sesal


Laiman bersiar-siar ke Lutong selepas waktu pejabat. Kerjanya telah selesai. Pengurusnya berpuas hati dengan
kecekapan dan sikap Laiman. Ramai yang memuji Laiman. Di pekan Lutong, Laiman terjumpa rakan sekerjanya
Soniah. Mereka berbincang hal kerja. Soniah telah bertanya Laiman tentang Muluk. Bagi Laiman, Muluk
seorang pemuda yang bersikap aneh. Dia tidak pernah berbual dengan pemuda itu. Apabila Laiman bertanya
lebih lanjut tentang Muluk, Soniah enggan menjawab, seolah-olah Soniah sedang menyembunyikan sesuatu
mengenai Muluk. Akhirnya Laiman membiarkan persoalan tentang Muluk begitu sahaja tanpa sebarang jawapan
daripada Soniah.

Bab Tiga:
Sukri, ketua jabatan yang menyelia Laiman telah menerima berita bahawa sebuah tangki minyak yang dibaiki
oleh Laiman telah terbakar. Ketika kejadian Laiman berada di Kuching untuk bertemu kawan sekuliahnya yang
sedang menjalani latihan di sebuah jabatan kerajaan sambil mengambil buku-buku rujukan yang disimpannya
sewaktu sampai di Kuching dahulu. Kebakaran dapat dipadamkan tiga jam kemudian oleh anggota bomba dan
pekerja-pekerja di situ. Perkara yang menjadi persoalan kini ialah punca kebakaran tersebut. Sukri berpendapat
Laiman tidak wajar dipersalahkan kerana ketika kejadian berlaku, Laiman tiada di situ. Sukri juga memikirkan
kerugian dan nasib Laiman yang akan dikenakan tindakan oleh pengurus syarikat. Keesokan harinya, Sukri
memaklumkan kejadian tersebut kepada Laiman. Laiman sangat yakin kerja yang dilakukannya cukup rapi dan
dia tidak percaya kejadian itu boleh terjadi. Akhirnya Sukri membuat andaian bahawa peristiwa itu terjadi
mungkin disebabkan oleh pembuatan khianat. Perkara tersebut mengingatkan Laiman tentang perbualannya
bersama Sonia seminggu yang lalu.

Bab Empat:
Laiman dan Soniah menghabiskan cuti hujung minggu dengan bersiar-siar di Bandar Miri. Mereka berbincang
tentang rancangan masa depan Soniah yang ingin melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan. Bagi
Laiman, bidang kejuruteraan amat mencabar dan tidak sesuai dengan Soniah kerana risiko untuk menjalakan
tugas cari gali minyak memakan masa berbulan-bulan lamanya. Bagi Soniah, dia suka akan cabaran dan
menjadi seorang jurutera merupakan impiannya. Soniah turut bertanyakan tentang kejadian kebakaran yang
berlaku kepada Laiman. Laiman berharap kejadian tersebut tidak menjejaskan perjalanan kuliahnya di universiti.
Sewaktu Laiman dan Soniah sedang bersiar-siar, Laiman menyedari kehadiran Muluk yang memerhatikan
gerak-geri mereka.
Disediakan oleh: Haslinda Rosle
Bab Lima:
Setelah pulang dari universiti, Laiman berubah.

Bab Enam
Laiman kini mengusahakan tanaman tembikai di kampung halamannya di Sabah. Walaupun hanya bekerja
sebagai petani, Laiman tidak peduli. Dia ingin manyahut seruan kerajaan supaya siswazah berdikari dan tidak
bergantung kepada kerajaan. Baginya rezeki ada dimana-mana asalkan rajin berusaha. Laiman juga merancang
untuk mengusahakan projek ternakan lebah madu dan ikan air tawar. Laiman masih diusik kenangan setahun
lalu ketika dia menjalani latihan di Sarawak. Terbongkar juga akhirnya punca kejadian kebakaran tangki minyak.
Rupa-rupanya Muluk cemburu akan Laiman kerana menyangka Laiman menjalin hubungan cinta dengan
Soniah. Oleh sebab cintanya tidak berbalas, Muluk menaruh dendam dan berniat menyusahkan sesiapa sahaja
yang mendampingi Soniah. Muluklah yang membakar tangki minyak. Akibat perbuatannya itu, Muluk menerima
hukuman.

