Anda di halaman 1dari 1

Find your following on TikTok

Open
Who said advertising has to be hard? Find customers the fun way with TikTok.
TikTok for Business

Karangan Net
Nota Komsas, Isi Karangan, Contoh karangan SPM, PT3, STPM

Continue Download

Subscribe to download content to your mobile.

alphacell.co Open

KaranganNet » Bahasa Malaysia

Sinopsis Novel Silir Daksina – Komsas Tingkatan 5


Bahasa Malaysia, KOMSAS, SPM

Kandungan
1. Sinopsis Novel Silir Daksina mengikut Bab
1.1. Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 1
1.2. Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 2
1.3. Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 3
1.4. Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 4
1.5. Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 5
1.6. Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 6
1.7. Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 7
1.8. Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 8
1.9. Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 9
1.10. Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 10
1.11. Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 11
1.12. Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 12
1.13. Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 13
1.14. Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 14
1.15. Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 15
1.16. Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 16

Novel Silir Daksina karya Nizar Parman merupakan Komsas tingkatan


5. Berikutnya Sinopsis Novel Silir Daksina mengikut Bab.

Sinopsis Novel Silir Daksina mengikut Bab


Kisah dalam Silir Daksina bermula apabila Haiqal mendapat sebuah
manuskrip lama. Alamat pengirim manuskrip tersebut sama dengan
alamat tempat lahirnya tetapi pengirimnya berbangsa Cina iaitu Ong
See Hwa. Haiqal mendapati bahawa kisah yang terdapat dalam
manuskrip tersebut seakan-akan benar berlaku dan menceritakan kisah
hidup arwah ayahnya; Abdullah bin Kayan tetapi kisah itu dimainkan
oleh watak Cikgu Nizam. Haiqal bertekad untuk pulang ke Johor untuk
menjejak warisan ayahnya walaupun niat itu ditentang oleh uminya.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 1

Tersingkap Rahsia

Haiqal sangat tertarik oleh sebuah mansukrip lama yang baru


diperolehinya. Sudah seminggu dia membaca dan membelek-belek
manuskrip itu. Haiqal leka dalam alam Abdullah bin Kayan. Nama itu
pernah disebut oleh uminya tetapi uminya tidak mahu menceritakan
lebih lanjut tentang sejarah hidup Abdullah bin Kayan. Ketika Haiqal
berusia enam tahun, dia mendapat tahu bahawa orang yang dipanggil
sebagai “walid” bukanlah ayah kandungnya. “Walid” atau Abdul Fatah
ialah ayah tirinya. Namun begitu, ayah tirinya tidak membeza- bezakan
kasih sayang antara Haiqal dengan adik tirinya; Nurul Aisyah. Ketika
umi menerangkan bahawa Haiqal bukanlah anak kandung “walid”,
Haiqal berasa sangat sedih sekali. Umi memberitahu bahawa ayah
kandungnya tinggal berjauhan daripada mereka dan Haiqal akan tahu
segala-galanya apabila Haiqal sudah besar.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 2

Kisah Seorang Teman

Haiqal menemui Ratna di warung milik keluarga Ratna. Mereka


berbual-bual tentang masa depan masing-masing. Ratna bercita-cita
untuk membuka restoran sendiri apabila keputusan SPM Ratna tidak
begitu baik. Haiqal pula meneruskan pelajaran ke tingkatan 6.
Sekarang, Haiqal sedang menunggu keputusan STPM. Haiqal sentiasa
mendorong Ratna supaya gigih meneruskan cita-citanya. Haiqal turut
memberitahu bahawa tokoh-tokoh dunia seperti Abraham Lincoln juga
pernah gagal berkali-kali sebelum mencapai kejayaan. Ketika mereka
berjalan-jalan di tepi pantai, Haiqal telah menceritakan kisah manuskrip
yang diterimanya beberapa hari yang lalu. Alamat pengirim manuskrip
itu sama dengan alamat yang tercatat di sijil kelahirannya iaitu
Kampung Seri Purnama, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Pengirim
manuskrip itu berbangsa Cina yang bernama Ong See Hwa.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 3

