Anda di halaman 1dari 16

TEMA

Novel ini menceritakan sebuah tema


berkenaan kesungguhan seorang pemuda
untuk mencapai kejayaan dan masa depan yang
cemerlang dengan usaha sendiri dan berdikari.

PERSOALAN
1) Persoalan keyakinan atas usaha yang
telah dilaksanakan.
Laiman yang berusaha menjadi seorang petani
moden yakin akan mengecapi kejayaan
walaupun menolak tawaran bekerja di jabatan
pertanian
2) Persoalan pengorbanan demi kejayaan ahli
keluarga.
Abang dan nenek Laiman telah mengorbankan
wang ringgit mereka demi membiayai
pengajian Laiman di universiti.
3) Persoalan keberanian menceburi bidang
pertanian yang berisiko tinggi.
Laiman berani untuk mengusahakan ladang
tembikai dan menternak ikan serta udang
selepas menolak tawaran bekerja di jabatan
kerajaan
4) Persoalan semangat setia kawan.
Milan yang merupakan kawan kepada Laiman
sentiasa menyokong usaha Laiman untuk
menjayakan projek pertanian
5) Persoalan kemiskinan dalam masyarakat.
Laiman memerlukan bantuan kewangan
daripada ahli keluarganya untuk melanjutkan
pelajaran di universiti
WATAK
1) Laiman
Watak utama dan merupakan anak kepada
Pak Kiassim
Berasal dari Kusilad, Sabah dan mempunyai
abang bernama Mail dan adik bernama Jariah
manakala ibunya telah meninggal dunia
Mendapat kelulusan Ijazah Sarjana Muda
Jurusan Kejuruteraan dan telah menjalani
latihan praktikal di sebuah syarikat minyak di
Sarawak
Seorang yang mempunyai jati diri yang kuat
kerana telah berpegang pada prinsipnya dan
tidak tergesa-gesa menerima sesuatu
tawaran
Seorang yang berani kerana telah bekerja
sendiri sebagai peladang, penternak dan
pemborong walaupun tiada pengalaman
2) Pak Kiassim
Merupakan bapa kepada Laiman
Pada mulanya tidak bersetuju dengan
keputusan Laiman untuk menceuri bidang
pertanian dan akhirnya bangga dengan
kejayaan anaknya
Seorang yang bertanggungjawab kerana
inginkan anaknya bekerja di jabatan kerajaan
untuk mendapatkan kerjaya yang stabil
Seorang yang sedar akan kesilapan diri kerana
mengakui dia tidak memahami wawasan
Laiman untuk menjalankan perniagaan sendiri
3) Milan
Merupakan sepupu dan kawan baik kepada
Laiman
Seorang yang mempunyai semangat setia
kawan yang kuat apabila membantu Laiman
menjalankan projek pertaniannya
Seorang yang mengenang budi kerana
berterima kasih kepada Laiman kerana
mengajarnya erti kehidupan
4)Pak Sahok
Pemilik tanah yang diusahakan oleh Laiman
dengan projek ikan air tawar
Juga merupakan seorang petani dan ahli
jawatankuasa rancangan perkampungan
baharu.
5)Soniah
Sahabat baik kepada Laiman di Sarawak
Pelajar jurusan kejuruteraan di Universiti
Kebangsaan Malaysia
Seorang gadis yang bercita-cita tinggi

PLOT
Permulaan
Novel ini bermula apabila Laiman menjalani
latihan praktikal di sebuah syarikat minyak.
Laiman Sentiasa melaksanakan tugas yang
diberikan dengan baik sehinggakan dia
disenangi oleh pengurus dan kawan-kawannya.
Sukri yang bertugas di situ telah mengajak
Laiman untuk makan bersama
Perkembangan
Soniah yang akan melanjutkan pelajaran dalam
bidang kejuruteraan berkawan rapat dengan
Laiman. Soniah telah menyebut nama seorang
lelaki, Muluk dalam perbualan mereka dan
kemudian tidak mahu meneruskan cerita
tersebut. Ia telah menimbulkan tanda tanya
kepada Laiman tetapi dia terpaksa melupakan
perkara tersebut kerana Soniah tidak mahu
bercerita tentang Muluk.
Perumitan
Loji minyak di syarikat Laiman menjalani
latihan praktikal terbakar. Laiman merupakan
jururtera yang bertugas untuk memperbaiki
loji tersebut. Namun, kebakaran tersebut
berlaku semasa Laiman pergi ke Kuching.
Perbuatan yang dianggap satu sabotaj itu
tidak menjadi kerana pelaku tidak tahu
keberadaan Laiman di Kuching dan bukan di
Loji tersebut. Pak Kiassim telah memarahi
Laiman kerana menolak tawaran pekerjaan di
sebuah jabatan kerajaan dan menentang
hasrat Laiman untuk bekerja sendiri.
Klimaks
Polis telah menangkap Muluk atas tuduhan
membakar loji minyak kerana ingin melakukan
sabotaj ke atas Laiman. Muluk cemburu
dengan hubungan mesra antara Soniah dan
Laiman. Pak Sahok telah memberi keizinan
kepada Laiman untuk menggunakan tanah
paya di sebelah tanahnya untuk menjalankan
projek ternakan ikan air tawar. Laiman telah
membalas jasa baik Pak Sahok dengan bekerja
keras untuk menjayakan projek tersebut
sehingga menjadi contoh kepada penduduk
kampung yang lain.
Peleraian
Laiman telah berjaya untuk hidup dengan
selesa hasil daripada usahanya bekerja sendiri.
Di kemudiannya merancang untuk menjalani
kehidupan yang baharu bersama Soniah