Bab Tujuh
Laiman ditegur oleh ayahnya Pak Kiassim kerana menolak tawaran bekerja di jabatan pertanian. Ayahnya kesal
kerana selama ini dia telah banyak berkorban untuk pengajian Laiman di Universiti, tetapi Laiman tidak
memanfaatkan kelulusan yang dimilikinya untuk bekerja terutama dengan jabatan kerajaan sebaliknya Laiman
pulang ke kampung untuk menjadi petani. Laiman begitu tertekan kerana cita-cita dan impiannya tidak difahami
oleh ayahnya. Laiman ingin membuka mata penduduk kampung supaya gigih berusaha tanpa mengharapkan
bantuan daripada kerajaan seperti mana yang dilakukannya bersama sepupunya Milan. Laiman mendapat
sokongan daripada sepupunya dalam usahanya itu.

Bab Lapan
Rancangan Laiman untuk mengusahakan tanah paya berhampiran tanah sawah milik Pak Sahok untuk
dijadikan kolam ternakan ikan tidak dipersetujui Pak Sahok. Walaupun tanah paya itu tidak termasuk dalam
geran Pak Sahok, namun Pak Sahok ada mengusahakan sebahagian paya itu untuk dijadikan sawah. Laiman
tidak berputus asa. Dia terus memujuk Pak Sahok. Sementara itu kebun tembikainya mula berbuah. Laiman
dibantu oleh Milan untuk mengusahakan kebun itu. Dia juga berazam untuk meneruskan projek ternakan lebah
madu. Laiman bercadang untuk mengambil anak-anak muda kampung itu untuk bekerja dengan mereka.

Bab Sembilan
Pak Sahok tetap berkeras dan tidak membenarkan Laiman untuk melaksanakan projek di kawasan tanah
miliknya walaupun ditawarkan untuk berkongsi pendapatan daripada projek ternakan ikan air tawar itu. Laiman
terpaksa mengalah dan cuba memikirkan tempat lain yang lebih sesuai. Namun Laiman dan Milan masih buntu.
Pada masa yang sama ayahnya mula menyedari hasil usaha Laiman telah mendatangkan hasil. Kejayaan
tanaman tembikai Laiman mula menjadi buah mulut penduduk kampung. Pak Kiassim menawarkan diri untuk
berbincang dengan Pak Sahoh berkaitan projek ternakan ikan air tawar di tanah paya berhampiran tanahnya.
Laiman berasa terharu. Dia meminta maaf kerana selama ini dia tidak dapat memenuhi hasrat ayahnya supaya
bekerja sebagaimana siswazah lain.

Bab Sepuluh
Kejayaan projek Laiman mendapat perhatian banyak pihak termasuk Jabatan Pertanian yang menawarkan
pelbagai bantuan. Pak Sahoh pula telah bersetuju dan memberikan kebenaran kepada Laiman menggunakan
tanah paya untuk projek ternakan ikan air tawar dan udang harimau. Hasil jualan buah tembikai akan dijadikan
modal untuk projek tersebut. Ramai anak muda yang mahu bekerja dengan Laiman untuk menjayakan projek
yang akan dilaksanakan itu. Kolam telah mula dikorek, dan dua orang pekerjanya telah dihantar untuk mengikuti
latihan khusus dalam bidang penternakan. Sementara itu kebun tembikai diserahkan kepada ayahnya untuk
diusahakan. Pada masa yang sama, Soniah sesekali menghubungi Laiman melalui surat. Kini Soniah
melanjutkan pelajarannya di universiti.

