Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN

Cerpen adalah singkatan daripada perkataan `Cerita dan `Pendek. Cerpen Melayu dikatakan pada mulanya adalah cerita yang disampaikan secara lisan atau bercerita oleh golongan tua masyarakat Melayu. Namun tiada siapa yang tahu masa mulanya cerpen disampaikan dalam bentuk lisan. Sesetengah orang berpendapat bahawa titik mula cerpen dalam bentuk lisan ini apabila masyarakat Melayu sudah berkeluarga, berbahasa dan bermasyarakat. Oleh yang demikian,cerpen ini berkembang apabila berkembangnya tamadun dan masyarakat Melayu. Saya memilih untuk membuat ulasan dari aspek kesantunan bahasa dan komunikasi dalam cerpen, penggunaan gaya bahasa, sistem sapaan dan sistem panggilan dalam cerpen dan pengajaran yang terdapat dalam cerpen Tukang Lama karya Hasan Ali yang diterbitkan dalam Antalogi Kasut Kelopak Jantung. Cerpen ini berkisar mengenai Pak Talib yang merupakan seorang tukang rumah. Walau bagaimanapun pendapatannya semakin berkurang sejak kepulangan Manas, seorang tukang muda. Mak Lamah, iaitu isteri Pak Talib sering merendah-rendahkan keupayaan suaminya yang pandai menukang rumah orang sedangkan rumah mereka seperti reban ayam. Upah yang diperolehi Pak Talib daripada kerja-kerja pertukangan sangat sedikit sehingga sukar baginya hendak menampung perbelanjaan keluarga. Orang kampung hanya memberikan kerja yang remeh seperti membuat reban ayam dan membuat pintu pagar kepada Pak Talib kerana Manas dapat membuat kerja-kerja pertukangan yang lebih besar dan moden. Di rumah Encik Mamat, Pak Talib disuruh membuat reban ayam. Dia mengambil masa selama empat hari untuk menyiapkan reban ayam itu. Dia diberi upah sebanyak RM10 sedangkan dia bekerja selama 4 harimuntuk menyiapkannya. Dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki basikalnya. Pak Talib dapat membayangkan sumpahan yang bakal diterima daripada isterinya lantaran tidak dapat membeli barang-barang yang diperlukannya disebabkan upah yang diperoleh hasil daripada pekerjaannya. Sebaik-baik sampai di rumah. Pak Talib disambut baik oleh isterinya, suatu perkara yang seolah-olah tidak dapat dipercayainya. Setelah selesai makan malam dan merebahkan badan, Mak Lamah akhirnya memberitahu Pak Talib bahawa Timah, anak gadis mereka telah dirisik oleh Manas.

Anda mungkin juga menyukai