Anda di halaman 1dari 4

Novel Jalan Ke Puncak - Komsas Tingkatan 2

Sinopsis Keseluruhan

Novel Jalan ke Puncak mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Laiman yang berkelulusan ijazah

sarjana muda kejuruteraan tetapi enggan bekerja makan gaji. Laiman lebih suka bekerja sendiri dengan

mengusahakan ladang tembikai. Pada mulanya hasrat bekerja sendiri ditentang oleh ayahnya kerana

keluarga mereka telah banyak berkorban demi kejayaan Laiman dalam pengajiannya. Setelah usaha

berkebun menampakkan hasil, ayah Laiman mulai menyokong usahanya. Laiman turut mengusahakan kolam

ternakan ikan air tawar, udang harimau di samping berniaga kedai makan dan memborong hasil pertanian.

Laiman dibantu oleh sepupunya Milan. Usaha gigih Laiman bukan sekadar untuk dirinya malah dia turut

membantu anak-anak muda lain dengan membuka peluang pekerjaan dan mengubah mentaliti mereka.

Laiman mahu bangsanya tidak hanya bergantung kepada kerajaan atau bekerja makan gaji, sebaliknya

mereka perlu gigih berusaha dan berdikari jika mereka ingin hidup mewah. Laiman akhirnya menjadi

usahawan tani berjaya dan contoh kepada penduduk kampung. Usahanya turut mendapat pengiktirafan

daripada kerajaan.

Tema Novel

Kegigihan seorang pemuda dalam membina kecemerlangan kerjaya masa depannya dengan cara

berdikari.

Contoh: Laiman yang berkelulusan ijazah kejuruteraan enggan berkerja makan gaji, sebaliknya dia

memilih untuk bekerja sendiri mengusahakan ladang tembikai di kampungnya. Laiman juga turut

mengusahakan kolam ikan air tawar, udang harimau, berniaga kedai makan dan menjadi peraih hasil

pertanian di kampungnya. Berkat usaha gigih Laiman, akhirnya dia berjaya dalam bidang yang diceburinya

dan mendapat pengiktirafan daripada pihak kerajaan.

NILAI MURNI :

1. Keberanian

Kita perlu memiliki sikap berani untuk mengubah nasib.

Laiman berani menjadi petani moden kerana berkeyakinan usahanya akan membuahkan kejayaan walaupun

pada peringkat awal ditentang oleh ayahnya kerana menolak tawaran bekerja di Jabatan Pertanian.
2. Patriotisme

Kita hendaklah memiliki jiwa patriotisme.

Laiman sentiasa menyokong dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat dengan

memilih untuk berdikari dan bekerja sendiri.

3. Berdikari

Kita haruslah sanggup berdikari untuk memperoleh pendapatan yang lebih lumayan.

Laiman sanggup bekerja sendiri sebagai petani dengan mengusahakan tanaman tembikai, menternak ikan

air tawar, dan pelbagai lagi perniagaan walaupun dia boleh memilih bekerja makan gaji di Jabatan

Pertanian.

4. Kasih sayang

Kita mestilah memiliki perasaan kasih sayang terhadap darah daging sendiri.

Pak Kiassim amat menyayangi anaknya menyebabkan dia meleteri sikap Laiman yang menolak pekerjaan

sebagai pegawai di Jabatan Pertanian. Namun, dia akur akan kebolehan anaknya apabila melihat tanaman

tembikai mengeluarkan hasil lalu memujuk Pak Sahok untuk memastikan tanah rizab yang bercantum

dengan tanah lelaki itu boleh diusahakan oleh anaknya untuk penternakan ikan air tawar.

5. Kesyukuran

Kita sewajarnya bersyukur terhadap rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Laiman bersyukur kerana projek ikan air tawar yang diusahakannya telah membuahkan hasil dan kerajaan

menghargai usaha yang dijalankan dengan menjadikan sebagai projek contoh di daerah mereka.

Kemungkinan projek tersebut akan dibesarkan dengan bantuan daripada Jabatan Pertanian sebagai

projek yang terbesar di Sabah.


Persoalan

Persoalan Contoh

Ketabahan Laiman tabah menghadapi segala rintangan terutama daripada keluarganya


menghadapi dugaan yang tidak bersetuju dengan keputusan untuk bekerja sendiri.
hidup

Keberanian menceburi Laiman berani menolak tawaran bekerja di jabatan kerajaan sebaliknya
bidang pertanian mengambil keputusan untuk mengusahakan ladang tembikai dan menternak
ikan air tawar serta udang harimau

Pengorbanan demi Abang dan nenek Laiman telah mengorbankan wang ringgit demi membiayai
kejayaan ahli pengajian Laiman di universiti
keluarga

Semangat setia kawan Milan yang merupakan kawan dan sepupu kepada Laiman, sentiasa menyokong
usaha Laiman untuk menjayakan projek yang diusahakan oleh Laiman walaupun
mendapat tentangan daripada keluarganya sendiri.

Semangat cinta akan Laiman sentiasa menyokong dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk
negara membantu rakyat dengan memilih untuk berdikari dan bekerja sendiri.

Novel Jalan ke Puncak Karya Juri Durabi

Anda mungkin juga menyukai