Senaskhah Manuskrip Lama

Manuskrip lama yang menceritakan kisah Cikgu Nizam ini merupakan


manuskrip yang diterima dan dibaca oleh Haiqal. Manuskrip lama ini
mengisahkan penduduk kampung Sri Purnama yang aktif dalam aktiviti
seni tradisional seperti zapin dan ghazal. Seni tradisional ini turut
mendapat tempat di hati Ai Ling; anak kepada Tauke Lim. Ai Ling minat
menari zapin. Rakan-rakan sebaya Cikgu Nizam seperti Roslan, Ramli
dan Sudin juga gigih berlatih menari zapin. Penduduk kampung Seri
Purnama sering berkumpul di warung Pak Dolah. Cikgu Nizam memuji
Ai Ling yang mahir menari zapin. Hubungan bapa Ai Ling iaitu Tauke
Lim dengan penduduk kampung Seri Purnama adalah sangat rapat.
Cikgu Nizam menggalakkan Ai Ling untuk belajar menari zapin. Apabila
Cikgu Nizam melihat Ai Ling, secara tidak langsung dia terkenang akan
anaknya; Aiman. Usia Aiman sebaya dengan usia Ai Ling.

Hubungan kekeluargaan antara keluarga Cikgu Nizam dengan keluarga


Tauke Lim sangat rapat. Tauke Lim berasal dari Perak. Rumah Tauke
Lim dibina di atas tanah yang dibeli daripada ayah Cikgu Nizam.
Sebelum ini, tanah tersebut merupakan kebun getah. Ayah Cikgu
Nizam mengupah orang untuk mengerjakannya kerana dia sibuk
mengurus kebun kelapa sawit. Emak Cikgu Nizam pula tidak berdaya
untuk mengerjakan kebun getah kerana tidak boleh berdiri lama akibat
kemalangan. Kemudian, Tauke Lim telah menyewa tanah tersebut
daripada ayah Cikgu Nizam setelah berhijrah ke Parit Raja. Ayah Cikgu
Nizam berasa kasihan akan Tauke Lim kerana semua tanah milik
keluarganya di Perak habis dijual untuk membayar hutang abang Tauke
Lim yang suka berjudi. Ayah Cikgu Nizam dan Tauke Lim bersetuju
untuk membahagi dua hasil daripada kebun getah tersebut.

40% OFF

Shop now

Hubungan antara keluarga Cikgu Nizam dan Tauke Lim semakin rapat
sejak Tauke Lim menyewa kebun getah tersebut. Tambahan pula,
Tauke Lim selalu membawa ahli keluarganya berkunjung ke rumah
keluarga Cikgu Nizam. Mereka selalu minum petang bersama-sama.
Tauke Lim seorang yang rajin. Pada waktu pagi, dia menoreh getah
manakala pada waktu petang, Tauke Lim akan mengelilingi kampung
untuk membeli hasil-hasil kampung. Sebagai contohnya, buah pinang,
getah beku atau getah sekerap, biji kopi dan pisang. Kemudian, dia
akan menjualnya di bandar. Tauke Lim juga sentiasa membersihkan
kebun getah yang disewanya. Hasil kegigihan Tauke Lim, dia berjaya
mengumpul wang untuk membeli setengah ekar daripada kebun ayah
Cikgu Nizam. Tanah yang dibelinya itu telah dijadikan tapak rumah.
Hubungan antara keluarga Tauke Lim dengan penduduk kampung Sri
Purnama sangat rapat sekali. Apabila ada majlis kenduri-kendara, dia
pasti akan turut bersama-sama penduduk untuk bergotong-royong.
Tauke Lim juga sentiasa bermurah hati untuk menaja jamuan untuk
setiap majlis keramaian di kampung. Ketika ayah Cikgu Nizam masih
hidup, dia menganggap bahawa anak-anak perempuan Tauke Lim iaitu
Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya sendiri. Hidup ayah Cikgu Nizam
sunyi setelah kematian isterinya akibat darah beku di kepala.