Bab Sebelas
Laiman dimaklumkan oleh Milan bahawa dua orang pekerja mereka iaitu Kadek dan Muali yang dihantar untuk
mengikuti latihan dalam bidang ternakan air tawar telah membuat keputusan untuk mengusahakan projek
ternakan mereka sendiri. Mereka enggan membantu projek Laiman dan Milan. Laiman sangat terkejut. Pada
Disediakan oleh: Haslinda Rosle
mulanya dia amat marah tetapi dia yakin banyak lagi orang kampung yang berkebolehan. Ayah Laiman mulai
menyedari erti pengorbanan Laiman yang enggan bekerja dengan kerajaan walaupun Laiman mempunyai
ijazah. Dia mula memahami Laiman telah bersusah payah mencari projek untuk yang akan membuka peluang
pekerjaan kepada anak-anak muda yang menganggur.

Bab
Dua Belas
Keengganan Muali dan Kedek untuk bekerja setelah dihantar untuk mengikuti latihan sudah tidak menjadi
masalah lagi bagi Laiman. Abangnya Mail menyokong usaha yang dibuat oleh Laiman dan menasihati adiknya
itu agar melakukan kerja bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan cakap-cakap orang kampung terhadapnya.

Bab
Tiga Belas
Sementara Laiman dan Milan menunggu hasil dari kolam penternakan mereka yang dijaga oleh enam orang
pekerja, Laiman dan Milan menjalankan kerja-kerja sambilan yang lain seperti menjaja kuih, meraih pisang dan
kelapa. Pendapatan mereka disimpan di bank untuk kegunaan masa depan mereka.

Bab
Empat Belas
Laiman masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya sekarang. Tidak lama lagi kolam ternakannya akan
mengeluarkan hasil. Laiman berterima kasih kepada Pak Sahok kerana mengizinkannya menggusahakan tanah
di sebelah tanah Pak Sohok. Kini Laiman dan Milan telah muncul sebagai usahawantani termuda yang berjaya.
Mereka turut membeli lori yang dapat memudahkan urusan mereka mengangkut hasil tanaman, ternakan dan
perniagaan mereka.

Bab
Lima Belas
Laiman merenung kembali susah payahnya selama ini untuk sampai ke tahap itu. Nama Laiman disebut-sebut
sebagai contoh kepada anak-anak muda. Dia turut bersedia membimbing mereka yang ingin berjaya sepertinya.
Dia ingin melihat bangsanya berjaya. Kerjanya kini sebagai seorang penternak, pengusaha kedai makan dan
pemborong yang berjaya walaupun memiliki ijazah dalam bidang kejuruteraan. Laiman masih mengingati
Soniah yang telah tamat pengajiannya. Laiman sedar dia menyimpan perasaan terhadap gadis itu. Berita
Soniah akan berhijrah ke Sabah untuk bekerja di syarikat pakciknya amat mengujakan Laiman. Dia berhasrat
untuk mencurahkan isi hatinya kepada Soniah.

TEMA
Novel ini membawa tema kegigihan seorang pemuda dalam membina kecemerlangan kerjaya masa depannya
dengan cara berdikari. Contohnya, Laiman yang berkelulusan ijazah kejuruteraan enggan bekerja makan gaji,
sebaliknya dia memilih untuk bekerja sendiri dengan mengusahakan ladang tembikai di kampungnya. Laiman
turut mengusahakan kolam ikan air tawar, udang harimau, berniaga kedai makan dan menjadi peraih hasil
pertanian di kampungnya. Berkat usaha gigih Laiman, akhirnya dia berjaya dalam bidang yang diceburinya dan
mendapat pengiktirafan daripada pihak kerajaan.

PERSOALAN :
1. Ketabahan menghadapi dugaan hidupContohnya Laiman tabah menghadapi segala rintangan terutama
daripada keluarganya yang tidak bersetuju dengan keputusan untuk bekerja sendiri.

2. Keberanian menceburi bidang pertanian yang berisiko tinggiContohnya Laiman berani menolak tawaran
bekerja di jabatan kerajaan sebaliknya mengambil keputusan untuk mengusahakan ladang tembikai dan
menternak ikan air tawar serta udang harimau.
Disediakan oleh: Haslinda Rosle

3. Pengorbanan demi kejayaan ahli keluarga

Contohnya abang dan nenek Laiman telah mengorbankan wang ringgit demi membiayai pengajian Laiman di
universiti.

