Anda di halaman 1dari 1

Musang Yang Sombong Di dalam sebuah hutan, tinggallah seekor musang yang sangat sombong.

Dia percaya dirinya lebih hebat, lebih pandai dari haiwan lain. Kerana merasakan dirinya lebih hebat, musang tersebut enggan berkawan dengan haiwan yang lain seperti ular, ulat beluncas dan tikus. Tidak ada haiwan yang lebih hebat dari aku. Kata musang. Musang selalu berlagak sombong dengan haiwan-haiwan yang lain. Pada suatu hari, sang ular berjumpa dengan si musang untuk mengajaknya pergi ke suatu perjumpaan haiwan. Tetapi dengan sombongnya, si musang menolak. Musang berkata Aku tidak mahu berjumpa dengan haiwan yang tidak setaraf dengan aku. Si ular pun berkata bahawanya kau jangan berlagak sombong wahai musang, kerana jika kau di timpa musibah, tidak ada haiwa n akan menolong kau. Kata musang berlalu pergi. Si musang tidak mengendahkan kata-kata si ular. Keesokan harinya, si musang terserempak dengan ulat beluncas dan si rama-rama di sebuah pokok. Si musang menegurnya dengan lagak sombong hai ulat beluncas, aku kasihan tengok kau yang hanya makan daun. Tengok aku, aku boleh makan macam-macam berbanding kau. Si ulat membalas, walaupun aku kecil dan hanya memakan daun, tetapi aku bersyukur berbanding kau, musang yang berlagak. Si musang juga mengendahkan kata-kata si ulat beluncas lalu pergi dari situ dengan sombongnya. Sedang musang berjalan-jalan di sekitar hutan, tiba-tiba musang terkena perangkap pemburu. Musang menjerit ingin meminta tolong tetapi semua haiwan tidak mengendahkan jeritan musang. Mereka berkata Bukankah kamu lebih hebat dari kami? Mengapa pula kamu nak minta pertolongan dari kami? Musang kemudiannya meminta maaf kepada semua haiwan yang berada di situ. Musang menyesal dengan sikap sombongnya itu. Lantas, mereka memaafkan perbuatan musang terhadap mereka. Haiwan-haiwan tersebut membantu si musang dari perangkap pemburu tersebut. Si musang kemudiannya mengucapkan terima kasih dan berjanji bahawa dia tidak akan memandang rendah haiwan-haiwan yang lain. Si ular, ulat beluncas, tikus dan rama-rama dan si musang berkawan baik sampai bila-bila.

Anda mungkin juga menyukai