Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum. nama saya ……………………..

…Hari ini saya ingin


menyampaikan sebuah cerita yang mempunyai 1001 pengajaran yang
bertajuk “Burung Merpati yang Angkuh”.
Yang terlena sedar-sedarkan
Yang tersedar dengar-dengarkan
Yang terdengar fikir-fikirkan
Yang terfikir renung-renungkan.
Dalam sebuah hutan, tinggal sekumpulan haiwan dalam suasana yang
aman dan damai. Mereka diketuai oleh Raja Serigala yang memerintah
dengan adil dan bijaksana. Pada suatu hari, Raja Serigala telah
mengumpulkan semua penghuni rimba itu di hadapan istananya.

“Wahai rakyat sekalian! Beta mahu kamu semua mengadakan gotong-


royong membersihkan kawasan hutan. Kita akan membina sebuah taman
rekreasi baharu untuk kemudahan semua,” begitulah titah Raja Serigala
kepada rakyat jelata.

Pada hari gotong-royong tersebut, semua haiwan datang dengan peralatan


masing-masing. Namun,, dalam keramaian tersebut, ternyata burung
merpati tidak hadir. Nasibnya agak baik kerana Raja Serigala tidak
menyedarinya.

Burung merpati tidak suka bergaul dengan haiwan-haiwan lain. Baginya,


hidup bersendirian lebih baik daripada mempunyai kawan.
“Kawan-kawan hanya menyusahkan aku sahaja! Lebih baik aku hidup
sendirian”. begitulah pendapat burung merpati

Pada suatu hari, ketika mencari makanan di hutan, burung merpati


terserempak dengan Sang Kancil yang juga sedang mencari makanan.
“Eh, burung merpati, Kenapa engkau tidak menghadiri gotong-royong
membersihkan kawasan hutan baru-baru ini?” sapa Sang Kancil . Burung
merpati kurang senang dengan pertanyaan itu.
Tanpa memandang , burung merpati menjawab, “ Huhh, Aku benci kerja-
kerja yang tidak mendatangkan faedah. Lagipun, ia hanya membuang
masa!”
“Engkau tidak boleh terus bersikap begini. Kita harus saling bekerjasama
dan bantu-membantu dalam satu komuniti” nasihat Sang Kancil.
“Ah! Engkau jangan pandai hendak menasihati aku! Engkau saja yang
pergi gotong-royong itu! ”marah burung merpati lalu terbang dari situ.
Hmm beberapa hari kemudian, burung gagak mengajak burung belatuk ke
rumah burung merpati. Tujuannya untuk mengetahui mengapa burung
merpati langsung tidak munculkan diri sepanjang 3 hari gotong-royong
diadakan.
“Tok…tok…tokkk…”

Sudah puas burung belatuk dan burung gagak mengentuk pintu dan
memanggilnya tetapi tidak berjawab.
“Burung merpati... oh burung merpati!” panggil burung gagak.
Namun, tetap tiada jawapan. Sebenarnya, burung merpati ada di dalam
rumahnya. Ia sengaja tidak mahu membuka pintu.
Dengan kecewa mereka pun mahu beredar. Tetapi belum sempat burung
belatuk dan burung gagak pergi, kelihatan asap berkepul-kepul keluar dari
bahagian belakang rumah burung merpati.
“Eh, rumah burung merpati terbakar! Rumah burung merpati terbakar!”
teriak burung belatuk.
“Mari kita tolong selamatkannya! Biar aku panggilkan semua penghuni
rimba!” jerit burung gagak.
Burung gagak pantas terbang untuk memberitahu khabar buruk itu.
“Tolong! Tolong! Tolong! Api! Api!” tiba-tiba kedengaran suara burung
merpati menjerit dari dalam rumahnya.
“Eh, bukankah itu suara burung merpati? “Aku mesti selamatkannya.” kata
burung belatuk kepada dirinya.
Tidak lama kemudian, kelihatan semua haiwan datang untuk
menyelamatkan rumah burung merpati. Burung merpati dan rumahnya
berjaya diselamatkan dengan bantuan jiran dan haiwan-haiwan lain.
Burung merpati berasa sangat malu dan menyesal kerana selama ini ia
tidak pernah bercampur dengan haiwan-haiwan lain.
“Itulah pentingnya kita hidup tolong- menolong. Kita tidak boleh hidup
bersendirian. Ketahuilah bahawa hidup bermuafakat akan membawa
berkat” kata burung gagak.
Sejak hari itu, burung merpati tidak sombong lagi. Ia mula berkawan
dengan haiwan-haiwan lain. Setiap kali diadakan gotong-royong, burung
merpatilah haiwan pertama yang akan sampai ditempat itu.Sejak peristiwa
itu, mereka hidup dalam suasana yang aman, damai dan menyenangkan.
Haa ingat kawan-kawan, janganlah kita bersikap individualistik kerana ia
tidak membawa sebarang kebaikan. Sebagai masyarakat berbilang
bangsa, marilah sama-samalah kita seikat bagai sirih, serumpun bagai
serai dalam apa jua keadaan. Sekian daripada saya. Sehingga bertemu
lagi, Sekian Terima Kasih..

Anda mungkin juga menyukai