39% OFF

View more

Pada suatu hari, Cikgu Nizam telah menumpangkan Ai Ling dan Ai


Ching ke sekolah kerana bateri kereta Tauke Lim telah rosak. Cikgu
Nizam mengajar di sekolah yang sama dengan Ai Ling. Tauke Lim
menghantar semua anaknya belajar di sekolah kebangsaan di kampung
itu. Dia beranggapan bahawa di mana-mana sahaja anak-anaknya
boleh belajar asalkan mereka rajin. Pada setiap minggu, Tauke Lim
menghantar anak-anaknya ke kelas tuiysen bahasa Cina di pekan Parit
Raja. Cikgu Nizam mempelawa Ai Ling menaiki keretanya pada setiap
hari tetapi Ai Ling tidak mahu menyusahkan gurunya itu. Namun begitu,
setelah Ai Ling berbincang dengan Tauke Lim, Ai Ling telah
menumpang kereta Cikgu Nizam untuk ke sekolah pada setiap hari.

Ketika di bilik guru, Cikgu Latifah yang terkenal oleh kegarangannya


telah meluahkan perasaan. Cikgu Latifah menyatakan kekesalannya
terhadap sikap murid-murid yang tidak menyelesaikan kerja rumah dan
tulisan mereka juga tidak kemas ibarat “cakar ayam”. Cikgu Latifah turut
menyatakan bahawa golongan guru kerap dipersalahkan jika anak-anak
murid tidak berjaya. Cikgu Nizam menenangkan Cikgu Latifah dengan
mengatakan bahawa orang luar tidak faham akan tugas guru yang
banyak. Cikgu Nizam turut berpandapat bahawa golongan guru perlu
sentiasa bijak mengatur tugas mereka. Berbeza dengan zaman dahulu,
guru ibarat pakar rujuk. Apabila zaman semakin moden dan golongan
cendekiawan semakin ramai, banyak teori pendidikan telah diwujudkan.
Cikgu Latifah meneruskan kerjanya dan kadang kala dia membebel
lagi. Dalam hati Cikgu Nizam, dia kagum akan kesungguhan Cikgu
Latifah yang sanggup pulang lewat untuk membimbing murid-murid
yang lemah dalam Matematik. Cikgu Nizam terus menjalankan
tanggungjawabnya sebagai ketua panitia Bahasa Melayu dengan
menyelesaikan minit mesyuarat panitia.

Selain itu, Cikgu Latifah turut menyatakan bahawa Ai Ling tidak mahu
ke perpustakaan ketika waktu Pendidikan Islam. Ai Ling berminat untuk
mempelajari Pendidikan Islam daripada Ustazah Munirah. Ai Ling suka
membaca buku kisah-kisah nabi dan rasul serta tokoh-tokoh Islam. Ai
Ling juga selalu bertanya tentang nabi-nabi kepada Ustazah Munirah,
terutamanya tentang Nabi Muhammad. Perwatakan Ai Ling berbeza
dengan kakaknya. Apabila murid-murid Islam membaca doa, dia akan
turut serta menadah tangan untuk berdoa. Cikgu Nizam mengambil
peluang ini untuk cuba mengenali Ai Ling dengan lebih dekat.

(ii)

Bateri kereta Tauke Lim telah digantikan dengan bateri baharu. Cikgu
Nizam membantu Tauke Lim memasang bateri tersebut. Cikgu Nizam
menyuruh Tauke Lim supaya membeli kereta baharu tetapi Tauke Lim
tidak mahu kerana dia perlu berjimat untuk belanja persekolah anak-
anaknya. Pada masa yang sama, Tauke Lim tidak selalu jalan jauh.
Kereta buruknya digunakan untuk mengangkut hasil-hasil kampung
untuk dijual di pekan. Jika Tauke Lim pulang ke kampung di Kuala
Kangsar untuk menziarahi emaknya, dia dan keluarganya akan menaiki
bas sahaja. Tauke Lim seorang yang suka bersederhana dan berjimat.
Sebagai contohnya, dia sentiasa berbaju lusuh. Cikgu Nizam jarang
melihat Tauke Lim berbaju cantik kecuali ketika Tahun Baru Cina.
Setelah kereta Tauke Lim berjaya dihidupkan, Tauke Lim telah
mengajak Cikgu Nizam ke pekan untuk minum teh tarik mamak pada
waktu petang.