4. Semangat setia kawan


Contohnya Milan yang merupakan kawan dan sepupu kepada Laiman sentiasa menyokong usaha Laiman untuk
menjayakan projek pertanian walaupun mendapat tentangan daripada keluarganya sendiri.

5. Semangat cinta akan negara


Contohnya Laiman sentiasa menyokong dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat dengan
memilih untuk berdikari dan bekerja sendiri.

6. Keyakinan terhadap usaha yang dijalankan


Contohnya Laiman yakin usahanya menjadi petani moden akan membuahkan kejayaan walaupun pada
peringkat awal ayahnya menentang sikapnya yang menolak tawaran kerja di Jabatan Pertanian, namun
akhirnya dia berjaya menjadi petani moden sehingga kejayaannya diiktiraf oleh pihak kerajaan.

7. Sikap dengki lahir kerana perasaan cemburu


contohnya Laiman yang begitu akrab dengan Soniah telah menimbul perasaan cemburu di hati Muluk. Hal ini
demikian kerana Muluk menaruh hati terhadap Soniah, namun Soniah tidak melayannya. Kes kebakaran loji
minyak di Miri pada anggapan Laiman ialah hasil perbuatan Muluk.

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak utama: Laiman (pelajar kejuruteraan yang sedang menjalani latihan industri)
Tegas diri / jati diri: Laiman berpegang kepada prinsip untuk tidak tergesa-gesa menerima sesuatu tawaran
pekerjaan

Watak sampingan: Sukri, penyelia latihan industri dan rakan Laiman


Peramah: Sukri cepat mesra walaupun dia penyelia kepada Laiman, mahasiswa kejuruteraan yang sedang
menjalani latihan industri

Watak imbas kembali: Chow Chin (pelajar senior Laiman di universiti, kini usahawan berjaya)
Berdikari: Chow Chin berusaha sendiri untuk membina empayar perniagaan dengan berjimat cermat dan tidak
membangga diri.

LATAR TEMPAT :
1. Bandar Miri
contohnya Laiman dan Soniah menghabiskan cuti hujung minggu dengan bersiar-siar di bandar Miri. Mereka
berbincang tentang rancangan masa depan Soniah yang ingin melanjutkan pelajaran dalam jurusan
kejuruteraan.

2. Rumah Pak Sahok


contohnya Laiman ke rumah Pak Sahok untuk memujuknya agar mengizinkan dia menggunakan tanah rizab
yang bercantum dengan tanah Pak Sahok untuk tujuan menternak ikan.

3. Tangki minyak nombor 12 milik syarikat Shell


contohnya tangki minyak yang rosak itu dibaiki oleh Laiman dengan sempurna tetapi telah terbakar
menyebabkan Laiman berasa hairan.
Disediakan oleh: Haslinda Rosle

4. Restoran di Miri
contohnya Laiman makan bersama-sama Soniah di sebuah restoran. Ketika makan, Soniah meluahkan
hajatnya ingin melanjutkan pelajarannya ke universiti dalam bidang kejuruteraan, sama seperti Laiman.

5. Kebun tembikai
contohnya tempat Laiman dan Milan mengusahakan ladang seluas 15 ekar dan mereka berasa bangga apabila
usaha yang dilakukan sejak dua bulan lalu telah mengeluarkan hasil.

6. Gerai Pitas
contohnya Laiman dan Milan berniaga kuih yang dipajaknya daripada orang-orang kampung untuk mengisi
masa yang terluang dan mahu mencari duit sebanyak mungkin.

7. Kampung Kusilad
contohnya Kampung Kusilad merupakan tempat tinggal Laiman dan tempat dia melakukan aktiviti pertanian dan
perikanan sehingga berjaya menjadi usahawan tani.

8. Universiti Kebangsaan Malaysia


contohnya tempat Soniah belajar sehingga tamat pengajiannya dalam bidang kejuruteraan.