Teknik Plot
1)Dialog : Laiman berbual dengan Milan
tentang cadangan Laiman untuk membuka
projek ternakan lebah madu dan ikan air tawar
di tanah paya sebelah tanah Pak
2)Sahok Pemerian : Pengarang memerihalkan
hubungan antara Sukri dan Laiman yang erat
walaupun baru dua bulan berkawan
3)Kejutan : Pak Sahok bersetuju untuk
memberikan Laiman keizinan menggunakan
tanah paya di sebelah tanahnya
4)Saspens : Pembaca tertanya-tanya siapa
disebalik perbuatan membakar loji minyak

Latar
Latar Masyarakat
Masyarakat yang miskin dan sederhana :
Abang dan nenek kepada Laiman memberikan
bantuan kewangan kepada Laiman ketika
melanjutkan pelajaran di universiti
Masyarakat yang berpendidikan tinggi :
Laiman dan Soniah merupakan pelajar lulusan
Ijazah Sarjana Muda bidang Kejuruteraan
Masyarakat yang kuat jati diri : Laiman yang
sentiasa berpegang pada prinsip untuk
berjaya dahulu daripada melakukan perkara
lain seperti bercinta. Begitu juga Milan yang
bekerja keras membantu Laiman dalam projek
air tawar mereka
Latar Masa
Waktu pagi : Sukri pergi ke rumah sewa
Laiman untuk memberitahu kejadian
kebakaran di ljoi minyak
Waktu tengah hari : Sukri bertanya kepada
Laiman tentang perancangannya selepas
tamat belajar kelak
Waktu petang : Laiman bersiar-siar di Pekan
Lutong dan terjumpa Soniah kemudian makan
bersama-sama di sebuah restoran
Waktu malam : Pak Kiassim berleter kepada
Laiman kerana menolak tawaran kerja di
Jabatan Pertanian
Latar Tempat
Bandar Miri : Laiman dan Soniah
menghabiskan cuti hujung minggu dengan
bersiar-siar di bandar Miri
Rumah Pak Sahok : Laiman ke rumah Pak
Sahok untuk memujuk agar mengizinkan dia
menggunakan tanah paya bersebelahan tanah
Pak Sahok
Tangki Minyak Nombor 12 milik syarikat Shell :
tangki yang rosak dan dibaiki oleh Laiman
kemudian terbakar akibat sabotaj daripada
orang lain Kebun
tembikai : Tempat Laiman dan Milan
mengusahakan ladang seluas 15 ekar dan
bangga dengan usaha mereka Kampung
Kusilad : Tempat tinggal Laiman dan dimana
dia melakukan aktiviti pertanian serta
perikanan sehingga berjaya

Gaya Bahasa
Inversi : Di sana, dia makan
Peribahasa : nasi sudah menjadi bubur,
mencontengkan arang di muka
Simile : Pagi esoknya minyak yang belum
diproses tumpah bagaikan air hujan di
tepi-tepi longkang
Personafikasi : Tangannya lancar berlari di
atas tikar yang sudah separuh dianyam sejak
sebulan lalu

Nilai
Pengorbanan : nenek Laiman berkorban wang
ringgit untuk memastikan Laiman melanjutkan
pelajaran di universiti
Tanggungjawab : Sukri telah menyelia
pekerjaan Laiman dengan teliti semasa Laiman
menjalani latihan praktikal di syarikat minyak
Patriotisme : Laiman menyokong dasar yang
dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu
rakyat menjalankan perusahaan sendiri
Keberanian : Laiman berani menceburi bidnag
pertanian walaupun ditentang oleh bapanya
Kesyukuran : Laiman bersyukur kerana projek
ikan air tawarnya berjaya diusahakan dan
membuahkan hasil sehingga dihargai oleh
jabatan kerajaan

Pengajaran
Kita seharusnya memiliki perasaan kasih
sayang terhadap darah daging kita kerana
kegagalan dan kejayaan mereka hanya akan
dilihat dan dihargai oleh kita
Kita sewajarnya memiliki sikap berani untuk
mengubah nasib seperti Laiman yang
menceburi bidang pertanian berbanding bekerja
di sebuah jabatan kerajaan
Kita perlu mempunyai jati diri yang kuat untuk
berjaya dalam kehidupan dan menghadapi
pelbagai cabaran kehidupan

Contoh Soalan
1) Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan
dua perwatakan watak utama dalam novel
tersebut yang menjadi peranan penting dalam
menggerakan jalan cerita. Novel yang saya
telah kaji ialah novel Jalan Ke Puncak dan
watak utamanya adalah Laiman. Perwatakan
Laiman yang penting dalam jalan cerita adalah
kekuatan jati dirinya dalam berusaha untuk
mencapai kejayaan dalam kahidupan. Selain itu,
watak Laiman yang jujur telah membantunya
mendapat kepercayaan daripada rakan
sekerjanya, Milan.
2) Nyatakan tiga latar tempat yang
terdapat dalamnovel yang telah anda kaji
Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu novel
Jalan Ke Puncak karya Juri Durabi, antara
latar tempat di dalam novel tersebut adalah
Loji Minyak syarikat Shell. Latar tempat ini
menjadi kawasan latihan praktikal Laiman dan
di mana berlakukan kebakaran loji atas
perbuatan sabotaj. Latar tempat yang lain
adalah Kampung Kusilad yang merupakan
kawasan kediaman Pak Kiassim dan Pak Sahok
serta dimana Laiman menjalankan projek
pertaniannya. Akhir sekali, Kebun Tembikai
adalah salah satu latar tempat di dalam novel
yang menceritakan Laiman dan Milan
mengusahakan ladang buah tersebut seluas
15 ekar.

Anda mungkin juga menyukai