Ketika menikmati teh tarik, Tauke Lim telah bersetuju dan


membenarkan Ai Ling menumpang kereta Cikgu Nizam untuk ke
sekolah. Pada awalnya, dia tidak mahu menyusahkan Cikgu Nizam.
Tauke Lim turut menyatakan bahawa keluarga Cikgu Nizam telah
banyak membantu keluarganya ketika mereka susah dahulu. Tauke Lim
berasa terhutang budi dengan keluarga Cikgu Nizam. Pada masa yang
sama, Cikgu Nizam turut mengucapkan terima kasih kerana telah
menjaga kebun ayahnya dengan baik. Tauke Lim tidak menghalang jika
Cikgu Nizam mahu mengajar Ai Ling dan menganggap Ai Ling sebagai
anak kandungnya sendiri.

Ketika minum juga, mereka berbual tentang Aiman. Cikgu Nizam


memberitahu bahawa keluarga isterinya seolah-olah tidak suka Cikgu
Nizam melawat Aiman. Tauke Lim meminta Cikgu Nizam bersabar.
Tauke Lim yakin bahawa Aiman akan datang mencari Cikgu Nizam
apabila dia sudah besar nanti. Tauke Lim percaya bahawa Cikgu Nizam
merupakan seorang yang kuat dan tabah seperti ayahnya dahulu.
Tauke Lim turut menasihati Cikgu Nizam supaya jangan susah hati
kerana penduduk kampung sayang akan Cikgu Nizam. Sejak Cikgu
Nizam kembali ke kampung, banyak aktiviti dapat dijalankan. Sebagai
contohnya, aktiviti zapin. Cikgu Nizam juga turut memuji Tauke Lim
yang banyak memberi sumbangan terhadap aktiviti yang dijalankan di
kampung mereka. Pada waktu malam nanti, Cikgu Nizam mempelawa
Tauke Lim ke balai raya untuk menonton latihan zapin. Tauke Lim
menyatakan bahawa dia akan hadir kerana Ai Ling meminati tarian
zapin. Tauke Lim juga seronok melihat anak-anak muda gigih berlatih
zapin.

(iii)

Ketika di balai raya pada malam itu, Tauke Lim telah menyuruh Cikgu
Nizam menari zapin. Ai Ling berasa sangat gembira sekali apabila
melihat Cikgu Nizam menari zapin. Selesai latihan, Tauke Lim, Cikgu
Nizam, Pak Haji Salam dan beberapa orang ahli kumpulan zapin
berkumpul di atas pentas. Mereka membincangkan persiapan majlis
untuk menyambut kehadiran YB Samsuri dan pegawai daripada
Yayasan Warisan Negeri untuk mengkaji rentak zapin jincat yang unik.
Mereka hanya mempunyai masa seminggu sahaja lagi untuk berlatih.
Kumpulan zapin D’Purnama telah berkubur lebih dua puluh tahun.
Mereka beranggapan bahawa kedatangan pegawai dan YB Samsuri
merupakan peluang kepada mereka untuk menghidupkan tarian zapin
jincat semula. Kumpulan zapin tersebut berkubur kerana beberapa
orang ahlinya telah keluar daripada kumpulan asal dan menubuhkan
kumpulan baharu. Akhirnya, kumpulan baharu tersebut juga mengalami
kegagalan. Akibatnya, kumpulan zapin D’Purnama telah berkubur.

Dalam perbincangan itu, Cikgu Nizam telah diminta untuk menyiapkan


atur cara dalam majlis itu nanti. Tauke Lim menyatakan kesediaannya
untuk menaja jamuan makan. Ketika semua orang sudah pulang,
Abang Bakir menyatakan hasratnya supaya Cikgu Nizam menyelitkan
deklamasi puisi dalam majlis itu nanti. Abang Bakir turut mencadangkan
supaya Cikgu Nizam memilih murid-murid sekolahnya yang berbakat
untuk mendeklamasi puisi. Abang Bakir juga memberi semangat
kepada Cikgu Nizam supaya meneruskan bakatnya dalam bidang
sastera. Abang Bakir menasihati Cikgu Nizam supaya tidak merajuk
lagi.

