Anda di halaman 1dari 16

SINOPSIS

JALAN KE PUNCAK
Bab 1 : Bagaikan Mimpi

Laiman berada di Sarawak untuk menjalankani latihan industri. Bidang yang diambilnya ialah
kejuruteraan. Dia dihantar untuk membuat praktikal di sebuah syarikat minyak. Dia
menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh dan minat. Dia menceritakan kepada Shukri
bahawa dia akan berehat selepas tamat pengajian. Dia tidak akan menerima mana-mana
tawaran bekerja dengan cepat. Sukri hairan memikirkan sikap Laman. Laiman teringat akan
kawannya yang bernama Chow Chin. Selepas tamat pengajian, dia membuka perniagaan
kereta terpakai. Seterusnya menjadi ejen import dan eksport dan mengusahakan hotel.
Akhirnya, dia menjadi usahawan baharu. Laiman menjadikan Chow Chin sebagai tauladan
untuk dicontohi. Baginya, orang yang tidak berijazah atau berijazah mampu berjaya jika rajin
dan bijak. Perkara yang penting ialah, pengalaman,kemahiran, dan kesungguhan. Kesemua
itu mampu membawanya ke arah kejayaan.
Bab 2 : Sesal

Laiman bersiar-siar selepas waktu pejabat. Kerjanya sudah selesai. Pengurusnya berpuas
hati dengan kecekapan Laiman. Di pekan Lutong, Laiman terjumpa rakan sekerjanya,
Soniah. Soniah bertanyakan kepadaLaiman mengenai Muluk. Bagi Laiman, Muluk
merupakan seorang yang bersikap aneh. Dia tidak pernah berbual dengannya. Apabila dia
bertanyakan kepada Soniah, dia hanya membisu seperti menyembunyikan sesuatu.
Akhirnya, Laiman hnya membiarkan pertanyaannya berlalu begitu sahaja.
Bab 3 : Musibah

Sukri menerima berita bahawa tangki minyak yang dibaiki Laiman terbakar. Ketika kejadian,
Laiman berada di Kuching untuk berjumpa dengan rakan kuliahnya. Kebakaran dapat
dipadamkan tiga jam kemudian. Perkara yang menjadi punca kebakaran menjadi persoalan.
Sukri berpendapat Laiman tidak wajar dipersalahkan kerana Laiman tiada disitu. Sukri juga
memikirkan kerugian dan nasib Laiman yang akan dikenakan tindakan oleh pengurus
syarikat. Keesokan harinya, Sukri memaklumkan kejadian tersebut kepada Laiman. Laiman
sangat yakin kerjanya cukup rapi dan tidak percaya perkara itu terjadi. Sukri membuat
andaian bahawa kerja itu dilakukan kerana khianat. Ia mengingatkan Laimanmengenai
perbualannya dengan Soniah yang lalu
Bab 4 : Hasrat
Laiman dan Soniah menghabiskan cuti hujung minggu dengan bersiar-siar di Bandar
Miri. Mereka berbincang mengenai perancangan masa hadapan. Soniah ingin
melanjutkan jurusan kejuruteraan. Bagi Laiman, bidang kejuruteraan amat berisiko untuk
Soniah kerana menjalankan tugas cari gali minyak memakan masa berbulan lamanya.
Soniah pula menyukai pekerjaan tersebut kerana sudah menjadi impiannya. Soniah juga
turut bertanyakan kepada Laiman mengenai kes kebakaran itu. Laiman berharap kes
kebakaran itu tidak menjejaskan dalam perjalanan ke universiti. Laiman menyedari
gerak-gerik Muluk yang memerhati mereka ketika bersiar-siar

Bab 5 : Pulang
Setelah pulang dari universiti, Laiman berubah
Bab 6 : Tentangan

Kini Laiman mengusahakan lading tembikai di kampung halamannya. Walaupun hanya


bekerja sebagai petani. Laiman tidak peduli. Dia ingin menyahut cabaran kerajaan supaya
siswazah berdikari dan tidak bergantung kepada gaji kerajaan. Dia juga merancang untuk
mengusahakan projek ternakan lebah madu dan ikan air tawar. Laiman diusik kenangan di
Sarawak dahulu. Rupa-rupanya Muluk cemburu dengan Laiman kerana menyangka Laiman
menjalin hubungan cinta dengan Soniah. Akibat perbuatan itu, Muluk dikenakan hukuman.
Bab 7 : Resah

Laiman ditegur oleh ayahnya Pak Kiassim kerana menolak tawaran bekerja di Jabatan
Pertanian. Ayahnya kesal kerana telah banyak berkorban untuk pengajian Laiman di universiti,
tetapi dia tidak memanfaatnya. Laiman begitu tertekan kerana cita-citanya tidak difahami oleh
ayahnya. Laiman ingin membuka mata penduduk kampung supaya gigih berusaha tanpa
bantuan kerajaan. Usahanya dibantu oleh Milan iaitu sepupunya.
Bab 8 : Tekad