LATAR MASYARAKAT :
1. Masyarakat mahasiswa: Sukri, pelajar tahun tiga fakulti kejuruteraan (Unimas)
2. Masyarakat yang tegas diri: Laiman berpegang kepada prinsip untuk tidak tergesa-gesa menerima
sesuatu tawaran pekerjaan
3. Masyarakat yang peramah: Sukri cepat mesra walaupun dia penyelia kepada Laiman, mahasiswa
kejuruteraan yang sedang menjalani latihan industri
4. Masyarakat yang berdikari: Chow Chin berusaha sendiri untuk membina empayar perniagaan dengan
berjimat cermat dan tidak membangga diri.

NILAI MURNI :
1. Keberanian
contohnya Laiman berani menjadi petani moden kerana berkeyakinan usahanya akan membuahkan kejayaan
walaupun pada peringkat awal ditentang oleh ayahnya kerana menolak tawaran bekerja di Jabatan Pertanian.

2. Patriotisme
contohnya Laiman sentiasa menyokong dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat dengan
memilih untuk berdikari dan bekerja sendiri.

3. Berdikari
contohnya Laiman sanggup bekerja sendiri sebagai petani dengan mengusahakan tanaman tembikai,
menternak ikan air tawar, dan pelbagai lagi perniagaan walaupun dia boleh memilih bekerja makan gaji di
Jabatan Pertanian.

4. Kasih sayang
contohnya Pak Kiassim amat menyayangi anaknya menyebabkan dia meleteri sikap Laiman yang menolak
pekerjaan sebagai pegawai di Jabatan Pertanian. Namun, dia akur akan kebolehan anaknya apabila melihat
tanaman tembikai mengeluarkan hasil lalu memujuk Pak Sahok untuk memastikan tanah rizab yang bercantum
dengan tanah lelaki itu boleh diusahakan oleh anaknya untuk penternakan ikan air tawar.
Disediakan oleh: Haslinda Rosle

5. Kesyukuran
contohnya Laiman bersyukur kerana projek ikan air tawar yang diusahakannya telah membuahkan hasil dan
kerajaan menghargai usaha yang dijalankan dengan menjadikan sebagai projek contoh di daerah mereka.
Kemungkinan projek tersebut akan dibesarkan dengan bantuan daripada Jabatan Pertanian sebagai projek
yang terbesar di Sabah.

PENGAJARAN :
1. Kita perlu memiliki sikap berani untuk mengubah nasib
contohnya Laiman berani menjadi petani moden kerana berkeyakinan usahanya akan membuahkan kejayaan
walaupun pada peringkat awal ditentang oleh ayahnya kerana menolak tawaran bekerja di Jabatan Pertanian.

2. Kita hendaklah memiliki jiwa patriotism


contohnya Laiman sentiasa menyokong dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat dengan
memilih untuk berdikari dan bekerja sendiri.

3. Kita haruslah sanggup berdikari untuk memperoleh pendapatan yang lebih lumayan
contohnya Laiman sanggup bekerja sendiri sebagai petani dengan mengusahakan tanaman tembikai,
menternak ikan air tawar, dan pelbagai lagi perniagaan walaupun dia boleh memilih bekerja makan gaji di
Jabatan Pertanian.

4. Kita mestilah memiliki perasaan kasih sayang terhadap darah daging sendiri
contohnya Pak Kiassim amat menyayangi anaknya menyebabkan dia meleteri sikap Laiman yang menolak
pekerjaan sebagai pegawai di Jabatan Pertanian. Namun, dia akur akan kebolehan anaknya apabila melihat
tanaman tembikai telah mengeluarkan hasil lalu memujuk Pak Sahok untuk rnemastikan tanah rizab yang
bercantum dengan tanah lelaki itu boleh diusahakan oleh anaknya untuk penternakan ikan air tawar.

5. Kita sewajarnya bersyukur terhadap rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT
contohnya Laiman bersyukur kerana projek ikan air tawar yang diusahakannya telah membuahkan hasil dan
kerajaan menghargai usaha yang dijalankan dengan menjadikan sebagai projek contoh di daerah mereka.
Kemungkinan projek tersebut akan dibesarkan dengan bantuan daripada Jabatan Pertanian sebagai projek
yang terbesar di Sabah.

Anda mungkin juga menyukai