(iv)

Cikgu Nizam berasa gembira apabila Ai Ling merupakan salah seorang


peserta pertandingan deklamasi puisi. Ai Ling menunjukkan minatnya
terhadap puisi dengan membaca buku puisi. Ai Ling membaca buku
puisi sebagai persediaan untuk menyertai pertandingan mendeklamasi
puisi. Cikgu Nizam telah mengajak Ai Ling datang ke rumahnya untuk
berlatih mendeklamasikan puisi pada waktu petang.

Ai Ching telah menemani Ai Ling ke rumah Cikgu Nizam. Ai Ling telah


memilih sajak bertemakan kasih sayang terhadap ibu dan bapa. Ketika
Cikgu Nizam melatih Ai Ling mendeklamasi puisi, Ai Ching membelek-
belek novel dan majalah sastera yang diletakkan di atas meja.
Kemudian, Ai Ching memilih senaskhah novel dan membacanya
sementara menunggu Ai Ling berlatih.

Pada awal latihan, Ai Ling sukar untuk mengawal pernafasannya


perlahan-lahan. Cikgu Nizam mengajar Ai Ling supaya bijak mengawal
pernafasan kerana dapat mengurangkan perasaan gemuruh ketika
berada di pentas. Cikgu Nizam tetap memberi semangat kepada Ai Ling
walaupun Ai Ling seolah-olah putus asa. Akhirnya, Ai Ling berjaya. Dia
berjanji akan datang lagi pada hari esok. Sebelum pulang, Ai Ling
mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Nizam kerana telah
melatihnya. Ai Ching pula telah meminjam dua buah novel. Cikgu
Nizam berpesan kepada Ai Ching supaya jangan leka membaca novel
kerana Ai Ching perlu menumpukan perhatian dalam pelajaran dan
menyelesaikan kerja rumah.

(v)

Ai Ling telah berjaya memenangi pertandingan deklamasi puisi


peringkat tahap satu. Dia berjaya menyampaikan sajaknya sehingga
memukau semua murid yang menyaksikannya. Kemenangan Ai Ling
juga telah menjadi buah mulut penduduk kampung. Orang yang paling
gembira ialah Tauke Lim. Dia sanggup membelanja pelanggan-
pelanggan warung Abang Dolah. Ketika di warung, Tauke Lim
menyatakan hasratnya untuk melihat Cikgu Nizam membaca puisi di
balai raya seperti zaman Cikgu Nizam muda dahulu. Pak Dolah turut
menyokong cadangan Tauke Lim. Pak Dolah berasa seronok jika para
pemuda kampung berkumpul di balai raya kampung mereka untuk
berpuisi, berkompang, berseloka dan bergurindam. Jika khazanah
bangsa ini tidak diteruskan oleh generasi muda, khazanah ini akan
pupus.

Cikgu Nizam telah menyatakan kepada Abang Bakir dan Roslan


bahawa dia berhenti berkarya kerana jiwanya tidak tenang setelah
berpisah dengan isteri dan anaknya, Aiman. Karyanya ibarat tiada
semangat. Oleh sebab itu, Cikgu Nizam mengambil keputusan untuk
berhenti berkarya. Dia juga sering berasa rindu akan Aiman. Hanya
potret Aiman yang dapat dijadikan penawar rindunya. Cikgu Nizam
seperti ayahnya juga yang menjadikan Ai Ling sebagai tempat untuk
mencurahkan kasih sayang.

(vi)

Perancangan untuk menjayakan persembahan zapin berjalan dengan


lancar. Ai Ling bersetuju untuk mendeklamasikan sajak sebelum
persembahan zapin. Sajak yang akan dipersembahkan oleh Ai Ling
ialah sajak yang ditulis oleh Cikgu Nizam sendiri. Ketika hari
persembahan, kawasan balai raya dipenuhi oleh penduduk kampung.
Ai Ling telah mendeklamasikan sajak dengan penuh bersemangat. Para
penduduk yang hadir telah terpukau dengan persembahan Ai Ling.
Mereka memberi tepukan yang gemuruh kepada Ai Ling. Ketika Ai Ling
mendeklamasikan sajak, Cikgu Nizam telah membayangkan bahawa Ai
Ling dan Aiman sedang mendeklamasikan sajak bersama-sama.
Tepukan yang gemuruh terhadap sajak yang ditulis oleh Cikgu Nizam

Anda mungkin juga menyukai