Rancangan Laiman untuk mengusahakan kolam ternakan di tepi sawah milik Pak
Sahak dipersetujuinya. Walaupun tanah paya itu tidak termasuk di dalam geran, tetapi
dia telah mengusahakan sebahagian sawah itu untuk dijadikan sawah. Laiman tidak
putus asa dan terus memujuk Pak Sahak. Sementara itu, kebu tembikainya mula
berbuah dan dia dibantu oleh Milan. Dia berazam untuk meneruskan projek ternakan
madu lebah dab bercadang mengambil pekerja
Bab 9 : Pujuk

Pak Sahok berkeras dan tidak membenarkan Laiman untuk melaksanakan


projekdi kawasan tanah miliknya walaupun ditawarkan untuk berkongsi
pendapatan daripada ternakan ikan itu. Laiman mengalah dan cuba memikirkan
tempat yang sesuai. Ayah Laiman mula menyedari usaha laiman mendatangkan
hasil. Pak Kiassim menawarkan diri untuk berbincang dengan Pak Sahok. Laiman
berasa terharu. Dia meminta maaf kepada Laiman kerana tidak dapat memenuhi
hasratnya
Bab 10 : Harapan

Kejayaan projek Laiman mendapat banyak perhatian termasuk Jabatan Pertanian


yang menawarkan pelbagai bantuan. Pak Sahok pula membenarkannya
untukmenggunakan tanah paya untuk menggunakan tanah paya untuk projek
ternakan ikan air tawar dan udang harimau. Hasil jualan tembikai menjadi modal
untuk projek tersebut. Ramai anak muda mahu bekerja dengan Laiman untuk
menjayakan projek tersebut. Kolam mula dikorek, dan dua orang pekerjanya
dihantar ke khursus penternakan. Sementara itu, projek buah tembikai
diserahkan kepada ayahnya untuk diusahakan. Soniah juga sesekali berhubung
dengan Laiman melalui surat. Kini Soniah melanjutkan pelajarannya di universiti
Bab 11 : Galau

Laiman dimaklumkan oleh Milan bahawa dua orang pekerja mereka iaitu Kadek dan
Muali yang mengikuti khursus penternakan itu membuat keputusan sendiri untuk
mengusahakan projek mereka sendiri. Mereka enggan membantu Laiman dan Milan
Pada mulanya dia sangat marah tapi dia yakin masih ramai orang kampung yang
berkbolehan. Ayah Laiman mula mengerti pengorbanan Laiman. Dia memahami
Laiman telah bersusah payah mencari projek untuk anak-anak muda yang menganggur
Bab 12 : Tabah

Keengganan Kadek dan Muali tidak menjadi masalaj bagi Laiman lagi. Abangnya, Mail
menyokong usaha yang di buat oleh Laiman dan menasihatinya agar melakukan kerja
bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan kata-kata orang kampung
Bab 13 : Lumayan

Sementara Laiman dan Milan menunggu hasil kolam, mereka menjalankan kerja-kerja
sambilan yang lain seperti menjaja kuih, meraih pisang dan kelapa. Pendapatan mereka
disimpan di bank untuk kegunaan masa hadapan
Bab 14 : Sinar

Laiman masih belum berpuas hati dengan pendapatannya sekarang. Tidak lama lagi,
kolam ikannya akan membuahkan hasil.Laiman berterima kasih kepada Pak Sahok
kerana mengizinkannya mengusahakan tanah di sebelah tanag Pak Sahok. Kini
Laiman dan Milan menjadi Usahawati yang berjaya. Mereka turut membeli lori yang
dapat memudahkan urusan mereka mengangkut hasil tanaman, ternakan dan
perniagaan mereka
Bab 15 : Impian Terlaksanan

Laiman merenung kembali usaha susah payahnya untuk ketahap itu. Nama Laiman
disebut-sebut sebagai contoh kepada anak-anak muda. Dia turut bersedia untuk
membimbing mereka yang ingin berjaya sepertinya. Kerjayanya kini sebagai
penternak, pengusaha kedai makanan dan pemborong yang berjaya walaupun
memiliki ijazah dalam bidang kejuruteraan. Laiman masih mengngati Soniah yang telah
tamat pengajiannya. Laiman sedar, dia menyimpan perasaan terhadap gadis itu. Berita
Soniah akan berhijrah ke Sabah untuk bekerja di syarikat pakciknya amat mengujakan
Laiman. Dia berhasrat untuk mencurahkan isi hatinya kepada Soniah
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai